~20 tahun lalu..~
*Tadika Didik Mesra..*
''Nana..''Haicarl tersipu malu.Comelnya
Nana ni.Mata dia macam mata anak patung Hanna.Bulat dan bersinar.
Sabrina hanya tersenyum comel.Namun dia
masih tekun melakukan aktiviti mewarnanya.
''Nana..Kita suka awak.''Ujar Haicarl
malu-malu.
''Kita pun suka awak.''Kedua-duanya
ketawa saja.Tapi,faham ke budak-budak ni erti sebenar 'saya suka
awak' tu?Haih..
''Nana..Nanti kita besar kita couple
nak?''Haicarl merenung Nana yang masih tekun dengan buku warnanya.
''Ok..Tapi couple tu apa?''Nana sudah
menghentikan aktiviti mewarnanya.Dahinya sudah berkerut-kerut.
''Tak tahu.Tapi Abang Adam kata,couple
tu macam kita suka awak la..''Haicarl sendiri pun bingung.Tapi
disebabkan Sabrina dah tanya,dia kenalah tunjuk teror juga.
''Oo..Oklah,nanti besar kita couple
ya.''Haicarl tersenyum girang.
''Tapi..Lepas couple kan.Kita kena
kahwin la..Kalau tak nak kahwin,tak boleh couple.''Entah mana dia
dengar pun tak tahu.Haicarl sendiri suka cakap main belasah saja.
''Ok..Tapi kahwin tu apa?''Sabrina sudah
teruja.Budak-budak,biasalah.Banyak benda dia nak tahu.Kan?
''Kahwin tu macam mama dan papa.Macam
mak dengan ayah awak la..Kalau tak kahwin,abang Adam cakap,tak boleh
tinggal sama-sama.Tapi sebab kita suka sangat kat Nana.Kita nak main
hari-hari dengan Nana..Kita kenalah kahwin.''Sabrina diam sejenak.
''Oo..Patutlah kita duduk rumah
asing-asing kan..Kalau kita kahwin sekarang,tak boleh ke?Sebab Adik
Nana kecik lagi.Kita nak main dengan awak hari-hari la..''Sabrina
menunjukkan wajah kelat.Sudahlah di rumah tu adik dia suka sangat
menangis.Bising saja kerjanya.Bila ajak main saja,terus mak marah.Mak
cakap,adik tak reti lagi.Berjalan pun masih jatuh.
''Betul juga..Nanti malam ni kita cakap
dengan mama ya..''Haicarl dan Nana menyambung kembali tugas mewarna
tadi bila cikgu Siti menegur mereka.
*****************************************
''Mama..Haicarl nak kahwin.''Mama
Haicarl,Puan Ija sudah tersedak.Budak ni tahu ke makna kahwin tu?
''Kahwin?Haicarl nak kahwin dengan
siapa?''Haicarl senyum malu-malu.Puan Ija sudah mengucap panjang bila
anak terunanya yang baru berusia 6 tahun,sudah pandai cakap pasal
kahwin.Haihh.
''Kita nak kahwin dengan Nana..''Ujar
Haicarl malu-malu.
''Sayang..Haicarl tahu ke makna kahwin
tu?''Puan Ija masih sabar melayan karenah Haicarl.Kalau di marah
terus,takut merajuk pula.Baiklah guna cara berlembut.Lagi
berkesan.Budak pun faham.
''Kahwin tu macam mama dengan papa
laa..Boleh tinggal sama-sama.Lagipun rumah Nana jauhlah ma..Haicarl
nak jumpa dengan Nana hari-hari.''Puan Ija tersenyum.
''Haicarl tahu dari mana?''Puan Ija
bertanya lagi.
''Er..''Haicarl mengarukan kepalanya
yang tidak gatal.''Hari tu,Carl dengar abang Adam nak kahwin.Bila
Carl tanya,abang jawap macam tu la.''Adam,abang kembar Dania,jiran
sebelah rupanya.
