Perancangan
takdir..Sesungguhnya aku tidak pernah merancang mahupun memasang
angan bergelar seorang isteri di usia 19 tahun ini.Namun andai ini
takdir yang tertulis,aku cuba untuk menerima semua ini
seadanya.Tipulah kalau aku redha.Tapi memandangkan hasrat ayah yang
satu ini,aku turutkan juga.
Mengenali dia,suami ku hanya
setelah kami diijabkabulkan.Dan Menjalani bahtera rumah tangga
bukanlah satu perkara yang mudah.Dan baru aku tahu,dia tidaklah
sesempurna mana.Namun siapalah diri ini untuk mempersoalkan
kesempurnaan sedangkan diri ini juga ada banyak kekurangannya.
Namun aku bersyukur,dia juga
menerima diri ini seadanya walaupun beza umur kami hampir sepuluh
tahun.Bukankah hidup ini harus selalu saling bertolak-ansur dan
saling melengkapi antara satu sama lain.Dan dengan ini,aku cuba untuk
menjadi lebih matang.
''Sayang..''Tubuh itu aku peluk
kejap.Meminjam sedikit kekuatan untuk menghadapi saat-saat yang
semakin suntuk.Selama dua tahun aku berkongsi hidup dengannya.Betapa
dia mengotakan segala janji-janjinya agar membahagiakan diri ini
seumur hidupnya.
Dan hasilnya,memang aku sangat bahagia.Ternyata dia
juga berjaya membuatkan diri ini merasai bagaimana rasanya mempunyai
sebuah keluarga sempurna sekali lagi.Tapi kini..
Masih teringat lagi pelukan
hangatnya saat dia cuba menenangkan diri ini agar menerima pemergian
abah buat selamanya.Baru seminggu bergelar seorang isteri di usia
muda,abah pergi menyusul ibu.Dan dialah sumber kekuatan ku saat itu.
Dan baru kini aku sedar,mengapa
abah beria-ria memaksa ku menerima lamaran ini.Rupanya abah tidak
ingin anak gadisnya keseorangan menempuh perjalanan hidup selepas
ketiadaannya nanti.
''Abang..Jangan tinggalkan
Nia..''Aku sudah teresak kecil.Rupanya aku tidak sekuat mana.Masih
gagal mengawal emosi yang bertandang.Ya tuhan..Bagaimana aku harus
menjalani hidup ku tanpa dia selepas ini..
Bagaimana harus aku menghadapi
kehilangan sekali lagi.Dan disaat kami bakal menimang cahaya
mata,tanda cinta kami.Dia pula yang bakal pergi meninggalkan diri ini
buat selamanya.Setelah hampir dua tahun kami menanti,akhirnya doa
kami untuk memiliki cahaya mata hasil dari hubungan suci ini
termakbul jua.
Namun perancangan takdir,tiada
siapa yang mampu mengubahnya.Kini,suami ku Arshad pula yang akan
pergi meninggalkan diri ini keseorangan sekali lagi.Barah otak yang
dihidapinya semakin merebak.Tiada apa yang mampu dilakukan lagi.
''Kan dah janji tak nak
nangis..''Dia mengusap kepala ku perlahan sambil menghadiahkan diri
ini sebuah kucupan lembut di dahi.Ya Allah..Bagaimana aku harus
melalui hidup tanpa dia disisi.Aku tahu,aku perlu kuat untuk bersama
dia mengharungi detik ini.Tapi aku juga insan biasa,rapuh bila diuji.
Entah mengapa,malam ini aku
benar-benar tidak dapat membendung lagi sisa airmata mencemari pipi
ku.Lembut usapan pada pipi,semakin membuai perasaan ku.Bagaimana
hidup ku tanpa dia di sisi selepas ini.Mampukah aku?
''Nia nak abang saja.Jangan
tinggalkan Nia..Nia dah tak ada siapa-siapa lagi.Nia hanya ada abang
saja.''
''Sayang..Kita kena redha
yang..Lagipun mama dan papa kan ada..Tolong senyum untuk
abang..''Sungguh aku tidak mampu mengukir senyum saat ini.Namun bila
dia meminta sekali lagi,aku sedaya upaya mengukir senyuman yang
seikhlasnya.Ternyata senyuman itu tidak semanis mana bila diri ini
diuji dengan khabar duka ini.
Dan di sini,saat ini..Sudah
hampir dua minggu kami 'berkampung' di hospital.Dan hari ini,dengan
berat hati,kami tunaikan juga permintaannya terakhirnya untuk pulang
ke rumah.Dan diri ini harus bersedia,kerana bila-bila masa sahaja,dia
akan pergi meninggalkan diri ini buat selamanya.
Malam ini,bertemankan bulan,aku
dan Arshad duduk di gazebo sambil melihat langit yang kelam.Tiada
sebutir bintang pun kelihatan malam ini.Seolah-olah langit turut sama
merasai hati ku yang berteman walang.
''Baby meragam tak..''Lantas
tapak tangannya singgah mengusap lembut perut ku yang sudah mulai
menampakkan bentuknya.Walaupun baru mencecah lima bulan,aktifnya
bukan main.Kadang-kadang kalau Arshad ada disamping ku,adakalanya aku
tersentak dengan pergerakkannya.Seolah-olah 'dia' cuba untuk
berinteraksi dengan babanya.Aku tersenyum kecil.
Sepanjang tempoh kehamilan
ini,Arshad tidak pernah meninggalkan ku.Malah Arshad sentiasa cuba
untuk memenuhi segala kehendak ku.Betapa gembiranya hati ini kerana
aku tahu,walaupun Arshad bakal meninggalkan ku zuriat ini bakal
menjadi penganti dirinya.
''Nakal macam abang juga.Bila
tahu baba dia ada,mulalah dia tak duduk diam.Tak boleh bagi Nia rehat
sikit..''Arshad tertawa kecil mendengar omelan ku.Tahu anaknya ni
memang sebijih perangai dengannya.Ligat bukan main.
''Anak baba mestilah kuat.Bila
besar nanti,boleh lindungi Ibu..Kan Aiman.''Aku terlopong.
''Aiman?''Arshad menganggukkan
kepalanya.
''Abang nak namakan dia Aiman
Hafiz..Ok tak..?''Aku menganggukkan kepala.Iyakan saja.
''Kalau perempuan macam
mana?Abang nak namakan apa pula?''Pelukan dieratkan.Cuba mengumpul
segala kehangatan buat bekalan nanti.Ah..Aku bakal merindui bau
ini..Kehangatan ini.Cepat-cepat ku seka airmata yang hampir
menitis.Tidak ingin merosakkan saat indah ini..
''Abang boleh rasa..Anak abah
mesti lelaki kan?''Arshad seolah-olah bercakap dengan kandungan
ku.Lalu dielusnya perut ku perlahan dengan penuh kasih sayang.Aku
sedar,Arshad terlalu bahagia dengan anugerah ini.Namun aku juga
sedikit terkilan.Kenapa di saat dia bakal dijemput pergi,barulah
zuriat ini hadir.
Sesungguhnya takdir itu banyak
rahsianya.Aku tahu berdosanya diri ini kerana sering menyalahkan
takdir.Seringkali Arshad menegur sikap ku yang sering mempersoalkan
takdir.Mempersoalkan penyakitnya.Mempersoalkan cahaya mata yang lewat
hadir hanya pada saat Arshad bertarung dengan nyawa.
''Sebab dia yang akan
mengantikan tempat abang nanti..''Sayu saja kata-kata itu menusuk
jantung ku.Tapi kenyataan itu memang sudah tersurat.Bila-bila masa
saja,dia bakal meninggalkan diri ini.Dan malam ini,bertemankan langit
yang gelap dan kelam,kami mengeratkan lagi pelukan.Terasa detik itu
semakin dekat.Dan tiada apa yang mampu mengubahnya..
''Maaf sayang..''Aku terkedu.
''Kenapa abang nak minta maaf
pula?Abang tak salah apa-apa pun dengan Nia..''Tangan naik mengusap
wajah yang semakin cengkung dan agak pucat.Sayu hati ini melihat
derita yang terpaksa ditanggung Arshad.Tuhan..Tabahnya dia.
Aku tahu,Arshad sedaya upaya
menceriahkan wajahnya walaupun di dalamnya penuh dengan keperitan dan
segala kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.
''Abang minta maaf sebab tak
dapat tunaikan janji abang nak jaga Nia.Nak besarkan permata hati
kita ni sama-sama.Ab..''Lantas ku letakkan jari di bibir.Mematikan
kata-kata kesal yang terbit ,meruntun hati ku.Airmata Arshad mulai
bergenang.Bertambah-tambah sakit hati ini bagai dicarik-carik melihat
kesedihan diwajahnya.
''Tak..Abang salah.Selama ini
pun abang dah cukup bahagiakan Nia.Janji-janji abang untuk bahagiakan
Nia pun abang dah tunaikan.Mungkin masa tu tak cukup panjang bagi
kita tapi percayalah.Nia betul-betul bahagia dengan abang.Dan Nia
betul-betul bersyukur kerana dijodohkan dengan abang.
Andai takdir sudah tersurat
begini,Nia tetap rasa bersyukur juga kerana diberi peluang untuk
menjadi suri di hati abang walaupun sekejap saja.''Airmata Arshad
gugur jua.Sekalipun masa itu singkat bagi kami untuk
bersama.Sekurang-kurangnya kami tetap bahagia.Dan saat ini,aku harus
belajar untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka.
