~Cerpen ini adalah kesinambungan dari
cerpen pertama saya iaitu 'Bapak bayi siapa nie??'.Seperti yang telah
saya janjikan.Harap anda enjoy membacanya..Bagi yang mengharapkan
sambungannya,ini dia..~
~Bermulanya lebaran baru..~
Aku sudah tidak menang tangan untuk
melakukan segala kerja-kerja berkaitan dengan majlis pernikahan
nanti.Dinding rumah yang dulunya tidak bercat kini sudah berwarna
krim cair semuanya.Segala persiapan sudah hampir siap memandangkan
majlis akan berlangsung tiga hari lagi.
Macam aku tak tahu yang ahli sidang
inilah yang mencanang ke sini-sana pasal keluarga aku yang kononnya
hanya menerima 'bakal menantu' anak orang-orang kaya saja.Padahal
cerita sebenarnya bukan begitu.Mahu saja aku jeling mak cik berdua
ni.Tapi mungkin belum apa-apa,abah pula yang hempuk aku
dulu-dulu.Haiss!!
''Dah jodoh kak Embok,kak
Kinah..Siapa-siapa yang jadi menantu Jah pun,Jah tak kisah
sebenarnya.Janji bakal menantu Jah tu boleh memberi bimbingan dan
terima diri Mai seadanya..Ini pun Jah dah bersyukur
sangat..''Senyuman ibu masih begitu.Manis dah penuh dengan
kelembutan.Nadanya juga bukan berupa sindiran.Itulah ibu.Seorang
wanita yang lembut dan penyabar.Lagi-lagi dengan orang macam
abah.Alamak!Kutuk bapa sendiri nampak.Huhu..
''Si Ira ni bila langsungnya?Belum ada
calon lagi ke?''Amboi!Jodoh aku pun dia nak sibuk-sibuk juga.Ibu
senyum sambil pandang wajah ku.Tahu ibu cuba pujuk aku dengan
senyumannya.Lidah terasa keluh.Aku sudah tunduk tak terkata.'Maafkan Ira bu..'
''Mai ni pun Jah susah nak
lepaskan.Ira apatah lagi.Budak lagi tu..Masak pun tak lulus
lagi.Nanti dah kahwin nak bagi laki makan apa pula..''Semua yang ada
di ruang tamu sudah tergelak sakan.Amboi..Kutuk nampak!
**********
~Usah dikenang masa lalu..~
Aku pandang dinding kak Mai yang
dulunya berwarna pink kini sudah bertukar warna ungu cair.Sejuk mata
memandang.
''Kenapa kak..''Aku sudah melabuhkan
duduk di birai katil.Aku lihat kak Mai agak serba salah.
''Ira ok..Tak payahlah Ira nak kisah
kan sangat mak Embok dengan mak cik Kinah tu..''Tahu kak Mai saja nak
pujuk aku.Aku mengeleng perlahan sambil tersenyum.
''Ira ok kak..Apa pula tak okey.''Aku
senyum lagi,cuba yakinkan kak Mai.Tidak ingin dia terkesan dengan perasaan
ku.Kalau boleh biarlah aku simpan sendiri saja.
Tiba-tiba Kak Mai melepaskan
keluhan.Aku jadi hairan..'Apasal muka kak Mai cemberut semacam ni?'
''Kak..Kenapa ni?''Aku gosok belakang
tangannya untuk meredahkan kegusaran kak Mai.
''Akak tak sampai hati sebenarnya nak
tinggalkan ibu dengan abah..''Kak Mai sudah tersedu-sedu di bahu
ku.Ini rupanya masalah kak Mai..Aku ingatkan kak Mai 'berat hati'
dengan perkahwinan ini sebab lain.Rupanya ibu dengan abah juga yang
dikisahkan.'Apalah aku ni.Dah pilihan hati sendiri.Nak berat hati
apa entah.'Adeh..
''Apalah kak Mai ni.Ira ingatkan
apalah tadi..Kalau Kak Mai risau pasal ibu dengan abah tu memang kak
Mai buang karan saja.Ira kan ada.Dah laa..Tak payah nak buat memek
muka buruk macam tu.Kang hilang pula seri bakal pengantin
ni..Buruknya rupa bakal isteri abang Is ni..''Kak Mai terus pandang
aku.
''Adoiih!!''Ketam kak Mai dah sihat
dah.Dah pandai merayap balik nampak.''Sakitlah!''Aku gosok tangan
yang sudah berrubah kemerah-merahan.Sekejap lagi bakal bertukar biru.
''Padan muka Ira.Sakat akak
lagi..Tapikan..Memang akak rasa Ira ni tak boleh harap pun.''Kak Mai
sudah terkekeh melihat muka cemberut ku.
''Apa tak boleh harap pula!Selama kak
Mai kat belajar sampailah bekerja..tak ada pun abah dengan ibu mengadu kan?Ira
jaga first class tau..''Nasib baik yang mencubit tadi kakak aku.Kalau
kakak orang lain dah lama aku pulas balik.Isk.isk.isk!Bisa betul
Agak lama kami terdiam hinggalah..''Ira..akak nak tanya boleh?''Aku
angguk perlahan.'Semacam pula kak Mai ni..?'
''Ira masih tunggu dia..''Lidah terasa
keluh.Tanpa aku duga,kak Mai sudah mengutarakan hal yang aku tidak
jangka sama sekali.Sangka ku kak Mai takkan tanya aku pasal hal ni
lagi..Aku mengeluh perlahan.Cuba menyelami perasaan sendiri..
''Dah tiga tahun Ira..Takkan Ira nak
tunggu lagi?''Aku masih lagi diam.Aku sendiri pun keliru.'Aku tunggu
dia ke?'
''Nak kata tunggu tu tak juga kak.Tapi
entahlah.Ira pun tak tahu..''Akhirnya aku memilih jawapan yang jujur
pada diri ku sendiri.
''Kalau Ayie langsung tak muncul
sampai bila-bila takkan Ira nak tunggu juga!''Kak Mai pandang aku
dengan wajah yang tidak puas hati.Aku terkedu.Aku sendiri pun tidak
ada jawapannya.
''Ira tak tahu kak.Lagipun bab jodoh
ni urusan Allah.Kalau ada tu adalah.Kalau ditakdirkan Ira membujang
sampai ke tua pun tak apa.Boleh jaga ibu dengan abah..''Aku
tersengih.Kak Mai sudah mencerlangkan matanya.
''Memanglah jodoh tu urusan
Allah..Tapi kita pun kena usaha juga Ira.Kalau setakat duduk
terkurung kat rumah tak buat apa-apa pun tak guna juga.''Betul kata
kak Mai.Tapi aku memilih untuk tidak memikirkan semua ini
dulu.Biarlah masa yang menentukan.Andai ada jodoh memang tak kemana
juga.kan?
''Entahlah kak..Ira tak nak fikir
apa-apa lagi pasal ni.Sekarang Ira cuma nak jaga ibu dengan abah
saja..''
**********
~Rindu kenangan itu..~
Aku sudah berlari
lintang-pukang.Langsung tidak menoleh kiri kanan lagi.Redah sajalah.
''Humairah!!''Kak Mai hampir histeria
dah aku tengok.Huahaha..(ketawa jahat).Dah lama aku tak buat kerja
ni.Hampir 4 tahun aku pencen kacau kak Mai.Dan hari ni aku teringin
benar untuk mengulanginya sekali lagi.Lagipun lepas ni aku mungkin tidak
berpeluang lagi.Tiga hari lagi kak Mai bakal menjadi isteri orang.Kak Mai juga
bakal tinggal bersama dengan keluarga mertuanya lepas ni.
Aku pandang muka kak Mai.Fuyoo..Merah
menyala tu!Mesti 'nenek singa' dah naik tinggi darah
ni.Hahaha..Terasa kepala ku sudah mengeluarkan 'tanduk'!
''Pulangkan..''Aku tergelak.Ayat yang
sama.Rindunya..
''Tak nak..Kalau nak ambillah
sendiri!''Aku terus pecut lagi.Kali ni bukan lagi dihalaman rumah
tapi sudah beralih ke jalan raya.Cadangnya nak ke sungai terus.Biar bersenam sikit.Hehe..
Mak cik-mak cik yang ada di rumah tadi
sudah tergeleng-geleng kepala tengok perangai ku yang suka menyakat
kak Mai.Bagi yang baru hendak menjadikan aku calon menantu pun
langsung tak jadi kot.Cancel terus nak dibuat calon!Huhu..
Nasib baik abah tak ada.Kalau abah ada
bukan kak Mai lagi yang sibuk kejar aku.Mesti abah pulak yang
marathon kejar aku dengan parangnya..Haiss!!
Sebenarnya aku saja ingin mencipta
kenangan ini sebelum kak Mai sah bergelar isteri.Mungkin selepas ini
semuanya bakal berubah.Tiada lagi teman bergaduh selepas ni.Tiada lagi aksi-aksi 'melampau' yang bakal berlangsung antara aku dan kakak aku yang sorang ni.Mestilah selepas ini dia harus menjaga batas pergaulan dan bertindak lebih matang.Takkanlah aku masih nak ajak orang tu bergusti lagi.Mmemang melampaulah kalau aku masih berniat begitu.Hehe..
''Ira..Bagilah balik..''Kak Mai sudah
tercungap-cungap.Lupa sebentar yang aku tengah main aksi kejar-mengejar
dengan bakal isteri orang ni sikit masa lagi.Kasihan 'bakal isteri' abang Is ni.Hahaha..
''Tak nak!Kalau nak datanglah
sini.''Aku angkat tinggi diari kak Mai yang aku culik masa aku kat
dalam bilik tadi.Tak sangka betul!Kak Mai masih simpan di tempat yang
sama.Kak Mai..Kak Mai.Dah tahu perangai aku macam mana masih juga tak
ambil iktibar dari kejadian yang lepas-lepas.Nasiblah!
Tidak sedar kak Mai sudah begitu
hampir dengan ku.Tanpa menoleh kiri kanan,aku terus pecut
lagi.Tiba-tiba...
''IRA..!!''
Semua sudah berlari ke arah bunyi
dentuman yang kuat itu.Aku yang sudah terlantar hanya sempat
memandang muka kak Mai yang sudah berubah pucat.Aku senyum..dan
tiba-tiba pandangan ku mulai gelap..
**********
~Apa kes ni?~
Aku buka mata perlahan-lahan.Terasa sakit
kepala yang mencucuk-cucuk membuatkan aku pening yang amat.Terasa
berdengung telinga apabila aku paksa diri ini untuk bangun.
Aik..Apasal ibu tidur terduduk di
tepi katil aku ni?
''Ibu..ibu..''Aku mengerakkan badan
ibu perlahan.
''Ira..dah bangun sayang..''Ibu terus
peluk tubuh ku kejap.Aku mengerutkan dahi.Apasal ibu nangis ni?Mengingau
kut?Huhu..
''Si kepala batu tu dah bangun
Jah!''Aku terus pandang depan.Abah sudah berdiri bercekak
pinggang.Ok..Aku sudah kecut perut!Muka abah muka macam rupa nak
sembelih orang saja lagaknya.
