CERPEN

Thursday, 8 November 2012

Cerpen : Belenggu Takdir(Full)-END




     Perancangan takdir..Sesungguhnya aku tidak pernah merancang mahupun memasang angan bergelar seorang isteri di usia 19 tahun ini.Namun andai ini takdir yang tertulis,aku cuba untuk menerima semua ini seadanya.Tipulah kalau aku redha.Tapi memandangkan hasrat ayah yang satu ini,aku turutkan juga.


     Mengenali dia,suami ku hanya setelah kami diijabkabulkan.Dan Menjalani bahtera rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah.Dan baru aku tahu,dia tidaklah sesempurna mana.Namun siapalah diri ini untuk mempersoalkan kesempurnaan sedangkan diri ini juga ada banyak kekurangannya.

     Namun aku bersyukur,dia juga menerima diri ini seadanya walaupun beza umur kami hampir sepuluh tahun.Bukankah hidup ini harus selalu saling bertolak-ansur dan saling melengkapi antara satu sama lain.Dan dengan ini,aku cuba untuk menjadi lebih matang.

     ''Sayang..''Tubuh itu aku peluk kejap.Meminjam sedikit kekuatan untuk menghadapi saat-saat yang semakin suntuk.Selama dua tahun aku berkongsi hidup dengannya.Betapa dia mengotakan segala janji-janjinya agar membahagiakan diri ini seumur hidupnya.
     Dan hasilnya,memang aku sangat bahagia.Ternyata dia juga berjaya membuatkan diri ini merasai bagaimana rasanya mempunyai sebuah keluarga sempurna sekali lagi.Tapi kini..

     Masih teringat lagi pelukan hangatnya saat dia cuba menenangkan diri ini agar menerima pemergian abah buat selamanya.Baru seminggu bergelar seorang isteri di usia muda,abah pergi menyusul ibu.Dan dialah sumber kekuatan ku saat itu.

Dan baru kini aku sedar,mengapa abah beria-ria memaksa ku menerima lamaran ini.Rupanya abah tidak ingin anak gadisnya keseorangan menempuh perjalanan hidup selepas ketiadaannya nanti.

     ''Abang..Jangan tinggalkan Nia..''Aku sudah teresak kecil.Rupanya aku tidak sekuat mana.Masih gagal mengawal emosi yang bertandang.Ya tuhan..Bagaimana aku harus menjalani hidup ku tanpa dia selepas ini..

     Bagaimana harus aku menghadapi kehilangan sekali lagi.Dan disaat kami bakal menimang cahaya mata,tanda cinta kami.Dia pula yang bakal pergi meninggalkan diri ini buat selamanya.Setelah hampir dua tahun kami menanti,akhirnya doa kami untuk memiliki cahaya mata hasil dari hubungan suci ini termakbul jua.

     Namun perancangan takdir,tiada siapa yang mampu mengubahnya.Kini,suami ku Arshad pula yang akan pergi meninggalkan diri ini keseorangan sekali lagi.Barah otak yang dihidapinya semakin merebak.Tiada apa yang mampu dilakukan lagi.

     ''Kan dah janji tak nak nangis..''Dia mengusap kepala ku perlahan sambil menghadiahkan diri ini sebuah kucupan lembut di dahi.Ya Allah..Bagaimana aku harus melalui hidup tanpa dia disisi.Aku tahu,aku perlu kuat untuk bersama dia mengharungi detik ini.Tapi aku juga insan biasa,rapuh bila diuji.

     Entah mengapa,malam ini aku benar-benar tidak dapat membendung lagi sisa airmata mencemari pipi ku.Lembut usapan pada pipi,semakin membuai perasaan ku.Bagaimana hidup ku tanpa dia di sisi selepas ini.Mampukah aku?


''Nia nak abang saja.Jangan tinggalkan Nia..Nia dah tak ada siapa-siapa lagi.Nia hanya ada abang saja.''