''Ya Allah..Kuatkan hati ini
untuk merelakan dia pergi.Redhakan hati ini untuk menerima perpisahan
ini.
**********
Aku mengusap perut yang sudah
memboyot.Aku tersenyum kecil apabila ada gerakan,menunjukkan si 'dia'
juga sedang berinteraksi dengan diri ini.Sungguh aku bahagia
dikurniakan dengan anugerah ini.Bersyukur kerana masih punya
kesempatan dan diberi peluang untuk merasai,betapa anugerah ini amat
bernilai dan membahagiakan.
Pantas aku menoleh bila saja
ada tangan lain yang menyentuh lembut bahu ini.Aku mengukir senyum
bila melihat muka mama yang jelas rasa bersalah.
''Maafkan mama sayang..''Aku
hanya mampu mengelengkan kepala.Tidak terganggu sama sekali dengan
kehadirannya.
''Mama..Nia ok.''Aku senyum
lagi.
''Nia buat apa duduk kat luar
malam-malam ni.Tak sejuk ke?Macam mana cucu mama hari ni..Nakal
tak?''Mama menyentuh perut ku lembut.Dan sepeti biasa,ada gerakan
kecil yang bertindak balas.
''Lasak mama..Sampaikan Lia dah
tak larat nak melayan.Bila Nia bergerak saja,dia pun mulalah
meragam.Nakal betul..''Dengan perasaan bahagia,aku menyapa lembut
perut ini lagi.Bukanlah hendak merungut,saja mahu bermanja dengan
mama sebenarnya.
''Kan mama dah cakap,Nia duduk
saja.Tak payah susah-susah nak buat kerja''Mama agak keras bila
melibatkan tahap kesihatan ku.Pergerakkan ku yang agak aktif
mengusarkan mama.Perut yang besar seperti bola bagaikan 'tiada'
apabila aku sudah mulai bergerak.Lenguh juga pinggang ini tetapi
apabila mengenangkan aku hanya duduk sahaja membuatkan diri ini mulai
rimas.
''Ma..Nia ok,cuma Nia memang
dah bosan sangat.Setakat kerja di rumah ni,Nia mampu lagi..''Mama
memang bertegas.Sampaikan mama sanggup mengupah kak siti untuk
melakukan tugas-tugas dirumah.Sampaikan hendak minum air pun aku
ditegah untuk mengambilnya sendiri.Semuanya sudah tersedia.Memang
agak melebih-lebih bagi ku.Tapi demi menjaga hati mama,aku biarkan
juga.
Aku tahu,mama bukan saja
bimbang dengan tahap kesihatan ku.Tapi jauh disudut hati mama,dia
sebaiknya mahu menjaga satu-satunya bakal cucu,juga satu-satunya
'tanda' yang ditinggalkan oleh anak tunggalnya yang sudah
pergi.Mengenang dia yang sudah tiada disisi,perasaan hiba mulai
menguasai diri.
Tapi aku tahu,mama juga terluka
dengan kehilangan ini.Aku kehilangan suami,namun aku masih punya anak
yang bakal lahir sedikit masa lagi.Namun mama,dia kehilangan anak dan
satu-satunya zuriat yang dia ada.
Sudah empat bulan arwah
pergi.Bagaikan baru semalam rasanya,dimana dia mengucup lembut dahi
ini.
'Abang..Nia rindukan abang..'
''Mama dah siapkan semua barang
Nia.Nanti dekat-dekat dah nak bersalin ni kenalah bersedia apa yang
patut.Nanti taklah kelam-kabut sangat.''Aku tersenyum
senang.Tengok,kan mama memang terlalu memanjakan diri ini.
''Thanks mama.Nia ni asyik
susahkan mama saja kan?''Lantas wajah mama bertukar keruh sehabis aku
menuturkan ayat.Tahu mama terasa dengan kata-kata ku.Tahu mama memang
tak suka bila aku sering kali merasa seperti menyusahkan mama.Tapi
setakat mana kemampuan ku untuk melarang mama.Lagipun ini bakal
cucunya juga.
''Tak lama lagi Nia dah nak
bersalin.Dah sedia nak jadi ibu?''Aku hanya mengangguk senang.Tidak
sabar rasanya menimang si kecil nanti.Tapi dalam hati ini ada juga
rasa takut.Bagaimana nanti kalau aku tidak mampu mengalas
tanggungjawap ini?
''Kenapa ni?Nia macam susah
hati saja..''Mama mengusap pipi ku lembut.
Aku mengeleng perlahan.''Tak
laa..Cuma Nia takut Nia tak mampu mengalas tanggunagjawap sebagai ibu
yang baik,sempurna untuk si kecil ni ma..Nia takut tak pandai
mendidik si kecil ini nanti.''Mama tersenyum manis.
''Laa..Pasal tu saja?Tok ma
dengan tok abah dia kan ada.''Dan aku tahu,aku tidak bersendirian
saat ini.''Terima kasih abang..'' Arshad betul,aku tidak bersendirian
kerana keluarga dia sentiasa ada untuk menyokong setiap langkah ku.
''Thanks mama..''
Kini,aku faham bila abah
tidak mampu untuk menjawap setiap patah kata ku yang bertanyakan
tentang ibu.Setiap masaSentiasa membebankan abah dengan segalam
macam soalan mengenai ibu.Di mana ibu?Mengapa ibu tidak lagi
bersama kami.Mengapa ibu tidak menyediakan sarapan untuk kami lagi
dan mengapa ibu tidak lagi mengejutkan ku dan menyiapkan diri ini
untuk ke sekolah.
Dan tahulah aku perasaan
abah bila sering kali aku mendesak untuk menjawap semua soalan
ku.Tapi yang membezakannya,aku sempat merakam kenangan indah
bersama ibu,masih punya kesempatan untuk merasai nikmat air
tangannya menyediakan semua keperluan aku dan abah walaupun memori
itu agak kabur.Dan kini..
''Ibu..Semua kawan-kawan
Aiman ada ayah datang jemput.Kenapa Aiman tak ada?''Aku
terkedu.Betapa selama ini aku tidak memikirkan tentang hakikat
ini.Apa yang aku tahu hanyalah dengan menjadi seorang ibu yang
terbaik buat Aiman.Menjadi ibu dan ayah pada masa yang
sama.Berkerja keras demi menyediakan segala keperluan buat dia
agar segalanya sempurna.Tetapi aku lupa,lupa dengan kekurangannya
ini.
''Sayang ibu..Sayang kan ada
papa Adam..''Aku cuba memujuknya lagi.
''Tak nak..Ayie nak papa
sendiri..Papa Adam Mira punya papa..''Aiman sudah
merengek-rengek.Aku sudah buntu untuk menjawap setiap patah kata
yang keluar dari bibir mungil itu.Aku sedar,walaupun abang Adam
ada sebagai 'papa' penganti kepada
arwah..Aku tahu,hakikat itu
tidak pernah akan berubah.Dan buktinya,Aiman mahu papa dia sendiri
tanpa berkongsi dengan orang lain.Tapi..
''Ayie..''Nampaknya untuk
kali ini.Aiman sangat bertegs dengan kehendaknya.
''Ibu..Ayie nak papa
sendiri..Ibu suruhlah papa balik..''Aiman..Ibu tak mampu
sayang.Airmata ku sudah mulai luruh mengenangkan permintaan Aiman
yang tidak-tidak.Bagaimana hendak ku jemput Arshad pulang
sedangkan arwah tidak mungkin akan kembali lagi.
Salahkah aku bila tidak
bersungguh menerangkan kepada Aiman yang masih kecil mengenai
babanya yang sudah lama pergi saat dia masih di dalam kandungan ku
lagi.Aiman memang petah berkata-kata.Walau baru berumur empat
tahun,soalannya bagaikan orang dewasa.Aku cuba sedaya upaya untuk
memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.
Namun bila melibatkan
'babanya',aku jadi keluh.Seringkali dia bertanya,akan aku jawap
dengan berhati-hati.
''Ibu..Baba Aiman
mana?Kenapa Mira ada papa..Abil ada abah..Aiman punya baba
mana?''Soalannya begitu susah untuk ku jawap.Lidah terasa.Bukan
aku tidak pernah cuba untuk memberikan jawapan yang betul.Namun
soalannya tidak akan Pernah putus sampaikan ada masanya aku hampir
hilang sabar dengan karenahnya.
Mujur ada mama dan papa yang
sentiasa ada untuk kami.Dan mujur juga abang ku,Adam ada untuk
melayannya.Namun sampai bila.
Aiman sekarang sudah pandai
bersoal jawap dengan ku.Bila ku khabarkan babanya sudah pergi
menghadap sang penciptanya.Namun Aiman seolah tidak memahami apa
yang ingin aku sampaikan.Sampailah suatu hari aku memberitahu dia
yang babanya telah pergi ke suatu tempat yang sangat-sangat
jauh.Barulah sejak itu Aiman sudah kurang mempersoalkan tentang
babanya.
Sehinggalah suatu
hari,semasa di sekolah tadikanya,Aiman belajar membuat kad.Betapa
hancurnya hati ini bila Aiman membuat kad untuk 'babany' yang
sudah tiada.
Sungguh aku gaman apabila
Aiman meminta alamat Arshad.
''Ibu..Aiman nak alamat
baba.Aiman nak hantar kad untuk baba..''Seolah-olah Arshad itu
hanya berada di seberang laut sahaja.Ada di hujung dunia.Padahal..