''Sudah-sudahlah tu bang..Ira pun dah
selamat..''Ibu masih memeluk tubuh ku kejap.Kak Mai yang baru saja
melangkah masuk ke dalam bilik ku kelihatan agak sunggul.Aku yang masih
bingung masih tidak dapat mencerna apa-apa.
''Jah!Sebab budak ni lah ada orang tu
hampir-hampir terkorban.Kalau budak tu jadi apa-apa macam mana!''Dada
abah sudah turun naik.Takut aku dibuatnya.Tapi apa yang aku dah
buat??
''Ira siap cepat!Kita gerak sekarang.Jom pergi
hospital.''Aku pandang muka kak Mai.Nak buat apa pergi hospital??
''Buat apa kak..??''Blurr tahap cipan
dah ni.Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba kena ajak pergi
hospital.Macam ajak orang main pondok-pondok saja kak Mai ni..
''Ni pasal kamulah punya kerja
ni..!''Hah!!Apa aku dah buat??
Terkejut tahap gaban aku bila kak Mai
bagitau masa kitorang tengah main kejar-kejar kat jalan raya tadi ada
kereta yang sedang meluncur laju.Untuk mengelakkan aku dari kena
langgar sanggup pemandu tu rempuh batang pokok kelapa yang ada di
tepi jalan.Rupanya yang aku pengsan tadi tu sebab kak Mai sempat
tolak aku.Dasyat kak Mai.Sampai benjol dahi aku kena hentak kat
batu.Patutlah sempat ingatan aku hilang kejap.
**********
~Apa yang aku dah buat ni!!~
Kami sampai di hospital hampir
senja.Kasihan kak Mai.Tengah membilang hari untuk majlis nikahnya aku
tak sudah-sudah buat hal.Kami menuju ke wad yang menempatkan sesusuk
tubuh yang hampir hilang nyawa gara-gara kenakalan ku.Taubat aku lepas ni!
Kami memberi
salam.Hampir saja aku tidak bergerak kalau kak Mai tak tarik aku
paksa masuk sekali.Ramainya!Glupp!!
'Humairah.Sediakan kepala sebab sikit
masa lagi kau bakal kena pancung dengan keluarga si mangsa!'Erk??
''Masuklah..''Kedengaran suara lembut
mempelawa kami masuk.Aku tidak berani mengangkat kepala.'Tahu
takut'!!Haiss.
''Umi..Kami datang ni nak minta
maaf..''Kak Mai memulakan mukadimah.Aku sudah tidak tentu arah.Dup
dab dup dab!
''Tak apa Mai..Benda dah nak
jadi.Kalau kita tahu memang nak elak pun..Umi tak salahkan sesiapa
pun dalam hal ni.''Aku terus pandang wajahnya.Dia senyum sahaja.Tapi
aku dah mula keliru di sini.Apasal mak cik ni macam dah kenal sangat
dengan kak Mai??
''Ni mesti adik Mai..Ira ya?''Aku
hanya menganggukkan kepala saja.Blurr masih tak tinggalkan aku.Eh
silap.Tak habis-habis aku dilanda BLURR!!Apa kes?
''Ira..Ni mak su abang Is..Datin
Rihanna.''Oo..Baru ku tahu.Dengan langkah yang berat aku bergerak
menyalami wanita yang sibuk berbual dengan kak Mai sejak dari tadi.
''Maafkan Ira Datin..''Mak aii!Apa kes
peluk-peluk ni.Tak marah ke Datin ni dengan aku yang dah
mengakibatkan ahli keluarganya ditimpah kemalangan?Aku cari juga
siapa yang terlantar di katil hospital tapi tiada!Jadi siapa yang
terlantar dan siapa yang melawat ni??Jangan-jangan..Aku mulai tidak
sedap hati.
''Panggil Umi saja Ira..Tak payah nak
formal sangat.Tak lama pun kita nak jadi ahli keluarga dah..''Datin
Rihanna menepuk-nepuk bahu ku perlahan.Semakin rasa bersalah aku dibuatnya.
Tanpa dapat ditahan lagi,''Maafkan Ira Umi..Ira tak
sengaja.Ira..''Aku sudah tersedu-sedu.Ya Allah..ampunkanlah hamba mu
yang berdosa ini.Airmata ku sudah tidak terbendung.Betapa aku sudah
menyebabkan nyawa yang tidak berdosa melayang..
''Ira..Kenapa ni..Sabar Ira..Bawa
mengucap..''Semua sudah cemas dengan tangisan ku.Aku sudah tidak
bermaya..Hampir saja aku terjelapuk di lantai kalau kak Mai dan Umi
tidak tangkas memaut tubuh ku.
''Ira!!Kenapa ni?''Aku hanya
mampu menangis dan menunjukkan kepada katil yang kosong.Aku tidak sanggup
untuk meluahkan kata-kata itu..Betapa berdosanya aku.Bagaimana harus ku tebus dosa ini Ya Allah..
Lama mereka terdiam dan aku masih juga
menangis.
''Takkan Ira..''Umi sudah
tersenyum-senyum.Aku bertambah-tambah sedih.'Umi dah tak betul
kut.Apatah lagi lepas salah seorang ahli keluarganya sudah
'tiada'..'Tangisan ku terhambur lagi.
''Ira..Riz tak apa-apa Ira..Dia cuma
keluar sekejap..''Terus aku terdiam.Mula mencari satu-satu wajah yang
ada di depan ku untuk menagih jawapan..Dan semua
menganggguk-anggukkan kepala masing-masing sambil tersenyum-senyum.
''Jadi yang tu..''Aku menunjukkan
katil yang kosong tanpa penghuni.Cuba mencerna maksud senyuman yang tersunging di wajah masing-masing.
''Ya Allah..Malunya aku!!'Semua sudah
tergelak-gelak.Aku sudah mahu teresak balik menangisi keterlanjuran
ku 'menembak' situasi sebenar.''Ibu..Ira malu!''Dan
kata-kata ini hanya mampu aku jeritkan di dalam hati saja.
Setelah keadaan agak redah aku
diperkenalkan dengan empat pasang mata yang berada di wad selain aku
dan kak Mai.Aku hanya tunduk saja dengan suami mak su abang Is, Dato'
Firash.Farisya Rania sepupu abang Is dan tunangannya Fahim.
''Saya minta maaf Dato' Datin..Kalau
tadi saya hati-hati tak adalah jadi macam ni..''Aku masih takut-takut
dengan penerimaan keluarga ini.Manalah tahu kot-kot saja nak jaga
hati kak Mai kan?Glupp!!Berdosa kau Ira.Suka sangat berprasangka
buruk!Erk??
KREKK!!
Kedengaran pintu bilik wad ditolak dari
luar.Aku sudah terkedu.Mesti ini dia.Kalau sudah pakai baju hospital
tu siapa-siapa yang tengok pun tahu.Aku senyum dan..DUSS!!Hampir aku pitam
dengan pandangan matanya yang maha menusuk kalbu.
Kalau pandangan jelingan ala-ala manja
begitu tak apa juga.Boleh juga aku balas balik dengan pandangan yang
malu-malu gitu.Ini tidak!Jelingannya boleh dikategorikan sebagai
'tahap membunuh'!!Sikit lagi aku jadi arwah kalau macam ni!
''Ira..Inilah anak Umi,Fais
Rizqin..''Aku diperkenalkan dengan 'mangsa' kecelakaan siang tadi.Aku
senyum tapi dijelingnya aku.Cis!Jenis tak boleh dibuat kawan
ni.Garang semacam.Mengalahkan nenek moyang singa pun
ada.'Humairah..Dah sah-sah salah sendiri.Nasiblah!'Haiss!
''Sa..saya datang nak minta
maaf..''Dup dap dup dap.Aku cuba kumpulkan segala kekuatan yang ada
untuk bersuara.Sudah terang lagi bersuluh,dah sah-sah salah aku.Jadi
tak salah rasanya kalau aku tebalkan muka nak minta maaf kan..Glupp.
''Awak kalau tak nak hidup boleh tak
cari tempat lain!Apasal malang sangat saya ni sampai kereta saya
boleh hancur sampai macam tu sekali..!Sa..''
''Riz..Umi tak ajar anak Umi kurang
ajar!Cuba cakap elok-elok dengan Ira..Kan dia dah minta maaf
tu.''Datin Rihanna sudah menegur anak terunanya.Telinga aku pun sudah
kembang semacam menerima herdikan dari jejaka tampan depan aku
ni.Tampan??Aku tarik balik!Dah tak tampan lepas dia hambur aku tanpa
belas kasihan tadi.Aisemen!
''Maafkan anak Umi ni Mai..Ira..''Aku
mengelengkan kepala.
''Tak apa Umi..Memang salah Ira
pun..''Tubir mata sudah hangat semacam.Janganlah nak 'banjir' dalam
ni pula.Kang tak pasal-pasal aku lari menyorok.Lagipun kalau aku
menangis memang buruk sangat.Abah cakap.Kak Mai pun cakap kalau aku
nangis tak comel langsung!
''Tahu tak apa..!!''Hiss.Dia ni
kan!'Ibu..Jahatnya manusia depan Ira ni'.Dah aku tebalkan muka datang
sini nak minta maaf boleh lagi dia reject maaf aku macam tu
saja?Dasar hati batu!'Padan muka kamu Ira.Siapa yang cari
pasal!'Haiss!
**********
~Malangnya nasib..~
Meriah sungguh sambutan majlis kak
Mai.Sama meriah juga dengan mak cik-mak cik kepoh yang tak
sudah-sudah mengutuk aku.Cancel terus jadi 'bakal mak mertua' aku
kalau macam ni.'Huh!Perasan sungguh kamu ni Ira..Bukan pasal kamu
cancel tapi kamu tu yang sah-sah kena reject habis sebab bukan stok
'bakal menantu' idaman..Haiss!!
Seram sejuk aku dibuatnya.Petanda nak
demam ke?Bukan!Tapi petanda nak dapat bala kot.Tidak sudah-sudah aku
diekori dengan sepasang mata galak yang sibuk merenung ku sejak dari
tadi.Tahulah aku ni cantik.Hehehe..
Sebenarnya bukan pasal tu tapi 'orang'
tu nak cari pasal kot.Iyalah.kalau dah kemek kereta dia aku buat
mesti nak balas dendamlah tu.Adehh.Kalau dah jenis 'bapak singa',memang sah tak boleh dibuat kawan!
Sedang aku leka memerhatikan kak Mai
dan abang ipar ku yang sedang bersanding di atas pelamin nan indah..
''Saya bagi awak masa lima minit dari
sekarang.Jumpa saya kat luar!''Aku mendengus geram.Salam tak kasih
tiba-tiba sudah terpacak di sebelah ku.Nasib baik aku tak bersilat
masa tu juga.Mana nak sorok muka aku yang cun ni!
Aku saja berjalan lambat-lambat
menghampiri sesusuk tubuh yang sedang berdiri membelakangi ku.Apa
kes nak jumpa aku kat sini.Dah lah di dalam tu orang tengah
sibuk!Huh!Aku melepaskan keluhan.
