''Sampai bila kau
nak jadi pendendam macam ni?Kau tak rindukan keluarga kau ke?''Aku
ketawa.Namun di dalam hati ini tersemat satu rasa yang sukar untuk ku
usir pergi.
''Aku tak ada semua
itu!Keluarga..Aku ada keluarga ke?''Setelah semua yang berlaku,aku
rasa tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk diri ini.
''Mereka tak
bersalah Sya..Mereka cuma salah menilai situasi sebenar.Kalau aku
pun,akan fikir macam tu juga bila benda macam tu berlaku.''
''Tak sama
Jie..Mereka tu keluarga aku.Orang yang paling rapat,paling dekat
dengan aku.Orang yang sepatutnya betul-betul kenal dengan aku.Percaya
yang aku takkan buat benda tu semua.Tapi..Adilkah aku dijatuhkan
hukuman tanpa membela diri?''Aku merengus kasar.Bagi ku itu semua
bukan alasannya.Yang salah tetap salah.Dan aku pegang kata-kata yang
pernah mereka leparkan kepada diri ini.
''Dendam kau tak
akan kemana Sya..''Aziah menyentuh bahu ku perlahan.
''Aku tahu
Jie..Tapi aku bukan malaikat,yang mampu memaafkan mereka begitu saja.
''Kau terlalu beku
Sya.Kenapa kau tak sedaya upaya membela diri?Kenapa kau selalu saja
mempersalahkan mereka?Kenapa kau tak salahkan diri sendiri saja!''Aku
tertawa kecil.Namun di sudut hati ini,hati ku tercalar sekali lagi.
Dia,kawan yang
paling rapat.Teman yang memahami aku.Yang sepatutnya memberi sokongan
kepada diri ini,tapi mengapa kini dia juga menyalahkan ku?
''Kau betul
Jie..Aku memang beku!Hati kayu!Tapi kau juga lupa Jie.Aku jadi begini
sebab keadaan yang memaksa aku!''Dari duduk,aku sudah berdiri.Terasa
rimas dengan semua ini.
''Tapi Sya..Kau
punya pilihan untuk mengubah semua ini.Kenapalah kau ni degil
sangat?Aku tak nak kau terus hanyut Sya.Terus berdendam dengan
keluarga sendiri.Terus hanyut dengan dendam kau yang tak bertepi
sedangkan kau mampu untuk bahagia seperti orang lain!''Senangnya
Aziah melontar kata.Cuba kena batang hidung sendiri.Aku percaya,dia
juga akan bertindak seperti ini.
''Jie..Tak usah kau
bela sesiapa pun.Ini antara aku dengan mereka.Lagipun aku yang
menanggungnya.Aku yang lalui semua tu.Aku tahu apa yang perlu aku
lakukan.''Lantas aku berlalu pergi tanpa Sempat Aziah meneruskan
kata-katanya lagi.
Ah..!Dunia ini
tidak ada keadilannya.Setelah apa yang aku korbankan.Tiada satu pun
yang mengingatinya.Semua kebaikkan yang pernah menjadi kebanggaan
mereka suatu masa dulu.Lenyap begitu saja hanya kerana suatu
kesilapan.Kesilapan yang tidak pernah aku sengajakan.
Mereka hanya
menilai berdasarkan kesilapan yang tidak pernah aku buat.Tidak pernah
aku sengaja kan.Lumrah manusia..Sentiasa menilai seseorang tanpa mahu
mendengar alasan.Hanya kesilapan yang menjadi pengukur.
*************************************************************
Cinta itu amat
menyakitkan.Aku benci dia!Kerana dia,aku hilang segala-galanya!Kerana
dia,aku hilang keluarga ku.Aku hilang keyakinan ku.Dan aku juga
kehilangan satu-satunya sebab untuk aku meneruskan hidup!
Bodohnya diri
ini.Kenapa harus meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada
mereka?Orang yang sepatutnya menjadi tempat untuk ku
bergantung,akhirnya menjadi orang yang paling kejam pada diri ini.
Menangis airmata
darah sekalipun,aku takkan pernah sekali-kali mampu
mengubahnya.Takkan pernah mampu kembali ke masa lalu untuk mengubah
kembali semua ini.
