CERPEN

Tuesday, 29 November 2011

Terjatuh sayang!!(Bapak bayi siapa nie?2)







~Cerpen ini adalah kesinambungan dari cerpen pertama saya iaitu 'Bapak bayi siapa nie??'.Seperti yang telah saya janjikan.Harap anda enjoy membacanya..Bagi yang mengharapkan sambungannya,ini dia..~




~Bermulanya lebaran baru..~

          Aku sudah tidak menang tangan untuk melakukan segala kerja-kerja berkaitan dengan majlis pernikahan nanti.Dinding rumah yang dulunya tidak bercat kini sudah berwarna krim cair semuanya.Segala persiapan sudah hampir siap memandangkan majlis akan berlangsung tiga hari lagi.
          ''Bertuah benar kamu Jah..Dapat menantu anak orang kaya pula tu.''Mak Embok sudah dan Mak cik Kinah berbalas senyum.Siapa yang tidak kenal dengan ahli sidang bergerak di kampung ni.Suka sangat menjajah cerita orang.Surat khabar bergerak gitu.
          Macam aku tak tahu yang ahli sidang inilah yang mencanang ke sini-sana pasal keluarga aku yang kononnya hanya menerima 'bakal menantu' anak orang-orang kaya saja.Padahal cerita sebenarnya bukan begitu.Mahu saja aku jeling mak cik berdua ni.Tapi mungkin belum apa-apa,abah pula yang hempuk aku dulu-dulu.Haiss!!
          ''Dah jodoh kak Embok,kak Kinah..Siapa-siapa yang jadi menantu Jah pun,Jah tak kisah sebenarnya.Janji bakal menantu Jah tu boleh memberi bimbingan dan terima diri Mai seadanya..Ini pun Jah dah bersyukur sangat..''Senyuman ibu masih begitu.Manis dah penuh dengan kelembutan.Nadanya juga bukan berupa sindiran.Itulah ibu.Seorang wanita yang lembut dan penyabar.Lagi-lagi dengan orang macam abah.Alamak!Kutuk bapa sendiri nampak.Huhu..
          ''Si Ira ni bila langsungnya?Belum ada calon lagi ke?''Amboi!Jodoh aku pun dia nak sibuk-sibuk juga.Ibu senyum sambil pandang wajah ku.Tahu ibu cuba pujuk aku dengan senyumannya.Lidah terasa keluh.Aku sudah tunduk tak terkata.'Maafkan Ira bu..'
          ''Mai ni pun Jah susah nak lepaskan.Ira apatah lagi.Budak lagi tu..Masak pun tak lulus lagi.Nanti dah kahwin nak bagi laki makan apa pula..''Semua yang ada di ruang tamu sudah tergelak sakan.Amboi..Kutuk nampak!



**********



~Usah dikenang masa lalu..~

          Aku pandang dinding kak Mai yang dulunya berwarna pink kini sudah bertukar warna ungu cair.Sejuk mata memandang.
         ''Kenapa kak..''Aku sudah melabuhkan duduk di birai katil.Aku lihat kak Mai agak serba salah.
          ''Ira ok..Tak payahlah Ira nak kisah kan sangat mak Embok dengan mak cik Kinah tu..''Tahu kak Mai saja nak pujuk aku.Aku mengeleng perlahan sambil tersenyum.
          ''Ira ok kak..Apa pula tak okey.''Aku senyum lagi,cuba yakinkan kak Mai.Tidak ingin dia terkesan dengan perasaan ku.Kalau boleh biarlah aku simpan sendiri saja.
          Tiba-tiba Kak Mai melepaskan keluhan.Aku jadi hairan..'Apasal muka kak Mai cemberut semacam ni?'
          ''Kak..Kenapa ni?''Aku gosok belakang tangannya untuk meredahkan kegusaran kak Mai.
          ''Akak tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan ibu dengan abah..''Kak Mai sudah tersedu-sedu di bahu ku.Ini rupanya masalah kak Mai..Aku ingatkan kak Mai 'berat hati' dengan perkahwinan ini sebab lain.Rupanya ibu dengan abah juga yang dikisahkan.'Apalah aku ni.Dah pilihan hati sendiri.Nak berat hati apa entah.'Adeh..
          ''Apalah kak Mai ni.Ira ingatkan apalah tadi..Kalau Kak Mai risau pasal ibu dengan abah tu memang kak Mai buang karan saja.Ira kan ada.Dah laa..Tak payah nak buat memek muka buruk macam tu.Kang hilang pula seri bakal pengantin ni..Buruknya rupa bakal isteri abang Is ni..''Kak Mai terus pandang aku.
          ''Adoiih!!''Ketam kak Mai dah sihat dah.Dah pandai merayap balik nampak.''Sakitlah!''Aku gosok tangan yang sudah berrubah kemerah-merahan.Sekejap lagi bakal bertukar biru.
          ''Padan muka Ira.Sakat akak lagi..Tapikan..Memang akak rasa Ira ni tak boleh harap pun.''Kak Mai sudah terkekeh melihat muka cemberut ku.
          ''Apa tak boleh harap pula!Selama kak Mai kat belajar sampailah bekerja..tak ada pun abah dengan ibu mengadu kan?Ira jaga first class tau..''Nasib baik yang mencubit tadi kakak aku.Kalau kakak orang lain dah lama aku pulas balik.Isk.isk.isk!Bisa betul
          Agak lama kami terdiam hinggalah..''Ira..akak nak tanya boleh?''Aku angguk perlahan.'Semacam pula kak Mai ni..?'
          ''Ira masih tunggu dia..''Lidah terasa keluh.Tanpa aku duga,kak Mai sudah mengutarakan hal yang aku tidak jangka sama sekali.Sangka ku kak Mai takkan tanya aku pasal hal ni lagi..Aku mengeluh perlahan.Cuba menyelami perasaan sendiri..
          ''Dah tiga tahun Ira..Takkan Ira nak tunggu lagi?''Aku masih lagi diam.Aku sendiri pun keliru.'Aku tunggu dia ke?'
          ''Nak kata tunggu tu tak juga kak.Tapi entahlah.Ira pun tak tahu..''Akhirnya aku memilih jawapan yang jujur pada diri ku sendiri.
          ''Kalau Ayie langsung tak muncul sampai bila-bila takkan Ira nak tunggu juga!''Kak Mai pandang aku dengan wajah yang tidak puas hati.Aku terkedu.Aku sendiri pun tidak ada jawapannya.
          ''Ira tak tahu kak.Lagipun bab jodoh ni urusan Allah.Kalau ada tu adalah.Kalau ditakdirkan Ira membujang sampai ke tua pun tak apa.Boleh jaga ibu dengan abah..''Aku tersengih.Kak Mai sudah mencerlangkan matanya.
          ''Memanglah jodoh tu urusan Allah..Tapi kita pun kena usaha juga Ira.Kalau setakat duduk terkurung kat rumah tak buat apa-apa pun tak guna juga.''Betul kata kak Mai.Tapi aku memilih untuk tidak memikirkan semua ini dulu.Biarlah masa yang menentukan.Andai ada jodoh memang tak kemana juga.kan?
          ''Entahlah kak..Ira tak nak fikir apa-apa lagi pasal ni.Sekarang Ira cuma nak jaga ibu dengan abah saja..''



**********
~Rindu kenangan itu..~

          Aku sudah berlari lintang-pukang.Langsung tidak menoleh kiri kanan lagi.Redah sajalah.
          ''Humairah!!''Kak Mai hampir histeria dah aku tengok.Huahaha..(ketawa jahat).Dah lama aku tak buat kerja ni.Hampir 4 tahun aku pencen kacau kak Mai.Dan hari ni aku teringin benar untuk mengulanginya sekali lagi.Lagipun lepas ni aku mungkin tidak berpeluang lagi.Tiga hari lagi kak Mai bakal menjadi isteri orang.Kak Mai juga bakal tinggal bersama dengan keluarga mertuanya lepas ni.
          Aku pandang muka kak Mai.Fuyoo..Merah menyala tu!Mesti 'nenek singa' dah naik tinggi darah ni.Hahaha..Terasa kepala ku sudah mengeluarkan 'tanduk'!
          ''Pulangkan..''Aku tergelak.Ayat yang sama.Rindunya..
          ''Tak nak..Kalau nak ambillah sendiri!''Aku terus pecut lagi.Kali ni bukan lagi dihalaman rumah tapi sudah beralih ke jalan raya.Cadangnya nak ke sungai terus.Biar bersenam sikit.Hehe..
          Mak cik-mak cik yang ada di rumah tadi sudah tergeleng-geleng kepala tengok perangai ku yang suka menyakat kak Mai.Bagi yang baru hendak menjadikan aku calon menantu pun langsung tak jadi kot.Cancel terus nak dibuat calon!Huhu..
          Nasib baik abah tak ada.Kalau abah ada bukan kak Mai lagi yang sibuk kejar aku.Mesti abah pulak yang marathon kejar aku dengan parangnya..Haiss!!
          Sebenarnya aku saja ingin mencipta kenangan ini sebelum kak Mai sah bergelar isteri.Mungkin selepas ini semuanya bakal berubah.Tiada lagi teman bergaduh selepas ni.Tiada lagi aksi-aksi 'melampau' yang bakal berlangsung antara aku dan kakak aku yang sorang ni.Mestilah selepas ini dia harus menjaga batas pergaulan dan bertindak lebih matang.Takkanlah aku masih nak ajak orang tu bergusti lagi.Mmemang melampaulah kalau aku masih berniat begitu.Hehe..
          ''Ira..Bagilah balik..''Kak Mai sudah tercungap-cungap.Lupa sebentar yang aku tengah main aksi kejar-mengejar dengan bakal isteri orang ni sikit masa lagi.Kasihan 'bakal isteri' abang Is ni.Hahaha..
          ''Tak nak!Kalau nak datanglah sini.''Aku angkat tinggi diari kak Mai yang aku culik masa aku kat dalam bilik tadi.Tak sangka betul!Kak Mai masih simpan di tempat yang sama.Kak Mai..Kak Mai.Dah tahu perangai aku macam mana masih juga tak ambil iktibar dari kejadian yang lepas-lepas.Nasiblah!
          Tidak sedar kak Mai sudah begitu hampir dengan ku.Tanpa menoleh kiri kanan,aku terus pecut lagi.Tiba-tiba...
          ''IRA..!!''
          Semua sudah berlari ke arah bunyi dentuman yang kuat itu.Aku yang sudah terlantar hanya sempat memandang muka kak Mai yang sudah berubah pucat.Aku senyum..dan tiba-tiba pandangan ku mulai gelap..



