CERPEN

Thursday, 7 June 2012

Cerpen : Jangan bunuh cintaku(Full)


''Sampai bila kau nak jadi pendendam macam ni?Kau tak rindukan keluarga kau ke?''Aku ketawa.Namun di dalam hati ini tersemat satu rasa yang sukar untuk ku usir pergi.

''Aku tak ada semua itu!Keluarga..Aku ada keluarga ke?''Setelah semua yang berlaku,aku rasa tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk diri ini.


''Mereka tak bersalah Sya..Mereka cuma salah menilai situasi sebenar.Kalau aku pun,akan fikir macam tu juga bila benda macam tu berlaku.''

''Tak sama Jie..Mereka tu keluarga aku.Orang yang paling rapat,paling dekat dengan aku.Orang yang sepatutnya betul-betul kenal dengan aku.Percaya yang aku takkan buat benda tu semua.Tapi..Adilkah aku dijatuhkan hukuman tanpa membela diri?''Aku merengus kasar.Bagi ku itu semua bukan alasannya.Yang salah tetap salah.Dan aku pegang kata-kata yang pernah mereka leparkan kepada diri ini.

''Dendam kau tak akan kemana Sya..''Aziah menyentuh bahu ku perlahan.

''Aku tahu Jie..Tapi aku bukan malaikat,yang mampu memaafkan mereka begitu saja.

''Kau terlalu beku Sya.Kenapa kau tak sedaya upaya membela diri?Kenapa kau selalu saja mempersalahkan mereka?Kenapa kau tak salahkan diri sendiri saja!''Aku tertawa kecil.Namun di sudut hati ini,hati ku tercalar sekali lagi.

Dia,kawan yang paling rapat.Teman yang memahami aku.Yang sepatutnya memberi sokongan kepada diri ini,tapi mengapa kini dia juga menyalahkan ku?

''Kau betul Jie..Aku memang beku!Hati kayu!Tapi kau juga lupa Jie.Aku jadi begini sebab keadaan yang memaksa aku!''Dari duduk,aku sudah berdiri.Terasa rimas dengan semua ini.

''Tapi Sya..Kau punya pilihan untuk mengubah semua ini.Kenapalah kau ni degil sangat?Aku tak nak kau terus hanyut Sya.Terus berdendam dengan keluarga sendiri.Terus hanyut dengan dendam kau yang tak bertepi sedangkan kau mampu untuk bahagia seperti orang lain!''Senangnya Aziah melontar kata.Cuba kena batang hidung sendiri.Aku percaya,dia juga akan bertindak seperti ini.

''Jie..Tak usah kau bela sesiapa pun.Ini antara aku dengan mereka.Lagipun aku yang menanggungnya.Aku yang lalui semua tu.Aku tahu apa yang perlu aku lakukan.''Lantas aku berlalu pergi tanpa Sempat Aziah meneruskan kata-katanya lagi.

Ah..!Dunia ini tidak ada keadilannya.Setelah apa yang aku korbankan.Tiada satu pun yang mengingatinya.Semua kebaikkan yang pernah menjadi kebanggaan mereka suatu masa dulu.Lenyap begitu saja hanya kerana suatu kesilapan.Kesilapan yang tidak pernah aku sengajakan.

Mereka hanya menilai berdasarkan kesilapan yang tidak pernah aku buat.Tidak pernah aku sengaja kan.Lumrah manusia..Sentiasa menilai seseorang tanpa mahu mendengar alasan.Hanya kesilapan yang menjadi pengukur.



*************************************************************

Cinta itu amat menyakitkan.Aku benci dia!Kerana dia,aku hilang segala-galanya!Kerana dia,aku hilang keluarga ku.Aku hilang keyakinan ku.Dan aku juga kehilangan satu-satunya sebab untuk aku meneruskan hidup!

Bodohnya diri ini.Kenapa harus meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada mereka?Orang yang sepatutnya menjadi tempat untuk ku bergantung,akhirnya menjadi orang yang paling kejam pada diri ini.