     ''Sayang..Kita kena redha yang..Lagipun mama dan papa kan ada..Tolong senyum untuk abang..''Sungguh aku tidak mampu mengukir senyum saat ini.Namun bila dia meminta sekali lagi,aku sedaya upaya mengukir senyuman yang seikhlasnya.Ternyata senyuman itu tidak semanis mana bila diri ini diuji dengan khabar duka ini.

     Dan di sini,saat ini..Sudah hampir dua minggu kami 'berkampung' di hospital.Dan hari ini,dengan berat hati,kami tunaikan juga permintaannya terakhirnya untuk pulang ke rumah.Dan diri ini harus bersedia,kerana bila-bila masa sahaja,dia akan pergi meninggalkan diri ini buat selamanya.


      Malam ini,bertemankan bulan,aku dan Arshad duduk di gazebo sambil melihat langit yang kelam.Tiada sebutir bintang pun kelihatan malam ini.Seolah-olah langit turut sama merasai hati ku yang berteman walang.

     ''Baby meragam tak..''Lantas tapak tangannya singgah mengusap lembut perut ku yang sudah mulai menampakkan bentuknya.Walaupun baru mencecah lima bulan,aktifnya bukan main.Kadang-kadang kalau Arshad ada disamping ku,adakalanya aku tersentak dengan pergerakkannya.Seolah-olah 'dia' cuba untuk berinteraksi dengan babanya.Aku tersenyum kecil.

     Sepanjang tempoh kehamilan ini,Arshad tidak pernah meninggalkan ku.Malah Arshad sentiasa cuba untuk memenuhi segala kehendak ku.Betapa gembiranya hati ini kerana aku tahu,walaupun Arshad bakal meninggalkan ku zuriat ini bakal menjadi penganti dirinya.

     ''Nakal macam abang juga.Bila tahu baba dia ada,mulalah dia tak duduk diam.Tak boleh bagi Nia rehat sikit..''Arshad tertawa kecil mendengar omelan ku.Tahu anaknya ni memang sebijih perangai dengannya.Ligat bukan main.

     ''Anak baba mestilah kuat.Bila besar nanti,boleh lindungi Ibu..Kan Aiman.''Aku terlopong.

     ''Aiman?''Arshad menganggukkan kepalanya.

     ''Abang nak namakan dia Aiman Hafiz..Ok tak..?''Aku menganggukkan kepala.Iyakan saja.

     ''Kalau perempuan macam mana?Abang nak namakan apa pula?''Pelukan dieratkan.Cuba mengumpul segala kehangatan buat bekalan nanti.Ah..Aku bakal merindui bau ini..Kehangatan ini.Cepat-cepat ku seka airmata yang hampir menitis.Tidak ingin merosakkan saat indah ini..

     ''Abang boleh rasa..Anak abah mesti lelaki kan?''Arshad seolah-olah bercakap dengan kandungan ku.Lalu dielusnya perut ku perlahan dengan penuh kasih sayang.Aku sedar,Arshad terlalu bahagia dengan anugerah ini.Namun aku juga sedikit terkilan.Kenapa di saat dia bakal dijemput pergi,barulah zuriat ini hadir.

     Sesungguhnya takdir itu banyak rahsianya.Aku tahu berdosanya diri ini kerana sering menyalahkan takdir.Seringkali Arshad menegur sikap ku yang sering mempersoalkan takdir.Mempersoalkan penyakitnya.Mempersoalkan cahaya mata yang lewat hadir hanya pada saat Arshad bertarung dengan nyawa.

     ''Sebab dia yang akan mengantikan tempat abang nanti..''Sayu saja kata-kata itu menusuk jantung ku.Tapi kenyataan itu memang sudah tersurat.Bila-bila masa saja,dia bakal meninggalkan diri ini.Dan malam ini,bertemankan langit yang gelap dan kelam,kami mengeratkan lagi pelukan.Terasa detik itu semakin dekat.Dan tiada apa yang mampu mengubahnya..

     ''Maaf sayang..''Aku terkedu.

     ''Kenapa abang nak minta maaf pula?Abang tak salah apa-apa pun dengan Nia..''Tangan naik mengusap wajah yang semakin cengkung dan agak pucat.Sayu hati ini melihat derita yang terpaksa ditanggung Arshad.Tuhan..Tabahnya dia.