Betapa kenangan itu
sangat manis namun,dalam sekelip mata..Semua itu bertukar menjadi
satu kisah tragis yang takkan pernah aku mampu lupakan.
Lima tahun lalu..
''I dah bosan
dengan hidup macam ni!Tiap kali I balik mesti kena soal macamlah I ni
penjenayah!Penjenayah pun ada peluang untuk membela diri.Tapi
you?Asyik salahkan I saja!''Lelaki,hanya akan melenting bila mereka
berbuat salah.
''Bosan?Jadi selama
ni,you dah bosanlah dengan I?Kenapa..Sebab you dah ada orang lain
kan!''Bukti?Aku bukan menfitnah begitu saja.Cuma selama ini aku
diamkan saja.Sebab kenapa?Aku tidak mahu hanya kerana salah faham
ini.Rumah tangga yang ku bina hampir dua tahun,musnah begitu saja.
Aku sayangkan
perkahwinan ini.Walaupun pada mulanya semua ini bukan atas kehendak
ku.Tapi aku harus berusaha juga untuk mempertahankan ikatan
ini.Perkahwinan adalah satu ikatan suci.Bukan sesuatu yang harus
dipersendakan.
Walaupun pada
mulanya rasa cinta itu lambat hadir,namun aku tetap sayangkan
dia.Cintakan dia.Cuma dia terlalu ego.Ego bila mengetahui,perkahwinan
ini berlangsung kerana kelaurga kami.Keluarga ku yang memerluhkan
sumber kewangan kerana masalah syarikat yang sejak kebelakangan ini
kerap dirundum masalah.Hanya dengan ikatan ini sahaja,masalah ini
mampu diselesaikan.
Namun semua itu
berlaku sebelum kami berkahwin.Dan ternyata cinta itu hadir secara
perlahan,hanya setelah ikatan yang sah.Dan aku ikhlas bila ingin
menjadi seorang isteri yang baik buat suami ku.
Namun bagi seorang
lelaki yang bernama Rizman.Semua itu bagaikan menjual harga diri.Bak
pelacur yang menyerah diri,kerana wang ringgit.Teruknya pandangan
seorang suami pada seorang isteri yang memperhambakan diri demi
dia.Namun ternyata semua itu sia-sia belaka.
''I dah terima
you,sepatutnya you bersyukur sangat!Bersyukur yang keluarga you yang
pengemis tu tak merempat!''Aku cukup tergaman.Tegahnya dia meluahkan
kata-kata kesat itu.Pengemis?
''Pengemis?Sampai
hati you tuduh family I macam tu!Kenapa mesti libatkan mereka dalam
soal kita.''
''Apa?Tak betul apa
yang I cakap!You tu pun apa kurangnya.You kahwin dengan I pun
semata-mata nak selamatkan syarikat family you tu,bukan?Kenapa?Rasa
terhina ke?''Ya tuhan..Kenapa aku diduga sebegini.Tak cukupkah apa
yang aku korbankan selama ini.Kenapa mesti semua itu harus
dbangkitkan lagi.
''You sengaja cari
kesilapan I kan?Jadi you?Apa yang you buat selama ni di luar,I cuma
diamkan saja.Perempuan simpanan you tu..Ingat I tak tahu ke?''Aku
tidak mampu untuk terus berdiam diri lagi.Masalah ini semakin
berlarutan.Dan aku sungguh penat,bila setiap hari perkara yang
tidak-tidak akan dibangkitkan hanya untuk menyakitkan hati ini saja.
''Oh..Dah pandai
siasat apa yang I buat di luar ya?Perempuan simpanan?Dengar
sini!Sekurang-kurangnya dia lagi mulia dari you.Yang memperhambakan
diri sebab duit semata-mata.Dia lagi bermaruah dari you.Yang
memperjuangkan cinta tanpa memandang harta I!''Sekali lagi aku
terpempam dengan kenyataan ini.
''Kenapa you buat I
macam ni.I dah minta maaf..Susah sangatkah you nak maafkan I.Memang
betul I tak cintakan you.Tapi itu dulu.I sayangkan perkahwinan
ini..Please..I dah penat bergaduh dengan you macam ni..''Aku
merayu.Demi keluarga ini.Demi kandungan ini,akan aku cuba pertahankan
ikatan ini.Aku sayangkan dia.