Menangis airmata darah sekalipun,aku takkan pernah sekali-kali mampu mengubahnya.Takkan pernah mampu kembali ke masa lalu untuk mengubah kembali semua ini.

Betapa kenangan itu sangat manis namun,dalam sekelip mata..Semua itu bertukar menjadi satu kisah tragis yang takkan pernah aku mampu lupakan.




Lima tahun lalu..

''I dah bosan dengan hidup macam ni!Tiap kali I balik mesti kena soal macamlah I ni penjenayah!Penjenayah pun ada peluang untuk membela diri.Tapi you?Asyik salahkan I saja!''Lelaki,hanya akan melenting bila mereka berbuat salah.

''Bosan?Jadi selama ni,you dah bosanlah dengan I?Kenapa..Sebab you dah ada orang lain kan!''Bukti?Aku bukan menfitnah begitu saja.Cuma selama ini aku diamkan saja.Sebab kenapa?Aku tidak mahu hanya kerana salah faham ini.Rumah tangga yang ku bina hampir dua tahun,musnah begitu saja.

Aku sayangkan perkahwinan ini.Walaupun pada mulanya semua ini bukan atas kehendak ku.Tapi aku harus berusaha juga untuk mempertahankan ikatan ini.Perkahwinan adalah satu ikatan suci.Bukan sesuatu yang harus dipersendakan.

Walaupun pada mulanya rasa cinta itu lambat hadir,namun aku tetap sayangkan dia.Cintakan dia.Cuma dia terlalu ego.Ego bila mengetahui,perkahwinan ini berlangsung kerana kelaurga kami.Keluarga ku yang memerluhkan sumber kewangan kerana masalah syarikat yang sejak kebelakangan ini kerap dirundum masalah.Hanya dengan ikatan ini sahaja,masalah ini mampu diselesaikan.

Namun semua itu berlaku sebelum kami berkahwin.Dan ternyata cinta itu hadir secara perlahan,hanya setelah ikatan yang sah.Dan aku ikhlas bila ingin menjadi seorang isteri yang baik buat suami ku.

Namun bagi seorang lelaki yang bernama Rizman.Semua itu bagaikan menjual harga diri.Bak pelacur yang menyerah diri,kerana wang ringgit.Teruknya pandangan seorang suami pada seorang isteri yang memperhambakan diri demi dia.Namun ternyata semua itu sia-sia belaka.

''I dah terima you,sepatutnya you bersyukur sangat!Bersyukur yang keluarga you yang pengemis tu tak merempat!''Aku cukup tergaman.Tegahnya dia meluahkan kata-kata kesat itu.Pengemis?

''Pengemis?Sampai hati you tuduh family I macam tu!Kenapa mesti libatkan mereka dalam soal kita.''

''Apa?Tak betul apa yang I cakap!You tu pun apa kurangnya.You kahwin dengan I pun semata-mata nak selamatkan syarikat family you tu,bukan?Kenapa?Rasa terhina ke?''Ya tuhan..Kenapa aku diduga sebegini.Tak cukupkah apa yang aku korbankan selama ini.Kenapa mesti semua itu harus dbangkitkan lagi.

''You sengaja cari kesilapan I kan?Jadi you?Apa yang you buat selama ni di luar,I cuma diamkan saja.Perempuan simpanan you tu..Ingat I tak tahu ke?''Aku tidak mampu untuk terus berdiam diri lagi.Masalah ini semakin berlarutan.Dan aku sungguh penat,bila setiap hari perkara yang tidak-tidak akan dibangkitkan hanya untuk menyakitkan hati ini saja.

''Oh..Dah pandai siasat apa yang I buat di luar ya?Perempuan simpanan?Dengar sini!Sekurang-kurangnya dia lagi mulia dari you.Yang memperhambakan diri sebab duit semata-mata.Dia lagi bermaruah dari you.Yang memperjuangkan cinta tanpa memandang harta I!''Sekali lagi aku terpempam dengan kenyataan ini.