Aku terkedu saat
dia menoleh sambil memjawap salam ku.Kacaknya dia..Berbaju melayu
rona biru muda sesuai dengan tubuhnya yang tinggi dan berkulit
cerah.Tadi tak perasanlah pula.Huhu..
''Dah siap belek saya atas
bawah?''Cis!!Kan dah terkantoi.Belek lagi anak teruna orang.
''Nak apa!''Cakap cepat.Malas aku nak
layan mamat berlagak ni.Kalau ikutkan hati mahu saja aku abaikan
untuk berjumpa dengannya.Tapi memandangkan memang salah aku jadi aku
turutkan saja.Kot-kotlah boleh berdamai.
''Nak minta ganti rugi!''What??Ganti
rugi?Ingat aku buka syarikat insurans ke?
''Ganti rugi?Apasal pula.''Aku sudah
bercekak pinggang.Nak saja aku lipat empat belas mamat berlagak
ni.Ini Humairah laa!Alah setakat mamat perasan bagus ni senang saja
aku belasah.Cubalah kalau berani cari pasal dengan aku.
''Awak dah lupa..Pasal awaklah kereta
saya jadi macam tu.Hancur!Awak tahu tak yang itu kereta kesayangan saya?Saya tak peduli!Saya nak juga awak bayar
ganti rugi.Kalau tak..''
''Kalau tidak kenapa?Nak saman?Nak
laporkan ke polis?Silakan!Entah-entah bawa kereta tak ada
lesen.''Amboi Ira.Tunjuk samseng kamu ya!Dah sah-sah salah
sendiri.Hehe..
''Awak jangan nak cabar saya
pula..!''Dada dia sudah turun naik.Aku tengok dia ni sebijik macam
rupa abah kalau dah mengamuk.Buruk sangat!Langsung tak hensem.
''Oklah..oklah..Saya tahu memang salah
saya..Berapa ganti rugi yang saya kena bayar..''Aku sudah mulai
mengendurkan suara.Cuba berkompromi.Tak guna juga kalau aku melalak kat sini.Tak
pasal-pasal kami jadi tontonan umum pula.Dan..
GLUPP!!
Aku sudah buntu!Mana nak cekau duit
enam ribu ni.Hampir saja aku pitam dengar kos membaiki kereta enam
ribu ringgit.Enam ribu tu!Takkan aku nak pergi merompak pula.Haiss!
Duit dalam bank pun berapa ringgitlah
sangat!Dah lah kerja pun jadi kerani cabuk ja.Nak simpan apanya.Habuk saja yang
ada!
Hiss!Tak patut betullah mamat berlagak
ni.Dah tahu aku ni tak berduit boleh saja dia minta ganti rugi kat
aku sampai macam tu sekali.Sedangkan enam ratus pun aku dah
semput.Inikan pula ENAM RIBU RINGGIT!!Mahu tak putus nafas
terus!Macam iya-iya saja nak aku pergi merompak.Huh!Bencinya..!
''Saya bagi tempoh seminggu.Kalau tak
ada juga siap awak!Tak pun awak boleh bayar guna cara lain..''Dia
sudah menjungkit-jungkitkan keningnya.Aku terkedu.Lama-lama..
BUKK!!
''Adoiih!!''Satu tumbukan sudah ku
hadiahkan sempena kebiadapannya terhadap ku.Itu baru sikit tahu!
''Apasal tumbuk muka orang
ni!''Sikit lagi dia jatuh terjelapuk gara-gara tidak bersedia
dengan tumbukan berbisa ku.Kecik-kecik pun berbisa tahu.Padan muka!
''Siapa suruh gatal sangat.Ada hati
pula suruh orang bayar guna bo..''GLUPP!!Tak terluah sungguh dengan
kata-kata.Muka pun sudah tebal seinci.
''Guna apa!!Awak jangan nak memandai
ya!''Aku mencebik geram.Macam kecik besar saja aku tengok mamat
berlagak ni sekarang.
''Tadi tu..''Masih tidak mahu kalah.
''Tadi apa!!''Dia sudah
bertempik.Adoiyah!Mamat ni nak panggil semua orang ke tengok kami
berdebat kat laman ni??
''Yang awak suka sangat menjerit ni
apasal!Kang abah saya datang,tak pasal-pasal awak dengan saya sekali
kena hambat keliling kampung.Nak ke??''Sambil jeling aku pandang kiri
kanan juga.Fuh!Nasib baik semua orang tengah sibuk tengok pasangan
raja sehari bersanding.Kalau tidak..
''Awak dah buat saya macam ni,jagalah
awak!Awak bakal menyesal nanti!''Dia terus berlalu.
Alamak!!Apa aku dah buat ni.Apasal lah
aku tertumbuk muka dia tu tadi.Siapa tak bengang kalau tiba-tiba
dapat baik punya penumbuk sedas.Fuh!Nak abaikan amaran yang dia bagi
macam iya-iya saja dia akan buat.Tawakal sajalah.
**********
~Terpaksa..~
Seminggu..Dup dap dup dap.Dua
minggu..Tak ada pun mamat berlagak tu datang menuntut
janji?'Laa..Macam nak-nak saja orang tu datang kutip 'hutang' ya
Ira..'Aku ketuk kepala sendiri.
''Hah!Kali ni Ira buat apa
pula??''Sikit lagi jantung aku hampir terlompat keluar gara-gara
abah.
''Hiss abah ni..Mana ada laa..''Harap-harap
abah tak perasan.Memang aku langsung tak pernah bagitau pun dengan
abah,ibu atau kak Mai pasal mamat berlagak tu nak minta bayar ganti
rugi.Biarlah aku selesaikan sendiri.Lagi pun memang salah aku.Kalau
boleh aku tak nak susahkan abah.Tapi macam mana?Kalau tak bagitau abah
mana aku nak cari duit enam ribu tu?Aku garu kepala yang tidak gatal.
''Kamu ni Ira..Macam ada masalah
saja..Kali ni apa pula kamu buat??''Abah sudah angkat kening.Oh no
man!Abah tak boleh tahu benda ni.
''Ira..Err..Ira rindukan kak
Mai..''Fuh!Sikit lagi nak terkantoi.
''Emm..''Mesti abah pun rindu kak
Mai.Kalau dulu masa belajar tu lainlah.Asal cuti kak Mai memang balik
pun.Tapi sekarang manalah sama dengan masa tu.Kak Mai kan dah jadi
isteri orang. Dah ada tanggungjawap sendiri.
''Bang..Dah cakap dengan Ira.''Aku
pandang wajah ibu yang baru muncul dari bilik.Di tangannya terdapat
kotak baldu berwarna biru.Glupp!Jangan-jangan..
''Kita cakap sama-sama..''Ibu angguk
perlahan.Aku sudah cemas.
''Ira..Sebenarnya abah dengan ibu nak
tanya dengan Ira ni.Nak dapatkan persetujuan..''Ok..Persetujuan
untuk?Peluh sudah mencurah-curah.Hati mulai tidak sedap.Macam
tahu-tahu saja.Janganlah..
''Sebenarnya minggu lepas ada orang
masuk meminang kamu..Abah harap kali ni kamu setuju.''Ok dari
cakap-cakap abah macam bukan nak minta persetujuan tapi perkataan
yang paling tepat adalah 'paksa rela'!!
''Ira tak nak abah.Lagipun Ira belum
sedia lagi.Tolak saja pinangan tu abah..ibu.''Langsung tidak
teragak-agak.Lupa seketika yang lawan bercakap itu abah.Kalau orang
lain mungkin boleh bertolak-ansur lagi.Tapi kalau abah memang nak
menempah bala lah jawapnya.
''Kenapa pula!''Tengok tu.Kan dah
cakap,abah memang dah nekad terima pinangan tu.
''Ira belum sedialah abah..Lagipun kak
Mai pun baru langsung hari tu.Kalau boleh Ira tak nak fikirkan soal
jodoh ni dulu.''Aku juga nekad.Keras kepala pun sebab aku ikut jejak
abah juga.Nasiblah!
''Sampai bila Ira?Cuba cakap dengan
abah.''Aku sudah mengeluh.Terasa peluang ku untuk menolak kali ini
adalah sangat tipis.ZERO!!Langsung tiada.
Aku tunduk saja.Hendak menjawap memang
tak ada idea.Nak-nak lagi masa abah tengah bercekak pinggang
ni.''Bukan Ira tak nak abah..Ira cuma..''Haiss!!Aku garu kepala yang
tidak gatal.Nak membantah,sah-sah menempah tiket nerakalah
jawapnya.Nak ikutkan..Sah-sah hidup meranalah jawapnya!
''Ira..Abah bukannya apa Ira..Dah
banyak sangat mulut yang bercakap pasal anak abah ni..''Abah sudah
mengeluh.Apa lagi yang mereka tak puas hati dengan aku ni!
''Abah..mulut orang abah,memang tak
boleh nak tutup.Lainlah mulut tempayan.Lantaklah orang nak cakap
apa!''Ee..Geramnya!Asal hal aku memang nak dicanang-canang keliling
kampung!Hal korang ada aku kisah??Tak ada pun aku sibuk-sibuk nak
ambil tahu!
''Senangnya Ira menjawap..yang
mendengarnya abah dengan mak kamu tu..Dah berdesing telinga abah ni
mendengarnya!''Aku terkedu.Memang aku tidak kisah dengan cakap-cakap
orang.Tapi yang dapat aibnya nanti ibu dengan abah juga.Aku
mengeluh..Terasa beban yang ada di bahu ku semakin tidak
tergalas.Dengan aku-aku sekali mahu terlingkup!
''Kalau begitu..Suka hati abah
laa.''Aku terus berlalu ke bilik meninggalkan ibu dan abah yang nyata
terkedu dengan jawapan ku akhirnya..
''Kalau macam tu,minggu depan kita
buat majlis bertunang.Lepas enam bulan nikah pula..''Sebelum pintu
bilik ditutup sempat ku dengar suara abah memberi kata putus.
Arrgghh!!!Serasa mahu saja aku
membantah.Namun akal waras menghalang.Siapalah manusia yang
bertanggungjawap dengan musibah yang melanda ku sekarang ini??Mahu
saja aku ajak bersemuka!!Kerana mulut orang yang tidak
bertanggungjawap inilah aku kena korbankan hidup ku dengan seseorang
yang aku tidak kenal sama sekali.
**********
~Sampai hati..~
Sikit lagi aku pitam,nasib baik kak Mai sempat paut tubuh ku dari jatuh tergolek di depan 'bakal mak mertua' yang langsung tidak termasuk dalam senarai ku.Sangka ku orang kampung ku juga.Menyesal pula tak tanya ibu siapa 'bakal suami ' ku.Kalaulah aku tahu mahunya awal-awal lagi aku lari dari rumah.Menyesal pun tak guna.Cincin sudah bersarung.6 bulan lagi aku bakal menyandang gelaran 'isteri orang'.
Tidakk!!Mamat bongkak nak
mampus..Kenapa dia??Tak ada orang lain ke!!