''I tak mampu nak
maafkan semua perbuatan you.Kenapa you tak pernah nak
berterus-terang?Kenapa you tak bagi tahu saja yang you terpaksa
berkahwin dengan I.Berkahwin semata-mata kerana duit I!Sanggup you
tinggalkan boyfriend you sebab duit sahaja kan?Sanggup tinggalkan
orang yang you cinta semata-mata duit.Tak mustahil suatu hari
nanti,you juga bakal tinggalkan I macam tu saja!''
''Tak..You
silap!Memang pada mulanya begitu.Tapi I memang cintakan you.Please
Riz..Percayakan I.''Ternyata aku tidak sekuat mana.Airmata yang cuba
aku pertahankan akhirnya jatuh,tanpa dapat aku bendung lagi.
''Jangan sia-siakan
airmata you,Sya..Walau airmata darah sekalipun,i takkan pernah
percayakan you lagi..Dengar Sya..Alang-alang you dah tahu pasal I
dengan Myra.Hujung bulan ni,sama ada you restu atau tidak.I akan
tetap dengan keputusan I.I akan berkahwin dengan Myra..''
Betapa rapuhnya aku
saat ini.Tercalar demi sebuah kenyataan.Walau sudah lama aku
mengetahuinya,namun bila kata-kata ini meluncur laju dari bibir suami
ku sendiri.Hati ini tetap retak seribu!
''Sampai hati you
buat I macam ni Riz..Myra tu kawan I..Sanggup you dan Myra buat I
macam ni.Tikam I sampai hati I hancur macam ni..Langsung tak bagi I
peluang untk tebus segala kesilapan I.''Nampaknya..Tiada apa-apa yang
mampu aku pertahankan lagi.
''I dah tak nak
dengar semua tu lagi!Cukuplah.I akan keluar dari rumah ini sekarang
juga!''Dan tanpa menoleh lagi,dia terus berlalu pergi.Hatinya yang
cukup dingin,tidak mampu lagi aku cairkan dengan segala kata-kata
maaf.Kerana bagi diri dia,aku tak ubah seperti pelacur.Yang
memperhambakan diri demi wang ringgit.
Myra..Awak kejam
bila sanggup menikam kawan kau sendiri.Demi sebuah dendam.Kerana
cinta yang aku tidak sengajakan.Hanya kerana Zafrie..Insan pertama
yang bertaktah di hati ini.Kerana dia lebih memilih diri ini
berbanding kau,sanggup kau rampas suami kawan kau sendiri demi sebuah
dendam.
''Sayang..Papa dah
tak nak dengan mama lagi..''Aku merintih sendiri bila ditinggalkan
begitu saja.Biarlah..Andai dia sudah bertekad begitu,aku juga tidak
akan menghalang.Aku mengusap perut ku yang belum menampakkan
bentukknya.
Berita yang ingin
aku kongsikan malam ini.Akhirnya terkubur begitu saja.Pergilah
duka.Andai dengan ini mampu melembutkan hati dia,aku redha.
***************************************************************
Dua minggu berlalu
begitu saja.Langsung tiada khabar berita dari dirinya lagi.Keluarga
ku dan dia juga sudah mengetahui tentang rancangannya untuk menikah
lagi.Dengan teman baik ku pula tu.Bukan!Bekas teman baik ku.Kerana
Myra sendiri yang memutuskannya begitu.
Namun seperti
biasa.Tiasa siapa yang akan mendengar luahan ku.Tanpa bertanya,mereka
hanya menuding jari kepada ku.Menyalahkan diri bila suami ku sendiri
menduakan diri ini.Tanpa memberi aku peluang membela diri.Adilkah?
Keadaan kandungan
yang baru berusia hampir dua bulan,adakalanya membuatkan aku mabuk
teruk.Namun semua ini aku hadapi seorang diri.Tanpa dia di sisi.
Kadangkala aku akan
menangis sambil memeluk bajunya yang terakhir,sengaja tidak ku basuh
hanya kerana perasaan rindu yang mengebu.Hanya dengan ini,perasaan
rindu ku akan terubat sedikit.Tak dapat orang,baunya pun jadilah.Aku
sudah berpuas hati.