''Kenapa you buat I macam ni.I dah minta maaf..Susah sangatkah you nak maafkan I.Memang betul I tak cintakan you.Tapi itu dulu.I sayangkan perkahwinan ini..Please..I dah penat bergaduh dengan you macam ni..''Aku merayu.Demi keluarga ini.Demi kandungan ini,akan aku cuba pertahankan ikatan ini.Aku sayangkan dia.

''I tak mampu nak maafkan semua perbuatan you.Kenapa you tak pernah nak berterus-terang?Kenapa you tak bagi tahu saja yang you terpaksa berkahwin dengan I.Berkahwin semata-mata kerana duit I!Sanggup you tinggalkan boyfriend you sebab duit sahaja kan?Sanggup tinggalkan orang yang you cinta semata-mata duit.Tak mustahil suatu hari nanti,you juga bakal tinggalkan I macam tu saja!''

''Tak..You silap!Memang pada mulanya begitu.Tapi I memang cintakan you.Please Riz..Percayakan I.''Ternyata aku tidak sekuat mana.Airmata yang cuba aku pertahankan akhirnya jatuh,tanpa dapat aku bendung lagi.

''Jangan sia-siakan airmata you,Sya..Walau airmata darah sekalipun,i takkan pernah percayakan you lagi..Dengar Sya..Alang-alang you dah tahu pasal I dengan Myra.Hujung bulan ni,sama ada you restu atau tidak.I akan tetap dengan keputusan I.I akan berkahwin dengan Myra..''

Betapa rapuhnya aku saat ini.Tercalar demi sebuah kenyataan.Walau sudah lama aku mengetahuinya,namun bila kata-kata ini meluncur laju dari bibir suami ku sendiri.Hati ini tetap retak seribu!

''Sampai hati you buat I macam ni Riz..Myra tu kawan I..Sanggup you dan Myra buat I macam ni.Tikam I sampai hati I hancur macam ni..Langsung tak bagi I peluang untk tebus segala kesilapan I.''Nampaknya..Tiada apa-apa yang mampu aku pertahankan lagi.

''I dah tak nak dengar semua tu lagi!Cukuplah.I akan keluar dari rumah ini sekarang juga!''Dan tanpa menoleh lagi,dia terus berlalu pergi.Hatinya yang cukup dingin,tidak mampu lagi aku cairkan dengan segala kata-kata maaf.Kerana bagi diri dia,aku tak ubah seperti pelacur.Yang memperhambakan diri demi wang ringgit.

Myra..Awak kejam bila sanggup menikam kawan kau sendiri.Demi sebuah dendam.Kerana cinta yang aku tidak sengajakan.Hanya kerana Zafrie..Insan pertama yang bertaktah di hati ini.Kerana dia lebih memilih diri ini berbanding kau,sanggup kau rampas suami kawan kau sendiri demi sebuah dendam.

''Sayang..Papa dah tak nak dengan mama lagi..''Aku merintih sendiri bila ditinggalkan begitu saja.Biarlah..Andai dia sudah bertekad begitu,aku juga tidak akan menghalang.Aku mengusap perut ku yang belum menampakkan bentukknya.

Berita yang ingin aku kongsikan malam ini.Akhirnya terkubur begitu saja.Pergilah duka.Andai dengan ini mampu melembutkan hati dia,aku redha.



***************************************************************

Dua minggu berlalu begitu saja.Langsung tiada khabar berita dari dirinya lagi.Keluarga ku dan dia juga sudah mengetahui tentang rancangannya untuk menikah lagi.Dengan teman baik ku pula tu.Bukan!Bekas teman baik ku.Kerana Myra sendiri yang memutuskannya begitu.

Namun seperti biasa.Tiasa siapa yang akan mendengar luahan ku.Tanpa bertanya,mereka hanya menuding jari kepada ku.Menyalahkan diri bila suami ku sendiri menduakan diri ini.Tanpa memberi aku peluang membela diri.Adilkah?



Keadaan kandungan yang baru berusia hampir dua bulan,adakalanya membuatkan aku mabuk teruk.Namun semua ini aku hadapi seorang diri.Tanpa dia di sisi.