     Aku tahu,Arshad sedaya upaya menceriahkan wajahnya walaupun di dalamnya penuh dengan keperitan dan segala kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.

     ''Abang minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji abang nak jaga Nia.Nak besarkan permata hati kita ni sama-sama.Ab..''Lantas ku letakkan jari di bibir.Mematikan kata-kata kesal yang terbit ,meruntun hati ku.Airmata Arshad mulai bergenang.Bertambah-tambah sakit hati ini bagai dicarik-carik melihat kesedihan diwajahnya.

     ''Tak..Abang salah.Selama ini pun abang dah cukup bahagiakan Nia.Janji-janji abang untuk bahagiakan Nia pun abang dah tunaikan.Mungkin masa tu tak cukup panjang bagi kita tapi percayalah.Nia betul-betul bahagia dengan abang.Dan Nia betul-betul bersyukur kerana dijodohkan dengan abang.

     Andai takdir sudah tersurat begini,Nia tetap rasa bersyukur juga kerana diberi peluang untuk menjadi suri di hati abang walaupun sekejap saja.''Airmata Arshad gugur jua.Sekalipun masa itu singkat bagi kami untuk bersama.Sekurang-kurangnya kami tetap bahagia.Dan saat ini,aku harus belajar untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka.

     ''Ya Allah..Kuatkan hati ini untuk merelakan dia pergi.Redhakan hati ini untuk menerima perpisahan ini.



**********



     Aku mengusap perut yang sudah memboyot.Aku tersenyum kecil apabila ada gerakan,menunjukkan si 'dia' juga sedang berinteraksi dengan diri ini.Sungguh aku bahagia dikurniakan dengan anugerah ini.Bersyukur kerana masih punya kesempatan dan diberi peluang untuk merasai,betapa anugerah ini amat bernilai dan membahagiakan.

     Pantas aku menoleh bila saja ada tangan lain yang menyentuh lembut bahu ini.Aku mengukir senyum bila melihat muka mama yang jelas rasa bersalah.

     ''Maafkan mama sayang..''Aku hanya mampu mengelengkan kepala.Tidak terganggu sama sekali dengan kehadirannya.

     ''Mama..Nia ok.''Aku senyum lagi.

     ''Nia buat apa duduk kat luar malam-malam ni.Tak sejuk ke?Macam mana cucu mama hari ni..Nakal tak?''Mama menyentuh perut ku lembut.Dan sepeti biasa,ada gerakan kecil yang bertindak balas.

     ''Lasak mama..Sampaikan Lia dah tak larat nak melayan.Bila Nia bergerak saja,dia pun mulalah meragam.Nakal betul..''Dengan perasaan bahagia,aku menyapa lembut perut ini lagi.Bukanlah hendak merungut,saja mahu bermanja dengan mama sebenarnya.

     ''Kan mama dah cakap,Nia duduk saja.Tak payah susah-susah nak buat kerja''Mama agak keras bila melibatkan tahap kesihatan ku.Pergerakkan ku yang agak aktif mengusarkan mama.Perut yang besar seperti bola bagaikan 'tiada' apabila aku sudah mulai bergerak.Lenguh juga pinggang ini tetapi apabila mengenangkan aku hanya duduk sahaja membuatkan diri ini mulai rimas.

     ''Ma..Nia ok,cuma Nia memang dah bosan sangat.Setakat kerja di rumah ni,Nia mampu lagi..''Mama memang bertegas.Sampaikan mama sanggup mengupah kak siti untuk melakukan tugas-tugas dirumah.Sampaikan hendak minum air pun aku ditegah untuk mengambilnya sendiri.Semuanya sudah tersedia.Memang agak melebih-lebih bagi ku.Tapi demi menjaga hati mama,aku biarkan juga.

     Aku tahu,mama bukan saja bimbang dengan tahap kesihatan ku.Tapi jauh disudut hati mama,dia sebaiknya mahu menjaga satu-satunya bakal cucu,juga satu-satunya 'tanda' yang ditinggalkan oleh anak tunggalnya yang sudah pergi.Mengenang dia yang sudah tiada disisi,perasaan hiba mulai menguasai diri.