''Ira ok tak ni..''Semua sudah cemas
memandang ku.Aku angguk perlahan..Betul-betul pasrah dengan semua
ini.Pasrah??TIDAK!!Aku tak peduli,aku akan cari jalan juga supaya aku
tak payah kahwin dengan orang yang aku tak suka!
''Ira ok Umi..Cuma dari semalan Ira
memang demam sikit..''Mahunya tak demam.Ni semua abah punya pasal.Nak
sangat aku terima pinangan yang entah siapa-siapa.Tapi yang entah
siapa-siapa tu rupanya si mamat berlagak a.k.a Fais Rizqin.
''Tak sabar nak jadi tunangan orang
lah tu..''Tiba-tiba kedengaran suara sumbang memerli ku.Semua sudah
bergelak sakan.Tinggal lagi aku yang sudah kecewa sikit lagi mahu
meraung meratapi nasib malang ku ini.Mahu aku tak control airmata ni
meleleh tapi disebabkan mata abah sudah mencerlang garang aku
tahankan juga.
**********
~Serius aku tak faham!!~
''Kenapa saya!!''Petang itu juga aku
mahu bertemu empat mata dengan 'tunang' ku.Aku tidak peduli.Apa orang
nak cakap,cakaplah.Pagi bertunang,petang sudah berjumpa pula.Macam
tak menyempat saja lagaknya.Itu bagi pasangan yang memang dah
merancang untuk hidup bersama.Yang saling sayang-menyayangi!Tapi bagi
kes aku ni,DIKECUALIKAN.Tak kahwin pun tak apa.Lagi-lagi dengan mamat
bongkak ni.Huh!!Tak ingin aku.
''Saya dah bagi tempoh cukup seminggu
kan..Jadi inilah hasilnya.''Aku sudah bengang gila sekarang
ni!Punyalah selamba gaya dia bercakap.Bercakap pun pandang pokok
bunga.Muka aku yang dah cun gila ni dia tak pandang pula.Macam
bercakap dengan tunggul kayu pun ada!
''Kalau pasal ganti rugi tu,awak
memang tak patut..!!''Hampir saja aku terjerit dengan gaya
selambanya.
''Boleh tak awak cakap perlahan
sikit.Bercakap macam kembar dengan speakers saja..!!''Amboi..Ikut
cita rasa dia saja nak label aku kembar dengan speaker pula!
''Kalau dah tahu buat apa pergi pinang
saya pula..!''Suara ku sudah kendur sedikit.Tahu abah sudah
terjenguk-jenguk dari tingkap.'Kuat sangat ke aku bercakap tadi?Ke
menjerit??'Erk??
''Awak ingat saya nak sangat ke dengan
perempuan kampung macam awak ni??Huh!Umi tu yang beria-ria nak kan
awak.Jadi jangan nak perasan yang saya memang sukakan awak.Saya cuma
nak ambil kesempatan dengan ganti rugi yang awak tak mampu nak bayar
tu.Lagipun saya akan ingat sampai bila-bila pasal tumbukan yang awak
hadiahkan sebijik kat saya!''
Mulut aku jangan cakaplah!Dah
terlopong habis!Punyalah singkat pemikiran mamat berlagak ni.''So apa
kata lepas kahwin nanti awak jadi orang gaji saya.Don't worry..Tiap
bulan saya akan bayar gaji awak.Lepas tu boleh lah awak langsaikan
hutang tu.Kan banyak masalah boleh selesai.''Amboi..Panjang lebar dia
bercakap tapi kenapa sepatah ayat pun aku tak faham!Kenapa mesti nak
kahwin juga?
Tak boleh ke dia minta aku jadi orang
gaji dia saja.Tak payah nak kahwin segala.Entah-entah lepas beberapa
bulan aku dah pegang title'janda berhias'??Arrhhgg!!Tidak.Entah-entah
belum cukup sehari dia sudah lafazkan talak untuk aku?Mana aku nak
letak muka lepas ni.Macam mana pula penerimaan ibu dengan abah pula?
''Kenapa awak diam..??Mesti awak rasa
bernas kan rancangan saya ni..''Dia sudah tersengih-sengih.Siap
jungkit-jungkit kening lagi.Ni yang buat aku naik tinggi darah ni!
''Bernas tengkorak kau!!Kau ingat aku
ni tak ada perasaan ke?Kalau pun kau nak kenakan aku,jangan libatkan
keluarga aku sekali..''Tiada lagi awak-saya.Semuanya sudah bertukar
aku-kau.
Hampir saja aku teresak di
depannya.Aku tahankan diri agar sendu ku terkawal.Airmata yang
mengalir ku seka dengan hujung lengan baju ku.
Dia sudah terkedu.Aku tidak menunggu
lama.Dari hati aku terus sakit mengadap muka dia.Lagi baik aku
tinggalkan dia saja.Aku betul-betul ingin meredahkan segala perasaan
aku yang sudah bercampur-baur!
''Ira saya..''Panggilannya tidak aku
pedulikan.Abah yang berada di muka pintu sudah tercengang-cengang
melihat airmata ku yang gugur satu-persatu.Aku dah tak peduli apa
yang abah nak fikir.Bukan abah tak tahu yang awal-awal lagi aku dah
menentang habis tentang perjodohan ini!
**********
~Bahagiakah aku?Haruskah aku berserah
atau berkeras dengan pendirian ku??~
Orang kalau berjalan dengan tunang
mesti dilanda bahagia saja.Aku?Macam mahu bunuh orang pun ada!Tak
sangka,sudah 4 bulan kami mengikat tali pertunangan.4 bulan dan aku
masih tidak terdaya untuk membuat apa-apa lagi yang mampu memutuskan
tali pertunangan ini.
Hurmm..Beginikah kehidupan aku
nanti?Terpaksa berpura-pura dengan semua orang.Berpura-pura
bahagia?Sedangkan hati sudah berperang mahu menamatkan semua
ini.Arrghh!Aku tak sanggup!!Umi memang terlalu baik untuk aku
lukai.Kalau bukan pasal Umi yang sibuk memujuk ku untuk memilih
barang untuk hantaran nanti rasanya sudah lama aku tolak siang-siang!
Orang yang nak nikah biasanya masa
bertunang tu lah bukan main lagi sediakan segala hantaran dah
persiapan.Aku pula jangankan hantaran,semua pun aku tak ambil
peduli.Semua ibu dengan Umi yang uruskan.Satu apa pun aku tak
buat!Bila Umi tanya apa lagi yang tinggal,aku mulalah
mengelabah.Nasib baik ibu ada.Kalau tak,memang nampak sangat yang aku
ni tak ada hati.Tak sudi!
''Sayang..Yang ini ok tak.?''Erk??Mahu
aku tak tercekik dengan nafas sendiri macam ni.Mamat ni kan..Pandai
betul dia berlakon.
''Eemm..''Suka hatilah.Aku bukan kisah
pun.Tak dapat kahwin lagilah aku OK!
''Yang ini..''Mengada-ngada
betullah!Nasib baiklah ada Umi..Kalau tidak sudah lama aku angkat
kaki dari terus berlama-lama dengannya.
''Semua pun ok..Ikut suka awak
laa.Saya mana-mana pun boleh..''Umi senyum saja.Aku sudah
tertunduk,jiwa sudah ralat menatap seraut wajah lembut Umi.
''Sayang..Yang nak pakai nanti tu
awak.Kalau abang memang ok saja..''Dia sudah meleretkan
senyuman.Sayang?Abang?Wueek!!Pandai betul dia buat'lawak' kan!!Usai
Umi berpaling ke rak kasut lain..''Boleh tak awak buat-buat
suka,buat-buat gembira!Muka awak ni nampak betul tak suka.Cubalah
jaga hati Umi tu sikit.!''Dia terus berlalu..
Aku terkedu.Nampak sangat
ke?Hurrmm..Macam mana aku nak gembira kalau hati dan perasaan aku
tak rela berkerjasama.Bagaimana reaksi yang harus aku tunjukkan andai
dalam hati aku memang awal-awal lagi sudah memberontak.Tidak pernah
bersetuju dengan ikatan ini.
''Tinggallah dengan Umi sehari dua
Ira..Nanti Umi bagitau ibu dengan abah Ira nanti..Lagipun banyak lagi
barang yang nak dibeli ni.Nak buat persiapan pun dah suntuk
sangat..Lagi sebulan majlis kamu nak langsung dah..''Umi memberi
cadangan.Macam mana nak tolak ni.Baru berbeberapa jam berjumpa pun
aku dah naik muak.Ini kan pula beberapa hari.Lagilah naya lepas
kahwin nanti.Huh!Mahu aku tak pitam asyik naik tinggi darah saja
nanti!
''Tak apa lah Umi..Biar Ira bagitau
sendiri..''Umi sudah tersenyum manis.Rasa tidak sampai hati pula mahu
menghampakan harapan Umi.Tapi jiwa aku dah cukup terseksa dengan
drama ini.Sikit lagi kepala aku nak meletup dengan tekanan yang aku
hadapi.Terasa semuanya begitu mendadak hadir dalam hidup ku.
Talian bersambung..
''Ermm..Riz awal-awal dah bagitau kat
abah..''Erk??Memandai saja mamat ni!Siapa anak siapa sekarang ni??
''Memang patut pun Ira duk kat sana
tolong-tolong apa yang patut.Lagipun nak harapkan siapa lagi.Yang nak
kahwin tu pun kamu juga.''Amboi abah ni.Macamlah aku yang rela hati
pergi meminang anak teruna orang!Nasiblah dapat 'tunang baik' macam
aku ni.
''Yelah..Memang Ira ni tak ada hati
perut.Suka sangat menyusahkan orang kan..''Suara ku sudah
mendatar..Sikit lagi mahu teresak.
''Ira..Abah minta maaf sebab paksa Ira
dengan ikatan ni..Abah bukan apa Ira..Abah cuma nak kan yang terbaik
untuk anak abah ni.Abah tak sanggup tengok anak abah asyik tunggu
orang yang..''Kedengaran suara abah sayu saja.'Humairah!Kau nak jadi
anak derhaka ke??'
Airmata yang gugur aku biarkan
mengalir.Berdosanya aku!Tahu abah sedih tengok aku yang masih lagi
setia menanti dengan kehadirannya.Tapi semua orang silap!Aku memang
rindu dengan abang Ayie tapi aku sedar..Takdir bukan di tangan
ku.Andai abang Ayie sudah berbahagia,aku tidak akan terkilan sama
sekali.Lagipun sejak pemergiannya dulu,aku memang sudah bertekad
untuk merelakan perpisahan itu.Jadi rasanya tiada istilah di sini
yang aku masih lagi tertunggu-tunggu akan dirinya.
''Abah..Ira minta ampun..Ira janji
yang Ira akan cuba terima semua ni dengan hati yang terbuka abah..Ira
akan belajar menerima takdir ni abah..''Biarlah!Biarlah aku beralah
andai ini mampu membahagiakan keluarga ku..
**********
~Debaran apakah ini??~
Semua sudah bersiap-siap.Kata Umi,ada majlis bertunang anak kawannya malam ni.Aku tak nak pun ikut sebenarnya tapi memandangkan Umi begitu mendesak,aku turutkan saja.Nasib baiklah ada baju yang Umi belikan siang Tadi.Kalau tidak,tak kan datang majlis dengan kain batik saja.Adehh!!