Namun demi menjaga
hatinya,aku katakan pada dia yang aku sendiri yang akan kirimkan
kad tersebut.Barulah aku dapatmelihat senyuman Aiman mekar.Manis
seperti Arshad.Serba-serbi Aiman memang saling tak tumpak seperti
Arshad.Kegemarannya,perangainya.Tapi aku senang melihat semua
itu.Seolah-olah Arshad ada disamping ku.
Namun hari ini..Aiman sekali
lagi menguji diri ini.Sungguh aku tidak tahu apa jawapan yang
harus aku berikan.
Betapa hancurnya hati ini
bila aku tidak mampu menunaikan permintaan Aiman yang satu
ini.Jika benda lain,mungkin aku bisa usahakan lagi.
''Tak nak!Ayie nak papa
sendiri..Ayie tak kira,Ayie nak juga papa sendiri!''
''Aiman..Kenapa buat
perangai ni!''Aku sudah hilang sabar.Kesabaran yang cuba aku
pertahankan akhirnya runtuh jua.
''Ayie benci ibu!''Lantas
Aiman berlari meninggalkan ku keseorangan berlalu ke biliknya.
Aku sudah terduduk
lemah.Airmata yang mengalir ku biarkan.Kudrat ku ternyata tidak
sekuat mana.Akhirnya tewas dengan emosi ini.
''Maafkan ibu sayang..Ibu
tak sengaja..''Sungguh diri ini lelah.Selama ini aku tidak sedar
yang Aiman akan bertanya juga suatu hari nanti.Dan hari itu sudah
tiba.Aku kah yang bersalah bila tidak mampu menjadi seorang ibu
yang sempurna?
''Nia..Kenapa ni..''Lantas
aku berkalih lalu memeluk tubuh mama.Meminjam sedikit
kekuatan.Sungguh aku lelah menghadapi takdir yang tersurat ini.
''Mama..Aiman,dia..dia nak
jumpa babanya..''Sesungguhnya airmata yang mengalir bagaikan tiada
hentinya.Mungkinkah empangan ini sudah tidak mampu lagi menampung
setelah hampir lima tahun lamanya aku pendam.Selama ini aku mampu
lagi mengukir senyum tanpa setitis pun airmata yang tercalit di
tubir mata ini.Walaupun selama ini segala kesusahan aku tanggung
sendiri,tapi ia masih tidak mampu mematahkan segala semangat untuk
aku membesarkan Aiman.
Walaupun kerap kali aku di
duga,aku masih mampu bertahan dengan karenah manusia yang
bermacam-macam ragam tetapi aku masih lagi mampu mengalas takdir
ini hanya kerana Aiman.Ya.Semua hanya kerana Aiman,yang menjadi
pengubat segala duka ini.
Tapi kini,mengapa aku di
duga lagi dengan keadaan ini.Bagaimana aku harus menjelaskan
kepada dia,sesungguhnya aku tak mampu..
''Cuba cerita dengan
mama..''Aku sudah tidak berdaya lagi.Terasa segala kekuatan yang
aku pertahankan,lenyap sekelip mata mengenangkan Aiman.Tanpa segan
silu lagi.aku mula melepaskan tangisan di bahu mama.
''Aiman nak papa dia..Nia
tak tahu lagi nak buat apa..''Lantas ku ceritakan tentang karenah
Aiman yang semakin menjadi-jadi.Mana baba?Kenapa baba Aiman tak
ada kat sini?Dan bila aku khabarkan tentang ayahnya yang sudah
pergi ke tempat yang sangat jauh,dimintanya pula untuk menghubungi
ayahnya.Dan bila dia meminta seorang 'papa' yang boleh berada
disisinya,sungguh aku terkedu.Aku tidak tahu bagaimana lagi cara
untuk menjelaskan semua ini kepada seorang anak yang baru berusia
empat tahun.
''Sabar sayang..Mama
faham.Mungkin dah tiba masanya Aiman tahu,hakikat yang babanya
sudah lama pergi sayang..''Mama mengusap belakang ku
perlahan.Mungkin ingin meminjamkan sedikit kekuatan untuk ku.
Dan malam ini..Buat pertama
kali aku merasa sangat penat.Sangat letih dengan hidup yang mulai
hilang arah tujunya.Aku malah kewalahan dan hampir menyalahkan
takdir yang tersurat.Sunguh,hampir saja aku rebah tersungkur tanpa
ada sedikit pun sisa tenaga untuk ku berpaut menampung tubuh ini.
**********
''Senyum sikit sayang..''Aku
mengucup pipi Aiman.Tahu dia masih merajuk dengan ku.Tapi apakan
daya,dimana hendak ku rembat 'papa' untuknya.Semalam bertemankan
airmata,Aiman meracau-racau memanggil 'baba'.Betapa pilu hati ini
mendengarnya.
''Ayie..''Aku memanggilnya
perlahan.Jelas tubir mata Aiman bakal banjir sedikit masa lagi.
''Sorry Ibu..Aiman dah buat
ibu sedih..''Airmata ku turut mengalir melihat tangisannya.Aiman
sayang..Aiman tak salah.Aku faham dengan keadaanya.Suatu ketika
dulu aku juga sering bertanya kepada ayah dimana ibu.Sampaikan
abang Adam sering memarahi diri ini kerana setiap kali aku
bertanyakan soalan ini pada ayah,seringkali itu jugalah tubir mata
ayah akan basah.
''Tak sayang..Dah
laa..Jangan nangis-nangis ok.Nanti tak hensem da anak ibu ni.''Dan
sekejap itu juga aku melihat senyuman kecil yang tersunging di
bibir milik anak teruna ku apabila diusik begitu.Amboi anak
ibu,memang pantang dipuji sikit.Sebijik dengan babanya.
Senyuman itu sangat ku
rindu.Senyuman itu juga diwarisi dari babanya.Betapa dari hari ke
hari Aiman semakin meyerupai babanya.Nakalnya dia bila
mengusik.Cengeng juga bila kehendaknya tidak dituruti.''Mana
tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan.''Begitulah Aiman yang
menyerupai arwah Arshad.
Ahh..Hati ini masih merindui
dia walaupun setelah hampir lima tahun berlalu.Dan kerana ini
juga,aku sangat payah untuk menerima kehadiran insan lain di dalam
hidup ini.Bagi ku,cukuplah kenangan ku dengan Arshad suatu ketika
dulu.Dan kini,masa depan ku bakal terlakar bersama anak teruna ku
Aiman.
**********
''Puan..Wakil dari syarikat
Suria Holding dah sampai.''Setiusaha ku,Ain sudah terpancul di
depan pintu bilik ku.
''Ok..Kalau macam tu,kita
gerak sekarang.''Sambil melangkah menuju ke bilik mesyuarat,Ain
sempat memaklumkan segala tugas dan temujanji dengan client untuk
hari ini.Argh..Kerja yang memang tak pernah habis.
Kadang-kadang aku kasihan
melihat Aiman yang agak terabai.Bukan aku sengaja meletakkan kerja
ku di tempat teratas selepas Aiman.Tapi apa pilihan yang aku
ada.Arshad sudah mengamanahkan segala urusan syarikat kepada
ku.Mujur papa sentiasa ada menjadi tempat untuk aku merujuk segala
macam perkara yang berkaitan.
Penat.Namun semua ini aku
lakukan demi kelurga kecil ku dan Aiman.Dan suatu hari nanti,semua
ini bakal mejadi milik dia juga.Dan aku harus menjaga amanah ini
sebaik-baiknya.
**********
Aku rimas bila semua yang
aku katakan tidak pernah diambil kira.Tidak pernah cuba untuk
memahami situasi ku ini.Macam mana lagi harus ku
jelaskan.Dia,manusia keras kepala yang paling menyampah aku pernah
berurusan!
''Nur..Sampai bila nak
elakkan diri dari saya ni?Kenapa mengelak bila saya nak
jumpa?Kenapa tak pernah Nur nak bagi peluang untuk diri Kir dan
diri Nur sendiri?Please..''Argghh!!Hampir saja aku gila andai
berterusan begini.Tahukah dia yang aku benar-benar tidak ingin
memberikan dia harapan?Tidakkah dia dapat menangkap dengan jelas
setiap tindak-tanduk ku yang seringkali cuba mengelak dari
menunaikan permintaannya.
Ah..Dia ni memang 'kacang
hantu'!Apa lagi bahasa yang harus aku gunakan?Bahasa
melayu?Inggeris?Ke uganda,korea atau mana-mana bahasa yang memang
tidak pernah aku pelajari!
''Encik Zaakir Ahmad!Dah
berapa kali saya nak jelaskan.Cukuplah hubungan kita sebagai rakan
perniagaan tidak melangkaui batas.Dan sekali lagi saya nak
tegaskan,tolong jangan panggil saya Nur.Saya tak selesa.''Aku
cukup tidak suka apabila ada orang lain selain ibu dan abah
memanggil ku dengan panggilan Nur.Sedang Arshad sendiri pun tidak
pernah memanggil ku dengan nama ini.
''Ok..Ok..Tapi please
Dania,just lunch for today?Please..''Melihat wajahnya yang penuh
mengharap,aku jadi tidak sampai hati.
''Saya betul-betul sibuk
encik Zaakir!Tak nampak ni?Dengan dokumen yang bertimbun.''Aku
cuba untuk bertegas.Kesabaran sikit teruij melihat karenahnya suka
sangat memaksa.Namun setakat ini aku mampu menangkis lagi.