**********




~Apa kes ni?~
          Aku buka mata perlahan-lahan.Terasa sakit kepala yang mencucuk-cucuk membuatkan aku pening yang amat.Terasa berdengung telinga apabila aku paksa diri ini untuk bangun.
          Aik..Apasal ibu tidur terduduk di tepi katil aku ni?
          ''Ibu..ibu..''Aku mengerakkan badan ibu perlahan.
          ''Ira..dah bangun sayang..''Ibu terus peluk tubuh ku kejap.Aku mengerutkan dahi.Apasal ibu nangis ni?Mengingau kut?Huhu..
          ''Si kepala batu tu dah bangun Jah!''Aku terus pandang depan.Abah sudah berdiri bercekak pinggang.Ok..Aku sudah kecut perut!Muka abah muka macam rupa nak sembelih orang saja lagaknya.
          ''Sudah-sudahlah tu bang..Ira pun dah selamat..''Ibu masih memeluk tubuh ku kejap.Kak Mai yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik ku kelihatan agak sunggul.Aku yang masih bingung masih tidak dapat mencerna apa-apa.
          ''Jah!Sebab budak ni lah ada orang tu hampir-hampir terkorban.Kalau budak tu jadi apa-apa macam mana!''Dada abah sudah turun naik.Takut aku dibuatnya.Tapi apa yang aku dah buat??
          ''Ira siap cepat!Kita gerak sekarang.Jom pergi hospital.''Aku pandang muka kak Mai.Nak buat apa pergi hospital??
          ''Buat apa kak..??''Blurr tahap cipan dah ni.Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba kena ajak pergi hospital.Macam ajak orang main pondok-pondok saja kak Mai ni..
          ''Ni pasal kamulah punya kerja ni..!''Hah!!Apa aku dah buat??
          Terkejut tahap gaban aku bila kak Mai bagitau masa kitorang tengah main kejar-kejar kat jalan raya tadi ada kereta yang sedang meluncur laju.Untuk mengelakkan aku dari kena langgar sanggup pemandu tu rempuh batang pokok kelapa yang ada di tepi jalan.Rupanya yang aku pengsan tadi tu sebab kak Mai sempat tolak aku.Dasyat kak Mai.Sampai benjol dahi aku kena hentak kat batu.Patutlah sempat ingatan aku hilang kejap.


**********


~Apa yang aku dah buat ni!!~
          Kami sampai di hospital hampir senja.Kasihan kak Mai.Tengah membilang hari untuk majlis nikahnya aku tak sudah-sudah buat hal.Kami menuju ke wad yang menempatkan sesusuk tubuh yang hampir hilang nyawa gara-gara kenakalan ku.Taubat aku lepas ni!
          Kami memberi salam.Hampir saja aku tidak bergerak kalau kak Mai tak tarik aku paksa masuk sekali.Ramainya!Glupp!!
          'Humairah.Sediakan kepala sebab sikit masa lagi kau bakal kena pancung dengan keluarga si mangsa!'Erk??
          ''Masuklah..''Kedengaran suara lembut mempelawa kami masuk.Aku tidak berani mengangkat kepala.'Tahu takut'!!Haiss.
          ''Umi..Kami datang ni nak minta maaf..''Kak Mai memulakan mukadimah.Aku sudah tidak tentu arah.Dup dab dup dab!
          ''Tak apa Mai..Benda dah nak jadi.Kalau kita tahu memang nak elak pun..Umi tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni.''Aku terus pandang wajahnya.Dia senyum sahaja.Tapi aku dah mula keliru di sini.Apasal mak cik ni macam dah kenal sangat dengan kak Mai??
          ''Ni mesti adik Mai..Ira ya?''Aku hanya menganggukkan kepala saja.Blurr masih tak tinggalkan aku.Eh silap.Tak habis-habis aku dilanda BLURR!!Apa kes?
          ''Ira..Ni mak su abang Is..Datin Rihanna.''Oo..Baru ku tahu.Dengan langkah yang berat aku bergerak menyalami wanita yang sibuk berbual dengan kak Mai sejak dari tadi.
          ''Maafkan Ira Datin..''Mak aii!Apa kes peluk-peluk ni.Tak marah ke Datin ni dengan aku yang dah mengakibatkan ahli keluarganya ditimpah kemalangan?Aku cari juga siapa yang terlantar di katil hospital tapi tiada!Jadi siapa yang terlantar dan siapa yang melawat ni??Jangan-jangan..Aku mulai tidak sedap hati.
          ''Panggil Umi saja Ira..Tak payah nak formal sangat.Tak lama pun kita nak jadi ahli keluarga dah..''Datin Rihanna menepuk-nepuk bahu ku perlahan.Semakin rasa bersalah aku dibuatnya.
          Tanpa dapat ditahan lagi,''Maafkan Ira Umi..Ira tak sengaja.Ira..''Aku sudah tersedu-sedu.Ya Allah..ampunkanlah hamba mu yang berdosa ini.Airmata ku sudah tidak terbendung.Betapa aku sudah menyebabkan nyawa yang tidak berdosa melayang..
          ''Ira..Kenapa ni..Sabar Ira..Bawa mengucap..''Semua sudah cemas dengan tangisan ku.Aku sudah tidak bermaya..Hampir saja aku terjelapuk di lantai kalau kak Mai dan Umi tidak tangkas memaut tubuh ku.
          ''Ira!!Kenapa ni?''Aku hanya mampu menangis dan menunjukkan kepada katil yang kosong.Aku tidak sanggup untuk meluahkan kata-kata itu..Betapa berdosanya aku.Bagaimana harus ku tebus dosa ini Ya Allah..
          Lama mereka terdiam dan aku masih juga menangis.
          ''Takkan Ira..''Umi sudah tersenyum-senyum.Aku bertambah-tambah sedih.'Umi dah tak betul kut.Apatah lagi lepas salah seorang ahli keluarganya sudah 'tiada'..'Tangisan ku terhambur lagi.
          ''Ira..Riz tak apa-apa Ira..Dia cuma keluar sekejap..''Terus aku terdiam.Mula mencari satu-satu wajah yang ada di depan ku untuk menagih jawapan..Dan semua menganggguk-anggukkan kepala masing-masing sambil tersenyum-senyum.
          ''Jadi yang tu..''Aku menunjukkan katil yang kosong tanpa penghuni.Cuba mencerna maksud senyuman yang tersunging di wajah masing-masing.
          ''Ya Allah..Malunya aku!!'Semua sudah tergelak-gelak.Aku sudah mahu teresak balik menangisi keterlanjuran ku 'menembak' situasi sebenar.''Ibu..Ira malu!''Dan kata-kata ini hanya mampu aku jeritkan di dalam hati saja.
          Setelah keadaan agak redah aku diperkenalkan dengan empat pasang mata yang berada di wad selain aku dan kak Mai.Aku hanya tunduk saja dengan suami mak su abang Is, Dato' Firash.Farisya Rania sepupu abang Is dan tunangannya Fahim.
         ''Saya minta maaf Dato' Datin..Kalau tadi saya hati-hati tak adalah jadi macam ni..''Aku masih takut-takut dengan penerimaan keluarga ini.Manalah tahu kot-kot saja nak jaga hati kak Mai kan?Glupp!!Berdosa kau Ira.Suka sangat berprasangka buruk!Erk??
          KREKK!!
          Kedengaran pintu bilik wad ditolak dari luar.Aku sudah terkedu.Mesti ini dia.Kalau sudah pakai baju hospital tu siapa-siapa yang tengok pun tahu.Aku senyum dan..DUSS!!Hampir aku pitam dengan pandangan matanya yang maha menusuk kalbu.
          Kalau pandangan jelingan ala-ala manja begitu tak apa juga.Boleh juga aku balas balik dengan pandangan yang malu-malu gitu.Ini tidak!Jelingannya boleh dikategorikan sebagai 'tahap membunuh'!!Sikit lagi aku jadi arwah kalau macam ni!
          ''Ira..Inilah anak Umi,Fais Rizqin..''Aku diperkenalkan dengan 'mangsa' kecelakaan siang tadi.Aku senyum tapi dijelingnya aku.Cis!Jenis tak boleh dibuat kawan ni.Garang semacam.Mengalahkan nenek moyang singa pun ada.'Humairah..Dah sah-sah salah sendiri.Nasiblah!'Haiss!
          ''Sa..saya datang nak minta maaf..''Dup dap dup dap.Aku cuba kumpulkan segala kekuatan yang ada untuk bersuara.Sudah terang lagi bersuluh,dah sah-sah salah aku.Jadi tak salah rasanya kalau aku tebalkan muka nak minta maaf kan..Glupp.
          ''Awak kalau tak nak hidup boleh tak cari tempat lain!Apasal malang sangat saya ni sampai kereta saya boleh hancur sampai macam tu sekali..!Sa..''
          ''Riz..Umi tak ajar anak Umi kurang ajar!Cuba cakap elok-elok dengan Ira..Kan dia dah minta maaf tu.''Datin Rihanna sudah menegur anak terunanya.Telinga aku pun sudah kembang semacam menerima herdikan dari jejaka tampan depan aku ni.Tampan??Aku tarik balik!Dah tak tampan lepas dia hambur aku tanpa belas kasihan tadi.Aisemen!
          ''Maafkan anak Umi ni Mai..Ira..''Aku mengelengkan kepala.
          ''Tak apa Umi..Memang salah Ira pun..''Tubir mata sudah hangat semacam.Janganlah nak 'banjir' dalam ni pula.Kang tak pasal-pasal aku lari menyorok.Lagipun kalau aku menangis memang buruk sangat.Abah cakap.Kak Mai pun cakap kalau aku nangis tak comel langsung!
          ''Tahu tak apa..!!''Hiss.Dia ni kan!'Ibu..Jahatnya manusia depan Ira ni'.Dah aku tebalkan muka datang sini nak minta maaf boleh lagi dia reject maaf aku macam tu saja?Dasar hati batu!'Padan muka kamu Ira.Siapa yang cari pasal!'Haiss!



