CERPEN

Wednesday, 17 December 2014

Alahai..Bini aku merajuk? 2

" Ehemm..." Erk..Mampus!

"Buat apa tu? " Izhar pandang dengan wajah yang curiga.

"Mmm..Saya..Saya.." Aku garu kepala yang tidak gatal.Mulalah hati nak gelabah.

" Ah..Saya saja nak check tayar awak ni..Macam tak cukup angin saja.Tengok ni.." Sekali lagi aku sepak tayar keretanya dengan wajah bersungguh-sungguh.Rasa nak tergelak pun ada dengan alasan merapu ku. Tu laa..Tak sedar ke kawan tu ada..Sampai saja terus nak sepak ''baby'' dia,kan saja nak cari pasal tu.

''Owh..Iya ka?" Izhar buat muka serius.Habislah kamu Arissa.Yang pergi buat kerja gila tu apasal!Tahu kawan tu tengah hangin dengan dia.

''Enjin awak tak nak tengok sekali ke?Kot-kot ada wayar yang putus ke..'' Amboi..Ayat perli nampak.

''Erk..Tak apa la awak..Lagi baik awak bawa kereta awak ni pergi bengkel terus." Dia tahu kot aku angin dengan dia?Tak boleh jadi ni.

''Oklah awak..Nak masuk dulu.Melekit dah badan ni..'' Aku berjalan dengan laju,tak nak Izhar banyak soal lagi.Karang aku merapu lagi.Tambah angin kawan tu nanti.Huh!

"Nanti dulu! ''Izhar bercekak pinggang.

'Habis laa..Apa lagi yang dia tak puas hati ni?' Aku telan liur.Masih berdiri tegak tanpa melihat muka Izhar yang..Yang segak tu.Alahai..Boleh cair hati ni tau.

''Bukan ke awak nak bermalam kat rumah Nad.Ni Tiba-tiba balik ni..lepas tu buat lagi gaya macam penyamun,balik senyap-senyap kenapa?!'' Izhar buat suara tegas.'Glup!'

'Saya tak boleh tak nampak muka awak walau sehari pun.. ' Takkan nak jawap macam tu.Nampak sangatlah yang aku ni terhegeh-hegeh kat dia!

'Saya nak gosok baju awak..' Kang dia perli aku.Yala..Dah baju dia memang aku gosok untuk seminggu.Hari ni baru selasa kot.Ada tiga helai lagi.Tak boleh pakai juga alasan ni.

'Nak cakap bagi makan kucing.'Kat rumah ni mana ada bela menatang tu.Adoi..

''Awak tak jawap soalan saya lagi.''

''Oh mak aku lawa!'' Aku hampir terlompat bila tiba-tiba muka Izhar tinggal tiga inci lagi jarak dengan muka aku.Saja nak bagi aku sakit jantunglah mamat ni.Bila masa entah dia ada kat depan aku.Tadi bukan dia kat belakang aku ke?Fuh.

''Berangan!'' Tapi aku sudah nampak muka mamat tu nak pecah tawa.

Aduhai..Malu betul.Macam manalah aku boleh ter-melatah.Siap puji Cik Eton lawa lagi tu.Siapa lagi kalau bukan mak aku.Huhu..

''Tahulah mak kita tu lawa.Yang tak fahamnya,kenapa anak dia ni tak lawa macam emaknya..'' Izhar sudah tergelak-gelak.Rasa nak debik saja mamat tu.

'KalaUlah awak tu bukan laki kita.Dah lama dapat penyepak sebijih!' Rasa nak menyumpah saja mulut ni.

Tapi..Kenapa aku nampak muka dia makin segak ya? 'Ngee..Comel betul laa..Laki siapa la ni..'Aku sudah tersenyum-senyum.

'Erk..!' Patutlah mamat aku pandang aku lain macam saja.

'' Awak tak jawap lagi soalan saya.''

''Emm..Saya..Saya lupa..Ah,saya lupa,tak bawa baju la.Tu la pasal,saya balik ni.nak ambil baju saja.''Rasa nak ketuk saja kepala ni.Nak ambil baju?karang mamat tu halau aku suruh patah balik rumah Nad macam mana?

''Dah lewat malam macam ni.Tak payah!Tidur saja kat rumah ni..''Izhar sudah mula keluarkan telefon bimbitnya.

'Erk..Dia nak call siapa tu? Nad ke?Mampus aku kalau Nad jawap lain..'Sob..Sob..Sob..Mula hati nak nangis bagai.Aku tak nak dia tahu yang sebenarnya aku yang tak tahan kalau tak nampak muka dia sehari pun..Wuaahh..Mak..Tolong Rissa mak!

''Assalamualaikum Nad..Arissa tak jadi tidu rumah awak malam ni..Dah lewat ni.Besok saja ya.''Tup!

''Glup!''

''Saya dah cakap dengan Nad.Kalau gatal sangat nak Tidur kat rumah kawan awak tu,besok saja.Dha lewat sangat ni.Tak payah nak keluar bagai.''

''Tapi awak..''

''Tapi apa lagi! Yang degil sangat tu kenapa?Masuk cepat.Dah lewat ni.Tak payah nak mandi sangat malam-malam macam ni.Tak baik.''Izhar terus berlalu.Langung tak pandang wajah aku lagi.