''Cantik pun..''Umi tersenyum senang
dengan penampilan ku.''Umi solek sikit ya..Biar nampak muka tu fresh
sikit..''Aku hanya mengangguk mengiakan saja.Mulalah tangan Umi '
menari-nari' di wajah ku.Rambut yang panjang ku biar lepas begitu
saja dan di klip tepi untuk lebih kemasan.Bantai sajalah..Bab-bab
bergaya ni aku memang dah lama ketinggalan jauh beribu batu.
''Cantiknya kak Ira..Farisya Rania
yang tua dua tahun dari ku yang dulunya memanggil ku dengan panggilan
'Ira' saja.Tapi memandangkan aku ni bakal kakak iparnya,kalau
jadilah.Maka dengan rasminya gelaran ku sudah bertukar kepada 'kak
Ira'..Hurmm..
Saat aku menuruni anak tanggal bersama
Umi dan Farisya.Aku perasan dia sudah terpegun memandang ku sejak aku
dari atas sampailah sudah di depan matanya.Malulah pula jadi tatapan
tunang sendiri.Ehem.Ehem..Control ayu Ira.Bagi mata dia buka sikit
tengok 'perempuan kampung' yang dia pernah kutuk-kutuk dulu!
''Ehem..Tengok Umi.Tak berkelip mata
abang tengok muka kak Ira..Hahaha..''Aku tersenyum sinis.Padan
muka.Kutuk aku lagi.Jelas terlihat rona
merah pada wajahnya.Comelnya..Erk??Apasal aku puji orang tu comel pula.Comel lagi
anak gajah!Ini baru betul.Huhu..
Tapi entah kenapa malam ni aku rasakan
yang dia sudah bertambah-tambah kacak.Dengan sut hitamnya,dia begitu
segak mengenakan warna tersebut yang begitu kontra dengan kulitnya
yang putih melepak.Entah kenapa tiba-tiba saja ada debaran yang bertandang
saat ini.Lama kami terpegun sehinggalah Umi mengesa kami untuk
bergerak.
Masing-masing dengan kereta
sendiri.Umi dengan papa di hantar dengan pemandu,Farisya atau Fisya
dengan tunangnya dan aku dengan siapa lagi kalau bukan dengan 'tunang
kesayangan' ku ni..Hurmm.
Sepanjang perjalanan terasa sunyi
sekali.Maksud ku tiada acara bertekak macam selalu.Hanya celoteh DJ
radio yang kedengaran dan lagu-lagu yang diputarkan saja.Boleh pecah
rekod kalau macam ni.Kalau sebelum-sebelum ni ada saja yang akan kami
gaduhkan.Tapi malam ni terasa damai benar.
Hampir saja aku tidak jadi melangkah
saat kereta betul-betul berhenti di sebuah banglo mewah yang 'gah
berdiri'.
Dengan malu-malu aku sambut tangan
yang dihulurkan.Siapa lagi kalau bukan 'tunang kesayangan' aku
ni.Tapi..kenapa hati makin tidak sedap pula ni?
DUP DAP!!Hati ku tidak berhenti-henti
mengalunkan irama debaran.Serasa mahu pecah dada ku menahan hentakan
ini.Aku mulai berpeluh walaupun keadaan pada masa ini tidaklah terasa
bahangnya.Cuma aku saja yang terlebih resah sebenarnya.
Debaran yang sangat aneh..Macam akan
ada sesuatu yang bakal terjadi.Aku cuba menidakkan perasaan yang
mulai dilanda gelora..
''Ok tak ni..Aku tengok muka kau dah
pucat semacam je..''Aku angguk perlahan.Fuh!Aku cuba berlagak tenang.
Semakin kami mendekat.Semakin jiwa aku
sesak.''Sejuknya tangan..Tangan ke ais batu nie?''Fais Rizqin cuba
berlawak.Cuba ajak aku berbual.Tahu dia saja nak bagi perasaan aku
redah.Baik pula dia malam ni.Ke orang lain ni??Aku sudah mulai rasa
was-was.
''Jom pergi sana.Aku nak kenalkan kau
dengan kawan aku masa aku study kat UK dulu..''Aku hanya menuruti
langkahnya saja,jauh sekali hendak membantah.Lagipun aku bukannya
kenal sangat dengan jemputan yang hadir.Tuan rumahnya pun aku belum
ketemu.
Dan..''Haikal!''Dup dap dup dap..Semakin
sesak dada ku.Dan tiba-tiba dia berpaling..
Ya Allah!!
Serentak dengan itu,tiba-tiba semuanya
gelap..
**********
~Sayangkah aku kepada dirinya..Faiz
Rifqin??~
''Ira..Ira..bangun
sayang..''Sayup-sayup suara memanggil ku.Namun sekejap saja dan aku
sudah tidak sedarkan diri kembali..
''Dia tak apa-apa Dato'..Datin.Cuma
pesakit kena banyakkan berehat.Tekanan darahnya memang terlalu
rendah..''Ah..Ingin saja aku membuka mata tetapi kelopak mata ku
terasa begitu berat sekali. ''Ibu..''Dalam tidak sedar aku memanggil
ibu.Aku sungguh mendambakan belaian ibu saat ini.'Ibu,tadi Ira
mimpi.Ira mimpi yang Ira nampak abang Ayie bu..'
Denyutan di kepala ku terasa begitu
sakit sekali.Namun aku gagahkan diri juga untuk bangun.Dinding serba
putih.Ada TV dan sofa mini terdapat di sudut bilik.'Aku di mana?'
Aku cuba mencerna maklumat yang masih
kabur di dalam memori ku.'Umi..Ini rumah Umi..'Kewarasan sudah
menguasai diri.
Kedengaran tolakan pintu dari
luar..''Ira sayang..Dah ok ke?Mari makan.Umi ada masakkan bubur
ni.''Umi sudah tersenyum manis.Sama seperti selalu.
''Ira ok Umi..Nak makan kat sini
ke?''Peliknya.Macam orang sakit saja Umi layan aku hari ini..Huhu..
''Ira nak makan kat bawahlah..''Segan
pula.Dah macam tuan puteri pula nak makan berhidang kat atas katil
ni.Nampak tidak manis pula.Dan memanglah tidak sopan.
''Ira kan tak sihat..Terkejut Umi bila
Ira pengsan masa majlis tu semalam..''Hah!!Aku pengsan ke??Asal aku
tak sedar pula??
''Iya ke Umi?Ira tak sedar
pun..''Majlis?Pengsan??Abang Ayie!!Jadi aku tak mimpilah semalam
tu?Jadi itu memang abang Ayie??
''Ah..ah.Nasib baik tak apa-apa.Doktor
cakap tekanan darah Ira rendah.Sebab tu sampai boleh pegsan.Kasihan
Riz..dah tak tentu arah tengok Ira macam tu.Nampak benar Riz tu
sayangkan Ira..''Umi sudah senyum.Senyuman yang penuh makna.
'Riz sayangkan aku??Bimbangkan
aku??Demam ke mamat tu??Ah..Macam aku tak tahu,dia kan pelakon yang
'berbakat'.
Selesai menghabiskan bubur yang di
masak oleh Umi.Aku disuakan dengan ubat pula.Eee..Ubat??Dari dulu aku
dan ubat memang tak pernah 'ngam'!!Benci!!
''Makan ubat ni Ira..''Erk??Aku cuba
cari idea nak menolak.
''Kejap lagi Ira makan Umi..Kenyang
sangat.''Nampaknya Umi memang tak kenal dengan aku lagi.Huhu..
''Ira sayangkan Riz??''Hampir aku
tersedak.Kali ini renungan Umi lain dari biasa.Tiada lagi
senyuman.Wajahnya sudah bertukar redup..
''Ira..Ira
sebenarnya..''Argghh!!Susahnya aku nak jawap soalan Umi ni.Sayang?Aku
pun tak tahu.Nak cakap benci?Tak juga.Cuma sakit hati saja dengan
kelakuannya.Jadi apa jawapan yang harus aku berikan??
''Ira..Umi tak paksa kalau Ira tak
cintakan Riz..Tapi Umi harap Ira dapat terima Riz seadanya.Kalau tak
cinta pun Umi harap ada rasa hormat dan sedikit rasa sayang pun tak
apa.InsyaAllah..Cinta itu akan bercambah kemudian.Umi tahu..Ira
memang tak setuju dengan pertunangan ini.Keluarga Ira dah berterus
terang..''Hah??Maknanya Umi tahulah yang selama ini kami cuma
berlakon saja.Malunya!
''Umi..Ira..''Umi mengeleng perlahan..
''Umi faham Ira..Cuma Umi nak bagitau
yang Riz memang ikhlas dengan Ira..''
Aku sudah terkedu.Betul
ke?Ikhlas?Ikhlas ke balas dendam!Aku buntu dalam mencari sebuah
kejujuran.Jawapannya hanya pada Fais Rizqin sahaja.
**********
~Sekali lagi dia ku temui..Namun
setelah sekian lama,kenapa baru sekarang dia kembali?~
Petang itu aku merasakan sudah cukup
sihat untuk melangkah turun ke halaman.Ingin sekali menghirup udara
yang segar.Sedang aku menuruni anak tangga kedengaran suara orang
yang sedang berbual-bual di ruang tamu.Aku menghentikan langkah
seketika.Ingin memastikan siapakah gerangan empunya suara yang saling
bertingkah bergelak tawa sekarang ini.
''Sekali lagi aku minta maaf
Kal..Lysa..Tunang aku tak sihat sangat hari tu.Tu yang sampai pengsan
tu..''Aku terdiam.Ingin mendengar butir bicara
seterusnya.Namun..'Kal..Lysa??Adakah itu..'Aku sudah gelabah.Aku
belum bersedia untuk berdepan dengan abang Ayie buat masa ini.Belum
sempat aku melangkah ke atas..
''Tak apa Riz..Aku faham.Eh..Macam
mana kau kenal tunang kau tu ah?Nak cakap sepupu kau,semuanya aku
kenal.Kawan pula macam tak pernah pun aku kenalkan..''Aku
terkedu.'Abang Ayie..Takkan abang langsung tak ingat kat Ira??'
''Ira..Buat apa tu..''Umi sudah
bersedia untuk melangkah turun.Aku sudah berpeluh.Nak jawap apa
ni.Umi nampak ke aku tengah mengendap,curi dengar perbualan yang
sedang berlangsung di ruang tamu sekarang ini.Glupp!
''Ira..Ira..Nak turun minum.Ira dahaga
Umi.''Apasal gugup sangat ni.Adehh.
''Jom turun..Haikal dengan tunangnya
datang tu.Haikal tu kawan Riz..Sama-sama belajar di UK dulu..''Umi
senyum sambil berganding dengan ku menuruni anak tangga.Aku sudah
tidak keruan.Gelisah dengan pertemuan empat mata sebentar
lagi.Rasanya aku belum bersedia dengan semua ini.Tapi bukan inikah
yang aku tunggu selama ini??