''Betul la tu.Tapi sayang..Kahwin ni
untuk orang besar sahaja.Haicarl dengan Nana kena tunggu dulu.Bila
besar nanti,lepas habis belajar lepas tu dapat kerja baru boleh
kahwin..''Haicarl kecewa.Ingatkan bolehlah kahwin masa ni juga.
''Oo..Sekarang tak boleh ya mama?''Puan
Ija ketawa.
''Iya sayang.Tunggu bila besar nanti
ya..''
Haicarl akhirnya mengangguk walaupun dia
kurang faham.Kenapa kena tunggu besar.Kenapa tak sekarang saja?
*********************************
''Nana..Mama kita kata kan,bila besar
baru boleh kahwin.''Haicarl tertunduk sayu.
''Mak Nana pun kata macam tu.''Tapi
Haicarl sudah kecewa.
''Janganlah sedih awak..Nanti bila dah
besar,kita kahwin la..''Sabrina cuba memujuk lagi.
''Janji tau..''Haicarl menghulurkan jari
kelingkingnya.
''Kita janji laa.''Bila jari
bertaut.Satu janji dilafazkan.
**************************************************
''Nana..''Sabrina menjeling tajam.Aku
ketawa.
''Jangan panggil nama tu lagi!''Dia
mengepal penumbuk yang sangat comel pada pandangan ku.Tangan
perempuan,berapa besarlah sangat.Dengan tubuh dia yang kecil molek
lagi.Haihh..
''Comel apa.''Aku masih belum puas untuk
menyakat dia.Melihat dia ketawa.Melihat dia marah,semuanya
menyenangkan aku saja.
''Ee..Kau ni kan!''Mata Sabrina
jengilkan.Geram.
''Sakitlah.''Ok.Aku tarik balik
kata-kata aku tadi.Kecil-kecil pun,sakit woah!Menyengat sungguh
walaupun pun penumbuknya tak seberapa.Tapi sangat berbisa.Aku
mengosok dada ku yang sengal.
Kalau tempat lain,tak adalah sakit macam
ni.
''Padan muka!''Dia ketawa.
''Sab..''Aku terdiam.Pantang betul!
''Sab lupa ya..''Aku pandang wajah dia
tajam.Seperti selalu,ada senyuman sinis dia lemparkan.Sabrina mulai
serba-salah.
Ah..Benci betul dengan mangkuk ayun
ni!Aku sudah mencebikkan bibir.Meluat bila Ilham seakan-akan
menunjuk-nunjuk kepada ku dengan keakrabannya dengan Nana,pujaan hati
aku ni.
''Sorry Am..Sab hampir terlupa.''Aku
tercenggang.Takkanlah si Sabrina dengan mamat perasan bagus ni ada
apa-apa?Aku yang hensem ni,dia nak campak kat mana?Aiseh,mulalah nak
perasan.
''Sab..''Aku tidak suka bila Sabrina
dan dia rapat.Entah kenapa,hati ini sakit semacam.Pantang betul!
''Sorry Carl..Aku gerak dulu.Cikgu Su
dah tunggu..''Melihat mereka melangkah.Hati ini bagaikan
disiat-siat.Haiss!Adakah aku sudah jatuh cinta?Erk?
***************************************************
''Pindah?Tapi kenapa?''Sabrina
tertunduk sayu.
''Kan tak lama lagi exam akhir
tahun.Tahun depan kita dah SPM.Tak boleh ke kau habiskan saja belajar
kat sini sampai kita tamat SPM?''Aku tak tahu nak buat apa.Sesak hati
ini bila Sabrina dan keluarganya akan berpindah.
''Aku dah cakap dengan mak.Tapi mak tak
kasih.Tak apalah.Nanti kau datanglah jumpa aku nanti.Tak pun,nanti
aku selalu datang lawat kau kat sini.''Sabrina memujuk lembut.
Aku tepuk dahi.Apa dia ingat,Sabah
dengan Melaka ni dekat?Dah lah kena naik kapal terbang bagai.