''Kalau bukan sebagai kawan
pun,as client would be okey?Lunch with me pleases..''Dan wajahnya
jelas sangat-sangat mengharap.
Dan aku mengangguk
lemah.Dengan hati yang tidak rela,aku turutkan juga kemahuannya
untuk kali ini saja.
Jelas di wajah Zaakir
terukir senyuma kemenangan.Setelah sekian lama,baru kali ini aku
beralah.Biarlah..Untuk kali ini saja.Bukan?
Sambil memandu dengan
tenang,aku perhatikan wajah anak teruna ku yang diam tidak
berkutik sejak kami balik dari melawat pusara arwah babanya.Dan
buat pertama kalinya,aku membuka kembali kisah ku dan Arshad
suatu ketika dulu sehinggalah ke detik kelahirannya.Sedaya
upaya aku cuba untuk mencari ayat yang mudah untuk Aiman agar
dia faham cerita yang ingin ku sampaikan.
''Sayang ibu ni kenapa
diam saja?''Aku cuba memancingnya untuk berbual.
Aku hampa bila Aiman
hanya diam tanpa langsung menunjukkan sebarang reaksi.Ya,aku
sedar.Aiman mungkin agak terkejut dengan semua ini.Memang salah
ku.Sepatutnya aku didik dia untuk menerima hakikat ini lebih
awal
Dan kini Aiman hanya
mendiamkan diri.Tapi aku sedar,sampai bila aku harus menjaga
hatinya tanpa menerangkan keadaan sebenar?Walaupun baru berumur
lima tahun,Aiman berhak untuk tahu perkara yang sebenarnya agar
dia tidak keliru di masa akan datang.
''Ayie dah tak nak
bercakap dengan ibu ke?Tak sayang ibu lagi?''Aku mencuba
lagi.Untuk saat ini aku harus bersabar dengan karenah
Aiman.Sekarang bukanlah saat yang sesuai untuk aku beremosi
sedang emosi Aiman sendiri tidak stabil.
''Nak Mcd tak?''Dia hanya
mengelengkan kepala.
''Aiman nak balik!''
Sampai saja di
rumah,Aiman terus meninggalkan ku tanpa berkata walau sepatah
pun.Bimbang dengan perangainya yang tidak pernah-pernah begini
aku menjadi semakin gusar.
''Kenapa dengan Aiman
tu?''Kemunculan mama sedikit membuatkan aku tersentak.Terlalu
ralit memerhatikan gelagat Aiman yang lain dari biasa.
''Entahlah ma..Sejak
balik dari kubur tadi terus Aiman tak bersuara.Nia risau la
ma..''Aku memang sangat risau dengan Aiman.Selalunya riuh saja
suara kami bertingkah.Tapi kini,Aiman..
''Hurmm..''Lantas aku
melabuhkan duduk di sofa berhampiran dengan mama.
''Tak baik mengeluh
sayang..Mungkin Aiman masih terkejut lagi tu.Kejap lagi ok lah
tu.''Mama mengosok bahu ku perlahan.Sedikit tenang.
''Ma...Nia rasa gagal
menjadi seorang ibu yang baik untuk Aiman.Kalau la Nia didik
Aiman untuk menerima kenyataan ni lebih awal mungkin Aiman tak
akan jadi macam ni..''Aku lelah bila memikirkan sikap Aiman
yang mulai menjadi pendiam.
''Jangan salahkan diri
Nia..Anggaplah ini semua dugaan.Lagipun Aiman kan masih kecil
lagi.Sebab tu Nia buat keputusan begitu kan?''Mama memaut tubuh
ku kejap.Perasaan ku menjadi lebih tenang.
''Bagi Aiman masa
ya..?''Aku mengangguk lagi.
''Nia.mama sebenarnya ada
hal nak bincang.''
''Apa dia mama..''Aku
agak berdebar menanti suara mama.
''Nia tak terfikir ke
untuk mencari penganti Arshad?Dah lima tahun sayang..''Aku agak
terkejut dengan soalan mama.
''Mama..Nia tak pernah
terfikir pun tentang ini.Sekarang ni Nia cuma nak jaga
Aiman..mama papa dan sampai bila-bila akan tetap macam tu.Abang
tak ada pengantinya mama..''Sampai hati mama..Tidak sanggup
rasanya untuk menduakan kasih yang aku semai sejak dahulu hanya
untuk dia,Yang penting bagi ku sekarang ini adalah Aiman.Tapi
mama..
''Nia..Mama cuma nak Nia
mencari bahagia untuk diri sendiri.Sekurang-kurangnya Aiman
merasa mempunyai papa sekali lagi.Mama kasihan tengok
dia..''Aku tahu mama mahu aku mencari bahagia.Memberi Aiman
kehidupan yang lebih sempurna.Tapi bagi ku,cukuplah begini,dan
aku tidak perlukan apa-apa lagi selain keluarga kecil ku ini.
Aku hanya mampu
menundukkan wajah.Sayu dengan permintaan mama.Mampukah
aku?Sungguh aku tidak sanggup menduakan kasih Arshad.Dia
segala-segalanya untuk ku dan kini walaupun dia sudah
tiada,cinta itu tetap untuk dia.
''Maafkan Nia ma..Buat
masa ni,Nia cuma nak tumpuhkan sepenuh perhatian untuk
membesarkan Aiman.Yang lain tu biarlah dulu.Kalau ada jodoh,Nia
takkan tolak..''Dan setiap hari Nia berdoa,biarlah jodoh Nia
dengan abang kekal hingga ke syurga ma..
**********
Aiman tidak selincah
dulu.Sedaya-upaya aku cuba meluangkan masa dengannya.Cuba
menceriakan dia dengan mengambil cuti balik ke kampung tapi
Aiman masih begitu.Bimbang dengan keadaannya,lantas aku
memutuskan untuk berjumpa doktor pakar kanak-kanak.
''Anak puan tak ada
apa-apa.Cuma mungkin dia agak kesunyian?Puan ada cuba luangkan
masa untuk dia tak?Jangan salah faham puan,saya cuma nak tahu
punca kenapa anak puan boleh berubah sikap.''Aku hanya
menganggukkan kepala.Faham dengan tugas yang dipikulnya.
''Memang saya agak sibuk
kebelakangan ni.Tapi minggu lepas saya ada bawa dia balik
kampung sebab saya tahu,dia sangat suka bila saya bawa dia
balik kampung.Cuma kebelakangan ini dia agak diam.Saya tak tahu
nak buat apa doktor.''Mengeluh lagi.Aiman..Ibu tak tahu apa
salah ibu sayang.Dan di sudut bilik yang menempatkan pelbagai
mainan,Aiman masih termenung dan melihat saja mainan yang ada
tanpa sebarang reaksi ceria melihat mainan yang bermacam-macam
itu.
''Boleh saya tahu kenapa
Aiman boleh jadi macam tu?Maksud saya,keadaan yang membuatkan
dia berubah?''
''Berubah?Saya tak pasti
doktor.''Lantas aku teringat mengenai kejadian bulan lepas
dimana aku membawa Aiman menyelami hakikat sebenar dengan
membawanya melawat pusara arwah.Adakah itu puncanya?Oh Aiman..
''Mungkin sebab arwah
papa dia..''Lantas aku terangkan serba-sedikit cerita
sebenarnya yang ku kira membawa punca kepada perubahan Aiman.
''Puan..Emosi kanak-kanak
ni sentiasa berubah.Ini dipengaruhi bukan saja dari kalangan
ahli keluarga malah pengaruh luaran.Pernah tak dia ceritakan
tentang apa-apa saja yang berkaitan papanya ataupun ada
kehendak yang puan tidak tunaikan?Setiap kanak-kanak mempunyai
kecenderungan yang menunjukkan mereka memberontak.
Ada beberapa cara yang
kita boleh nilai disini.Ada sesetengah kanak-kanak menunjukkan
mereka kecewa atau memberontak dengan melawan apa yang ibu bapa
aturkan untuk dia.Tapi Aiman dia tidak begitu.Saya rasa dia
cuba pendamkan kehendak yang tidak dapat ditunaikan.Mungkin
sebab faktor sekeliling.Mungkin dia kecewa apabila melihat
orang lain ada papa tetapi bagi Aiman dia tiada semua tu.''Aku
terkedu sama sekali.Mungkinkah Aiman amat mengharapkan
kehadiran 'papa' yang tidak mungkin ada untuk dia?
Baru aku sedar,selama ini
sekurang-kurangnya abang adam ada untuk dia.Walaupun terpaksa
berkongsi dengan Mira,dia masih mempunyai tempat untuk
menumpang kasih.Aku mulai sedar,sejak abang adam berpindah ke
Uk atas urusan kerja,Aiman tidak seceria dahulu.
''Terima kasih
doktor.''Setelah serba-sedikit mendengar penerangan doktor
Salwa tadi,aku sedar yang Aiman amat-amat memerlukan perhatian
ku saat ini.
**********
''Kita nak kemana
ibu?''Setelah sekian lama,akhirnya Aiman bersuara walaupun
hanya beberapa patah.Tak apalah,janji Aiman sudah pandai
berbual dengan ku.Jika kebelakangan ini,kemana saja aku bawa
belum tentu dia akan bertanya.Nampaknya Aiman ada perubahan
positif.
''Aiman rasa?''Aku cuba
untuk memancing dia untuk berbual lebih panjang.
Melihat Aiman yang
kembali diam,aku sedikit hampa.Tapi tidak
apa.Sekurang-kurangnya untuk hari ini dia sudah pandai
memulakan perbualan walaupun dengan hanya beberapa patah
perkataan.