**********


~Malangnya nasib..~
          Meriah sungguh sambutan majlis kak Mai.Sama meriah juga dengan mak cik-mak cik kepoh yang tak sudah-sudah mengutuk aku.Cancel terus jadi 'bakal mak mertua' aku kalau macam ni.'Huh!Perasan sungguh kamu ni Ira..Bukan pasal kamu cancel tapi kamu tu yang sah-sah kena reject habis sebab bukan stok 'bakal menantu' idaman..Haiss!!
          Seram sejuk aku dibuatnya.Petanda nak demam ke?Bukan!Tapi petanda nak dapat bala kot.Tidak sudah-sudah aku diekori dengan sepasang mata galak yang sibuk merenung ku sejak dari tadi.Tahulah aku ni cantik.Hehehe..
          Sebenarnya bukan pasal tu tapi 'orang' tu nak cari pasal kot.Iyalah.kalau dah kemek kereta dia aku buat mesti nak balas dendamlah tu.Adehh.Kalau dah jenis 'bapak singa',memang sah tak boleh dibuat kawan!
          Sedang aku leka memerhatikan kak Mai dan abang ipar ku yang sedang bersanding di atas pelamin nan indah..
          ''Saya bagi awak masa lima minit dari sekarang.Jumpa saya kat luar!''Aku mendengus geram.Salam tak kasih tiba-tiba sudah terpacak di sebelah ku.Nasib baik aku tak bersilat masa tu juga.Mana nak sorok muka aku yang cun ni!
          Aku saja berjalan lambat-lambat menghampiri sesusuk tubuh yang sedang berdiri membelakangi ku.Apa kes nak jumpa aku kat sini.Dah lah di dalam tu orang tengah sibuk!Huh!Aku melepaskan keluhan.
          Aku terkedu saat dia menoleh sambil memjawap salam ku.Kacaknya dia..Berbaju melayu rona biru muda sesuai dengan tubuhnya yang tinggi dan berkulit cerah.Tadi tak perasanlah pula.Huhu..
          ''Dah siap belek saya atas bawah?''Cis!!Kan dah terkantoi.Belek lagi anak teruna orang.
          ''Nak apa!''Cakap cepat.Malas aku nak layan mamat berlagak ni.Kalau ikutkan hati mahu saja aku abaikan untuk berjumpa dengannya.Tapi memandangkan memang salah aku jadi aku turutkan saja.Kot-kotlah boleh berdamai.
          ''Nak minta ganti rugi!''What??Ganti rugi?Ingat aku buka syarikat insurans ke?
          ''Ganti rugi?Apasal pula.''Aku sudah bercekak pinggang.Nak saja aku lipat empat belas mamat berlagak ni.Ini Humairah laa!Alah setakat mamat perasan bagus ni senang saja aku belasah.Cubalah kalau berani cari pasal dengan aku.
          ''Awak dah lupa..Pasal awaklah kereta saya jadi macam tu.Hancur!Awak tahu tak yang itu kereta kesayangan saya?Saya tak peduli!Saya nak juga awak bayar ganti rugi.Kalau tak..''
          ''Kalau tidak kenapa?Nak saman?Nak laporkan ke polis?Silakan!Entah-entah bawa kereta tak ada lesen.''Amboi Ira.Tunjuk samseng kamu ya!Dah sah-sah salah sendiri.Hehe..
          ''Awak jangan nak cabar saya pula..!''Dada dia sudah turun naik.Aku tengok dia ni sebijik macam rupa abah kalau dah mengamuk.Buruk sangat!Langsung tak hensem.
          ''Oklah..oklah..Saya tahu memang salah saya..Berapa ganti rugi yang saya kena bayar..''Aku sudah mulai mengendurkan suara.Cuba berkompromi.Tak guna juga kalau aku melalak kat sini.Tak pasal-pasal kami jadi tontonan umum pula.Dan..
          GLUPP!!
          Aku sudah buntu!Mana nak cekau duit enam ribu ni.Hampir saja aku pitam dengar kos membaiki kereta enam ribu ringgit.Enam ribu tu!Takkan aku nak pergi merompak pula.Haiss!
          Duit dalam bank pun berapa ringgitlah sangat!Dah lah kerja pun jadi kerani cabuk ja.Nak simpan apanya.Habuk saja yang ada!
          Hiss!Tak patut betullah mamat berlagak ni.Dah tahu aku ni tak berduit boleh saja dia minta ganti rugi kat aku sampai macam tu sekali.Sedangkan enam ratus pun aku dah semput.Inikan pula ENAM RIBU RINGGIT!!Mahu tak putus nafas terus!Macam iya-iya saja nak aku pergi merompak.Huh!Bencinya..!
          ''Saya bagi tempoh seminggu.Kalau tak ada juga siap awak!Tak pun awak boleh bayar guna cara lain..''Dia sudah menjungkit-jungkitkan keningnya.Aku terkedu.Lama-lama..
          BUKK!!
          ''Adoiih!!''Satu tumbukan sudah ku hadiahkan sempena kebiadapannya terhadap ku.Itu baru sikit tahu!
          ''Apasal tumbuk muka orang ni!''Sikit lagi dia jatuh terjelapuk gara-gara tidak bersedia dengan tumbukan berbisa ku.Kecik-kecik pun berbisa tahu.Padan muka!
          ''Siapa suruh gatal sangat.Ada hati pula suruh orang bayar guna bo..''GLUPP!!Tak terluah sungguh dengan kata-kata.Muka pun sudah tebal seinci.
          ''Guna apa!!Awak jangan nak memandai ya!''Aku mencebik geram.Macam kecik besar saja aku tengok mamat berlagak ni sekarang.
          ''Tadi tu..''Masih tidak mahu kalah.
          ''Tadi apa!!''Dia sudah bertempik.Adoiyah!Mamat ni nak panggil semua orang ke tengok kami berdebat kat laman ni??
          ''Yang awak suka sangat menjerit ni apasal!Kang abah saya datang,tak pasal-pasal awak dengan saya sekali kena hambat keliling kampung.Nak ke??''Sambil jeling aku pandang kiri kanan juga.Fuh!Nasib baik semua orang tengah sibuk tengok pasangan raja sehari bersanding.Kalau tidak..
          ''Awak dah buat saya macam ni,jagalah awak!Awak bakal menyesal nanti!''Dia terus berlalu.
          Alamak!!Apa aku dah buat ni.Apasal lah aku tertumbuk muka dia tu tadi.Siapa tak bengang kalau tiba-tiba dapat baik punya penumbuk sedas.Fuh!Nak abaikan amaran yang dia bagi macam iya-iya saja dia akan buat.Tawakal sajalah.


**********


~Terpaksa..~
          Seminggu..Dup dap dup dap.Dua minggu..Tak ada pun mamat berlagak tu datang menuntut janji?'Laa..Macam nak-nak saja orang tu datang kutip 'hutang' ya Ira..'Aku ketuk kepala sendiri.
          ''Hah!Kali ni Ira buat apa pula??''Sikit lagi jantung aku hampir terlompat keluar gara-gara abah.
          ''Hiss abah ni..Mana ada laa..''Harap-harap abah tak perasan.Memang aku langsung tak pernah bagitau pun dengan abah,ibu atau kak Mai pasal mamat berlagak tu nak minta bayar ganti rugi.Biarlah aku selesaikan sendiri.Lagi pun memang salah aku.Kalau boleh aku tak nak susahkan abah.Tapi macam mana?Kalau tak bagitau abah mana aku nak cari duit enam ribu tu?Aku garu kepala yang tidak gatal.
          ''Kamu ni Ira..Macam ada masalah saja..Kali ni apa pula kamu buat??''Abah sudah angkat kening.Oh no man!Abah tak boleh tahu benda ni.
          ''Ira..Err..Ira rindukan kak Mai..''Fuh!Sikit lagi nak terkantoi.
          ''Emm..''Mesti abah pun rindu kak Mai.Kalau dulu masa belajar tu lainlah.Asal cuti kak Mai memang balik pun.Tapi sekarang manalah sama dengan masa tu.Kak Mai kan dah jadi isteri orang. Dah ada tanggungjawap sendiri.
          ''Bang..Dah cakap dengan Ira.''Aku pandang wajah ibu yang baru muncul dari bilik.Di tangannya terdapat kotak baldu berwarna biru.Glupp!Jangan-jangan..
          ''Kita cakap sama-sama..''Ibu angguk perlahan.Aku sudah cemas.
          ''Ira..Sebenarnya abah dengan ibu nak tanya dengan Ira ni.Nak dapatkan persetujuan..''Ok..Persetujuan untuk?Peluh sudah mencurah-curah.Hati mulai tidak sedap.Macam tahu-tahu saja.Janganlah..
          ''Sebenarnya minggu lepas ada orang masuk meminang kamu..Abah harap kali ni kamu setuju.''Ok dari cakap-cakap abah macam bukan nak minta persetujuan tapi perkataan yang paling tepat adalah 'paksa rela'!!
          ''Ira tak nak abah.Lagipun Ira belum sedia lagi.Tolak saja pinangan tu abah..ibu.''Langsung tidak teragak-agak.Lupa seketika yang lawan bercakap itu abah.Kalau orang lain mungkin boleh bertolak-ansur lagi.Tapi kalau abah memang nak menempah bala lah jawapnya.
          ''Kenapa pula!''Tengok tu.Kan dah cakap,abah memang dah nekad terima pinangan tu.
          ''Ira belum sedialah abah..Lagipun kak Mai pun baru langsung hari tu.Kalau boleh Ira tak nak fikirkan soal jodoh ni dulu.''Aku juga nekad.Keras kepala pun sebab aku ikut jejak abah juga.Nasiblah!
          ''Sampai bila Ira?Cuba cakap dengan abah.''Aku sudah mengeluh.Terasa peluang ku untuk menolak kali ini adalah sangat tipis.ZERO!!Langsung tiada.
          Aku tunduk saja.Hendak menjawap memang tak ada idea.Nak-nak lagi masa abah tengah bercekak pinggang ni.''Bukan Ira tak nak abah..Ira cuma..''Haiss!!Aku garu kepala yang tidak gatal.Nak membantah,sah-sah menempah tiket nerakalah jawapnya.Nak ikutkan..Sah-sah hidup meranalah jawapnya!
          ''Ira..Abah bukannya apa Ira..Dah banyak sangat mulut yang bercakap pasal anak abah ni..''Abah sudah mengeluh.Apa lagi yang mereka tak puas hati dengan aku ni!
          ''Abah..mulut orang abah,memang tak boleh nak tutup.Lainlah mulut tempayan.Lantaklah orang nak cakap apa!''Ee..Geramnya!Asal hal aku memang nak dicanang-canang keliling kampung!Hal korang ada aku kisah??Tak ada pun aku sibuk-sibuk nak ambil tahu!
          ''Senangnya Ira menjawap..yang mendengarnya abah dengan mak kamu tu..Dah berdesing telinga abah ni mendengarnya!''Aku terkedu.Memang aku tidak kisah dengan cakap-cakap orang.Tapi yang dapat aibnya nanti ibu dengan abah juga.Aku mengeluh..Terasa beban yang ada di bahu ku semakin tidak tergalas.Dengan aku-aku sekali mahu terlingkup!
          ''Kalau begitu..Suka hati abah laa.''Aku terus berlalu ke bilik meninggalkan ibu dan abah yang nyata terkedu dengan jawapan ku akhirnya..
          ''Kalau macam tu,minggu depan kita buat majlis bertunang.Lepas enam bulan nikah pula..''Sebelum pintu bilik ditutup sempat ku dengar suara abah memberi kata putus.
          Arrgghh!!!Serasa mahu saja aku membantah.Namun akal waras menghalang.Siapalah manusia yang bertanggungjawap dengan musibah yang melanda ku sekarang ini??Mahu saja aku ajak bersemuka!!Kerana mulut orang yang tidak bertanggungjawap inilah aku kena korbankan hidup ku dengan seseorang yang aku tidak kenal sama sekali.

**********


~Sampai hati..~

          Sikit lagi aku pitam,nasib baik kak Mai sempat paut tubuh ku dari jatuh tergolek di depan 'bakal mak mertua' yang langsung tidak termasuk dalam senarai ku.Sangka ku orang kampung ku juga.Menyesal pula tak tanya ibu siapa 'bakal suami ' ku.Kalaulah aku tahu mahunya awal-awal lagi aku lari dari rumah.Menyesal pun tak guna.Cincin sudah bersarung.6 bulan lagi aku bakal menyandang gelaran 'isteri orang'.
          Tidakk!!Mamat bongkak nak mampus..Kenapa dia??Tak ada orang lain ke!!
          ''Ira ok tak ni..''Semua sudah cemas memandang ku.Aku angguk perlahan..Betul-betul pasrah dengan semua ini.Pasrah??TIDAK!!Aku tak peduli,aku akan cari jalan juga supaya aku tak payah kahwin dengan orang yang aku tak suka!
          ''Ira ok Umi..Cuma dari semalan Ira memang demam sikit..''Mahunya tak demam.Ni semua abah punya pasal.Nak sangat aku terima pinangan yang entah siapa-siapa.Tapi yang entah siapa-siapa tu rupanya si mamat berlagak a.k.a Fais Rizqin.
          ''Tak sabar nak jadi tunangan orang lah tu..''Tiba-tiba kedengaran suara sumbang memerli ku.Semua sudah bergelak sakan.Tinggal lagi aku yang sudah kecewa sikit lagi mahu meraung meratapi nasib malang ku ini.Mahu aku tak control airmata ni meleleh tapi disebabkan mata abah sudah mencerlang garang aku tahankan juga.