Kadangkala aku akan menangis sambil memeluk bajunya yang terakhir,sengaja tidak ku basuh hanya kerana perasaan rindu yang mengebu.Hanya dengan ini,perasaan rindu ku akan terubat sedikit.Tak dapat orang,baunya pun jadilah.Aku sudah berpuas hati.

Dengan keadaan yang pening dan sering muntah-muntah.Aku gagahkan diri untuk memndu bersendirian.Keluarga ku sendiri tidak mengetahui keadaan ku yang berbadan dua.Sedangkan suami ku sendiri juga tidak mengetahui..Untuk apa aku mencanang ke sini sana andai hanya aku yang gembira dengan kehadiran permata hati yang aku tunggu-tunggu selama hampir dua tahun ini.

Sambil memandu aku memicit kepala yang sekakit berdenyut.Sikit lagi sampailah.Menyesal pula rasanya memandu dalam keadaan begini.Namun kalau bukan kerana terpaksa,aku takkan memandu sama sekali.

Entah di mana silapnya aku tidak mampu mengawal kereta yang meluncur laju.Dan bila saja aku sedar yang aku bakal mencederakan orang.Saat aku hampir-hampir melanggar pejalan kali yang tiba-tiba melintas jalan,tanpa berfikir panjang aku terus mengawal kereta berpaling ke arah kanan.

Aku hanya sedar bila aku sudah merempuh pembahagi jalan.Mujur kelajuan kereta tidaklah selaju mana.Namun kepala yang berpinar akibat terhantuk tidak menghalang ku untuk turun dari kereta.

Jelas sekujur tubuh yang terduduk di tepi jalan.Aku binggung.Salah aku ka?Namun seingat aku,sempat ku kawal kereta ini dari merempuh sesiapa.Mujur tiada kereta di lorong kanan tika itu.Andai tidak,entah apalah nasib ku selepas ini.

Dengan langkah yang lemah,aku gagahkan juga diri ini untuk berdiri.Baru mahu menapak ke arah mangsa tadi.Tiba-tiba aku terdengar suara menjerit.Dan tertanya suara itu amat aku kenali..

''Myra..!!''

Aku terkaku dari tempat ku berdiri.Rizman..Dan hati ini bergetar lagi.Namun tertanya aku amat kecewa bila dia lagi memberi perhatian kepada Myra berbanding isterinya yang berdarah di dahi.Yang lagi memerluhkan dia berbanding Myra yang hanya luka ringan di sikunya.

Tanpa sempat aku tahan.Pipi ini pijar menerima tamparan hebat dari tangan suami ku sendiri.

''Kau nak jadi pembunuh pula!Kau memang sengaja intip kami bukan?Dan sekarang kau tekad nak bunuh Myra pula!Perempuan jenis apa kau ni.Hah!!''Terasa tubuh ku melayang apabila ditolak kasar dengan tangan suami ku sendiri.Tanpa sempat aku menahan,aku terduduk di tengah-tengah jalan raya yang pada masa ini masih kecoh dengan kemalangan ringan yang berlaku.

''Sabar encik..Sabar.''Beberapa orang sedaya-upaya cuba menyabarkan dia yang aku kira sudah hampir hilang kewarasannya.

Perut yang senak aku tekan perlahan.Aku terpegun bila terasa ada cecair merah mengalir di celah paha ku.Ya tuhan..Jangan kau duga aku dengan kehilangan ini lagi..

Belum sempat aku memanggil namanya,dia sudah berlalu pergi bersama Myra yang sempat ku tangkap senyuman sinisnya.Ternyata aku tewas berkali-kali.

Aku hampir tidak berdaya.Perut yang semakin sakit aku tekup dengan tangan.Berharap kesakitan ini,mampu berkurang.Namun ternyata sia-sia.

''Cik..Bertahan cik..Cepat hantar dia ke hospital..''Dan selepas itu aku sudah tidak sedar apa-apa lagi..



******************************************************************

''Sya..''Sayup-sayup kedengaran seseorang sedang memanggil nama ku.Namun kelopak mata ini terasa bagai di gam.Terlalu berat untuk aku celikkan.