''Haikal..Lysa..''Umi sudah mengamit
ku ke ruang tamu.Terasa berat kaki ku melangkah.Aku langsung tidak
berani untuk memandang ke depan.Dub dap dub dap..Terasa makin laju
jantung ku berdetak.Terasa tangkai jantung tidak kuat lagi untuk
menahan debaran yang bertandang..
''Apa khabar Umi..''Abang Ayie sudah
berdiri menyalami sesusuk tubuh yang sudah hampir 4 tahun tidak ku
temui..'Abang Ayie..'Hampir aku tidak bergerak apabila Umi menarik
tubuh ku untuk berkenalan dengan tetamu yang hadir..
''Lysa..Ini Ira,tunangnya Riz.''Umi
memperkenalkan aku kepada insan yang bernama Lysa..
'Lysa..Ini orangnya.'Bagaimana hendak
ku ungkapkan perasaan ku tika ini.Andai aku punya kuasa.ingin sekali
aku bekukan saat ini.Ingin sekali aku pergi jauh dari semua ini.Ingin
sekali aku bertemu hanya 4 mata dengan abang Ayie sahaja..Dan Ingin
sekali..Arggh!!Banyaknya permintaan yang ingin aku tunaikan!
''You dah sihat ke?I tengok muka you
still pucat lagi..''Lysa membawa ku duduk bersamanya sementara abang
Ayie dan Fais Rizqin duduk bertentang mata dengan kami.Umi sudah lama
menghilang di sebalik dinding.Tidak tahu ke mana Umi pergi.Ke dapur
mungkin.
''Ira ok..Maaf pasal semalam..''Aku
menundukkan wajah.Tidak mampu mengangkat kepala demi wajah yang ada
di depan ku ini..
Aku cuba mencuri pandang..'Abang
Ayie..' dan reaksinya seolah-olah tidak mengenali ku langsung!
Rancak sekali abang Ayie,Lysa dan Fais
Rizqin berbual dan adakalanya diselang-selikan dengan tawa mereka
bertiga.Aku diam kerana sama sekali tidak begitu tahu mengenai kisah
mereka sewaktu belajar di UK dulu..
''Ira diam saja dari tadi..''Dan
lagi-lagi aku tersentak.Lysa sudah menegur ku yang hanya diam
bagaikan berada di dunia sendiri.
''Maafkan Ira..Ira cuma pening
sedikit..''Aku mencipta alasan..
''Ok ke tak ni??Kalau belum sihat
sangat sayang pergilah naik atas dulu..Rehatkan diri.Jangan banyak
bergerak sangat..''Fais Rizqin menunjukkan keperihatinannya.Dan aku
tahu,itu semua hanya lakonan semata-mata.
''Ira ok bang.Ira tak apa-apa..''Aku
mengukir senyum manis buatnya.Dan dia terkedu.'Ingat kau saja yang
tahu berlakon?'Aku pandang tepat wajahnya.
Dari cerita yang aku dengar,mereka
bertiga sebenarnya berkenalan sewaktu di UK dulu.Abang Ayie atau
Haikal adalah anak kepada kawan lama Umi.Lysa pula merupakan sepupu
kepada Haikal.
Umi juga ada menyebut yang Lysa adalah
penyelamat kepada Haikal.Langsung aku terkedu.Rupanya Abang Ayie
telah menemui kecelakaan sekali lagi sewaktu dia ingin ke suatu
tempat.Untuk menunaikan janji katanya.
Lagi-lagi aku terkedu.'Menunaikan
janji??'
''Abang Ayie kenapa Umi..''Langsung
aku bertanya..Umi merenung ku dengan tajam lalu aku terus menyedari
keterlanjuran ku.
''Er..Kenapa dengan Haikal
Umi..''Langsung aku terlupa,mungkin Umi tidak pernah tahu bahawa
akulah yang meyelamatkan abang Ayie dulu..Yang menjaganya selama
hampir 7 bulan dan langsung tidak ku temui lagi selepas abang Ayie
dijemput oleh keluarga kandungnya.
''Haikal pernah kemalangan 4 tahun
yang lalu..Kebetulan Haikal ingin menjemput Lysa dari rumah
kawannya.Haikal yang telah dirompak,dipukul lalu tinggalkan di suatu
tempat oleh perompak yang bertanggungjawap.Sampailah 6 bulan kemudian
keluarganya menemui Haikal jauh dari tempat dia dirompak.Keluarga
yang menyelamatkan Haikal dulu dengan baik hatinya merawat Haikal..
Mujurlah keluarga tersebut telah
melaporkan keadaan Haikal kepada pihak polis.Namun entah di mana
silapnya sehingga 6 bulan kemudian barulah Haikal dapat dikesan di
mana dia berada.Namun..''Umi terdiam.Aku pula seperti di garu-garu
saja hati ku ingin mengetahui cerita selanjutnya..
''Kenapa Umi.Apa yang jadi
seterusnya..??''Umi pun meneruskan ceritanya..
''Haikal sekali lagi menemui
kemalangan sewaktu ingin menemui keluarga yang telah menyelamatkannya
dulu..''Aku menekup mulut saat Umi menuturkan satu-satu perkara yang
menimpah abang Ayie..
Betapa selama Ini dia begitu banyak
menderita.Sangka ku dia telah melupakan kami..Aku terharu..dan pada
masa yang sama aku sedih dengan semua ini.Bayangkan abang Ayie baru
saja pulih ingatannya dan sekali lagi dia kehilangan ingatannya dan
mungkin semua itu tidak akan kembali lagi..
''Doktor cakap keadaan yang menimpa
Haikal menyebabkan keadaan trauma yang teruk pada kepalanya.Mungkin
ingatannya tidak akan sekuat dulu.Sampailah sekarang Haikal masih
lemah dan ingatanya belum pulih-pulih lagi.Yang dia ingat hanyalah
kaum keluarganya dan Lysa sahaja.
Selama Haikal koma,Lysa juga yang
menjaganya..''Ingin saja aku meraung.Umi tak tahu,aku juga dulu
begitu.Menjaga abang Ayie siang dan malam sampailah dia sembuh!
''Sewaktu Haikal kemalangan..Keadaan
hatinya rosak teruk.Doktor juga tidak menjanjikan peluang dia akan
terus hidup ada kerana pendarahan organ badannya begitu teruk
terutamanya buah pinggang.Hanya dengan pembedahan saja,mungkin Haikal
akan sembuh.Cuba teka siapakah yang telah mendermakan hatinya kepada
Haikal..''Aku tahu..Mestilah Lysa..Dan jawapanya.Ya!
Betapa besarnya kuasa yang Allah
tunjukkan.
''Betapa kuatnya jodoh antara mereka
Ira..Dan sekarang Haikal dan Lysa berkongsi hati yang sama.Jiwa yang
sama..''Dan aku harus melupakan semuanya tentang dia..Abang Ayie yang
dulunya berjanji untuk bersama ku..
Betapa besarnya pengorbanan Lysa
kepada abang Ayie.Sanggup bertarung nyawa demi orang yang
dikasihinya.Dan memang betul,Lysa sememangnya buah hati kepada abang
Ayie.Kalau tidak masakan sewaktu koma,abang Ayie tidak sudah-sudah
menyebut sebarus huruf yang menbentuk 'Lysa'.
4 Tahun lalu tiada bezanya.Abang Ayie
masih kepunyaan Lysa.Dan setelah 4 tahun pun jodoh mereka masih lagi
kuat.Bertahan.Dan tidak pernah rapuh walau dulu aku dan abang Ayie
pernah memaknakan rasa yang bertandang di hati.Tapi itu dulu..Sewaktu
abang Ayie belum menemui 'dirinya yang pernah 'hilang'.
Tiada gunanya aku berharap
lagi..Mungkin ini memang sudah tertulis untuk ku.Dan aku akan
menerimanya dengan seadanya..
''Abang Ayie..Semoga abang bahagia
dengan Lyssa bang..''Aku menarik nafas panjang.
**********
~Tiada guna dikenang yang sudah
berlalu..~
Semua sudah hampir siap sepenuhnya.Dan sikit masa lagi aku bakal bergelar isteri kepada lelaki yang aku tidak jangka sama sekali.Tidak aku lupakan untuk mengkhabarkan tentang abang Ayie yang sudah ku temui.
Tidak lupa juga dengan keadaan dan
cerita sebenarnya.Ibu tidak henti-henti menangis.Abah pula hanya diam
seribu bahasa dan kak Mai juga tidak henti-henti memberikan ku
sokongan yang sememangnya aku perlukan saat ini.
''Mungkin sudah tertulis dia bukan
jodoh Ira..''Kak Mai..Memang betul.Dan Ira sudah menerima semua ini
dengan hati yang lapang..
''Sabarlah Ira..Mungkin dah tertulis
'Bapak bayi' kamu tu bukan jodoh kamu..''Entah kenapa aku sudah dapat
menerima semua ini dengan hati yang terbuka.Tiada perasaan terkilan
pun.Seperti aku terlepas dari beban pula rasanya.Lega!Itulah
perkataan yang paling tepat sekarang ini.
**********
~Ikatan yang dibina,biarlah berkekalan
sehingga ke akhir hayat..~
Kini aku sudah sah bergelar isteri kepada Fais Rizqin bin Dato' Firash tika ini.Sayu hati ku saat tersarungnya cincin tanda pernikahan kami di jari manis ku.Dan sungguh aku tenang saat kucupan syahdunya singgah di dahi ku.Betapa ada getaran yang melanda saat ini yang tidak mampu ku ungkapkan..
Tidak henti-henti saudara-mara yang
datang bertandang ke majlis pernikahan kami memuji-muji betapa
bertuahnya keluarga ku kerana mendapat ahli keluarga baru yang bukan
dari kalangan 'biasa-biasa'.Pedih telinga ku kerana tidak habis-habis
lagi orang-orang ini menuduh keluarga ku yang tidak-tidak saja.
Yang sebetulnya semua ini berlaku
kerana kehendak-Nya.Kerana kekuasaan Allah.Dan buka kerana kita yang
menentukannya.
Dia,suami ku..Seperti mengerti dengan
perasaan ku,cuba meyalurkan kekuatan dengan mengenggam erat jemari
ku.Peliknya.Aku jadi lebih tenang.Seperti diberi satu kekuatan yang
sangat luar biasa.
Aku lemparkan senyuman ikhlas,khas
buat dia saja.Lama mata kami bertamu.Dan aku seperti ingin
menghentikan detik ini.Hanya untuk kami berdua saja.
**********
~Dan terungkailah sudah semuanya..~
Keadaan riuh di luar membuatkan aku
tidak senang duduk berehat di dalam bilik.Sejak tadi Fais Rizqin
belum juga ku temui kerana begitu sibuk melayan karenah ahli keluarga
ku.
''Abah..Ayie minta ampun bah..Selama
ini Ayie telah mengabaikan abah sekeluarga.Ayie lupa dengan
tanggungajawap yang Ayie janjikan..''Aku terpaku di depan pintu bilik
ku.Keadaan yang riuh di ruang tamu senyap apabila abah cuba
menenangkan dan memeluk sesusuk tubuh abang Ayie.Hampir aku jatuh
terduduk kalau bukan Fais Rizqin,suami ku sempat memaut tubuh ku agar
tidak jatuh terduduk.