Dengan keadaan yang
pening dan sering muntah-muntah.Aku gagahkan diri untuk memndu
bersendirian.Keluarga ku sendiri tidak mengetahui keadaan ku yang
berbadan dua.Sedangkan suami ku sendiri juga tidak mengetahui..Untuk
apa aku mencanang ke sini sana andai hanya aku yang gembira dengan
kehadiran permata hati yang aku tunggu-tunggu selama hampir dua tahun
ini.
Sambil memandu aku
memicit kepala yang sekakit berdenyut.Sikit lagi sampailah.Menyesal
pula rasanya memandu dalam keadaan begini.Namun kalau bukan kerana
terpaksa,aku takkan memandu sama sekali.
Entah di mana
silapnya aku tidak mampu mengawal kereta yang meluncur laju.Dan bila
saja aku sedar yang aku bakal mencederakan orang.Saat aku
hampir-hampir melanggar pejalan kali yang tiba-tiba melintas
jalan,tanpa berfikir panjang aku terus mengawal kereta berpaling ke
arah kanan.
Aku hanya sedar
bila aku sudah merempuh pembahagi jalan.Mujur kelajuan kereta
tidaklah selaju mana.Namun kepala yang berpinar akibat terhantuk
tidak menghalang ku untuk turun dari kereta.
Jelas sekujur tubuh
yang terduduk di tepi jalan.Aku binggung.Salah aku ka?Namun seingat
aku,sempat ku kawal kereta ini dari merempuh sesiapa.Mujur tiada
kereta di lorong kanan tika itu.Andai tidak,entah apalah nasib ku
selepas ini.
Dengan langkah yang
lemah,aku gagahkan juga diri ini untuk berdiri.Baru mahu menapak ke
arah mangsa tadi.Tiba-tiba aku terdengar suara menjerit.Dan tertanya
suara itu amat aku kenali..
''Myra..!!''
Aku terkaku dari
tempat ku berdiri.Rizman..Dan hati ini bergetar lagi.Namun tertanya
aku amat kecewa bila dia lagi memberi perhatian kepada Myra
berbanding isterinya yang berdarah di dahi.Yang lagi memerluhkan dia
berbanding Myra yang hanya luka ringan di sikunya.
Tanpa sempat aku
tahan.Pipi ini pijar menerima tamparan hebat dari tangan suami ku
sendiri.
''Kau nak jadi
pembunuh pula!Kau memang sengaja intip kami bukan?Dan sekarang kau
tekad nak bunuh Myra pula!Perempuan jenis apa kau ni.Hah!!''Terasa
tubuh ku melayang apabila ditolak kasar dengan tangan suami ku
sendiri.Tanpa sempat aku menahan,aku terduduk di tengah-tengah jalan
raya yang pada masa ini masih kecoh dengan kemalangan ringan yang
berlaku.
''Sabar
encik..Sabar.''Beberapa orang sedaya-upaya cuba menyabarkan dia yang
aku kira sudah hampir hilang kewarasannya.
Perut yang senak
aku tekan perlahan.Aku terpegun bila terasa ada cecair merah mengalir
di celah paha ku.Ya tuhan..Jangan kau duga aku dengan kehilangan ini
lagi..
Belum sempat aku
memanggil namanya,dia sudah berlalu pergi bersama Myra yang sempat ku
tangkap senyuman sinisnya.Ternyata aku tewas berkali-kali.
Aku hampir tidak
berdaya.Perut yang semakin sakit aku tekup dengan tangan.Berharap
kesakitan ini,mampu berkurang.Namun ternyata sia-sia.
''Cik..Bertahan
cik..Cepat hantar dia ke hospital..''Dan selepas itu aku sudah tidak
sedar apa-apa lagi..
******************************************************************
''Sya..''Sayup-sayup
kedengaran seseorang sedang memanggil nama ku.Namun kelopak mata ini
terasa bagai di gam.Terlalu berat untuk aku celikkan.
''Sya..Awak kena
kuat.Zaf janji..Zaf akan tunggu Sya..''Terasa tangan ku panas
menerima gengaman tangan dari seseorang.