''Sya..Awak kena kuat.Zaf janji..Zaf akan tunggu Sya..''Terasa tangan ku panas menerima gengaman tangan dari seseorang.



''Sya..''Bila saja aku pagungkan kepala ini.

''Zaf..Macam mana awak bleh ada kat sini?''Dengan kepala yang masih berat,aku cuba gagahkan diri untuk bangun dari pembaringan.Zaf membantu ku untuk bangun secara perlahan.

''Awak tak boleh bergerak sangat Sya..Badan you masih lemah lagi..''

Aku masih binggung dengan semua ini.Namun tempat ini amat ku kenali.Dengan dinding putih.Berlangsir biru lembut dan dengan katil besi.Jarum yang terbenam di tangan kiri ku.Tahulah yang aku kini berada di hospital.

Dengan perlahan kejadian tadi kembali berlayar di ingatan ini.Ya Allah..Berkali-kali aku di uji,dan berkali-kali juga aku sedaya-upaya untuk mengharunginya.Namun kali ini..Tamparan hebat begitu terasa.Ternyata dia lagi melebihkan kekasihnya berbanding diri ini.

Airmata yang menluncur laju tidak mampu ku seka lagi.Terasa sakit dada ini menanggunganya.

''Sya..Awak selamat sya..''

''Zaf..''Lantas badannya ku paut ke dalam pelukan ku.Ingin meminjam sedikit kekuatan.

''Syuuh..Jangan nangsi sayang..You will be okey..''Aku hanya diam sambil menangis tanpa segan-silu lagi.Berharap,dengan airmata ini.Semua kesakitan ku akan terus pergi.Mengalir mengkikut arus airmata yang tidak mampu ku bendung lagi.

''Macam mana you boleh jadi macam ni Sya..Cuba bagi tahu I..Nasib baik you tak apa-apa.Tadi you sampai dengan kepala you berdarah..Bleeding..''

''Oh my!Baby I Zaf..Baby I..''

''It's ok Sya..Baby you selamat.''Semakin kejap pelukannya.Cuba menenangkan diri ini yang hampir gila.

Syukur ya Allah..Nampaknya aku masih diberi peluang untuk merasai anugerah ini.Tidak putus-putus aku berdoa.

''Sya..I nak you ceritakan semuanya Sya.Jangan rahsiakan apa-apa dari aku lagi.Please..''

Dengan sisa kudrat yang ada.Dengan penuh kepayahan..Lantas aku ceritakan semuanya.Bermula dengan salah faham antara kami sehinggalah ke insiden yang membawa aku ke sini.Terlatar lemah.Bukan kerana kemalangan ini.Kerana hati ini,lukanya lebih parah berbanding luka yang terlihat pada fizikal ku.



**************************************************************



''You tengok sendiri..I bukan saja-saja nak buat cerita.You boleh tengok pasangan kekasih ni dengan mata you sendiri.''Aku tersentak bila tiba-tiba pintu bilik yang menempatkan aku bagaikan dirempuh seseorang.Namun disebalik pintu itu,ternyata bukan seorang tapi berdua.Siapa lagi kalau bukan suami ku dan bekas teman baik ku sendiri.

''Kau..!''Rizman sudah mencekak baju Zafrie yang tertanya masih bisa bertenang di saat genting sebegini.

''Sebelum kau dengan betina ni nak buat kecoh.Tengok tempat dulu la bro..''Zafrie masih tenang menangani sikap Rizman yang bagaikan dirasuk.Mujur tadi dia tidak sempat melihat adengan di mana aku memeluk tubuh Zafrie.Andai tidak,mungkin sekarang ini Zafrie bakal menerima habuannya.

''Kamu memang pasangan zina yang tak tahu malu!Kau Zaf..Sanggup kau rampas isteri kawan kau sendiri.Aku memang salah menilai kau dengan betina ni selama ini!Bodoh..Bodoh!Aku memang buta sebab tak pernah nampak semua ini..''Untuk kali ini.Penghinaan yang entah keberapa kalinya,aku sudah tidak merasa apa-apa lagi.Terasa sudah imum dengan tuduhan yang tidak-tidak ini.