Sampai ke tempat yang
dituju,kereta aku berhentikan di petak parking.Seperti biasa
Aiman akan memaut jemari ku erat bila kami jalan beriringan.
''Sorry lambat.Dah lama
tunggu?''Zaakir tersenyum menyambut kedatangan kami.
''Tak apa.I pun baru saja
sampai.Hai Aiman..''Tapi reaksi Aiman agak mengecewakan.Mungkin
dia belum biasa barangkali.Aku cuba meyedapkan hati.
Akhirnya dengan hati yang
berat,aku menunaikan permintaan Zaakir untuk keluar
bersama.Mungkin sudah tiba masanya aku memberi peluang kepada
diri ku dan Aiman sekali lagi.
Walau bukan untuk
diri-sendiri,tapi sekurang-kurangnya aku lakukan ini untuk
Aiman.Biarlah aku beralah untuk kali ini.
Tidak sanggup rasanya
untuk terus melihat Aiman yang bertukar menjadi pendiam.Mama
dan papa nampaknya agak senang bila melihat aku akhirnya sudi
menerima pelawaan Zaakir untuk kali ini.
Aku agak Hampa bila Aiman
langsung tidak mengendahkan Zaakir yang cuba untuk mengambil
hatinya.
''Aiman tak nak!''Aku
tersentak bila tiba-tiba Aiman meninggikan suaranya
begitu.Marah bila dipaksa melantunkan bola yang dibaling oleh
Zaakir untuk dia.
''Aiman!''Aku agak malu
dengan situasi ini.Tidak sepatutnya Aiman bersikap kurang ajar
begitu walaupun dia tidak menyukainya.Aiman telah ku didik
secukupnya untuk menghormati orang yang lebih tua.Tapi hari
ini.
''Aiman dah cakap tak
nak.Uncle ni yang suka paksa Aiman.''Aiman sudah teresak
kecil.Dan tiba-tiba aku menjadi rasa sangat bersalah kerana
mengherdiknya begitu.
''It's ok Dania..I yang
paksa dia.Jangan marahkan Aiman.Dia cuma tak biasa
saja..''Zaakir nampaknya agak sabar melayan Aiman.
''Dia tak pernah macam
ni.I..I'm really sorry Kir.''Zaakir tersenyum manis,cuba
mengusir rasa bersalah ku sebentar tadi.
''I tahu..Tak apa.Mungkin
dia belum bersedia lagi.Mungkin dia tak biasa dengan saya
lagi..''Aku serba salah.
''Aiman nak balik!''
''Kita pergi makan
dulu?''Zaakir sudah mencangkung menghadap Aiman.Jelas di
wajahaya yang dia bersungguh untuk mrngambil hati
Aiman.
''Aiman tak nak.Aiman nak balik.Ibu?''Nampaknya Aiman tidak akan bertolak-ansur.
Setelah meminta maaf dengan kelakuan Aiman,aku meminta diri dengan Zaakir untuk beransur pulang.Nampaknya pertemuan ini agak singkat dengan perangai Aiman yang dingin.
**********
Sedang kami ke tempat
parking,aku terdengar suara bayi menangis agak nyaring.Pada
mulanya aku tidak mengendahkan suara tangisan itu.Pada fikiran
ku mungkin kepanasan atau apa-apa saja.Tapi semakin mendekati
suara itu,jelas ku lihat seorang lelaki sedaya upaya untuk
menenangkan bayi yang ku kira mungkin dalam lingkungan setahun.
Lelaki itu agak
kelam-kabut dengan situasi ini.Seolang-olah dia tidak pernah
atau jarang menguruskan bayinya.Sekejap dia menyuakan botol
susu.Di letakkan bayikan bayi di dalam troli kembali.Tapi bayi
tersebut masih galak menangis.Mana lagi dengan cuaca panas.
Tidak ingin menjadi
seorang penyibuk,aku membawa Aiman melanjutkan langkah.Namun
langkah ku terhenti apabila Aiman statik pada tempatnya dan dia
memandang dengan penuh minat ke arah bapa dan bayi tadi.
''Ibu..''Wajah Aiman yang
sangat-sangat mengharap.Aku tahu Aiman mungkin tidak sanggup
melihat bayi itu berterusan menangis.
Akhirnya kaki kami hala
menuju ke arah bayi tersebut.Mungkin aku boleh tolong tengokkan
apa yang patut.
''Encik..Kenapa ni?Nak
saya tolong?''Aku cuba memaniskan wajah.Nyata diwajahnya ada
perasaan cuak,masih was-was dengan kahadiran kami yang
tiba-tiba muncul barangkali.
''Err..Saya Dania,ini
anak saya Aiman.Mungkin saya boleh tengokkan anak encik.''Dan
bayi itu masih menangis.Aduhai..Kasihannya.
''Err..Saya tak tahu nak
buat apa lagi.Lampin saya dah tukar.Tapi dia masih tak nak
diam.Bagi susu pun dia tak mahu.''Nada suaranya kedengaran
gusar.Mungkin sudah hilang idea untuk memujuk anaknya kembali.
''Err..Boleh
saya..''Lantas bayi tersebut diserahkan kepada ku dengan
teragak-agak.Tapi melihat bayinya yang masih menangis,dia
serahkan juga.
''Boleh pasangkan
Aircond?''Enjin dihidupkan.Pintu belakang kereta dibuka.
Baby gurl yang sangat
comel.Aku tersenyum melihat wajah yang mulai reda tangisnya dan
terkebil-kebil memandang ku.Lampin bakai buang yang dikapai
bayi tersebut aku periksa.Terbalik rupanya.Macam manalah dia
pakaikan sampai terbalik ni..Sepatutnya bahagian depan tu dia
letak ke belakang pula.Aku mengeleng kepala perlahan.Dan aku
periksa perutnya.Sah,perutnya sedikit kembung.Mungkin masuk
angin.Badannya juga sedikit panas.
''Ada minyak
angin?''Lantas minyak angin bertukar tangan.Aduhai..
''Untuk baby?''Wajahnya
jelas kebinggungan.Takkanlah dia gunakan minyak angin cap kapak
yang pedas untuk bayi yang masih sekecil ini?Kalau betul memang
kasihanlah bayi ni.
''Er..Saya ada yang ni
saja..''Aku mengeluh dengan sikapnya yang kurang
bertanggungjawap.Macam manalah dia ni lepas jadi bapa orang!
Nasib baiklah minyak
angin Aiman ini sentiasa ada di dalam beg tangan ku.Sentiasa ku
bawa walau kemana saja sebagai langkah persediaan.
Minyak angin ku letak
sedikit di telapak tangan dan mengosoknya sehingga
panas,barulah ku sapu rata dari dada sampailah ke bawah
perut.Mujurlah aku mempunyai pengalaman menguruskan Aiman.Boleh
juga ku praktikkan untuk membantu orang,lagi-lagi seperti bapa
yang macam ni.Dan hasilnya,baby comel ini diam dan susu botol
yang aku suakan dilahapnya dengan sangat laju.Kasihannya,lapar
susu barangkali.
Hai laa..Manalah ibu bayi
ni.Takkan sanggup ditinggalkan dengan bapa yang langsung tidak
pandai menguruskan bayi sekecil ini.
''Encik..Bayi ni
sangat-sangat sensitif.Bila dia tak selesa,kena check lampin
dia ok ke tak.Lepas tu pastikan perut baby tak masuk
angin.Kadang-kadang bila dia lepas buang air kecil atau
besar,bayi akan cepat lapar..
Dan kadang-kadang kalau baby masih
nangis juga memang kena tengok juga perut dia kembung atau ada
sebab lain yang buat baby tak selesa.''Ternyata dia agak tidak
berpuas hati bila aku cuba memberikannya nasihat.Macam mana nak
uruskan anak sendiri kalau macam ni.Baru ditegur muka sudah
tegang semacam.
''Err..Dan anak encik ni
nampaknya demam sikit.''Dia agak terkejut.
''Macam mana ni?Saya
memang tak berapa pandai bab-bab menjaga anak kecil ni.''Bayi
yang berada dipangkuan ku diambilnya lantas menciumnya dengan
penuh kasih sayang.Aku jadi tersentuh dengan situasi ini.
''Cik..Boleh temankan
saya jumpa doktor?Maksud saya,nanti kalau doktor tanya saya tak
tahu nak jawap apa.''Sedikit simpati dengan situasinya.Tapi
Aiman..
''Jom ibu,kita temankan
adik ke klinik..''Aiman lebih cepat bertindak.
''Tapi..Ibu dia?''Takkan
aku pula menyibuk sedangkan ibu dia sendiri lebih berhak.
''Ibu dia tak ada!''Tak
ada?Erk..Aku serba salah.Tapi melihatkan wajahnya yang begitu
mengharap,wajah baby gurl yang comel ini dan Aiman yang sudah
bersinar-sinar.
''Er..Ok.Tapi kereta saya..''
''Nanti saya hantar awak.''Dan aku tidak harus pentingkan diri untuk saat ini.Kereta ku tinggalkan.
Kami pergi dengan menaiki kereta lelaki tersebut dan anaknya ku pangku sambil Aiman tidak sudah memegang erat tangan kecil itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.Sukanya dia..
''Awak pasti?Tak akan
ada penyesalan?''Aku mengangguk yakin.Cukuplah selama
ini.Mungkin sudah tiba masanya untuk ku melangkah ke depan.
''Kenapa?Awak dah ubah
fikiran ke?''