''Tapi awak,sebenarnya..Saya yang tak boleh kalau tak pandang wajah awak..''Hehehe..Aku tersenyum sendiri.Mentang-mentang kawan tu dah masuk ke dalam rumah.Tinggalkan aku sorang-sorang macam kerang busuk kat luar ni.Berani lagi keluarkan ayat macam ni.

''Tunggu apa lagi!''

''Oh mak aku laa...''Aku menkup mulut.Adoi mulut ni..Tak habis-habis nak puji-puji mak aku lawa.Tak pasal-pasal orang tu cakap kita pulak yang perasan.

Dengan langkah yang laju.Aku bergegas menuju ke bilik yang kami kongsi bersama enam bulan ni.

'hehehe..Malam ni dapat cuci mata lagi..'


..................................................................................................................

Alahai..Bini aku merajuk?

''Aku pasrah da..''Mulut Nad ternganga.

''Biar betul?''Aku sudah bengang.

''Muka aku nampak macam main-main ke?''Tarik nafas panjang.

''Laa..Hari tu bukan main berkobar-kobar lagi aku tengok.Secepat ni kau mengalah?''Nad geleng kepala.Aku angkat bahu.Cepat ke aku mengalah?

''Entahlah Nad..Tapi aku rasa aku dah,penat..''Badan aku rebahkan ke katil bujang Nad.Kaki berjuntai ke bawah.

''Weh..Kau dah tak sayangkan dia ke?''

''Gila tak sayang.''Laju saja aku jawap.Iyalah..Siapa tak sayang buah hati pengarang jantung walaupun dia selalu bagi aku sakit hati!

''Habis tu..Fikirlah masak-masak weh..Karang menangis tak berlagu karang..''Lama aku diam.

''Nak nangis pun aku dah tak larat ni..''

''Arissa..''Nad rebahkan badan di sisi ku.

''Macam-macam dah aku buat untuk ambil hati dia.Tinggal muka aku ni lagi aku tak tahu nak letak mana..''Nad diam saja.Mungkin memberi ruang untuk aku luahkan apa yang terbuku di hati ini.
Apa saja yang aku tak buat..Sediakan makan pakai semua.Tapi dia langsung tak hargai.Hurmm..

''Malam ni aku tidur rumah kau,boleh tak Nad..''Rasa tak nak balik saja.Tak apa laa..Aku nak tenangkan hati dulu.

''Dah minta izin ke?Aku tak kisah tapi sekurang-kurangnya kau kenalah juga tanya dia kan..''

''Nanti aku tanya dia..''


 + mlm ni sy tido rmh Nad..
- Ok.

Argghh!Macam nak baling saja rasanya telefon ni kat dinding!
Dia cuma taip,''OK'' saja?Tak tanya ke bila nak balik,buat apa tidur kat rumah Nad.Sekurang-kurangnya tanyalah sebabnya.

''Awak memang tak pernah sayang saya kan?''Hurm..

 ***************

''Eh..''Nad sudah pandang semacam.

''Aku lupa yang aku ada benda lagi nak kena buat kat rumah tu..''Aduh.Malunya dengan Nad.Baru tengahari tadi aku cakap tak nak balik.Siap merayu-rayu lagi nak tumpang tidur kat rumah Nad.Ni belum sampai jam 9.00 malam,hati aku dah sampai rumah.

''Iya ke ni?''Nad sudah senyum meleret.Aduh..Mana nak letak muka ni.

''Betul laa..Besok aku datang balik ya?Lagipun aku tak bawa baju lebih ni.Lupa pula.''Masih cuba berlagak selamba,pada hal dalam hati rasa nak pecah saja.

''Hati-hati memandu tu..''Aduhai..Rasanya nak menyorok saja bila nampak Nad senyum perli.Nampak sangat ke,aku ni tak boleh tak nampak wajah mamat tu sehari?

''Aku balik dulu ya..He..he..he..''



Tak sampai setengah jam,aku sudah nampak bumbung rumah berwarna merah.Rumah yang aku huni selama enam bulan ni.

Nampak saja rumah yang terang-benderang,tahulah memang mamat tu dah balik.Huh!Geram betullah dengan Izhar ni.

Disebabkan geram yang melampau,tanpa berfikir panjang aku terus menyepak tayar kereta Izhar yang terparking elok di garaj.












Wednesday, 26 June 2013

Cerpen : Cik Selipar Jepun (Belum full lagi..)

''Cik..!''
Langkah sengaja aku percepatkan.Fuh!Rasa mengeletar kaki ini bila langkah sehabis daya aku gandakan kelajuannya.

Thursday, 8 November 2012

Cerpen : Belenggu Takdir(Full)-END




     Perancangan takdir..Sesungguhnya aku tidak pernah merancang mahupun memasang angan bergelar seorang isteri di usia 19 tahun ini.Namun andai ini takdir yang tertulis,aku cuba untuk menerima semua ini seadanya.Tipulah kalau aku redha.Tapi memandangkan hasrat ayah yang satu ini,aku turutkan juga.

Wednesday, 3 October 2012

Cerpen : Cinta buat dia (Part 1)


~20 tahun lalu..~


*Tadika Didik Mesra..*

''Nana..''Haicarl tersipu malu.Comelnya Nana ni.Mata dia macam mata anak patung Hanna.Bulat dan bersinar.