''Kenapa kau diam Sya!Betullah kan?Betullah yang selama ini you masih ada hubungan dengan dia.See..You kemalangan pun dia juga orang pertama yang tahu.Jadi.i ni apa Sya?I ni apa!''Aku tertawa kecil.Menyindir dirinya yang ternyata pandai memutar-belit.

Siapa yang tinggalkan siapa?Aku dihukum tanpa pembelaan.Langsung saja dia berlalu pergi tanpa menoleh walau sekali pun!Tanpa sempat melihat isterinya sendiri,terdampar lemah tanpa belas kasihan.Mujur saja ada orang ramai yang masih berperikemanusiaan membantu ku tika itu.

''Riz..Kau dah salah faham..Aku dan Sya hanya berteman selama ini.Dan selama korang kahwin..Inilah pertama kalinya aku bertemu kembali dengan dia..''Zafrie cuba menjernihkan kembali keadaan yang sudah semakin kabur jalan penyelesaiannya bagi ku.Ternyata kini,hati ku sudah cukup tawar.

''Arghh..!Aku takkan pernh percayakan kau lagi!Hei betina.Aku tak nak jumpa dengan kau lagi.Pergi kau dari sini.Aku akan ceraikan kau..''

''Rizman!Kau tak boleh bertindak melulu macam ni.Kenapa kau tak cuba selidiki cerita sebenarnya.''

''Apa lagi yang aku tak nampak?Entah-entah dibelakang aku,korang lagi berani buat benda terkutuk begitu!''

Dushh!

''Riz..You okey sayang..''Pantas Myra meyambut tubuh Rizman yang hampir terduduk tanpa sempat menangkis tunbukan di bibirnya.

''Kau memang bodoh Riz..Kau buta sebab betina ni!''Myra memandang tajam bila Zafrie memanggilnya betina.

''Kau orang memang sepadan.Pasangan curang!''Dengan bibir yang pecah,Rizman masih bertenaga untuk mencemuh kami.Kalau sudah hilang kewarasan tu,apa-apa pun akan sanggup diluahkannya.

''Kau tu yang buta Riz..Tapi aku tak salahkan kau..Bila betina ni di samping kau..Semua kebenaran tu,sampai bila-bila pun takkan pernah kau sedar.''

''Kau..!''Namun akhirnya Myra hanya tersenyum sinis.Mungkin dia gembira bila melihat keadaan yang berantakan ini.

Aku hanya mendiamkan diri sejak tadi.Rasanya tiada guna lagi untuk ku membela diri.Biarlah.Kini aku pasrah bila orang yang aku sayang,memilih untuk membuang ku dari hidupnya.

''Kau yang buta bila isteri yang baik ni..''Tangannya menuding ke wajah ku.''Kau hina.Kau hukum dia tanpa bukti!Kau lebih percayakan orang lain.Lagi-lagi wajah yang bertopengkan manusia ini.''Tanganya menuding pula ke wajah Myra yang ternyata agak marah dengan tuduhan itu.

''Kau tak sedar..Orang yang kau percaya inilah yang memporak-perandakan rumah tangga yang kau bina ini.Dan kau juga..''

''Diam!Aku tak akan percaya lagi.Sebab terbukti,kau juga penipu!Aku takkan percayakan pasangan curang macam kau berdua ini lagi!

''Dan perempuan yang kau hina ini.Yang pernah kau buang sebab betina ini..''Pedihnya hati ini bila dia meraih tangan Myra agar lebih dekat dengannya.Mengenggam dengan penuh erat tanpa ingin melepaskan.

''Dia lagi berganda-ganda mulia dari betina yang kau nak bela sangat tu!Kerana dia memilih aku sebab cinta berbanding nilai duit yang aku ada.Dan perempuan ini,yang pernah kau buang dari hidup kau,lebih layak di sisi aku berbanding betina itu!''

Anehnya,aku tidak lagi mampu mengeluarkan airmata hanya untuk meratapi nasib ku ini.Andai pilihan dia sudah begitu.Aku takkan pernah merayu lagi.Aku takkan pernah menangisi lagi nasib yang menimpah ku ini.Kerana tiada guna.Bagai ditiupkan dengan satu kuasa baru,aku bangkit untuk berdepan dengan mereka.