''Takk!Dan saya yakin
yang awak juga takkan kecewakan saya kan?''Nampaknya
masing-masing sudah mampu menarik nafas lega.
**********
''Ibu..!Buku
Aiman..''Nyaring suara Aiman memanggil ku.Terbantut sekejap
kerja-kerja ku di dapur.Muncungnya sudah panjang
sedepa.Aduhai anak teruna ku yang satu ini.Manjanya
mengalahkan Aina yang baru berusia dua tahun lebih.
''Kenapa ni?''Dengan
mukanya yang masam,buku latihan yang sudah hilang muka
depannya dihulurkan kepada ku.Aku tergeleng kecil.Sekali
lagi?Nafas ku tarik panjang.
''Ni kenapa letak
merata ni?Kan dah pesan selalu,buku tu jangan letak
merata.''
''Lupaa..Tadi along
letak kat atas tilam sekejap saja.Tapi tak sampai lima
minit,adik dah koyakkan buku along ni.Tengok ibu,siap ada
tandatangan adik lagi..''Aiman mencebik.Aku tergelak
kecil.Aina si jantung hati ku selepas Aiman dan
suamiku.Memang selalu mencari pasal dengan
abangnya.Mentang-mentanglah Aiman selalu manjakan dia.
''Dah tu adik kat
mana?''Bukan tadi dia tengah tidur ke?Sebelum ke dapur
tadi,sempat aku jenguk dia di dalam bilik.
''Tu kat depan
tv..Dengan papa.''Haih..Ni lagi sorang.Nak harapkan dia
tengokkan si Aina pun payah.
Aku melenggang ke
depan.Hendak juga melihat dengan mata sendiri.''Abang ni
memang nak kenalah..''Sejak akhir-akhir ni memang aku
semakin rajin membebel.Sensitif bukan main lagi.Sampaikan
suamiku sendiri pun naik hairan.Tidak pernah-pernah aku
begini katanya.Cengeng pun iya juga.Aku sendiri pun naik
hairan dengan sikap ku kebelakangan ini.Kadang-kadang
terlebih manja mengalahkan Aiman dengan Aina.
''Abang..!''Mulut
sudah terlopong.Siapa yang tengokkan siapa ni?Hampir
tersembur tawa ku melihat Aina yang tersengih-sengih sambil
memegang botol bedak,ditabur lalu dicalitkan dengan hujung
jari kesekitar muka papanya.Keadaan ruang tamu yang sudah
tidak kelihatan rupanya membuatkan aku pening.Aduhai..Berapa
kali nak kena kemas ni.
''Ibu..''Aina sudah
berdiri mendapatkan ku sambil mendepakan tangannya meminta
dukung.
''Sayang ibu..Kenapa
comot sangat ni?Kacau papa yaa..''Aku mencubit pipi Aina
yang tembam.Geram betul dengan pipi gebu tu.Wajahnya ku sapa
dengan kucupan di pipinya.Aina sudah terkekeh ketawa.
''Bu..Papa ain
bdak..''Aiman datang menyertai kami.
''Adik..Pandai ya
cakap macam tu.Tu papa tengah tidur,adik yang main
kan..''Aiman juga geram dengan pipi tembam adiknya.Aina
merengek bila Aiman mencubit pipinya perlahan.
Ketawa ku dan Aiman
bersatu.Dah terang lagi bersuluh,pandai pula dia kenakan
papa dia yang sedang tidur lena.Mengalahkan si Aina pula
suamiku ini.Alahai..
''Sayang..''Perlahan
mata dicelikkan.Senyuman manis sudah tersunging menghiasi
bibir yang mekar merah itu.
''Abang ni memang
laa..Nia suruh tengok-tengokkan Aina sekejap pun tak
boleh..''Mulut sudah mula membebel.Haih..Boleh semput kalau
hari-hari macam ni.
''Sorry yang..Abang
terlelap pula.''Masih tersenyum.Tahu sangat kalau dia senyum
macam tu.Nak buat aku cairlah tu.Benci.
''Ni kenapa bedak
bertabur ni?Aina buat yaa..?''Aina sudah bersembunyi di
belakang tubuh ku.Aiman sudah menjungkitkan kening ke arah
papanya.
''No papa..''Aina
mengeleng kecil.Pandai lagi dia nak elak.Memanglah si kecil
ni licik.
''Along nampak adik
yang main pa..Tu muka papa tu..''Pecah tawa kami bila dia
sudah memegang wajahnya yang bertepung.Hasil seni anak dara
dia yang sorang ni.
''Oo..Mainkan papa
ya..Jom seranggg..!''Bedak sudah bertukar tangan.Aku sudah
membulatkan mata.Anak-beranak dah berpakat kenakan aku.
''Abangg..!''Semua
terdiam bila aku sudah mencerunkan mata dengan pandangan
yang tajam.Mana aci tiga lawan satu.
''Sorry yang..Jangan
marah-marah sayang.Nanti cepat tua.''Ni bukan nak pujuk
ni.Nak naikkan darah aku adalah!
''Along..Adik cepat
pujuk mama.''Zaakir sudah memberi arahan.Padahal tadi dia
juga yang beria-ria mulakan.
''Sorry
ibu..''Serentak Aiman dan Aina bersuara.Tahu aura singa ku
sudah mahu keluar.Tahu takut.
Botol bedak sudah
bertukar tangan.Muncul idea menyakat tiga beranak ni.Mana
aci aku saja yang kena.Dan..
''Ibuu...!''
''Sayangg..!''Serentak
suara kami bergema memenuhi ruang tamu yang agak kecil namun
padat dengan kasih sayang.Giliran aku pula tersenyum
kemenangan apabila ketiga-tiganya sudah terpalit bedak.
Kami tertawa
bahagia.Kerja-kerja ku di dapur kemana.Kemas ruang tamu juga
kemana.Setelah penat dengan aktiviti 'berbedak' tadi,kami
berbaring bertilamkan karpet di ruang tamu,berbantalkan paha
Zaakir,sambil kepala ku diusap penuh kasih.Sementara
anak-anak sudah mulai terlelap berbantalkan lengan ku di
kiri dan kanan.
''Thanks sayang..''Dan
sebuah kucupan hangat ku terima di dahi.Aku tersenyum
bahagia
''Sepatutnya Nia yang
kena ucapkan terima kasih untuk abang sebab sudi terima
Nia.Sanggup bersabar dengan Aiman.Dan..''Cup!Aku terpana.Zaakir
tertawa bahagia..
''Dah berapa kali
abang cakap,jangan ungkit lagi kisah dulu.Abang yang bertuah
sebab doa abang dah termakbul.Memiliki sayang,kehadiran
Aiman dan Aina sudah cukup buat abang bahagia.Tak ada
apa-apa lagi yang abang inginkan kecuali kebahagiaan
keluarga kita.
Dan terima kasih
kepada papa dan mama sebab sudi terima abang dan bagi
peluang kepada abang untuk memenangi hati sayang dan
Aiman..''Airmata ku jatuh,Terharu dengan pengakuan Zaakir
yang bagitu tulus menerima ku.Sanggup bersabar dengan
karenah Aiman.
''Nangis pula..Sayang
ni memang laa.Kalau tak membebel mulalah menangis.Pening
abang.''Aku ketawa mendengar dia mengomel.
''Laa..Tadi
nangis,ketawa pula?''Zaakir mengeleng kecil.
''Orang terharu
laa..Abang ni..''Muncung yang baru 'tumbuh',tidak jadi bila
Zaakir menghadiahkan kucupan sekali lagi.Aduhai..Pantang
betul ada kesempatan.
''Papa..!''
''Ibu..!''Opss!Malu
bila tertangkap dengan anak-anak.Anak-anak sudah menerpa
menghangatkan kasih sayang yang sentiasa mekar..
Kini aku mampu menarik
senyum bahagia.Empat tahun lalu segalanya merubah hidup
ku.Aiman yang mengharapkan kehadiran papanya.Aku yang
degil,tidak ingin melepaskan arwah Arshad dari hidup ku
sehingga pintu hati ku tertutup tanpa ada kunci yang mampu
membukanya.
Namun perancangan
takdir itu manis,cukup indah.Kegigihan Zaakir yang
kental.Kesanggupannya melayani segala karenah Aiman
sehinggalah Aiman mampu menerima kehadirannya di dalam hidup
kami.Namun satu yang aku terlupa,tingkap yang menghubungkan
hati kami lupa ku tutup serapat-rapatnya.Sehinggakan aku
sendiri tidak sedar betapa dia juga sudah mulai mendapat
ruang di suatu tempat di sudut hatiku yang dulunya kosong
ditinggalkan Arshad,kini mulai terisi dengan hadirannya.
Aku juga turut
berterima kasih kepada papa dan mama yang begitu
terbuka.Yang telah ku anggap seperti ibu dan ayah kandung ku
sendiri.Betul kata Arshad.Dia bukan saja meninggalkan aku
dengan zuriat kami,tetapi dia juga menghadiahkan aku dengan
sebuah keluarga yang bahagia.
Kini,hidup ku cukup
lengkap dengan kehadiran Zaakir,Aiman dan Aina.Papa dan mama
yang sentiasa ada untuk ku.Tidak lupa juga keluarga Zaakir
yang sangat terbuka menerima kahadiran ku dan Aiman.
Sesungguhnya bahagia
ini tercipta kerana restu-NYA.Kerana izin-NYA dan kerana
takdir-NYA..