Aku sudah tidak mampu
berkata-kata.Sangka ku abang Ayie tidak kan mengingati semua ini.Ibu
sudah menangis teresak-esak di pelukan Umi.Dan suami ku,Fais Rizqin
masih lagi setia di sisi ku.Memeluk ku erat tanpa meninggalkan
ku.Menenangkan ku.Dan aku rasa begitu selamat tika berada di dalam
dakapannya..
Kak Mai datang menghampiri
ku.Keadaanya yang agak sarat mengandungkan zuriat sulungnya cuba
menenangkan ku.
Abang Ayie sudah berdiri menghampiri
ku..Dan aku begitu gemuruh menghadapinya.Semakin kejap aku memeluk
erat tubuh suami ku.Aneh..Aku lebih selamat saat dia berada di sisi
ku.Mungkin sebab dia sudah sah menjadi suami ku??
Suasana sudah bertukar menjadi
hening.Fais Rizqin mengizinkan ku menemui abang Ayie yang ingin
berbicara sendirian dengan ku.
Di halaman yang dulunya menjadi saksi
kemesraan kami seakan-akan menanti saat ini.Berdiri di tempat yang
sama seperti 4 tahun yang lalu.Saat abang Ayie pergi dan hanya
setelah 4 tahun,dia kembali lagi.Merungkai semuanya..
''Ira..abang minta maaf..''Dan dia
menangis lagi.Lysa yang berada tidak jauh dari kami hanya mendengar
dengan penuh sabar.Jelas ku lihat matanya yang sembab.Maafkan ira kak
Lysa..
Siapa yang tidak terguris andai kesih
hati yang dulunya pernah mengikat janji dengan perempuan lain saat
dia tidak 'sedarkan diri'.
''Ira tak pernah salahkan abang
pun..Jangan rasa bersalah walaupun sedikit abang..Biarlah dulu
menjadi sejarah buat kita.Dalam hal ini tiada yang benar mahupun
salah bang..Cuma jodoh memang bukan milik kita,sejak mula..''Aku
bersuara dengan tenang.Aneh bagi ku.Tiada lagi debaran seperti
dulu.Dan aku juga bisa setenang ini untuk berbicara dengannya..
''Abang dah mungkiri janji kita
Ira..Dan abang rasa bersalah sangat sebab lupakan Ira
sekeluarga.Abang..Setelah begitu lama..''Jelas abang Ayie tidak mampu
untuk meneruskan kata-katanya..
Aku diam saja.Membiarkan abang Ayie
meneruskan kata-katanya.
''Abang tahu..Abang sudah terlalu lama
memungkiri janji abang dengan Ira..Dengan abah.Kenapa Ira tak terus
terang dengan abang..Kalau tidak mungkin semua ni takkan jadi macam
ni..''Dia teresak lagi.Mungkin kesal dengan semua yang berlaku.Aku
juga turut kehilangan kata-kata.
''Sudahlah..Lagipun Ira dah lupakan
semua tu bang..Lagipun sekarang Ira dah ada tanggungjawap.Dah sah
jadi isteri orang pun..''Sengaja ku tekan perkataan isteri
orang.Bukan saja untuk mengingatkan dirinya tapi untuk diri ku juga.
''Abang nak tunaikan janji abang dulu Ira..Janji nak balas budi keluarga Ira..Janji dengan abah yang abang akan jaga Ira sampai akhir hayat abang..Kita kahwin Ira!''Aku sudah
terlopong.Hampir aku tidak mengenali lelaki yang berada di depan ku
ini.Di mana kewarasannya??
''Awak gila Haikal!Saya ni isteri
orang.tolonglah berfikiran waras sikit.Kalau pun awak nak tebus
kesalahan..Nak balas budi bukan begini caranya.Lagipun kami tak
pernah nak awak balas budi tu.Kami ikhlas..Tolonglah..Anggap saja
kita tiada jodoh.Apa yang ada pada janji!Sedarlah Haikal,kita hanya mampu berjanji tetapi Allah yang menentukan semua itu.Tapi ingatlah..Ira sekeluarga tetap anggap awak
sebagai sebahagian keluarga kami.''Aku tidak ingin keadaan ini
menjadi berlarutan lagi!
''Ira abang..''Jelas dia masih keliru
dengan semua ini.Apalah yang awak fikirkan Haikal..Aku menghembus
nafas perlahan.
''Lagipun Ira sudah temui kebahagian
Ira sendiri..Ira sayangkan suami Ira..Yang dulu tu biarlah jadi
sejarah bang.Ira dah belajar untuk terima semua ini..Ira harap abang
dan kak Lysa pun akan bahagia seperti Ira dan abang Riz..''Entah
mengapa.Aku yakin aku akan berbahagia dengan si dia,musuh ketat ku
a.k.a Fais Rizqin.Pelik tapi benar.Mengungkap nama saja aku jadi
begitu berani dan cekal menghadpi semua ini.
''Kak Lysa..Ira minta maaf kerana
tidak pernah berterus terang.Ira tahu Ira salah,tapi Ira cuma tak nak
semua ini berlaku.Tapi akhirnya..''Lysa terus memeluk ku sambil
tersedu-sedu..
''Kak Lysa pun nak minta maaf dengan
Ira..Akak tak sangka yang dunia ni memang terlalu kecil untuk semua
ini menjadi kebetulan di dalam hidup kita..Akak tak sangka yang Ira
sekeluargalah yang menyelamatkan Haikal dulu..''Airmata sudah tidak
terbendung..Namun semua ini bukanlah airmata duka.Aku gembira kerana
akhirnya semua ini terjawap sudah.
Dan terjawaplah sudah,'bapak bayi'
yang ku sangka bayi dulu rupanya kepunyaan kak Lyssa..Kecilnya dunia
ini..Kan?
**********
~Ku terima segala ketentuannya..~
Aku begitu berdebar menerima kehadirannya.Bagaimana dengan penerimaannya nanti?Masihkah dia ingin membalas dendam ke atas diri ini yang sudah mulai menerima dia secara perlahan-lahan di dalam hidup ku??Fais Rizqin suami ku..
Tiada lagi rahsia.Aku memilih untuk
menceritakan semuanya dari awal sampailah akhir kepada si dia yang
sudah sah kepada ku.Dan sudah aku terangkan juga andai dia memilih
untuk meninggalkan ku,akan aku terima dengan redha.Keputusan di
tangannya.
''Assalamuilaikum..''Aku semakin
berdebar..Salamnya aku jawap di dalam hati saja.
Aku pandang wajahnya.Inilah orangnya
yang bakal aku habiskan seumur hidup ini.Bukan abang Ayie atau
Haikal.Tetapi Fais Rizqin yang sudah mulai bertapak di ruang hati
ku..
Dia membawa ku duduk di birai
katil.Aku diam tidak berkutik.Saja bagi dia peluang untuk sesi meluah
perasaan.Akan aku terima apa jua keputusannya.
Sedari awal juga aku sudah tahu bahawa
dia mengahwini ku kerana ingin membalas dendam saja.Jadi aku tidak
akan sesekali meletakkan harapan yang tinggi untuk itu.Ok!Aku
tipu!!Aku sebenar sudah terlanjur sayang kepadanya.Entah sejak bila
tapi yang pastinya,perasaan itu datang tanpa aku sendiri menyedari.
''Saya harap awak jawap dengan
sejujur-jujurnya..''Dia memandang tepat ke mata ku lalu dicapainya
tangan ku dan jari-jemari kami pun bertaut.Terasa ada getaran pada
jiwa ku.Banyak kemungkinan yang bakal terjadi.Takut dengan
penerimaannya.Bersediakah aku untuk berpisah sedangkan hati ini tanpa
sengaja sudah terjatuh sayang padanya.Mampukah aku menghadapi sekali
lagi rasa kehilangan?Dan..
''Awak masih sayangkan
Haikal..?''Aku amati wajahnya yang
bersahaja.Cuba mencari kalau-kalau ada riak cemburu di wajahnya.
''Sayang juga..''Jujur jawapan ku dan
tertanya dia terkedu.
''Jadi awak masih ingatkan dia?''Masih
menagih jawapan.Tidakkah dia sedar yang di mata ku hanya ada dia
sekarang ini?
''Mestilah..''Dan dia terus melepaskan
genggaman tangan ku lantas berdiri membelakangi ku.Nah kan..Aku sudah
mahu tergelak.Terkesan dengan nada cemburu sang suami.Alahai..Suami
ku..'Humairah..jangan sampai kau melepas pula..'Glupp!!
Terasa keyakinan ku semakin mengunung
untuk meraih kembali cintanya yang sudah aku persiakan selama
ini.Lama la sangat.Hehe..
Aku menyembunyi senyum yang mulai
terukir saat hati ku berkata yakin,ternyata cintanya masih untuk ku.
''Nak buat apa??Nak kena sembelih
dengan abah!Kang awak terus pegang tittle 'duda berhias ' pula.''Aku
sudah tergelak.Terasa ingin menyakatnya pula.Kalau abah tak halang
aku pun,aku memang tidak akan berpaling lagi.Sekali aku bergelar
isteri kepada suami ku.Akan ku jaga perasaan ini hanya untuk dia.Dan
memikirkan dia saja,hati ku sudah berbunga-bunga walaupun ternyata
dia hanya di depan mata.Baru aku tahu apa rasanya bila hati sudah
terkena penyakit angau.
''Amboi..sukalah awak kan?Kalau abah
tu tak mengamuk.Tak garang jadi awak beranilah ikut lelaki
lain??Tinggalkan suami sendiri..Begitu??Tak boleh!!Awak dah kahwin
dengan saya,jadi awak dah jadi isteri saya.Jadi tempat awak adalah di
sisi saya..Faham!!''Dia meraup kasar wajahnya yang tersangatlah
tegang masa ini.Hendak tergelak pun ada.Geram pun iya juga.Aduh!!Dia
ni kan.
Tadi dia juga yang beriya-iya tanya
kenapa aku jual mahal,tak ikut si Haikal kononnya.Lepas tu tahu pula
dia cakap tempat aku di sisi dia.Hurmm..
''Tadi awak juga yang suruh saya ikut
dia kan.Jangan jual mahal sangat kan..Ok!saya pergi..''Aku sudah
mulai melangkah..Belum apa-apa aku sudah tenggelam di dalam
pelukannya.Aku terkedu.Tapi dalam pada masa yang sama terasa begitu
bahagia sekali.
''Awak tak boleh tinggalkan saya..Awak
tak boleh pergi!Biar pun abah tak halang awak,saya akan tetap 'ikat'
awak sampai bila-bila supaya awak tak dapat tinggalkan
saya..''Lagi-lagi aku terharu dengan pengakuannya.Jadi tiada apa lagi
yang harus aku ragukan saat ini.Ternyata dia sememangnya menyayangi
ku sejak dulu lagi.Sama seperti yang pernah Umi khabarkan
dulu..Kenapa aku tidak pernah melihat semua ini dulu?