''Sya..''Bila saja
aku pagungkan kepala ini.
''Zaf..Macam mana
awak bleh ada kat sini?''Dengan kepala yang masih berat,aku cuba
gagahkan diri untuk bangun dari pembaringan.Zaf membantu ku untuk
bangun secara perlahan.
''Awak tak boleh
bergerak sangat Sya..Badan you masih lemah lagi..''
Aku masih binggung
dengan semua ini.Namun tempat ini amat ku kenali.Dengan dinding
putih.Berlangsir biru lembut dan dengan katil besi.Jarum yang
terbenam di tangan kiri ku.Tahulah yang aku kini berada di hospital.
Dengan perlahan
kejadian tadi kembali berlayar di ingatan ini.Ya Allah..Berkali-kali
aku di uji,dan berkali-kali juga aku sedaya-upaya untuk
mengharunginya.Namun kali ini..Tamparan hebat begitu terasa.Ternyata
dia lagi melebihkan kekasihnya berbanding diri ini.
Airmata yang
menluncur laju tidak mampu ku seka lagi.Terasa sakit dada ini
menanggunganya.
''Sya..Awak selamat
sya..''
''Zaf..''Lantas
badannya ku paut ke dalam pelukan ku.Ingin meminjam sedikit kekuatan.
''Syuuh..Jangan
nangsi sayang..You will be okey..''Aku hanya diam sambil menangis
tanpa segan-silu lagi.Berharap,dengan airmata ini.Semua kesakitan ku
akan terus pergi.Mengalir mengkikut arus airmata yang tidak mampu ku
bendung lagi.
''Macam mana you
boleh jadi macam ni Sya..Cuba bagi tahu I..Nasib baik you tak
apa-apa.Tadi you sampai dengan kepala you berdarah..Bleeding..''
''Oh my!Baby I
Zaf..Baby I..''
''It's ok Sya..Baby
you selamat.''Semakin kejap pelukannya.Cuba menenangkan diri ini yang
hampir gila.
Syukur ya
Allah..Nampaknya aku masih diberi peluang untuk merasai anugerah
ini.Tidak putus-putus aku berdoa.
''Sya..I nak you
ceritakan semuanya Sya.Jangan rahsiakan apa-apa dari aku
lagi.Please..''
Dengan sisa kudrat
yang ada.Dengan penuh kepayahan..Lantas aku ceritakan
semuanya.Bermula dengan salah faham antara kami sehinggalah ke
insiden yang membawa aku ke sini.Terlatar lemah.Bukan kerana
kemalangan ini.Kerana hati ini,lukanya lebih parah berbanding luka
yang terlihat pada fizikal ku.
**************************************************************
''You tengok
sendiri..I bukan saja-saja nak buat cerita.You boleh tengok pasangan
kekasih ni dengan mata you sendiri.''Aku tersentak bila tiba-tiba
pintu bilik yang menempatkan aku bagaikan dirempuh seseorang.Namun
disebalik pintu itu,ternyata bukan seorang tapi berdua.Siapa lagi
kalau bukan suami ku dan bekas teman baik ku sendiri.
''Kau..!''Rizman
sudah mencekak baju Zafrie yang tertanya masih bisa bertenang di saat
genting sebegini.
''Sebelum kau
dengan betina ni nak buat kecoh.Tengok tempat dulu la bro..''Zafrie
masih tenang menangani sikap Rizman yang bagaikan dirasuk.Mujur tadi
dia tidak sempat melihat adengan di mana aku memeluk tubuh
Zafrie.Andai tidak,mungkin sekarang ini Zafrie bakal menerima
habuannya.
''Kamu memang
pasangan zina yang tak tahu malu!Kau Zaf..Sanggup kau rampas isteri
kawan kau sendiri.Aku memang salah menilai kau dengan betina ni
selama ini!Bodoh..Bodoh!Aku memang buta sebab tak pernah nampak semua
ini..''Untuk kali ini.Penghinaan yang entah keberapa kalinya,aku
sudah tidak merasa apa-apa lagi.Terasa sudah imum dengan tuduhan yang
tidak-tidak ini.