**********
~Serius aku tak faham!!~
          ''Kenapa saya!!''Petang itu juga aku mahu bertemu empat mata dengan 'tunang' ku.Aku tidak peduli.Apa orang nak cakap,cakaplah.Pagi bertunang,petang sudah berjumpa pula.Macam tak menyempat saja lagaknya.Itu bagi pasangan yang memang dah merancang untuk hidup bersama.Yang saling sayang-menyayangi!Tapi bagi kes aku ni,DIKECUALIKAN.Tak kahwin pun tak apa.Lagi-lagi dengan mamat bongkak ni.Huh!!Tak ingin aku.
          ''Saya dah bagi tempoh cukup seminggu kan..Jadi inilah hasilnya.''Aku sudah bengang gila sekarang ni!Punyalah selamba gaya dia bercakap.Bercakap pun pandang pokok bunga.Muka aku yang dah cun gila ni dia tak pandang pula.Macam bercakap dengan tunggul kayu pun ada!
          ''Kalau pasal ganti rugi tu,awak memang tak patut..!!''Hampir saja aku terjerit dengan gaya selambanya.
          ''Boleh tak awak cakap perlahan sikit.Bercakap macam kembar dengan speakers saja..!!''Amboi..Ikut cita rasa dia saja nak label aku kembar dengan speaker pula!
          ''Kalau dah tahu buat apa pergi pinang saya pula..!''Suara ku sudah kendur sedikit.Tahu abah sudah terjenguk-jenguk dari tingkap.'Kuat sangat ke aku bercakap tadi?Ke menjerit??'Erk??
          ''Awak ingat saya nak sangat ke dengan perempuan kampung macam awak ni??Huh!Umi tu yang beria-ria nak kan awak.Jadi jangan nak perasan yang saya memang sukakan awak.Saya cuma nak ambil kesempatan dengan ganti rugi yang awak tak mampu nak bayar tu.Lagipun saya akan ingat sampai bila-bila pasal tumbukan yang awak hadiahkan sebijik kat saya!''
           Mulut aku jangan cakaplah!Dah terlopong habis!Punyalah singkat pemikiran mamat berlagak ni.''So apa kata lepas kahwin nanti awak jadi orang gaji saya.Don't worry..Tiap bulan saya akan bayar gaji awak.Lepas tu boleh lah awak langsaikan hutang tu.Kan banyak masalah boleh selesai.''Amboi..Panjang lebar dia bercakap tapi kenapa sepatah ayat pun aku tak faham!Kenapa mesti nak kahwin juga?
          Tak boleh ke dia minta aku jadi orang gaji dia saja.Tak payah nak kahwin segala.Entah-entah lepas beberapa bulan aku dah pegang title'janda berhias'??Arrhhgg!!Tidak.Entah-entah belum cukup sehari dia sudah lafazkan talak untuk aku?Mana aku nak letak muka lepas ni.Macam mana pula penerimaan ibu dengan abah pula?
          ''Kenapa awak diam..??Mesti awak rasa bernas kan rancangan saya ni..''Dia sudah tersengih-sengih.Siap jungkit-jungkit kening lagi.Ni yang buat aku naik tinggi darah ni!
          ''Bernas tengkorak kau!!Kau ingat aku ni tak ada perasaan ke?Kalau pun kau nak kenakan aku,jangan libatkan keluarga aku sekali..''Tiada lagi awak-saya.Semuanya sudah bertukar aku-kau.
          Hampir saja aku teresak di depannya.Aku tahankan diri agar sendu ku terkawal.Airmata yang mengalir ku seka dengan hujung lengan baju ku.
          Dia sudah terkedu.Aku tidak menunggu lama.Dari hati aku terus sakit mengadap muka dia.Lagi baik aku tinggalkan dia saja.Aku betul-betul ingin meredahkan segala perasaan aku yang sudah bercampur-baur!
          ''Ira saya..''Panggilannya tidak aku pedulikan.Abah yang berada di muka pintu sudah tercengang-cengang melihat airmata ku yang gugur satu-persatu.Aku dah tak peduli apa yang abah nak fikir.Bukan abah tak tahu yang awal-awal lagi aku dah menentang habis tentang perjodohan ini!


**********

~Bahagiakah aku?Haruskah aku berserah atau berkeras dengan pendirian ku??~


          Orang kalau berjalan dengan tunang mesti dilanda bahagia saja.Aku?Macam mahu bunuh orang pun ada!Tak sangka,sudah 4 bulan kami mengikat tali pertunangan.4 bulan dan aku masih tidak terdaya untuk membuat apa-apa lagi yang mampu memutuskan tali pertunangan ini.
          Hurmm..Beginikah kehidupan aku nanti?Terpaksa berpura-pura dengan semua orang.Berpura-pura bahagia?Sedangkan hati sudah berperang mahu menamatkan semua ini.Arrghh!Aku tak sanggup!!Umi memang terlalu baik untuk aku lukai.Kalau bukan pasal Umi yang sibuk memujuk ku untuk memilih barang untuk hantaran nanti rasanya sudah lama aku tolak siang-siang!
          Orang yang nak nikah biasanya masa bertunang tu lah bukan main lagi sediakan segala hantaran dah persiapan.Aku pula jangankan hantaran,semua pun aku tak ambil peduli.Semua ibu dengan Umi yang uruskan.Satu apa pun aku tak buat!Bila Umi tanya apa lagi yang tinggal,aku mulalah mengelabah.Nasib baik ibu ada.Kalau tak,memang nampak sangat yang aku ni tak ada hati.Tak sudi!
           ''Sayang..Yang ini ok tak.?''Erk??Mahu aku tak tercekik dengan nafas sendiri macam ni.Mamat ni kan..Pandai betul dia berlakon.
          ''Eemm..''Suka hatilah.Aku bukan kisah pun.Tak dapat kahwin lagilah aku OK!
          ''Yang ini..''Mengada-ngada betullah!Nasib baiklah ada Umi..Kalau tidak sudah lama aku angkat kaki dari terus berlama-lama dengannya.
          ''Semua pun ok..Ikut suka awak laa.Saya mana-mana pun boleh..''Umi senyum saja.Aku sudah tertunduk,jiwa sudah ralat menatap seraut wajah lembut Umi.
           ''Sayang..Yang nak pakai nanti tu awak.Kalau abang memang ok saja..''Dia sudah meleretkan senyuman.Sayang?Abang?Wueek!!Pandai betul dia buat'lawak' kan!!Usai Umi berpaling ke rak kasut lain..''Boleh tak awak buat-buat suka,buat-buat gembira!Muka awak ni nampak betul tak suka.Cubalah jaga hati Umi tu sikit.!''Dia terus berlalu..
          Aku terkedu.Nampak sangat ke?Hurrmm..Macam mana aku nak gembira kalau hati dan perasaan aku tak rela berkerjasama.Bagaimana reaksi yang harus aku tunjukkan andai dalam hati aku memang awal-awal lagi sudah memberontak.Tidak pernah bersetuju dengan ikatan ini.
          ''Tinggallah dengan Umi sehari dua Ira..Nanti Umi bagitau ibu dengan abah Ira nanti..Lagipun banyak lagi barang yang nak dibeli ni.Nak buat persiapan pun dah suntuk sangat..Lagi sebulan majlis kamu nak langsung dah..''Umi memberi cadangan.Macam mana nak tolak ni.Baru berbeberapa jam berjumpa pun aku dah naik muak.Ini kan pula beberapa hari.Lagilah naya lepas kahwin nanti.Huh!Mahu aku tak pitam asyik naik tinggi darah saja nanti!
          ''Tak apa lah Umi..Biar Ira bagitau sendiri..''Umi sudah tersenyum manis.Rasa tidak sampai hati pula mahu menghampakan harapan Umi.Tapi jiwa aku dah cukup terseksa dengan drama ini.Sikit lagi kepala aku nak meletup dengan tekanan yang aku hadapi.Terasa semuanya begitu mendadak hadir dalam hidup ku.


          Talian bersambung..
          ''Ermm..Riz awal-awal dah bagitau kat abah..''Erk??Memandai saja mamat ni!Siapa anak siapa sekarang ni??
          ''Memang patut pun Ira duk kat sana tolong-tolong apa yang patut.Lagipun nak harapkan siapa lagi.Yang nak kahwin tu pun kamu juga.''Amboi abah ni.Macamlah aku yang rela hati pergi meminang anak teruna orang!Nasiblah dapat 'tunang baik' macam aku ni.
          ''Yelah..Memang Ira ni tak ada hati perut.Suka sangat menyusahkan orang kan..''Suara ku sudah mendatar..Sikit lagi mahu teresak.
          ''Ira..Abah minta maaf sebab paksa Ira dengan ikatan ni..Abah bukan apa Ira..Abah cuma nak kan yang terbaik untuk anak abah ni.Abah tak sanggup tengok anak abah asyik tunggu orang yang..''Kedengaran suara abah sayu saja.'Humairah!Kau nak jadi anak derhaka ke??'
          Airmata yang gugur aku biarkan mengalir.Berdosanya aku!Tahu abah sedih tengok aku yang masih lagi setia menanti dengan kehadirannya.Tapi semua orang silap!Aku memang rindu dengan abang Ayie tapi aku sedar..Takdir bukan di tangan ku.Andai abang Ayie sudah berbahagia,aku tidak akan terkilan sama sekali.Lagipun sejak pemergiannya dulu,aku memang sudah bertekad untuk merelakan perpisahan itu.Jadi rasanya tiada istilah di sini yang aku masih lagi tertunggu-tunggu akan dirinya.
           ''Abah..Ira minta ampun..Ira janji yang Ira akan cuba terima semua ni dengan hati yang terbuka abah..Ira akan belajar menerima takdir ni abah..''Biarlah!Biarlah aku beralah andai ini mampu membahagiakan keluarga ku..