Aku nekad.Nekad untuk
berterus-terang.Biar putih tulang,jangan putih mata.Dari dia kena
kebas.Baiklah aku ikat dia awal-awal.Kan?
Aku menarik nafas panjang.Cuba mencari
kekuatan untuk berterus-terang.Tapi,bila saja aku buka mulut,mesti
tergagap.Hais!Aku tak boleh macam ni.Aku kan lelaki?Jadi,aku kena
berani.Aku menganggukkan kepala,yakin.
''Sabrina..Aku.Aku..Emm..''Ah
sudah.Kenapa payah sangat nak cakap ni?Cakap 'I love you'
sudahlah!Aku mengutuk diri.
''Carl..Kau ok ke?''Bila Sabrina
pandang aku yang masih tergagap-gagap,hati ini semakin kecut.
''Sab..aku..Aku..er..''Ades!Aku mula
mengaru kepala yang tidak gatal.Huh!Payah betul.
''Kau ni kenapa?''Sabrina masih
setia.Aku pandang padang sekolah yang sunyi.Mujur cuma ada beberapa
orang pelajar sahaja yang ada.Itu pun masih bersantai-santai lewat
petang ini.Baru habis latihan bola sepak.Samalah macam aku.
''Sab..I love you.''Aku pejam mata.
Satu saat..Dua saat..Tiga saat..
''Hahahaha..!''Sabrina sudah ketawa
terbahak-bahak.Sikit lagi kalau boleh,mahu tergolek-golek minah ni
ketawakan aku.Ya Allah.Malunya.
Heii..Geram betul!Boleh pula dia
ketawa?Padahal aku dah hampir semput nak kumpul keberanian,nak buat
pengakuan berani mati ni!
''Haicarl..Kau merepek apa
petang-petang ni?''Aku membulatkan mata.Aku nampak tak cukup serius
ke Sab?Mulalah hati ini sayu bagai.Haihh..Adakah cinta ini,bakal
ditolak?
''Aku serius la..''Tapi suara macam
mahu tidak mahu saja keluar.Aku malu.Benar-benar malu.
''Hahaha..Comelnya.Muka kau
merah.''Sabrina.Sampai hati kau ketawakan aku.
''Aku tak main-main.''Bila saja aku
buat muka serius,dia terus menghentikan tawanya.
''Tapi..Kau kan best friend
aku..''Perbualan mulai jadi serius.
''Best friend tak semestinya kekal best
friend kan?Semua orang pun bermula dari kawan..''Walaupun masih
berdebar,melihat wajah dia yang serius,aku jadi lebih yakin.
''Tapi aku cuma anggap kau sebagai
kawan ja..''Aku terkedu.Adakah cinta aku baru saja
ditolak?Wuaahhhh..Nak nangis,tak boleh.Aku kan lelaki.
''Sabrina..''
''Sorry Carl..Aku..Aku..''Dan dia sudah
berlari.Lari meninggalkan ini.Ahh..Aku buntu bila Sabrina begitu.
Apakah keputusan aku untuk
berterus-terang adalah salah?Aku terduduk.Biar ada yang memandang aku
pelik.Aku sudah tidak peduli.
Ah..Tiba-tiba ada satu rasa yang
bertandang.Ya.Rasa menyesal sebab berterus-terang tentang perasaan
ini.Melihat wajah dia yang berubah.Aku tahu.Dia tentu
terkejut.Iyalah.Selama ini,kami sangat rapat.Tapi bila tiba-tiba aku
meluahkan perasaan,mestilah dia tidak selasa.
Aku mulai menyalahkan diri.Dan
sungguhlah.Hari itu,hari yang tak mungkin dapat aku
lupakan.Sabrina,dia meninggalkan ku tanpa sebarang pesanan
terakhir.Tanpa jejak.Tanpa sebarang kata putus.
Cinta ini,mengajar aku erti
rindu,mengajar aku erti setia..Walau kini dia tidak lagi berada di
sisi,akan ku jaga cinta ini sehingga ke pertemuan kami sekali lagi.
''Sabrina..''Aku hanya mampu mengeluh.