''Kenapa kau diam
Sya!Betullah kan?Betullah yang selama ini you masih ada hubungan
dengan dia.See..You kemalangan pun dia juga orang pertama yang
tahu.Jadi.i ni apa Sya?I ni apa!''Aku tertawa kecil.Menyindir dirinya
yang ternyata pandai memutar-belit.
Siapa yang
tinggalkan siapa?Aku dihukum tanpa pembelaan.Langsung saja dia
berlalu pergi tanpa menoleh walau sekali pun!Tanpa sempat melihat
isterinya sendiri,terdampar lemah tanpa belas kasihan.Mujur saja ada
orang ramai yang masih berperikemanusiaan membantu ku tika itu.
''Riz..Kau dah
salah faham..Aku dan Sya hanya berteman selama ini.Dan selama korang
kahwin..Inilah pertama kalinya aku bertemu kembali dengan
dia..''Zafrie cuba menjernihkan kembali keadaan yang sudah semakin
kabur jalan penyelesaiannya bagi ku.Ternyata kini,hati ku sudah cukup
tawar.
''Arghh..!Aku
takkan pernh percayakan kau lagi!Hei betina.Aku tak nak jumpa dengan
kau lagi.Pergi kau dari sini.Aku akan ceraikan kau..''
''Rizman!Kau tak
boleh bertindak melulu macam ni.Kenapa kau tak cuba selidiki cerita
sebenarnya.''
''Apa lagi yang aku
tak nampak?Entah-entah dibelakang aku,korang lagi berani buat benda
terkutuk begitu!''
Dushh!
''Riz..You okey
sayang..''Pantas Myra meyambut tubuh Rizman yang hampir terduduk
tanpa sempat menangkis tunbukan di bibirnya.
''Kau memang bodoh
Riz..Kau buta sebab betina ni!''Myra memandang tajam bila Zafrie
memanggilnya betina.
''Kau orang memang
sepadan.Pasangan curang!''Dengan bibir yang pecah,Rizman masih
bertenaga untuk mencemuh kami.Kalau sudah hilang kewarasan tu,apa-apa
pun akan sanggup diluahkannya.
''Kau tu yang buta
Riz..Tapi aku tak salahkan kau..Bila betina ni di samping kau..Semua
kebenaran tu,sampai bila-bila pun takkan pernah kau sedar.''
''Kau..!''Namun
akhirnya Myra hanya tersenyum sinis.Mungkin dia gembira bila melihat
keadaan yang berantakan ini.
Aku hanya
mendiamkan diri sejak tadi.Rasanya tiada guna lagi untuk ku membela
diri.Biarlah.Kini aku pasrah bila orang yang aku sayang,memilih untuk
membuang ku dari hidupnya.
''Kau yang buta
bila isteri yang baik ni..''Tangannya menuding ke wajah ku.''Kau
hina.Kau hukum dia tanpa bukti!Kau lebih percayakan orang
lain.Lagi-lagi wajah yang bertopengkan manusia ini.''Tanganya
menuding pula ke wajah Myra yang ternyata agak marah dengan tuduhan
itu.
''Kau tak
sedar..Orang yang kau percaya inilah yang memporak-perandakan rumah
tangga yang kau bina ini.Dan kau juga..''
''Diam!Aku tak akan
percaya lagi.Sebab terbukti,kau juga penipu!Aku takkan percayakan
pasangan curang macam kau berdua ini lagi!
''Dan perempuan
yang kau hina ini.Yang pernah kau buang sebab betina ini..''Pedihnya
hati ini bila dia meraih tangan Myra agar lebih dekat
dengannya.Mengenggam dengan penuh erat tanpa ingin melepaskan.
''Dia lagi
berganda-ganda mulia dari betina yang kau nak bela sangat tu!Kerana
dia memilih aku sebab cinta berbanding nilai duit yang aku ada.Dan
perempuan ini,yang pernah kau buang dari hidup kau,lebih layak di
sisi aku berbanding betina itu!''
Anehnya,aku tidak
lagi mampu mengeluarkan airmata hanya untuk meratapi nasib ku
ini.Andai pilihan dia sudah begitu.Aku takkan pernah merayu lagi.Aku
takkan pernah menangisi lagi nasib yang menimpah ku ini.Kerana tiada
guna.Bagai ditiupkan dengan satu kuasa baru,aku bangkit untuk
berdepan dengan mereka.