**********

~Debaran apakah ini??~

          Semua sudah bersiap-siap.Kata Umi,ada majlis bertunang anak kawannya malam ni.Aku tak nak pun ikut sebenarnya tapi memandangkan Umi begitu mendesak,aku turutkan saja.Nasib baiklah ada baju yang Umi belikan siang Tadi.Kalau tidak,tak kan datang majlis dengan kain batik saja.Adehh!!
          ''Cantik pun..''Umi tersenyum senang dengan penampilan ku.''Umi solek sikit ya..Biar nampak muka tu fresh sikit..''Aku hanya mengangguk mengiakan saja.Mulalah tangan Umi ' menari-nari' di wajah ku.Rambut yang panjang ku biar lepas begitu saja dan di klip tepi untuk lebih kemasan.Bantai sajalah..Bab-bab bergaya ni aku memang dah lama ketinggalan jauh beribu batu.
          ''Cantiknya kak Ira..Farisya Rania yang tua dua tahun dari ku yang dulunya memanggil ku dengan panggilan 'Ira' saja.Tapi memandangkan aku ni bakal kakak iparnya,kalau jadilah.Maka dengan rasminya gelaran ku sudah bertukar kepada 'kak Ira'..Hurmm..
          Saat aku menuruni anak tanggal bersama Umi dan Farisya.Aku perasan dia sudah terpegun memandang ku sejak aku dari atas sampailah sudah di depan matanya.Malulah pula jadi tatapan tunang sendiri.Ehem.Ehem..Control ayu Ira.Bagi mata dia buka sikit tengok 'perempuan kampung' yang dia pernah kutuk-kutuk dulu!
          ''Ehem..Tengok Umi.Tak berkelip mata abang tengok muka kak Ira..Hahaha..''Aku tersenyum sinis.Padan muka.Kutuk aku lagi.Jelas terlihat rona merah pada wajahnya.Comelnya..Erk??Apasal aku puji orang tu comel pula.Comel lagi anak gajah!Ini baru betul.Huhu..
          Tapi entah kenapa malam ni aku rasakan yang dia sudah bertambah-tambah kacak.Dengan sut hitamnya,dia begitu segak mengenakan warna tersebut yang begitu kontra dengan kulitnya yang putih melepak.Entah kenapa tiba-tiba saja ada debaran yang bertandang saat ini.Lama kami terpegun sehinggalah Umi mengesa kami untuk bergerak.
          Masing-masing dengan kereta sendiri.Umi dengan papa di hantar dengan pemandu,Farisya atau Fisya dengan tunangnya dan aku dengan siapa lagi kalau bukan dengan 'tunang kesayangan' ku ni..Hurmm.
          Sepanjang perjalanan terasa sunyi sekali.Maksud ku tiada acara bertekak macam selalu.Hanya celoteh DJ radio yang kedengaran dan lagu-lagu yang diputarkan saja.Boleh pecah rekod kalau macam ni.Kalau sebelum-sebelum ni ada saja yang akan kami gaduhkan.Tapi malam ni terasa damai benar.
          Hampir saja aku tidak jadi melangkah saat kereta betul-betul berhenti di sebuah banglo mewah yang 'gah berdiri'.
          Dengan malu-malu aku sambut tangan yang dihulurkan.Siapa lagi kalau bukan 'tunang kesayangan' aku ni.Tapi..kenapa hati makin tidak sedap pula ni?
          DUP DAP!!Hati ku tidak berhenti-henti mengalunkan irama debaran.Serasa mahu pecah dada ku menahan hentakan ini.Aku mulai berpeluh walaupun keadaan pada masa ini tidaklah terasa bahangnya.Cuma aku saja yang terlebih resah sebenarnya.
          Debaran yang sangat aneh..Macam akan ada sesuatu yang bakal terjadi.Aku cuba menidakkan perasaan yang mulai dilanda gelora..
          ''Ok tak ni..Aku tengok muka kau dah pucat semacam je..''Aku angguk perlahan.Fuh!Aku cuba berlagak tenang.
          Semakin kami mendekat.Semakin jiwa aku sesak.''Sejuknya tangan..Tangan ke ais batu nie?''Fais Rizqin cuba berlawak.Cuba ajak aku berbual.Tahu dia saja nak bagi perasaan aku redah.Baik pula dia malam ni.Ke orang lain ni??Aku sudah mulai rasa was-was.
          ''Jom pergi sana.Aku nak kenalkan kau dengan kawan aku masa aku study kat UK dulu..''Aku hanya menuruti langkahnya saja,jauh sekali hendak membantah.Lagipun aku bukannya kenal sangat dengan jemputan yang hadir.Tuan rumahnya pun aku belum ketemu.
          Dan..''Haikal!''Dup dap dup dap..Semakin sesak dada ku.Dan tiba-tiba dia berpaling..
Ya Allah!!
          Serentak dengan itu,tiba-tiba semuanya gelap..

**********

~Sayangkah aku kepada dirinya..Faiz Rifqin??~
          ''Ira..Ira..bangun sayang..''Sayup-sayup suara memanggil ku.Namun sekejap saja dan aku sudah tidak sedarkan diri kembali..
           ''Dia tak apa-apa Dato'..Datin.Cuma pesakit kena banyakkan berehat.Tekanan darahnya memang terlalu rendah..''Ah..Ingin saja aku membuka mata tetapi kelopak mata ku terasa begitu berat sekali. ''Ibu..''Dalam tidak sedar aku memanggil ibu.Aku sungguh mendambakan belaian ibu saat ini.'Ibu,tadi Ira mimpi.Ira mimpi yang Ira nampak abang Ayie bu..'
          Denyutan di kepala ku terasa begitu sakit sekali.Namun aku gagahkan diri juga untuk bangun.Dinding serba putih.Ada TV dan sofa mini terdapat di sudut bilik.'Aku di mana?'
          Aku cuba mencerna maklumat yang masih kabur di dalam memori ku.'Umi..Ini rumah Umi..'Kewarasan sudah menguasai diri.
          Kedengaran tolakan pintu dari luar..''Ira sayang..Dah ok ke?Mari makan.Umi ada masakkan bubur ni.''Umi sudah tersenyum manis.Sama seperti selalu.
           ''Ira ok Umi..Nak makan kat sini ke?''Peliknya.Macam orang sakit saja Umi layan aku hari ini..Huhu..
          ''Ira nak makan kat bawahlah..''Segan pula.Dah macam tuan puteri pula nak makan berhidang kat atas katil ni.Nampak tidak manis pula.Dan memanglah tidak sopan.
          ''Ira kan tak sihat..Terkejut Umi bila Ira pengsan masa majlis tu semalam..''Hah!!Aku pengsan ke??Asal aku tak sedar pula??
          ''Iya ke Umi?Ira tak sedar pun..''Majlis?Pengsan??Abang Ayie!!Jadi aku tak mimpilah semalam tu?Jadi itu memang abang Ayie??
          ''Ah..ah.Nasib baik tak apa-apa.Doktor cakap tekanan darah Ira rendah.Sebab tu sampai boleh pegsan.Kasihan Riz..dah tak tentu arah tengok Ira macam tu.Nampak benar Riz tu sayangkan Ira..''Umi sudah senyum.Senyuman yang penuh makna.
          'Riz sayangkan aku??Bimbangkan aku??Demam ke mamat tu??Ah..Macam aku tak tahu,dia kan pelakon yang 'berbakat'.
           Selesai menghabiskan bubur yang di masak oleh Umi.Aku disuakan dengan ubat pula.Eee..Ubat??Dari dulu aku dan ubat memang tak pernah 'ngam'!!Benci!!
          ''Makan ubat ni Ira..''Erk??Aku cuba cari idea nak menolak.
          ''Kejap lagi Ira makan Umi..Kenyang sangat.''Nampaknya Umi memang tak kenal dengan aku lagi.Huhu..
           ''Ira sayangkan Riz??''Hampir aku tersedak.Kali ini renungan Umi lain dari biasa.Tiada lagi senyuman.Wajahnya sudah bertukar redup..
           ''Ira..Ira sebenarnya..''Argghh!!Susahnya aku nak jawap soalan Umi ni.Sayang?Aku pun tak tahu.Nak cakap benci?Tak juga.Cuma sakit hati saja dengan kelakuannya.Jadi apa jawapan yang harus aku berikan??
          ''Ira..Umi tak paksa kalau Ira tak cintakan Riz..Tapi Umi harap Ira dapat terima Riz seadanya.Kalau tak cinta pun Umi harap ada rasa hormat dan sedikit rasa sayang pun tak apa.InsyaAllah..Cinta itu akan bercambah kemudian.Umi tahu..Ira memang tak setuju dengan pertunangan ini.Keluarga Ira dah berterus terang..''Hah??Maknanya Umi tahulah yang selama ini kami cuma berlakon saja.Malunya!
          ''Umi..Ira..''Umi mengeleng perlahan..
          ''Umi faham Ira..Cuma Umi nak bagitau yang Riz memang ikhlas dengan Ira..''
          Aku sudah terkedu.Betul ke?Ikhlas?Ikhlas ke balas dendam!Aku buntu dalam mencari sebuah kejujuran.Jawapannya hanya pada Fais Rizqin sahaja.


**********

~Sekali lagi dia ku temui..Namun setelah sekian lama,kenapa baru sekarang dia kembali?~
          Petang itu aku merasakan sudah cukup sihat untuk melangkah turun ke halaman.Ingin sekali menghirup udara yang segar.Sedang aku menuruni anak tangga kedengaran suara orang yang sedang berbual-bual di ruang tamu.Aku menghentikan langkah seketika.Ingin memastikan siapakah gerangan empunya suara yang saling bertingkah bergelak tawa sekarang ini.
          ''Sekali lagi aku minta maaf Kal..Lysa..Tunang aku tak sihat sangat hari tu.Tu yang sampai pengsan tu..''Aku terdiam.Ingin mendengar butir bicara seterusnya.Namun..'Kal..Lysa??Adakah itu..'Aku sudah gelabah.Aku belum bersedia untuk berdepan dengan abang Ayie buat masa ini.Belum sempat aku melangkah ke atas..
          ''Tak apa Riz..Aku faham.Eh..Macam mana kau kenal tunang kau tu ah?Nak cakap sepupu kau,semuanya aku kenal.Kawan pula macam tak pernah pun aku kenalkan..''Aku terkedu.'Abang Ayie..Takkan abang langsung tak ingat kat Ira??'
          ''Ira..Buat apa tu..''Umi sudah bersedia untuk melangkah turun.Aku sudah berpeluh.Nak jawap apa ni.Umi nampak ke aku tengah mengendap,curi dengar perbualan yang sedang berlangsung di ruang tamu sekarang ini.Glupp!
          ''Ira..Ira..Nak turun minum.Ira dahaga Umi.''Apasal gugup sangat ni.Adehh.
          ''Jom turun..Haikal dengan tunangnya datang tu.Haikal tu kawan Riz..Sama-sama belajar di UK dulu..''Umi senyum sambil berganding dengan ku menuruni anak tangga.Aku sudah tidak keruan.Gelisah dengan pertemuan empat mata sebentar lagi.Rasanya aku belum bersedia dengan semua ini.Tapi bukan inikah yang aku tunggu selama ini??
          ''Haikal..Lysa..''Umi sudah mengamit ku ke ruang tamu.Terasa berat kaki ku melangkah.Aku langsung tidak berani untuk memandang ke depan.Dub dap dub dap..Terasa makin laju jantung ku berdetak.Terasa tangkai jantung tidak kuat lagi untuk menahan debaran yang bertandang..
          ''Apa khabar Umi..''Abang Ayie sudah berdiri menyalami sesusuk tubuh yang sudah hampir 4 tahun tidak ku temui..'Abang Ayie..'Hampir aku tidak bergerak apabila Umi menarik tubuh ku untuk berkenalan dengan tetamu yang hadir..
          ''Lysa..Ini Ira,tunangnya Riz.''Umi memperkenalkan aku kepada insan yang bernama Lysa..
          'Lysa..Ini orangnya.'Bagaimana hendak ku ungkapkan perasaan ku tika ini.Andai aku punya kuasa.ingin sekali aku bekukan saat ini.Ingin sekali aku pergi jauh dari semua ini.Ingin sekali aku bertemu hanya 4 mata dengan abang Ayie sahaja..Dan Ingin sekali..Arggh!!Banyaknya permintaan yang ingin aku tunaikan!