     Tapi aku tahu,mama juga terluka dengan kehilangan ini.Aku kehilangan suami,namun aku masih punya anak yang bakal lahir sedikit masa lagi.Namun mama,dia kehilangan anak dan satu-satunya zuriat yang dia ada.

     Sudah empat bulan arwah pergi.Bagaikan baru semalam rasanya,dimana dia mengucup lembut dahi ini.

     'Abang..Nia rindukan abang..'

     ''Mama dah siapkan semua barang Nia.Nanti dekat-dekat dah nak bersalin ni kenalah bersedia apa yang patut.Nanti taklah kelam-kabut sangat.''Aku tersenyum senang.Tengok,kan mama memang terlalu memanjakan diri ini.

     ''Thanks mama.Nia ni asyik susahkan mama saja kan?''Lantas wajah mama bertukar keruh sehabis aku menuturkan ayat.Tahu mama terasa dengan kata-kata ku.Tahu mama memang tak suka bila aku sering kali merasa seperti menyusahkan mama.Tapi setakat mana kemampuan ku untuk melarang mama.Lagipun ini bakal cucunya juga.

     ''Tak lama lagi Nia dah nak bersalin.Dah sedia nak jadi ibu?''Aku hanya mengangguk senang.Tidak sabar rasanya menimang si kecil nanti.Tapi dalam hati ini ada juga rasa takut.Bagaimana nanti kalau aku tidak mampu mengalas tanggungjawap ini?

      ''Kenapa ni?Nia macam susah hati saja..''Mama mengusap pipi ku lembut.

     Aku mengeleng perlahan.''Tak laa..Cuma Nia takut Nia tak mampu mengalas tanggunagjawap sebagai ibu yang baik,sempurna untuk si kecil ni ma..Nia takut tak pandai mendidik si kecil ini nanti.''Mama tersenyum manis.

     ''Laa..Pasal tu saja?Tok ma dengan tok abah dia kan ada.''Dan aku tahu,aku tidak bersendirian saat ini.''Terima kasih abang..'' Arshad betul,aku tidak bersendirian kerana keluarga dia sentiasa ada untuk menyokong setiap langkah ku.

     ''Thanks mama..''







     Kini,aku faham bila abah tidak mampu untuk menjawap setiap patah kata ku yang bertanyakan tentang ibu.Setiap masaSentiasa membebankan abah dengan segalam macam soalan mengenai ibu.Di mana ibu?Mengapa ibu tidak lagi bersama kami.Mengapa ibu tidak menyediakan sarapan untuk kami lagi dan mengapa ibu tidak lagi mengejutkan ku dan menyiapkan diri ini untuk ke sekolah.
     Dan tahulah aku perasaan abah bila sering kali aku mendesak untuk menjawap semua soalan ku.Tapi yang membezakannya,aku sempat merakam kenangan indah bersama ibu,masih punya kesempatan untuk merasai nikmat air tangannya menyediakan semua keperluan aku dan abah walaupun memori itu agak kabur.Dan kini..
 
     ''Ibu..Semua kawan-kawan Aiman ada ayah datang jemput.Kenapa Aiman tak ada?''Aku terkedu.Betapa selama ini aku tidak memikirkan tentang hakikat ini.Apa yang aku tahu hanyalah dengan menjadi seorang ibu yang terbaik buat Aiman.Menjadi ibu dan ayah pada masa yang sama.Berkerja keras demi menyediakan segala keperluan buat dia agar segalanya sempurna.Tetapi aku lupa,lupa dengan kekurangannya ini.
 
     ''Sayang ibu..Sayang kan ada papa Adam..''Aku cuba memujuknya lagi.
 
     ''Tak nak..Ayie nak papa sendiri..Papa Adam Mira punya papa..''Aiman sudah merengek-rengek.Aku sudah buntu untuk menjawap setiap patah kata yang keluar dari bibir mungil itu.Aku sedar,walaupun abang Adam ada sebagai 'papa' penganti kepada
arwah..Aku tahu,hakikat itu tidak pernah akan berubah.Dan buktinya,Aiman mahu papa dia sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.Tapi..
 