*****************************************
Aku pegun.Langkah ini kaku.Terasa
semuanya bagaikan mimpi.Tapi dia,muncul.Muncul setelah puas aku
menanti.
Sabrina..Aku tidak tahu bagaimana untuk
bereaksi.
''Carl..Haicarl?''Dan dia sudah berdiri
di hadapan mata ku.Ini bukan mimpi.Tapi aku rasa bagaikan mimpi.
Bayangkan.Setelah hampir 10 tahun tidak
bersua.Kini dia di sini.Sedang memandang diri ini sambil
tersenyum.Dan senyuman itu tak mampu ku balas.Terasa otak ku tidak
berfungsi.
''Hei..Lupa Sab ya?Ini Sabrina
la..''Dia tertawa lagi.Ketawa yang cukup sopan.Sama seperti
dulu.Sungguh,tiada yang lebih merdu melainkan tawa yang sangat
jujur.Bukan dibuat-buat.
''Ya..Ya..Sabrina..''Dan lidah ini
keluh lagi.Aduhai..
''Hei..Lama tak jumpa.Dah jadi gagap
ya?''Ah..Dia ini,masih seperti dahulu.Suka menyakat ku.
''Kau tak pernah berubah..''Sabrina
hanya ketawa manja.
''Memanglah..Ini Sabrina la.Takkan
pernah berubah.Kau buat apa kat sini?''Dengan senyumannya yang
manis.Sudah cukup buat hati ini berdetak kencang.Sungguh hati ini
tidak mampu ku tenangkan.
''Aku saja jalan-jalan.Kau pula?''Dia
memandang ke kiri sambil melambaikan tangannya.
''Mak..Sini.''Aku Nampak emaknya menuju
ke arah kami.Aku melemparkan senyum.
''Apa khabar mak cik..''Aku menunduk
menyalami tangannya.Ternyata dia agak terpinga-pinga dengan aksi ku.
''Lupa la tu.Mak..Ini Haicarl anak mak
cik ija.''Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk mengiyakan.
''Ya Allah.Carl..Lama tak jumpa.Apa
khabar emak kamu?''
''Sihat mak cik..''
''Mak cik dah lama tak jumpa dengan mak
kamu.Apa kata hujung minggu ni bawa keluarga kamu datang rumah mak
cik.Kita buat makan-makan sikit.''Aku melirik,melihat
wajahnya.Nampaknya Sabrina hanya tersenyum senang.
Hati mula diserang perasaan
indah.Setelah bertahun-tahun.Akhirnya di ku temui.Tapi aku
tertanya-tanya.Adakah hatinya sudah terisi dengan insan lain?Adakah
sejarah 10 tahun lalu akan berulang lagi?Aku buntu.Namun demi dia,aku
ketepikan semua itu dahulu..Biarlah masa yang akan menentukan.Andai
ada jodoh.Tak ke mana juga.Bukan?
Hati ini mulai mendapat keyakinan
kembali.Dan Sabrina..Ku tunggu selama kasih ku bersambut..
Bersambung..
P/S : Wah..Dah lama tak update blog..sorry guys..Dengan lappy yg kena serang virus..Saya tak dapat nak buat apa2..Satu masalah bila semua cerpen yang dah siapa dan separuh siap,semuanya tidak dapat diselamatkan lagi..Hurmm..Sedihnya..Inilah padahnya bila tak buat backup kan..Jadi,moral of he story..Lain kali tak buat lagi dah hehe..Sepuluh jari saya susun ya..
aduhai!sweet nye dek..semuge impian n cinta carl di permudah kn.n jodoh carl ngan sabrina dh tertulis di azali!teruja akak dek cpat2 sambung ye dek..........
ReplyDeletethanks kak norihan..Haicarl tgah usahalah tu..doakan Haicarl ya..huhu..thanks sbb sudi komen..
Deletebest la.. kelakar pun ad ..
ReplyDeletethanks einaz hehe..nnti ada mada kita sambung ya..
DeleteBila akak nk sambung lgi??
ReplyDelete