''Kalau macam
tu..Kau ceraikan aku Rizman.Kahwinlah dengan Myra.Yang jauh lebih
mulia dari aku.Aku harap,kau akan bahagia dengan keputusan ini..''
''Sya..Kenapa you
nak mengalah..''Zafrie membentak marah bila ku bertindak melepaskan
Rizman pergi.Tambah mengeruhkan keadaan bila aku tidak lagi membela
diri.
Tiba-tiba ada
tepukan yang mulai bergema di ruangan ini.Ternyata Rizman,dengan
lagak angkuhnya dan senyuman sinisnya bertepuk tangan.
''Wow..Memang
pasangan yang sepadan.Kau nak minta cerai?Kau ingat aku bodoh!Aku
takkan pernah ceraikan kau..Sebab aku tahu,bila saja aku ceraikan
kau..Kau akan kembali kepada kekasih kau bukan?Aku akan tinggalkan
kau Sya.Tapi aku tak akan pernah ceraikan kau.Aku akan gantung kau
tak bertali!''
Tanpa sempat aku
mencantas,dia terus berlalu pergi.Membawa pergi cinta ku jauh,terlalu
jauh.
******************************************************************
Dengan masalah yang
menimpah,aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan.Tergamaknya
keluarga ku sendiri membuang diri ini jauh.Memutuskan pertalian darah
yang mengalir.
''Kenapa kau jadi
macam ni Sya..Akak tak sangka..Kau sanggup nak bunuh orang pula!''
''Mama tak pernah
ajar anak mama jadi pembunuh.Rizman adalah sebaik-baik suami
Sya.''Luluh hati ini bila mama menitiskan airmatannya.
Papa..Aku
diharamkan sama sekali untuk menemui papa yang terlantar sakit di
hospital gara-gara insiden yang tidak pernah aku rancang.Papa begitu
terkejut apabila aku dikatakan cuba merancang untuk membunuh Myra.
Begitu licik Myra
memainkan peranannya.Semua keluarga ku,suami ku sendiri begitu
percaya dengan setiap ceritanya.
Aku ketawa lucu
bila mengingati setiap ceritanya.Terasa dia bagaikan penulis skrip
yang sangat berpengalaman.Sangat pandai memutar-belitkan kenyataan.
Kononnya aku
sengaja mencipta kemalangan itu.Padahal,semuanya berlaku tanpa aku
sendiri mengetahuinya.
Mungkin sudah
tertulis jalan hidup ku begini.Dengan hanya sehelai sepinggang,aku
diusir dari rumah tempat ku berteduh,dibuang dari keluarga ku sendiri
dengan hanya berbekalkan kad pengenalan dan tanpa satu sen pun di
tangan.
Terima kasih
kalian..Akan ku kenang semua ini sebagai satu pengajaran.Aku aku
jadikan ini sebagai satu iktibar agar dikemudian hari,aku tidak lagi
akan menjadi bodoh seperti sekarang ini.
~Kadang2 kita buta dalam menilai.Menuduh tanpa usul periksa.Menyalahkan orang lain tanpa pembelaan.Adilkah?Biar buta mata,jangan buta hati..
Kerana kita juga insan biasa.Bisa melakukan kesilapan sama ada dalam sedar atau sebaliknya.~KK Zen
Komen2 mana yang patut..Ingat nak buat sequel tapi kena tengok dulu..Kalau feedback memberansangkan..Nanti saya pertimbangkan.
Cerpen ni agak panjang,tapi nama pun cerpen..kenalah buat pendek2 hehe..KBR belum ada sambungan lagi.Sebab tu up cerpen ni dulu.Otak dah tepu hehe..panajng pula pesanan penaja ni.ok..Jemput komen n enhoy reading semua..(^_^)
ehhh,dah habis dah kea?? xde sambungan?? alaa....sambunglah lgi..xpuas baca..nak tau kisah hdup sya lepas dia dbuang keluarga tuhh...
ReplyDeletewajib de sambungan ni keke
ReplyDeletenk thu jgk mcm mn dia lps tu..kejam btul la suami dia..