          ''You dah sihat ke?I tengok muka you still pucat lagi..''Lysa membawa ku duduk bersamanya sementara abang Ayie dan Fais Rizqin duduk bertentang mata dengan kami.Umi sudah lama menghilang di sebalik dinding.Tidak tahu ke mana Umi pergi.Ke dapur mungkin.
          ''Ira ok..Maaf pasal semalam..''Aku menundukkan wajah.Tidak mampu mengangkat kepala demi wajah yang ada di depan ku ini..
          Aku cuba mencuri pandang..'Abang Ayie..' dan reaksinya seolah-olah tidak mengenali ku langsung!
          Rancak sekali abang Ayie,Lysa dan Fais Rizqin berbual dan adakalanya diselang-selikan dengan tawa mereka bertiga.Aku diam kerana sama sekali tidak begitu tahu mengenai kisah mereka sewaktu belajar di UK dulu..
          ''Ira diam saja dari tadi..''Dan lagi-lagi aku tersentak.Lysa sudah menegur ku yang hanya diam bagaikan berada di dunia sendiri.
          ''Maafkan Ira..Ira cuma pening sedikit..''Aku mencipta alasan..
          ''Ok ke tak ni??Kalau belum sihat sangat sayang pergilah naik atas dulu..Rehatkan diri.Jangan banyak bergerak sangat..''Fais Rizqin menunjukkan keperihatinannya.Dan aku tahu,itu semua hanya lakonan semata-mata.
          ''Ira ok bang.Ira tak apa-apa..''Aku mengukir senyum manis buatnya.Dan dia terkedu.'Ingat kau saja yang tahu berlakon?'Aku pandang tepat wajahnya.
          Dari cerita yang aku dengar,mereka bertiga sebenarnya berkenalan sewaktu di UK dulu.Abang Ayie atau Haikal adalah anak kepada kawan lama Umi.Lysa pula merupakan sepupu kepada Haikal.
          Umi juga ada menyebut yang Lysa adalah penyelamat kepada Haikal.Langsung aku terkedu.Rupanya Abang Ayie telah menemui kecelakaan sekali lagi sewaktu dia ingin ke suatu tempat.Untuk menunaikan janji katanya.
          Lagi-lagi aku terkedu.'Menunaikan janji??'
          ''Abang Ayie kenapa Umi..''Langsung aku bertanya..Umi merenung ku dengan tajam lalu aku terus menyedari keterlanjuran ku.
          ''Er..Kenapa dengan Haikal Umi..''Langsung aku terlupa,mungkin Umi tidak pernah tahu bahawa akulah yang meyelamatkan abang Ayie dulu..Yang menjaganya selama hampir 7 bulan dan langsung tidak ku temui lagi selepas abang Ayie dijemput oleh keluarga kandungnya.
          ''Haikal pernah kemalangan 4 tahun yang lalu..Kebetulan Haikal ingin menjemput Lysa dari rumah kawannya.Haikal yang telah dirompak,dipukul lalu tinggalkan di suatu tempat oleh perompak yang bertanggungjawap.Sampailah 6 bulan kemudian keluarganya menemui Haikal jauh dari tempat dia dirompak.Keluarga yang menyelamatkan Haikal dulu dengan baik hatinya merawat Haikal..

         Mujurlah keluarga tersebut telah melaporkan keadaan Haikal kepada pihak polis.Namun entah di mana silapnya sehingga 6 bulan kemudian barulah Haikal dapat dikesan di mana dia berada.Namun..''Umi terdiam.Aku pula seperti di garu-garu saja hati ku ingin mengetahui cerita selanjutnya..
          ''Kenapa Umi.Apa yang jadi seterusnya..??''Umi pun meneruskan ceritanya..
          ''Haikal sekali lagi menemui kemalangan sewaktu ingin menemui keluarga yang telah menyelamatkannya dulu..''Aku menekup mulut saat Umi menuturkan satu-satu perkara yang menimpah abang Ayie..
           Betapa selama Ini dia begitu banyak menderita.Sangka ku dia telah melupakan kami..Aku terharu..dan pada masa yang sama aku sedih dengan semua ini.Bayangkan abang Ayie baru saja pulih ingatannya dan sekali lagi dia kehilangan ingatannya dan mungkin semua itu tidak akan kembali lagi..
          ''Doktor cakap keadaan yang menimpa Haikal menyebabkan keadaan trauma yang teruk pada kepalanya.Mungkin ingatannya tidak akan sekuat dulu.Sampailah sekarang Haikal masih lemah dan ingatanya belum pulih-pulih lagi.Yang dia ingat hanyalah kaum keluarganya dan Lysa sahaja.
          Selama Haikal koma,Lysa juga yang menjaganya..''Ingin saja aku meraung.Umi tak tahu,aku juga dulu begitu.Menjaga abang Ayie siang dan malam sampailah dia sembuh!
         ''Sewaktu Haikal kemalangan..Keadaan hatinya rosak teruk.Doktor juga tidak menjanjikan peluang dia akan terus hidup ada kerana pendarahan organ badannya begitu teruk terutamanya buah pinggang.Hanya dengan pembedahan saja,mungkin Haikal akan sembuh.Cuba teka siapakah yang telah mendermakan hatinya kepada Haikal..''Aku tahu..Mestilah Lysa..Dan jawapanya.Ya!
          Betapa besarnya kuasa yang Allah tunjukkan.
          ''Betapa kuatnya jodoh antara mereka Ira..Dan sekarang Haikal dan Lysa berkongsi hati yang sama.Jiwa yang sama..''Dan aku harus melupakan semuanya tentang dia..Abang Ayie yang dulunya berjanji untuk bersama ku..
          Betapa besarnya pengorbanan Lysa kepada abang Ayie.Sanggup bertarung nyawa demi orang yang dikasihinya.Dan memang betul,Lysa sememangnya buah hati kepada abang Ayie.Kalau tidak masakan sewaktu koma,abang Ayie tidak sudah-sudah menyebut sebarus huruf yang menbentuk 'Lysa'.
          4 Tahun lalu tiada bezanya.Abang Ayie masih kepunyaan Lysa.Dan setelah 4 tahun pun jodoh mereka masih lagi kuat.Bertahan.Dan tidak pernah rapuh walau dulu aku dan abang Ayie pernah memaknakan rasa yang bertandang di hati.Tapi itu dulu..Sewaktu abang Ayie belum menemui 'dirinya yang pernah 'hilang'.
           Tiada gunanya aku berharap lagi..Mungkin ini memang sudah tertulis untuk ku.Dan aku akan menerimanya dengan seadanya..
           ''Abang Ayie..Semoga abang bahagia dengan Lyssa bang..''Aku menarik nafas panjang.


**********

~Tiada guna dikenang yang sudah berlalu..~

          Semua sudah hampir siap sepenuhnya.Dan sikit masa lagi aku bakal bergelar isteri kepada lelaki yang aku tidak jangka sama sekali.Tidak aku lupakan untuk mengkhabarkan tentang abang Ayie yang sudah ku temui.
          Tidak lupa juga dengan keadaan dan cerita sebenarnya.Ibu tidak henti-henti menangis.Abah pula hanya diam seribu bahasa dan kak Mai juga tidak henti-henti memberikan ku sokongan yang sememangnya aku perlukan saat ini.
          ''Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh Ira..''Kak Mai..Memang betul.Dan Ira sudah menerima semua ini dengan hati yang lapang..
          ''Sabarlah Ira..Mungkin dah tertulis 'Bapak bayi' kamu tu bukan jodoh kamu..''Entah kenapa aku sudah dapat menerima semua ini dengan hati yang terbuka.Tiada perasaan terkilan pun.Seperti aku terlepas dari beban pula rasanya.Lega!Itulah perkataan yang paling tepat sekarang ini.

**********
~Ikatan yang dibina,biarlah berkekalan sehingga ke akhir hayat..~

           Kini aku sudah sah bergelar isteri kepada Fais Rizqin bin Dato' Firash tika ini.Sayu hati ku saat tersarungnya cincin tanda pernikahan kami di jari manis ku.Dan sungguh aku tenang saat kucupan syahdunya singgah di dahi ku.Betapa ada getaran yang melanda saat ini yang tidak mampu ku ungkapkan..
          Tidak henti-henti saudara-mara yang datang bertandang ke majlis pernikahan kami memuji-muji betapa bertuahnya keluarga ku kerana mendapat ahli keluarga baru yang bukan dari kalangan 'biasa-biasa'.Pedih telinga ku kerana tidak habis-habis lagi orang-orang ini menuduh keluarga ku yang tidak-tidak saja.
          Yang sebetulnya semua ini berlaku kerana kehendak-Nya.Kerana kekuasaan Allah.Dan buka kerana kita yang menentukannya.
          Dia,suami ku..Seperti mengerti dengan perasaan ku,cuba meyalurkan kekuatan dengan mengenggam erat jemari ku.Peliknya.Aku jadi lebih tenang.Seperti diberi satu kekuatan yang sangat luar biasa.
          Aku lemparkan senyuman ikhlas,khas buat dia saja.Lama mata kami bertamu.Dan aku seperti ingin menghentikan detik ini.Hanya untuk kami berdua saja.

**********


~Dan terungkailah sudah semuanya..~
          Keadaan riuh di luar membuatkan aku tidak senang duduk berehat di dalam bilik.Sejak tadi Fais Rizqin belum juga ku temui kerana begitu sibuk melayan karenah ahli keluarga ku.
          ''Abah..Ayie minta ampun bah..Selama ini Ayie telah mengabaikan abah sekeluarga.Ayie lupa dengan tanggungajawap yang Ayie janjikan..''Aku terpaku di depan pintu bilik ku.Keadaan yang riuh di ruang tamu senyap apabila abah cuba menenangkan dan memeluk sesusuk tubuh abang Ayie.Hampir aku jatuh terduduk kalau bukan Fais Rizqin,suami ku sempat memaut tubuh ku agar tidak jatuh terduduk.
           Aku sudah tidak mampu berkata-kata.Sangka ku abang Ayie tidak kan mengingati semua ini.Ibu sudah menangis teresak-esak di pelukan Umi.Dan suami ku,Fais Rizqin masih lagi setia di sisi ku.Memeluk ku erat tanpa meninggalkan ku.Menenangkan ku.Dan aku rasa begitu selamat tika berada di dalam dakapannya..
          Kak Mai datang menghampiri ku.Keadaanya yang agak sarat mengandungkan zuriat sulungnya cuba menenangkan ku.
          Abang Ayie sudah berdiri menghampiri ku..Dan aku begitu gemuruh menghadapinya.Semakin kejap aku memeluk erat tubuh suami ku.Aneh..Aku lebih selamat saat dia berada di sisi ku.Mungkin sebab dia sudah sah menjadi suami ku??

         Suasana sudah bertukar menjadi hening.Fais Rizqin mengizinkan ku menemui abang Ayie yang ingin berbicara sendirian dengan ku.