Suatu ketika dulu aku
pernah menyalahkan takdir.Tidak pernah pasrah dan redha
dengan ketentuan-NYA..Selalu mempersoalkan belenggu takdir
yang sentiasa menghantui ku.Mengambil pergi orang-orang
kesayangan ku.Emak,ayah dan arwah Arshad.Tapi kini aku
sedar..Semua yang berlaku ada hikmahnya.Dan kini
hasilnya,aku cukup bahagia bersama dengan keluarga besar ku.
**********
4 tahun lalu..
''Awak belum cukup
kenal saya Kir.Dan semua ini tak sepatutnya berlaku.Awak
layak dapat yang lebih baik dari saya Kir..''Aku mengeluh
berat.
Bila soal jodoh
diutarakan,aku jadi tidak keruan.Nampaknya aku belum
bersedia untuk melangkah ke depan walau untuk setapak.
Bagi ku,setapak itu
walaupun hanya beberapa inci..Impaknya sangat besar dan
bakal merubah seluruh perjalanan hidup ku dan juga Aiman.Dan
aku masih belum cukup yakin bila Aiman juga seperti tidak
serasi dengan dia.
Aku tahu Zaakir kecewa
bila berulang kali aku menolak huluran salam cintanya.Namun
semua ini bukan saja untuk ku,aku harus memikirkan Aiman
juga.Dan nampaknya papa dan mama sudah berada di
pihaknya.Pandainya dia ambil hati papa dan mama.Entah apa
saja yang dia sogokkan sehingga papa dan mama begitu
beria-ia memujuk ku menerima dirinya.
Argghh!!Berdosanya
aku.Lagi-lagi aku berprasangka terhadapnya.
''Kalau saya nak orang
lain Nia,saya tak akan tunggu awak.Saya tak akan buang masa
saya hanya untuk mengejar awak.Tapi kenapa awak tak pernah
faham Nia..Saya tak minta awak lupakan dia,cukuplah awak
bagi sedikit ruang di hati awak untuk saya.Salah ke bila
saya mencintai..''Nampak Zaakir begitu bersungguh.Masakan
tidak,papa dan mama juga sudah merestui.Tinggal persetujuan
ku dan Aiman lagi.
''Kita tak
sepadan..Kita banyak perbezaan..Say''
''Kenapa nak cari
persamaan sedangkan bila kita berbeza kita akan saling
melengkapi?Kenapa nak cari kekurangan bila semua tu tak
penting jika kita saling menutupi kekurangan
masing-masing.Bukankah hidup itu saling melengkapi dan
bukannya nak cari kelebihan sendiri dan mencari kekurangan
orang lain?
Look at me Nia..''Dan
mata kami bertaut.Cuba mencari sinar cinta di hati
masing-masing..''Sampai bila awak nak lari dari
kenyataan?Awak juga perlukan seseorang yang mampu untuk awak
bersandar bila mana awak penat.Tempat untuk meluahkan segala
masalah awak..Dan tempat awak untuk berkongsi bila saja awak
gembira mahupun sedih.Hurm..?''
Airmata ku gugur juga
akhirnya.Sesungguhnya selama ini aku bertindak kebal.Menjadi
seseorang yang lain dari diri ku yang dulu.Seorang gadis
yang dulunya cengeng.Kini berubah menjadi seorang wanita
yang kalis airmata.Hanya untuk anak teruna ku.Dan kini,aku
harus mengambil satu langkah,langkah yang sangat kecil namun
impaknya sangat besar!
Dan bermula saat
itu,bermacam-macam cara yang dia gunakan hanya untuk
mendekati Aiman.
Aiman yang degil.Aiman
yang cengeng.Aiman yang kuat merajuk akhirnya mampu
dicairkan dan menerima kehadiran 'orang baru' di dalam hidup
kami.Dan secara perlahan-lahan,pintu hati ini ku buka untuk
menerima dia setelah sekian lama..
Akhirnya,setelah
mendapat restu dari kedua-dua pihak.Kami akhirnya bakal
disatukan..
**********
''Awak pasti?Tak akan
ada penyesalan?''Aku mengangguk yakin.Cukuplah selama
ini.Mungkin sudah tiba masanya untuk ku melangkah ke depan.
''Kenapa?Awak dah ubah
fikiran ke?''
''Takk!Dan saya yakin
yang awak juga takkan kecewakan saya kan?''Nampaknya
masing-masing sudah mampu menarik nafas lega.
Segalanya berjalan
lancar seperti yang dirancang.Majlis yang sederhana,atas
permintaan kami sendiri yang hanya dihadiri oleh kaum
keluarga dan sahabat terdekat kepada kami sahaja yang
dijemput hadir.
Aiman antara yang
paling ceria kerana akhirnya dia mendapat seorang 'papa'
yang diidam-idamkan selama ini.
Tidak sangka Aiman
yang menolak pada mulanya,kini bagaikan tidak mampu
berenggang dengan 'papanya' lagi.Sungguh aku terharu dengan
semua ini.
''Sayang..''Tiba-tiba terasa
cubitan di pipi kanan ku.Aiman,Aina dan dia sudah terkekeh
melihat reaksi ku yang terpinga-pinga.
''Mengelamun pula
dia..''Aku tersengih.Terleka dengan kisah lalu yang cukup
manis bila dikenang kembali.Ya Allah,jangan rampas keluarga
ku dari hidup ini sekali lagi..
''Ingatkan siapa?''Aku
membalas senyumannya.Cukup manis dan hanya untuk dia.
''Nia ingatkan
abang..''Malu..Tapi sesungguhnya aku ingin dia tahu,bahawa
aku memang sangat-sangat bahagia dengan dirinya.
''Depan mata pun masih
ingatkan abang?''Dahinya sudah berkerut.Aku ketawa.
''Walaupun abang
dekat..Jauh dari mata sekalipun,Nia sentiasa ingatkan
abang.''Dia mengusap pipi ku penuh kasih.Menyalurkan rasa
cinta melalui sentuhan ajaibnya.
Tiada bicara yang
terungkap.Hanya dengan memandang dia saja,kasih ku tumpah
sepenuhnya buat dia.Dan aku tahu,dia juga begitu.
''Ibu..Jam berapa nak
gerak ni?''Aiman sudah berpeluk tubuh.Jika gayanya sudah
begitu,maksudnya kena cepat-cepatlah bersiap.
Nampak gayanya Aiman
sudah tidak sabar-sabar untuk bertandang ke rumah
neneknya.Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan emak dan
abah mentua ku yang ke 35 tahun.
''Kejap lagi kita
gerak ya sayang..Jom naik atas.Aiman pergi mandi,ibu nak
siapkan adik dulu..''Aiman mengangguk lantas membawa langkah
ke dalam biliknya di tingkat bawah.
''Abang,Nia naik
dulu..Nak siapkan Aina.Abang pun pergilah bersiap.''Tubuh
Aina yang tembam ku raih ke dalam pelukan.
''Kejap lagi abang
pergi ya sayang.Macam tak sihat badan laa..''Aku meraba
dahinya.Biasa saja.
''Abang ok ke?''Aku
memicit kepalanya perlahan.
''Abang ok..Nia
siapkan Aina dulu.Kejap lagi abang datang.''
Sedang aku menyiapkan
Aina..Tiba-tiba Aiman berteriak dari bilik ku.Bergegas aku
dan Aina bila Aiman tidak sudah memanggil papanya bangun.
Ya Allah.Aku
terkaku.Kejadian ini bagai di ulang tayang kembali seperti 9
tahun yang lalu..
Arshad yang tidak
bergerak.Tiba-tiba rebah usai kami menyudahkan solat.Dan
saat itu,semuanya telah merubah seluruh perjalanan hidup ku.
Dan kini Zaakir..Aku
sudah tidak mampu bersuara,hanya mampu memandang jasad yang
kaku tidak bergerak..
Sayup-sayup kedengaran
suara Aiman dan Aina yang saling bertingkah memanggil ku dan
Zaakir.
''Abang..''Tiba-tiba semuanya padam..
''Abang..''Tiba-tiba semuanya padam..
**********
Orang ramai serta
saudara-mara yang membanjiri perkarangan rumah tadi,hampir
kesemuanya sudah beransur pulang.Kini hanya tinggal kami
sekeluarga.
Penat dengan kenduri
yang baru saja berlangsung tadi.Aiman dan Aina masing-masing
duduk menempel disebelah ku.Memeluk ku erat sehingga
adakalanya aku terasa semput dengan gelagat dua beradik ini.
''Macam mana boleh
jadi macam ni..Nia?Sampai tak senang hati abah dan mak kamu
ni mendengarnya.''Aku tertunduk.Tidak tahu mahu mulakan dari
mana.
''Papa tiba-tiba
pengsan tuk.Bila Aiman panggil ibu,tiba-tiba ibu pun pengsan
sama.''
Semua ketawa mendengar
cerita Aiman sedang wajah ku sudah merona merah menahan
pijar.Kemunculan Zaakir yang mungkin baru bangun dari tidur
akhirnya mengambil tempat di sisi ku menyelamatkan keadaan.
''Pening lagi?''Aku
bertanya,prihatin dengan keadaannya yang tidak berapa
sihat.Dan dia hanya tersenyum manis sambil mengeleng kecil.
''Macam meriah
saja?''Kepalanya sudah terlentok lemah di bahu ku.Mungkin
peningnya belum hilang lagi.
''Anak kamu ni
haa..Dia tengah cerita macam mana kamu boleh pengsan lepas
tu Nia pula.''Sekali lagi ruang tamu yang luas itu bergema
dengan suara usikan nakal mentertawakan kami.