ReplyDeletesmbung ag nk tw kish strusnya,best2..sdih sgt plak ble fmly sndiri pn ley diracuni pmkiran oleh mira 2,smpai fmly sndiri pn tduh yg bukn2 mmg sadis la kn
ReplyDeleteala...nk sambungan...
ReplyDeleteplezzz...O_o
huhuhu
ehh macam x abis ag la..mcm tergantung je..plezz smbg balik..
ReplyDeletebest..tp x puas la ending terr
ReplyDeletemcm tak puas je bca ending mcm tuu.. plesss smbung lgi..??
ReplyDeletebuatlah sambungan rasa macam tak puas. dah nak nangis dah tadi. huhu...
ReplyDeletedah habis ke? macam tergantung saja..
ReplyDeleteat least ceritakanlah apa yang terjadi dgn. Myra,
suami yg. pegang tali tak bergantung tu..
anak dalam kandungan...
sekurang2nya yg. jahat dapat pembalasan
yang enak melontar kata keji akan tersedar
dari kesilapan...
sila sambung lagi... tq
huhu...mcm tergntung jer.....
ReplyDeletecerpen ni mmg da best da....
hrp nnti ade smbungnnyer!..
ehh dh abz ke bru syok nk tau pe cter sya lpas kne gantung xb'tali 2 ...
ReplyDeletesmbung larh ...
haah!!! dah abes??
ReplyDeleteSmbg laa lgi....
ReplyDeleteplz....sambung lg. xpuas nak baca :)
ReplyDeleteThanks Riyadh,wan ruzana,Kaisara Aisy,cheknie,O-ren,lil fiona,Naisma dan Anymous semua..
ReplyDeleteThanks sebab sudi tinggalkan kome hehe..
wah..semua nakkan sambungan ya?
Sata tak janji,tapi saya akan usahakan..
Nak cari ending terbaik tapi sya tak ada idea..
macam mana ni?
hehe..apa2 pun nnti kalau dah ada,sya akan terus up ke blog..(^_^)
Cerpen ni dah ade smbungan ke..klau ada ape tajuk strusnya?. Tq
Deletenk smbgan Kk Zen..x puas la ending dia.. :(
ReplyDeletethanks anymous..sudi baca n komen..
Deletesambungan?otak dah jammed fikirkan penamat yang paling sesuai ni huhu..
macam mana ni?korang ada cadangan tak?kalau ada,sila2 lah drop komen kat sini hehehe..
(nnti sya akan pertimbangkan hehe..)
(^_^)
aduh... jgn a jammed kkzen...hehehe
Deletecite ni best laa...
i'm waiting for the next n3...;p
sorry buat semua trtggu2..beberapa hari ni mmg agak bs..mana lg nak pergi dating..eh,takla hehe..lqma sgt tggu kan?mlm ni sya up k..belum siap lgi..ni pun baru balik dari bertapa..haha..
Deletehari2 bkn tgu n3..x de jgk..
ReplyDeletesorry buat semua trtggu2..sya cuba usahakan ya..tengah mlm ni sya up..dgn aktivit..mana lg line internt yg mcm siput hehe..maaf semua atas kelewatan..kk usaha siapkan..hehe(sila pasang bom jangka masa kat sta..kot2 baru terhegeh-hegeh nak siapkan..hahaha..)peace no war!!
Deletesy tggu kkzen up n3 mlm ni..huhuhu
ReplyDeletesorry awak..janji tngah malam ni.Ini dah terlajak sampai pukul 2 pagi..
Deleteapa2 pun enjoy reading yaa..maaf atas semua kekurangan..
http://www.youtube.com/watch?v=2zgU49eHcM8
ReplyDeletemcm kne je lgu ni ngn cite ni...sdeyh...cpt2 smbng tau...
kena dengar ni hehe..
Deletejemput baca 'mengusir duka' untuk sambungan cerita ni.thanks hehe..
Best best best !!!! Thanks buat cerita yg menepati jiwa,haha..okay tuje
ReplyDeleteanti climax ending...
ReplyDeleteWeh?ni pun gantung Tanpa Tali ni???
ReplyDelete