          Di halaman yang dulunya menjadi saksi kemesraan kami seakan-akan menanti saat ini.Berdiri di tempat yang sama seperti 4 tahun yang lalu.Saat abang Ayie pergi dan hanya setelah 4 tahun,dia kembali lagi.Merungkai semuanya..
          ''Ira..abang minta maaf..''Dan dia menangis lagi.Lysa yang berada tidak jauh dari kami hanya mendengar dengan penuh sabar.Jelas ku lihat matanya yang sembab.Maafkan ira kak Lysa..
          Siapa yang tidak terguris andai kesih hati yang dulunya pernah mengikat janji dengan perempuan lain saat dia tidak 'sedarkan diri'.
          ''Ira tak pernah salahkan abang pun..Jangan rasa bersalah walaupun sedikit abang..Biarlah dulu menjadi sejarah buat kita.Dalam hal ini tiada yang benar mahupun salah bang..Cuma jodoh memang bukan milik kita,sejak mula..''Aku bersuara dengan tenang.Aneh bagi ku.Tiada lagi debaran seperti dulu.Dan aku juga bisa setenang ini untuk berbicara dengannya..
           ''Abang dah mungkiri janji kita Ira..Dan abang rasa bersalah sangat sebab lupakan Ira sekeluarga.Abang..Setelah begitu lama..''Jelas abang Ayie tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya..
          Aku diam saja.Membiarkan abang Ayie meneruskan kata-katanya.
          ''Abang tahu..Abang sudah terlalu lama memungkiri janji abang dengan Ira..Dengan abah.Kenapa Ira tak terus terang dengan abang..Kalau tidak mungkin semua ni takkan jadi macam ni..''Dia teresak lagi.Mungkin kesal dengan semua yang berlaku.Aku juga turut kehilangan kata-kata.
          ''Sudahlah..Lagipun Ira dah lupakan semua tu bang..Lagipun sekarang Ira dah ada tanggungjawap.Dah sah jadi isteri orang pun..''Sengaja ku tekan perkataan isteri orang.Bukan saja untuk mengingatkan dirinya tapi untuk diri ku juga.
          ''Abang nak tunaikan janji abang dulu Ira..Janji nak balas budi keluarga Ira..Janji dengan abah yang abang akan jaga Ira sampai akhir hayat abang..Kita kahwin Ira!''Aku sudah terlopong.Hampir aku tidak mengenali lelaki yang berada di depan ku ini.Di mana kewarasannya??
          ''Awak gila Haikal!Saya ni isteri orang.tolonglah berfikiran waras sikit.Kalau pun awak nak tebus kesalahan..Nak balas budi bukan begini caranya.Lagipun kami tak pernah nak awak balas budi tu.Kami ikhlas..Tolonglah..Anggap saja kita tiada jodoh.Apa yang ada pada janji!Sedarlah Haikal,kita hanya mampu berjanji tetapi Allah yang menentukan semua itu.Tapi ingatlah..Ira sekeluarga tetap anggap awak sebagai sebahagian keluarga kami.''Aku tidak ingin keadaan ini menjadi berlarutan lagi!
          ''Ira abang..''Jelas dia masih keliru dengan semua ini.Apalah yang awak fikirkan Haikal..Aku menghembus nafas perlahan.
          ''Lagipun Ira sudah temui kebahagian Ira sendiri..Ira sayangkan suami Ira..Yang dulu tu biarlah jadi sejarah bang.Ira dah belajar untuk terima semua ini..Ira harap abang dan kak Lysa pun akan bahagia seperti Ira dan abang Riz..''Entah mengapa.Aku yakin aku akan berbahagia dengan si dia,musuh ketat ku a.k.a Fais Rizqin.Pelik tapi benar.Mengungkap nama saja aku jadi begitu berani dan cekal menghadpi semua ini.
           ''Pandang Lysa Haikal..Dia la yang selayaknya bersama awak.Jangan dikenang masa lalu kita.Berdepanlah dengan kenyataan..Dia hanya untuk awak Haikal..Sedarlah!Jodoh awak bukan dengan saya tapi Lysa.Selama ini siapa yang setia berada di sisi awak?Saya percaya yang awak hanya rasa terhutang budi.Cinta awak bukan untuk saya.Dari awal lagi kita tak seharusnya melayan perasaan ini.''Tiada lagi panggilan abang Ayie.Mungkin sudah tiba masanya semua ini berakhir..Haikal..Lysa,semoga kalian berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
          ''Kejar kebahagiaan awak Haikal.Dan kebahagiaan awak adalah Lysa dan itu kenyataannya.Lupakan semua janji itu.Itu hanya akan membebankan awak.Saya doakan awak dan Lysa bahagia..''Aku meninggalkan abang Ayie yang masih termangu selepas mendengar butir bicara ku.Lega!Terasa beban yang ada di bahu ku hilang begitu saja!
          Aku menghampiri Lysa yang begitu setia menemani 'Haikalnya'..
          ''Kak Lysa..Ira minta maaf kerana tidak pernah berterus terang.Ira tahu Ira salah,tapi Ira cuma tak nak semua ini berlaku.Tapi akhirnya..''Lysa terus memeluk ku sambil tersedu-sedu..
          ''Kak Lysa pun nak minta maaf dengan Ira..Akak tak sangka yang dunia ni memang terlalu kecil untuk semua ini menjadi kebetulan di dalam hidup kita..Akak tak sangka yang Ira sekeluargalah yang menyelamatkan Haikal dulu..''Airmata sudah tidak terbendung..Namun semua ini bukanlah airmata duka.Aku gembira kerana akhirnya semua ini terjawap sudah.
          Dan terjawaplah sudah,'bapak bayi' yang ku sangka bayi dulu rupanya kepunyaan kak Lyssa..Kecilnya dunia ini..Kan?

**********

~Ku terima segala ketentuannya..~

          Aku begitu berdebar menerima kehadirannya.Bagaimana dengan penerimaannya nanti?Masihkah dia ingin membalas dendam ke atas diri ini yang sudah mulai menerima dia secara perlahan-lahan di dalam hidup ku??Fais Rizqin suami ku..
          Tiada lagi rahsia.Aku memilih untuk menceritakan semuanya dari awal sampailah akhir kepada si dia yang sudah sah kepada ku.Dan sudah aku terangkan juga andai dia memilih untuk meninggalkan ku,akan aku terima dengan redha.Keputusan di tangannya.
          ''Assalamuilaikum..''Aku semakin berdebar..Salamnya aku jawap di dalam hati saja.
          Aku pandang wajahnya.Inilah orangnya yang bakal aku habiskan seumur hidup ini.Bukan abang Ayie atau Haikal.Tetapi Fais Rizqin yang sudah mulai bertapak di ruang hati ku..
          Dia membawa ku duduk di birai katil.Aku diam tidak berkutik.Saja bagi dia peluang untuk sesi meluah perasaan.Akan aku terima apa jua keputusannya.
          Sedari awal juga aku sudah tahu bahawa dia mengahwini ku kerana ingin membalas dendam saja.Jadi aku tidak akan sesekali meletakkan harapan yang tinggi untuk itu.Ok!Aku tipu!!Aku sebenar sudah terlanjur sayang kepadanya.Entah sejak bila tapi yang pastinya,perasaan itu datang tanpa aku sendiri menyedari.
          ''Saya harap awak jawap dengan sejujur-jujurnya..''Dia memandang tepat ke mata ku lalu dicapainya tangan ku dan jari-jemari kami pun bertaut.Terasa ada getaran pada jiwa ku.Banyak kemungkinan yang bakal terjadi.Takut dengan penerimaannya.Bersediakah aku untuk berpisah sedangkan hati ini tanpa sengaja sudah terjatuh sayang padanya.Mampukah aku menghadapi sekali lagi rasa kehilangan?Dan..
          ''Awak masih sayangkan Haikal..?''Aku amati wajahnya yang bersahaja.Cuba mencari kalau-kalau ada riak cemburu di wajahnya.
          ''Sayang juga..''Jujur jawapan ku dan tertanya dia terkedu.
          ''Jadi awak masih ingatkan dia?''Masih menagih jawapan.Tidakkah dia sedar yang di mata ku hanya ada dia sekarang ini?
          ''Mestilah..''Dan dia terus melepaskan genggaman tangan ku lantas berdiri membelakangi ku.Nah kan..Aku sudah mahu tergelak.Terkesan dengan nada cemburu sang suami.Alahai..Suami ku..'Humairah..jangan sampai kau melepas pula..'Glupp!!
          Terasa keyakinan ku semakin mengunung untuk meraih kembali cintanya yang sudah aku persiakan selama ini.Lama la sangat.Hehe..
          ''Kalau begitu,tadi kenapa tak ikut dia saja.Orang dah merayu-rayu masih nak jual mahal!''Mak Aiih..!!Suami siapalah ni??Aku sudah tepuk dahi.Aduh!!Suami aku rupanya.Betul kata Umi,jika aku bukakan mata lebih awal..Mesti aku akan dapat melihat sinar cintanya buat ku..Semoga aku masih belum terlewat untuk meraih cintanya kembali..
          Aku menyembunyi senyum yang mulai terukir saat hati ku berkata yakin,ternyata cintanya masih untuk ku.
          ''Nak buat apa??Nak kena sembelih dengan abah!Kang awak terus pegang tittle 'duda berhias ' pula.''Aku sudah tergelak.Terasa ingin menyakatnya pula.Kalau abah tak halang aku pun,aku memang tidak akan berpaling lagi.Sekali aku bergelar isteri kepada suami ku.Akan ku jaga perasaan ini hanya untuk dia.Dan memikirkan dia saja,hati ku sudah berbunga-bunga walaupun ternyata dia hanya di depan mata.Baru aku tahu apa rasanya bila hati sudah terkena penyakit angau.
          ''Amboi..sukalah awak kan?Kalau abah tu tak mengamuk.Tak garang jadi awak beranilah ikut lelaki lain??Tinggalkan suami sendiri..Begitu??Tak boleh!!Awak dah kahwin dengan saya,jadi awak dah jadi isteri saya.Jadi tempat awak adalah di sisi saya..Faham!!''Dia meraup kasar wajahnya yang tersangatlah tegang masa ini.Hendak tergelak pun ada.Geram pun iya juga.Aduh!!Dia ni kan.
          Tadi dia juga yang beriya-iya tanya kenapa aku jual mahal,tak ikut si Haikal kononnya.Lepas tu tahu pula dia cakap tempat aku di sisi dia.Hurmm..
          ''Tadi awak juga yang suruh saya ikut dia kan.Jangan jual mahal sangat kan..Ok!saya pergi..''Aku sudah mulai melangkah..Belum apa-apa aku sudah tenggelam di dalam pelukannya.Aku terkedu.Tapi dalam pada masa yang sama terasa begitu bahagia sekali.
          ''Awak tak boleh tinggalkan saya..Awak tak boleh pergi!Biar pun abah tak halang awak,saya akan tetap 'ikat' awak sampai bila-bila supaya awak tak dapat tinggalkan saya..''Lagi-lagi aku terharu dengan pengakuannya.Jadi tiada apa lagi yang harus aku ragukan saat ini.Ternyata dia sememangnya menyayangi ku sejak dulu lagi.Sama seperti yang pernah Umi khabarkan dulu..Kenapa aku tidak pernah melihat semua ini dulu?
          ''Habis yang awak beriya-iya suruh saya pergi tadi tu kenapa?Dah tahu tempat seorang isteri tu di sisi suami.Lagipun encik Fais Rizqin..Lysa tu Haikal nak letak kat mana?Lagipun Ira tak naklah rampas kebahagiaan orang lain sedangkan kebahagiaan Ira sendiri sedang menanti di depan mata..''Ayat yang akhir itu sengaja aku leretkan.Biar kedengaran manja begitu.Gedik sungguh!Hehe..
          Mendengar kenyataan 'berani mati' tadi,terus dia palingkan tubuh ku.Sekarang..Mata bertentang mata dan,aku sudah tertunduk malu.Padahal tadi bukan main lagi aku 'mengayat' dia.Hehe..
          ''Jadi Ira..''Aku angguk laju.Tidak mahu lagi terus-menerus dalam berteka-teki.Biarlah semua terlerai hari ini agar tiada lagi keraguan di masa akan datang.
          ''Ira cintakan abang..Tak tahu sejak bila tapi Ira tahu..Dalam hati Ira sudah mula menerima kehadiran abang dengan sepenuh hati..''Aku mengukir senyum manis dan seikhlasnya buat suami ku..Tidak sangka,begitu lancar sekali lidah ku melafaz kata cinta buatnya.Pelik kan?Namun sungguh aku tak kisah..Janji aku bahagia.Hehe..
           Lama kami terdiam.Mungkin masing-masing sedang cuba menyelami perasaan bahagia yang bertandang.
          ''Abang pun cintakan sayang..Sejak pertemuan pertama lagi..tapi abang tak tahu macam mana nak luahkan..Abang takut yang Ira akan tolak abang macam tu saja.Sampaikan satu tahap abang langsung hilang keyakinan dan hampir berputus asa.
          Tapi abang nekad!Sekali hati abang terjatuh sayang..Abang takkan berpaling lagi..''Aku tatapi wajahnya.Ternyata ada nada sunggul pada kata-katanya.Sekali lagi aku terkedu melihat juring matanya yang mulai bergenang.Lantas ku seka lalu aku menjungkitkan kaki untuk mengucupi kedua belah matanya.
          Ternyata tindakan spontan ku mengundang senyuman nakal di wajahnya.Menyedari pandangannya yang bersinar,aku sudah tidak keruan.Malu dengan lepas laku ku yang sangatlah 'berani mati!'Huh!!Sejak bila aku ni terlebih gatal arh?
          ''Thanks sayang..''Melihat senyuman nakalnya aku lantas menyembankan wajah yang sudah membahang hangat ke dada bidangnya.Terasa hangat ubun-ubun ku menerima kucupan dari bibirnya.Sekali lagi hati ku sesak dengan perasaan bahagia.
           ''Kan best kalau hari-hari boleh dapat hadiah macam ni..''Dan dia tersenyum penuh makna lagi.Mak aii!Tadi bukan main sunggul lagi encik suami ni.Sekarang,bukan main lagi dia menyakat yaa..Lantas perutnya ku cubit geram.Geram-geram pun tidaklah sampai lebam.Suami tu..Dan aku sayang sangat-sangat kat dia.Hehe..