''Habis yang awak beriya-iya suruh
saya pergi tadi tu kenapa?Dah tahu tempat seorang isteri tu di sisi
suami.Lagipun encik Fais Rizqin..Lysa tu Haikal nak letak kat
mana?Lagipun Ira tak naklah rampas kebahagiaan orang lain sedangkan
kebahagiaan Ira sendiri sedang menanti di depan mata..''Ayat yang
akhir itu sengaja aku leretkan.Biar kedengaran manja begitu.Gedik
sungguh!Hehe..
''Jadi Ira..''Aku angguk laju.Tidak
mahu lagi terus-menerus dalam berteka-teki.Biarlah semua terlerai
hari ini agar tiada lagi keraguan di masa akan datang.
''Ira cintakan abang..Tak tahu sejak
bila tapi Ira tahu..Dalam hati Ira sudah mula menerima kehadiran
abang dengan sepenuh hati..''Aku mengukir senyum manis dan
seikhlasnya buat suami ku..Tidak sangka,begitu lancar sekali lidah ku
melafaz kata cinta buatnya.Pelik kan?Namun sungguh aku tak
kisah..Janji aku bahagia.Hehe..
Lama kami terdiam.Mungkin
masing-masing sedang cuba menyelami perasaan bahagia yang bertandang.
''Abang pun cintakan sayang..Sejak
pertemuan pertama lagi..tapi abang tak tahu macam mana nak
luahkan..Abang takut yang Ira akan tolak abang macam tu
saja.Sampaikan satu tahap abang langsung hilang keyakinan dan hampir
berputus asa.
Tapi abang nekad!Sekali hati abang
terjatuh sayang..Abang takkan berpaling lagi..''Aku tatapi
wajahnya.Ternyata ada nada sunggul pada kata-katanya.Sekali lagi aku
terkedu melihat juring matanya yang mulai bergenang.Lantas ku seka
lalu aku menjungkitkan kaki untuk mengucupi kedua belah matanya.
Ternyata tindakan spontan ku
mengundang senyuman nakal di wajahnya.Menyedari pandangannya yang
bersinar,aku sudah tidak keruan.Malu dengan lepas laku ku yang
sangatlah 'berani mati!'Huh!!Sejak bila aku ni terlebih gatal arh?
''Sakitlah sayang..''Eleh..!Mengadulah sangat.Padahal aku cubit
pun setakat cubit-cubit manja gitu.Kang aku hempuk baru tahu!Eh
eh..Terlebih pula.Kang aku yang kena pelangkung
dulu-dulu!Adehh!Tapi..Sanggup ke 'darling' aku ni?Aku sendiri pun tak
sanggup.Hehe..
''Sakitlah sangat!''Aku jeling manja
lagi.Ternyata dia tertawa melihat aksi jelingan manja gitu dari
isterinya yang jenis tak berapa nak betul ni.Hehe..
Dengan perlahan dia membawa tubuh ku
menuju ke arah tingkap sambil memeluk tubuh ku dari belakang.Terasa
hangat seketika bahu ku ketika menerima kucupan dari encik suami
sebelum dagunya tepat di atas ubun-ubun ku.Nasiblah dapat suami yang
tinggi..Aku ni tinggi sikit dari bahunya saja.
''Thanks again sayang..''Dan terasa
pipi ku hangat menerima kucupannya lagi.Pantang betul ada
kesempatan.Suka betul ambil kesempatan.Tapi aku suka.Hehe..Terasa
gedik betul aku malam ni.Hehe..
''Terima kasih untuk..??''Sekali lagi
dia mengucup ubun-ubun ku.Ahh..Bahagianya..Langsung saja bibir ku
mengukir senyum.Pelukan dieratkan lagi.Kedinginan angin malam pun
sudah tidak terasa.Terasa tubuhnya begitu rapat menempel di belakang
ku.Hangat yang damai..
''Thanks sebab sudi terima
abang..Sayang tahu kan sebab kenapa kita kena kahwin..''Aku hanya
menganggukkan kepala tanda mengiyakan.Malu pula bila ingat
balik.Alahai..Kalaulah aku tahu dialah bakal suami ku.Taklah aku buat
perangai tiga suku tu.Haiss!Kan dah termalu sendiri.
''Abang memang sengaja nak suruh Ira
bayar balik ganti rugi tu walaupun sebenarnya niat abang bukan macam
tu.Umi pun ikut sama berkomplot dengan abang.Lagipun kalau abang tak
buat macam tu mungkin sampai bila-bila pun belum tentu sayang nak
pandang abang ni..''Aku sudah membulatkan mata.Dia sudah
tergelak-gelak.Patutlah Umi begitu yakin dengan anak bujangnya
ini.Aku menampar manja tangan yang begitu erat memeluk pinggang
ku.Geram pula bila Umi pun turut sama bersubahat dengannya.Malunya..!
''Abang..Jahatnya!Suka betul kenakan
Ira..''Aku jadi malu..Namun aku juga bersyukur..Segala-galanya sudah
terungkai dan aku gembira kerana aku tahu,dia memang serius dengan
perasaannya.
''Abang minta maaf sayang..''Terasa
pelukan semakin erat.Aku?Terlebih bahagia saja..hehehe..
''Ok,mulai hari ini kita belajar
bagaimana cara untuk bercinta ya..Lagipun bercinta lepas kahwin ni
lagi manis,nak buat apa-apa pun tak kisah.Dah halal..''Dan di hujung
bicaranya aku sudah terpaku,lain macam saja bunyinya..
''Abanggg..!!''Aku sudah terjerit
kecil..Haiaa!Dia ni kan!Dan dia sudah ketawa bahagia..
Sesungguhnya aku bersyukur..Walaupun jodoh ku bukan dengan cinta pertama ku,aku sedar..Cinta kedua ku lebih manis..
Sesungguhnya aku bersyukur..Walaupun jodoh ku bukan dengan cinta pertama ku,aku sedar..Cinta kedua ku lebih manis..
'Semoga penyatuan dua jiwa ini akan
diberkati dan sentiasa diredhai oleh Allah..Amin..'
~Kadang2 cinta tak semestinya
memiliki..Kalau sudah jodoh memang tak ke mana juga.Bak kata
pepatah.'takkan lari gunung dikejar..' (boleh pakai ke pepatah
ni??huhu..)
Walau ke hujung dunia sekali pun..Andai
masanya tiba,cinta itu akan tetap hadir..Walau seribu kali pun kita
cuba menafikannya..Ia tetap akan datang membiaskan benih-benih kasih
dengan banyaknya tanpa sempat kita menghalangnya.
Andai cinta pertama tidak
kekal..mungkin yang kedua atau seterusnya adalah yang lebih baik dan
terbaik untuk kita..Jangan sesekali berhenti berharap kerana di luar
sana akan ada seseorang yang sememangnya sentiasa menanti dan bakal
melengkapkan diri antara satu sama lain.Cuma yang membezakan
adalah..cepat atau lambat sahaja..~Kk zen
P/S:Harap sambungan 'Bapak bayi siapa nie??' tidak mengecewakan anda semua.Terima kasih atas komen2 membina anda.Tanpa anda yang sudi menbacanya maka,karya kedua ini tidak akan mampu disiapkan.. : )
seriously... i like it very-very much...=)
ReplyDeleteGOOD JOB!!! ^_^'
thanks..tssk tshu nsk pggil awak apa tapi serius..
Deletesaya rasa terharu bila ada juga yg sudi komen karya yg tidak seberapa ini..
sudi2lah jenguk ke sini lagi hehe..
sebarang komen positif dan negatif dilayan..
mana2 yg kurang bolehlah ditegur..
terima kasih sekali lagi..
ahaha. sangat menariklah KK zen. bukan senang kot nak tukar rasa hati kan. huu. good job! ~sampai kelabu2 mata i baca nonstop. eheh
ReplyDeletehehe..thanks..
Deleteyupp!mmg payah bila berurusan dengan kerajaan hati ni.Tapi tu la..kalau mata dah celik,tak mustahil kita dapat menghayati dan melihat keindahan di sebalik semua yg terjadi dan sesungguhnya..Kita tidak pernah tahu takdir yang tersurat buat kita.Cuma waktu yang menentukannya..hehe
dulu kalau tak silap cite bapak bayi ni klur at p2u an...?
ReplyDeletet'cari2 gk sambungan cite ni...hehehehe...akhirnya tamat sudah pencarian saya...huhuhu...
tq tok sambungan cite ni...best....^_^
thanks O-rEN..dah post kat p2u tapi dah berbulan langsung tak keluar..
Deletenasib baik jumpa juga ending dia kan?hehehe..
apa2 pun thanks sbb sudi juga baca dan komen hehe..
aihh , nasib baik jumpa . Terima kasih yah ! All the best 4 everything!!!
ReplyDeleteThanks Taupek SPMachiever..
Deletewah..ada juga yg suka dg ncerita ni hehe..
all the best juga..
wa!!!!! best sesangat!!
ReplyDeleteThnak Lylea..best ke?Masih dalam proses pembelajaran hehe..
Deleteapa2 pun tahnsk sbb sudi baca n komen..
(^_^).
ske bce cerpen awk....buat bnyk2 skit cerpen... hehehehehe... ^_^_^_^
ReplyDeleteThanks Annymous..
Deletekena usaha lagi ni hehe..
mana lagi nak kena cari idea..tapi biasanya sya akan tulis berdasarkan pgalaman org yg terdekat dgn saya..sbb tu klu lmbtt tu faham2 laa..,otak tgh proses mcm mana nak tulis jalan cerita tu hehe..
apa2 pun sudi2lah jenguk2 ke dlm blog yg tak tak srupa mcm blog ni hehe..
first time singgah blog nie....so nice.suke semo citer sang penulis....teruskan berkarya yew penulis.hehehehehhe
ReplyDeletethanks hehe..
Deletejemputlah singgah selalu hehe..
best... suka sangat... jemput singgah blog saya ya..
ReplyDeletethanks Ruyi..lama tak update blog..
ReplyDeleteok nnti sya singgah blog awak..
hehe
thanks Ruyi..lama tak update blog..
ReplyDeleteok nnti sya singgah blog awak..
hehe
hahahahahaha best-best..lawak pun ada
ReplyDeletehuru-hara sa cari blog ni lepas baca cerpen akak kat P2U
thanks...
Hai Fasuri..thanks juga sbb sudi baca dan komen hehe..
DeleteNasib baik jumpa kan..hehe
mmg best....pas bc kat p2u saya terus cari blog nie....ari nie langsung saya x wat keje opis hehehe...
ReplyDeletebyzuera
thanks Byzuera..
Deletewah,sampai tak buat keje opis?huhu..
apa2 pun thanks sbb sudi baca cerpen yang tak seberapa ni.. :D
Subhanallah..best giler cerpen nie.. gud luck Kkzen.. smoge maju jaye ^^
ReplyDeletethanks Keymah wanie..suka?hehehe..
Deletesweet giler .. ^_^
ReplyDelete_domo_
Thanks Domo..Sudi sggah n baca..
Delete(^_^)
terharu.....best
ReplyDeleteJalan cerita yg menarik... bagus sangat👍😊
ReplyDelete