''Kalau macam tu..Kau ceraikan aku Rizman.Kahwinlah dengan Myra.Yang jauh lebih mulia dari aku.Aku harap,kau akan bahagia dengan keputusan ini..''

''Sya..Kenapa you nak mengalah..''Zafrie membentak marah bila ku bertindak melepaskan Rizman pergi.Tambah mengeruhkan keadaan bila aku tidak lagi membela diri.

Tiba-tiba ada tepukan yang mulai bergema di ruangan ini.Ternyata Rizman,dengan lagak angkuhnya dan senyuman sinisnya bertepuk tangan.

''Wow..Memang pasangan yang sepadan.Kau nak minta cerai?Kau ingat aku bodoh!Aku takkan pernah ceraikan kau..Sebab aku tahu,bila saja aku ceraikan kau..Kau akan kembali kepada kekasih kau bukan?Aku akan tinggalkan kau Sya.Tapi aku tak akan pernah ceraikan kau.Aku akan gantung kau tak bertali!''

Tanpa sempat aku mencantas,dia terus berlalu pergi.Membawa pergi cinta ku jauh,terlalu jauh.

******************************************************************

Dengan masalah yang menimpah,aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan.Tergamaknya keluarga ku sendiri membuang diri ini jauh.Memutuskan pertalian darah yang mengalir.

''Kenapa kau jadi macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!''

''Mama tak pernah ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya.

Papa..Aku diharamkan sama sekali untuk menemui papa yang terlantar sakit di hospital gara-gara insiden yang tidak pernah aku rancang.Papa begitu terkejut apabila aku dikatakan cuba merancang untuk membunuh Myra.

Begitu licik Myra memainkan peranannya.Semua keluarga ku,suami ku sendiri begitu percaya dengan setiap ceritanya.

Aku ketawa lucu bila mengingati setiap ceritanya.Terasa dia bagaikan penulis skrip yang sangat berpengalaman.Sangat pandai memutar-belitkan kenyataan.

Kononnya aku sengaja mencipta kemalangan itu.Padahal,semuanya berlaku tanpa aku sendiri mengetahuinya.

Mungkin sudah tertulis jalan hidup ku begini.Dengan hanya sehelai sepinggang,aku diusir dari rumah tempat ku berteduh,dibuang dari keluarga ku sendiri dengan hanya berbekalkan kad pengenalan dan tanpa satu sen pun di tangan.

Terima kasih kalian..Akan ku kenang semua ini sebagai satu pengajaran.Aku aku jadikan ini sebagai satu iktibar agar dikemudian hari,aku tidak lagi akan menjadi bodoh seperti sekarang ini.

~Kadang2 kita buta dalam menilai.Menuduh tanpa usul periksa.Menyalahkan orang lain tanpa pembelaan.Adilkah?Biar buta mata,jangan buta hati..
Kerana kita juga insan biasa.Bisa melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau sebaliknya.~KK Zen


P/S : Waah..siap juga akhirnya..Buat dalam satu malam ni..Tak menyempat edit tapi hati dah berkobar-kobar nak up dalam blog hehe..
 Komen2 mana yang patut..Ingat nak buat sequel tapi kena tengok dulu..Kalau feedback memberansangkan..Nanti saya pertimbangkan.
Cerpen ni agak panjang,tapi nama pun cerpen..kenalah buat pendek2 hehe..KBR belum ada sambungan lagi.Sebab tu up cerpen ni dulu.Otak dah tepu hehe..panajng pula pesanan penaja ni.ok..Jemput komen n enhoy reading semua..(^_^)

28 comments:

  1. ehhh,dah habis dah kea?? xde sambungan?? alaa....sambunglah lgi..xpuas baca..nak tau kisah hdup sya lepas dia dbuang keluarga tuhh...

    ReplyDelete
  2. nk thu jgk mcm mn dia lps tu..kejam btul la suami dia..