          ''Sakitlah sayang..''Eleh..!Mengadulah sangat.Padahal aku cubit pun setakat cubit-cubit manja gitu.Kang aku hempuk baru tahu!Eh eh..Terlebih pula.Kang aku yang kena pelangkung dulu-dulu!Adehh!Tapi..Sanggup ke 'darling' aku ni?Aku sendiri pun tak sanggup.Hehe..
          ''Sakitlah sangat!''Aku jeling manja lagi.Ternyata dia tertawa melihat aksi jelingan manja gitu dari isterinya yang jenis tak berapa nak betul ni.Hehe..
          Dengan perlahan dia membawa tubuh ku menuju ke arah tingkap sambil memeluk tubuh ku dari belakang.Terasa hangat seketika bahu ku ketika menerima kucupan dari encik suami sebelum dagunya tepat di atas ubun-ubun ku.Nasiblah dapat suami yang tinggi..Aku ni tinggi sikit dari bahunya saja.
          ''Thanks again sayang..''Dan terasa pipi ku hangat menerima kucupannya lagi.Pantang betul ada kesempatan.Suka betul ambil kesempatan.Tapi aku suka.Hehe..Terasa gedik betul aku malam ni.Hehe..
          ''Terima kasih untuk..??''Sekali lagi dia mengucup ubun-ubun ku.Ahh..Bahagianya..Langsung saja bibir ku mengukir senyum.Pelukan dieratkan lagi.Kedinginan angin malam pun sudah tidak terasa.Terasa tubuhnya begitu rapat menempel di belakang ku.Hangat yang damai..
          ''Thanks sebab sudi terima abang..Sayang tahu kan sebab kenapa kita kena kahwin..''Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.Malu pula bila ingat balik.Alahai..Kalaulah aku tahu dialah bakal suami ku.Taklah aku buat perangai tiga suku tu.Haiss!Kan dah termalu sendiri.
          ''Abang memang sengaja nak suruh Ira bayar balik ganti rugi tu walaupun sebenarnya niat abang bukan macam tu.Umi pun ikut sama berkomplot dengan abang.Lagipun kalau abang tak buat macam tu mungkin sampai bila-bila pun belum tentu sayang nak pandang abang ni..''Aku sudah membulatkan mata.Dia sudah tergelak-gelak.Patutlah Umi begitu yakin dengan anak bujangnya ini.Aku menampar manja tangan yang begitu erat memeluk pinggang ku.Geram pula bila Umi pun turut sama bersubahat dengannya.Malunya..!
          ''Abang..Jahatnya!Suka betul kenakan Ira..''Aku jadi malu..Namun aku juga bersyukur..Segala-galanya sudah terungkai dan aku gembira kerana aku tahu,dia memang serius dengan perasaannya.
          ''Abang minta maaf sayang..''Terasa pelukan semakin erat.Aku?Terlebih bahagia saja..hehehe..
          ''Ok,mulai hari ini kita belajar bagaimana cara untuk bercinta ya..Lagipun bercinta lepas kahwin ni lagi manis,nak buat apa-apa pun tak kisah.Dah halal..''Dan di hujung bicaranya aku sudah terpaku,lain macam saja bunyinya..
          ''Abanggg..!!''Aku sudah terjerit kecil..Haiaa!Dia ni kan!Dan dia sudah ketawa bahagia..

          Sesungguhnya aku bersyukur..Walaupun jodoh ku bukan dengan cinta pertama ku,aku sedar..Cinta kedua ku lebih manis..

          'Semoga penyatuan dua jiwa ini akan diberkati dan sentiasa diredhai oleh Allah..Amin..'


~Kadang2 cinta tak semestinya memiliki..Kalau sudah jodoh memang tak ke mana juga.Bak kata pepatah.'takkan lari gunung dikejar..' (boleh pakai ke pepatah ni??huhu..)
Walau ke hujung dunia sekali pun..Andai masanya tiba,cinta itu akan tetap hadir..Walau seribu kali pun kita cuba menafikannya..Ia tetap akan datang membiaskan benih-benih kasih dengan banyaknya tanpa sempat kita menghalangnya.
Andai cinta pertama tidak kekal..mungkin yang kedua atau seterusnya adalah yang lebih baik dan terbaik untuk kita..Jangan sesekali berhenti berharap kerana di luar sana akan ada seseorang yang sememangnya sentiasa menanti dan bakal melengkapkan diri antara satu sama lain.Cuma yang membezakan adalah..cepat atau lambat sahaja..~Kk zen


 P/S:Harap sambungan 'Bapak bayi siapa nie??' tidak mengecewakan anda semua.Terima kasih atas komen2 membina anda.Tanpa anda yang sudi menbacanya maka,karya kedua ini tidak akan mampu disiapkan.. : )





27 comments:

  1. seriously... i like it very-very much...=)
    GOOD JOB!!! ^_^'

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..tssk tshu nsk pggil awak apa tapi serius..
      saya rasa terharu bila ada juga yg sudi komen karya yg tidak seberapa ini..
      sudi2lah jenguk ke sini lagi hehe..
      sebarang komen positif dan negatif dilayan..
      mana2 yg kurang bolehlah ditegur..
      terima kasih sekali lagi..

      Delete
  2. ahaha. sangat menariklah KK zen. bukan senang kot nak tukar rasa hati kan. huu. good job! ~sampai kelabu2 mata i baca nonstop. eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks..
      yupp!mmg payah bila berurusan dengan kerajaan hati ni.Tapi tu la..kalau mata dah celik,tak mustahil kita dapat menghayati dan melihat keindahan di sebalik semua yg terjadi dan sesungguhnya..Kita tidak pernah tahu takdir yang tersurat buat kita.Cuma waktu yang menentukannya..hehe

      Delete
  3. dulu kalau tak silap cite bapak bayi ni klur at p2u an...?
    t'cari2 gk sambungan cite ni...hehehehe...akhirnya tamat sudah pencarian saya...huhuhu...
    tq tok sambungan cite ni...best....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks O-rEN..dah post kat p2u tapi dah berbulan langsung tak keluar..
      nasib baik jumpa juga ending dia kan?hehehe..
      apa2 pun thanks sbb sudi juga baca dan komen hehe..

      Delete
  4. aihh , nasib baik jumpa . Terima kasih yah ! All the best 4 everything!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Taupek SPMachiever..
      wah..ada juga yg suka dg ncerita ni hehe..
      all the best juga..

      Delete
  5. wa!!!!! best sesangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnak Lylea..best ke?Masih dalam proses pembelajaran hehe..
      apa2 pun tahnsk sbb sudi baca n komen..
      (^_^).

      Delete
  6. ske bce cerpen awk....buat bnyk2 skit cerpen... hehehehehe... ^_^_^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Annymous..
      kena usaha lagi ni hehe..
      mana lagi nak kena cari idea..tapi biasanya sya akan tulis berdasarkan pgalaman org yg terdekat dgn saya..sbb tu klu lmbtt tu faham2 laa..,otak tgh proses mcm mana nak tulis jalan cerita tu hehe..
      apa2 pun sudi2lah jenguk2 ke dlm blog yg tak tak srupa mcm blog ni hehe..

      Delete
  7. first time singgah blog nie....so nice.suke semo citer sang penulis....teruskan berkarya yew penulis.hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks hehe..
      jemputlah singgah selalu hehe..

      Delete
  8. best... suka sangat... jemput singgah blog saya ya..

    ReplyDelete
  9. thanks Ruyi..lama tak update blog..
    ok nnti sya singgah blog awak..
    hehe

    ReplyDelete
  10. thanks Ruyi..lama tak update blog..
    ok nnti sya singgah blog awak..
    hehe

    ReplyDelete
  11. hahahahahaha best-best..lawak pun ada
    huru-hara sa cari blog ni lepas baca cerpen akak kat P2U
    thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fasuri..thanks juga sbb sudi baca dan komen hehe..
      Nasib baik jumpa kan..hehe

      Delete
  12. mmg best....pas bc kat p2u saya terus cari blog nie....ari nie langsung saya x wat keje opis hehehe...
    byzuera

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Byzuera..
      wah,sampai tak buat keje opis?huhu..
      apa2 pun thanks sbb sudi baca cerpen yang tak seberapa ni.. :D

      Delete
  13. Subhanallah..best giler cerpen nie.. gud luck Kkzen.. smoge maju jaye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Keymah wanie..suka?hehehe..

      Delete
  14. sweet giler .. ^_^


    _domo_

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Domo..Sudi sggah n baca..
      (^_^)

      Delete
  15. Jalan cerita yg menarik... bagus sangat👍😊

    ReplyDelete