Zaakir hanya mengukir
senyum.Dia meraih tangan ku lalu jemari kami pun bertaut.Ada
sinar bahagia di wajahnya.
''Tahniah lah
ngah..Tak sangka,murah rezeki korang..''
''Thanks Long..Tak
sangka pula Nia ni pregnant.Langsung tak ada tanda-tanda
morning sick kalau nak dibandingkan sewaktu mengandung si
Aina ni dulu.Sampai berumah-tangga di hospital kami
dibuatnya.''Semua tergelak lagi.Sungguh,sewaktu
mengandungkan Aina.Alahan yang aku alami sangatlah
teruk.Sampaikan Zaakir sendiri sanggup ku usir keluar dari
peraduan kami hanya kerana aku tidak tahan dengan bau minyak
wanginya.
''Tu yang sampai
dua-dua pitam tu..''Bergema lagi suara usikan menyakat aku
dan Zaakir.
Tidak sangka pula aku
mengandung lagi.Hampir tiga bulan pula tu.Patutlah semua kain ku
ketat semacam.Ada juga yang menegur mengenai susuk tubuhku
yang semakin berisi.Namun bagi ku semua itu biasa saja.Tidak
sangka pula murah rezeki kami.
Tapi yang kasihannya
Zaakir.Patutlah sejak kebelakangan ini dia selalu lemah
tidak bermaya.Bila tercium bau asap sikit,mulalah dia pening
semacam.Baru kini ku tahu,rupanya sebab pembawakan budak.
Tidak ku jangka pula
kali ini dia yang terpaksa menanggung semua alahaan sedang
dulu sewaktu mengandungkan Aina,alahan yang ku alami
sangatlah teruk.
Mungkin sebab berkat
doa suamiku yang ikhlas.Pernah dia suarakan dahulu.Andai
begini teruklah alahan yang ku alami sewaktu
mengandung,untuk bakal anak kami yang seterusnya.Dia
berharap biarlah dia saja yang mengalami semua itu.Aku cuma
bawa perut saja katakan.
''Tu tandanya..Sayang
bini katakan..''Emak ambil giliran menggusik kami.Nampaknya
dalam masa tidak sampai enam bulan lagi,kami bakal menerima
kehadiran orang baru.Bukan satu,malah dua pulak tu.
Terkejut juga semasa
di klinik tadi doktor mengesahkan bahawa aku bakal
melahirkan anak kembar.Sungguh aku tak jangka sama
sekali.Nampaknya genetik keluarga ku yang beranak kembar
menurun kepada ku.Sedang aku dan abang Adam sendiri
merupakan kembar tak seiras.
Rindu dengan abang
Adam.Bulan lepas baru kami berkesempatan bertemu kembali
setelah hampir empat tahun tidak bersua.Sungguh aku
menrindui dia.
Abah dan mak yang
menghantar kami ke klinik pun terkejut dengan berita gembira
itu.Masakan tidak.Hujan tiada,ribut tiada tiba-tiba suami
isteri pengsan.Rupanya ada berita gembira pula yang
menyusul.
**********
''Thanks sayang..Abang
sangat-sangat bahagia dengan Nia.Tambah-tambah lagi,kita
bakal menerima orang baru dalam keluarga kita sikit masa
lagi.''Zaakir mengucup ubun-ubun ku usai solat.Doanya hari
ini panjang dari biasa.
''Nia pun bahagia
sangat bang.Tak sangka pula kan bang..Along dengan adik
bakal dapat adik lagi.'Kami tertawa lagi.
Lucu pula bila
mengingati yang aku dan dia dua-dua pengsan.Mesti Aiman dan
Aina panik melihat ibu dan papanya tidak sedarkan diri.Mujur
Aiman tangkas mendail telefon rumah atuknya untuk meminta
bantuan.
Dan cerita sebenarnya
tiada siapa yang tahu kenapa aku jadi begitu.Sungguh aku
hampir rebah tersungkur mengenangkan nasib ku yang bakal
ditinggal pergi.Sungguh aku tidak sanggup lagi menanggung
sebuah kehilangan lagi setelah aku sudah terlanjur
menyayangi dia.
Melihatkan keadaan
Zaakir yang terbaring kaku umpama melihat arwah Arshad yang
tiba-tiba tidak sedarkan diri,yang akhirnya pergi
meninggalkan ku sementara Aiman masih di dalam
kandungan.Sungguh menyesakkan jiwa.Mujur saja semua itu jauh
menyimpang dari kisah duka ini.Andai tidak,aku tidak tahu
bagaimana harus ku lalui sekali lagi.
''Maafkan abang sebab
takutkan sayang..''Lantas tubuh ku disapa ke dalam
pelukannya sekali lagi.
''Tak apa.Bukan salah
abang pun..''Sebak menguasai diri.''Nia nak ucapkan terima
kasih kepada abang sebab sudi terima Nia dan Aiman..Terima
kasih kerana sudi hadir ke dalam hidup kami dah terima kasih
juga sebab mencintai Nia..''Dalam sedu yang panjang,dapat
juga aku luahkan semua yang terpendam di lubuk hati ini.
Aku ingin Zaakir
sedar,betapa pentingnya dia di dalam hidup ku dan betapa dia
memberiku satu pengalaman baru dalam menjalani rumah tangga
yang cukup sempurna ini.Ditambah pula dengan anak-anak yang
menjadi pengikat kasih antara kami.
''Abang pun nak
ucapkan terima kasih dengan sayang..Terima kasih sebab sudi
bagi abang peluang..Sudi memberi ruang di dalam hidup sayang
dan terima kasih sebab sudi membalas cinta abang..''
Malam ini..Bersaksikan
bulan dan bintang yang bersinar,walau apa pun
rintangannya.Itu tiada apa-apa berbanding dengan nilai kasih
ini yang akan kami jaga sehingga ke akhir hayat.Dan semoga
jodoh ini tetap dirahmati dan diberkati sehingga ke
syurga.Amin..
TAMAT
~Siapa yang tidak
pernah diduga?Siapa yang tidak pernah kehilangan..Andai
takdir sudah menetapkan begitu.Maka begitulah
kesudahannya.Tapi ingat..Dugaan itu datang kerana dia ingin
menguji sejauh mana kita mampu mengalas takdir yang
tersurat.Dan bila mana dugaan itu hadir,hanya kerana kita
mampu mengalasnya.
Berserah?Jangan
sesekali.Usahakan sehingga berjaya.Berserah hanya bila kita
pasrah dengan ketentuannya.Tetapi,jangan berserah hanya
kerana kita pasrah kerana MENGALAH.~KK Zen
P/S : Mesti pening korang baca entry ni kan?Panjang bukan main lagi huhu..
apa2 pun,do komen..Semua kritikan anda,pencetus idea dan dorongan buat saya agar sentiasa cuba yang terbaik dan memperbaiki hasil penulisan saya...Thanks guys..Luv u all..Muaahh...!!Huhu..
*Buat yang fisrt time baca cerpen ni,sya pernah up dalam blog part by part..*
kekadang indah sungguh percaturan hidup yang telah ALLAH anugerah kan wat kita....dalam sekelip mata diambil kembali bahgia yg d berikn wat kite di hadiah kan derita n diberi kan semula zat bahgia tu,malah lebih baik dari yang kita impi kn.segala dari mu pasti yg baik YA ALLAH.sebagai hamba syukur atas pape pun yg tertulis buat ku...best dek cerita u,ade teladan disebalik nye tuk kite wat iktibar....gud job to u my dear writer.tq
ReplyDeletethanks Norihan..nak pggl akak ke adik ni?hehe..
ReplyDeleteapa2 pun nak ucapkan trima kasih sbb sudi baca dan komen..
Betul tu,kdg2 tuhan turunkan hujan sbb DIA nak hadiahkan pelangi..
manusia ni jarang bersyukur dgn apa yg dia ada..Suka menyalahkan takdir..
kita baru sempat bce..
ReplyDeletehuhuhu...sedih dan terharu...
like berjuta2....heheheh...
thanks oren..
Deletesuka dgn cerita awak juga.. (^_^)
sedihnya...hehe.. good job dear...
ReplyDeletethanx sbb follow blog kte.. da lama.xtau awk maih ikut ke x.. hehe..btw, jemputla bace buah tgn kte kt blog.. ;)
hai atiput3..jumpa juga dgn blog ni kan?huhu..apa2 pun thanks juga sbb sudi sggah dan komen..bakal bertandang selalu huhu..thanks dear..
DeleteBEST...
ReplyDeleteThanks baby mio..hehe..
Deletetapi kenyataan adakala sukar hendak kita terjemahkan dengan perasaan. itu hakikatnya kehidupan.
ReplyDeleteSaya fikir nia kawin dgn lelaki yg ada baby tu.. Mcm tergantung cerita nye.. Apa pun best..cerita yg menarik.
ReplyDeleteBest jalan ceritanya,membuai perasaan pembaca,
ReplyDeleteHai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)
ReplyDeleteHai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)
ReplyDeleteHai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)
ReplyDeleteBest nya akak... tahniah
ReplyDeleteTerbawa perasaan baca cerpen ni best cerpen akak
ReplyDeleteBest sgt tpi lelaki yg die jumpe tu mcm xberkait je dgn cerite percintaan die klau bleh kaitkan dgn kisah percintaan die baru nmpk die punye kesinambungan cerite tu
ReplyDelete