    ReplyDelete
  3. smbung ag nk tw kish strusnya,best2..sdih sgt plak ble fmly sndiri pn ley diracuni pmkiran oleh mira 2,smpai fmly sndiri pn tduh yg bukn2 mmg sadis la kn

    ReplyDelete
  4. ala...nk sambungan...
    plezzz...O_o
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. ehh macam x abis ag la..mcm tergantung je..plezz smbg balik..

    ReplyDelete
  6. best..tp x puas la ending terr

    ReplyDelete
  7. mcm tak puas je bca ending mcm tuu.. plesss smbung lgi..??

    ReplyDelete
  8. buatlah sambungan rasa macam tak puas. dah nak nangis dah tadi. huhu...

    ReplyDelete
  9. dah habis ke? macam tergantung saja..
    at least ceritakanlah apa yang terjadi dgn. Myra,
    suami yg. pegang tali tak bergantung tu..
    anak dalam kandungan...

    sekurang2nya yg. jahat dapat pembalasan
    yang enak melontar kata keji akan tersedar
    dari kesilapan...

    sila sambung lagi... tq

    ReplyDelete
  10. huhu...mcm tergntung jer.....
    cerpen ni mmg da best da....
    hrp nnti ade smbungnnyer!..

    ReplyDelete
  11. ehh dh abz ke bru syok nk tau pe cter sya lpas kne gantung xb'tali 2 ...
    smbung larh ...

    ReplyDelete
  12. haah!!! dah abes??

    ReplyDelete
  13. Smbg laa lgi....

    ReplyDelete
  14. plz....sambung lg. xpuas nak baca :)

    ReplyDelete
  15. Thanks Riyadh,wan ruzana,Kaisara Aisy,cheknie,O-ren,lil fiona,Naisma dan Anymous semua..
    Thanks sebab sudi tinggalkan kome hehe..
    wah..semua nakkan sambungan ya?
    Sata tak janji,tapi saya akan usahakan..
    Nak cari ending terbaik tapi sya tak ada idea..
    macam mana ni?
    hehe..apa2 pun nnti kalau dah ada,sya akan terus up ke blog..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerpen ni dah ade smbungan ke..klau ada ape tajuk strusnya?. Tq

      Delete
  16. nk smbgan Kk Zen..x puas la ending dia.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anymous..sudi baca n komen..
      sambungan?otak dah jammed fikirkan penamat yang paling sesuai ni huhu..
      macam mana ni?korang ada cadangan tak?kalau ada,sila2 lah drop komen kat sini hehehe..
      (nnti sya akan pertimbangkan hehe..)
      (^_^)

      Delete
    2. aduh... jgn a jammed kkzen...hehehe
      cite ni best laa...
      i'm waiting for the next n3...;p

      Delete
    3. sorry buat semua trtggu2..beberapa hari ni mmg agak bs..mana lg nak pergi dating..eh,takla hehe..lqma sgt tggu kan?mlm ni sya up k..belum siap lgi..ni pun baru balik dari bertapa..haha..

      Delete
  17. hari2 bkn tgu n3..x de jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry buat semua trtggu2..sya cuba usahakan ya..tengah mlm ni sya up..dgn aktivit..mana lg line internt yg mcm siput hehe..maaf semua atas kelewatan..kk usaha siapkan..hehe(sila pasang bom jangka masa kat sta..kot2 baru terhegeh-hegeh nak siapkan..hahaha..)peace no war!!

      Delete
  18. sy tggu kkzen up n3 mlm ni..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry awak..janji tngah malam ni.Ini dah terlajak sampai pukul 2 pagi..
      apa2 pun enjoy reading yaa..maaf atas semua kekurangan..

      Delete
  19. http://www.youtube.com/watch?v=2zgU49eHcM8

    mcm kne je lgu ni ngn cite ni...sdeyh...cpt2 smbng tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena dengar ni hehe..
      jemput baca 'mengusir duka' untuk sambungan cerita ni.thanks hehe..

      Delete
  20. Best best best !!!! Thanks buat cerita yg menepati jiwa,haha..okay tuje

    ReplyDelete