     ''Ayie..''Nampaknya untuk kali ini.Aiman sangat bertegs dengan kehendaknya.
 
     ''Ibu..Ayie nak papa sendiri..Ibu suruhlah papa balik..''Aiman..Ibu tak mampu sayang.Airmata ku sudah mulai luruh mengenangkan permintaan Aiman yang tidak-tidak.Bagaimana hendak ku jemput Arshad pulang sedangkan arwah tidak mungkin akan kembali lagi.
 
     Salahkah aku bila tidak bersungguh menerangkan kepada Aiman yang masih kecil mengenai babanya yang sudah lama pergi saat dia masih di dalam kandungan ku lagi.Aiman memang petah berkata-kata.Walau baru berumur empat tahun,soalannya bagaikan orang dewasa.Aku cuba sedaya upaya untuk memberi jawapan yang terbaik buat dirinya.
 
     Namun bila melibatkan 'babanya',aku jadi keluh.Seringkali dia bertanya,akan aku jawap dengan berhati-hati.
 
     ''Ibu..Baba Aiman mana?Kenapa Mira ada papa..Abil ada abah..Aiman punya baba mana?''Soalannya begitu susah untuk ku jawap.Lidah terasa.Bukan aku tidak pernah cuba untuk memberikan jawapan yang betul.Namun soalannya tidak akan Pernah putus sampaikan ada masanya aku hampir hilang sabar dengan karenahnya.
 
     Mujur ada mama dan papa yang sentiasa ada untuk kami.Dan mujur juga abang ku,Adam ada untuk melayannya.Namun sampai bila.
 
     Aiman sekarang sudah pandai bersoal jawap dengan ku.Bila ku khabarkan babanya sudah pergi menghadap sang penciptanya.Namun Aiman seolah tidak memahami apa yang ingin aku sampaikan.Sampailah suatu hari aku memberitahu dia yang babanya telah pergi ke suatu tempat yang sangat-sangat jauh.Barulah sejak itu Aiman sudah kurang mempersoalkan tentang babanya.
 
     Sehinggalah suatu hari,semasa di sekolah tadikanya,Aiman belajar membuat kad.Betapa hancurnya hati ini bila Aiman membuat kad untuk 'babany' yang sudah tiada.
Sungguh aku gaman apabila Aiman meminta alamat Arshad.
 
     ''Ibu..Aiman nak alamat baba.Aiman nak hantar kad untuk baba..''Seolah-olah Arshad itu hanya berada di seberang laut sahaja.Ada di hujung dunia.Padahal..
 
     Namun demi menjaga hatinya,aku katakan pada dia yang aku sendiri yang akan kirimkan kad tersebut.Barulah aku dapatmelihat senyuman Aiman mekar.Manis seperti Arshad.Serba-serbi Aiman memang saling tak tumpak seperti Arshad.Kegemarannya,perangainya.Tapi aku senang melihat semua itu.Seolah-olah Arshad ada disamping ku.
 
     Namun hari ini..Aiman sekali lagi menguji diri ini.Sungguh aku tidak tahu apa jawapan yang harus aku berikan.
 
     Betapa hancurnya hati ini bila aku tidak mampu menunaikan permintaan Aiman yang satu ini.Jika benda lain,mungkin aku bisa usahakan lagi.
 
     ''Tak nak!Ayie nak papa sendiri..Ayie tak kira,Ayie nak juga papa sendiri!''
 
     ''Aiman..Kenapa buat perangai ni!''Aku sudah hilang sabar.Kesabaran yang cuba aku pertahankan akhirnya runtuh jua.
 
     ''Ayie benci ibu!''Lantas Aiman berlari meninggalkan ku keseorangan berlalu ke biliknya.
Aku sudah terduduk lemah.Airmata yang mengalir ku biarkan.Kudrat ku ternyata tidak sekuat mana.Akhirnya tewas dengan emosi ini.
 
     ''Maafkan ibu sayang..Ibu tak sengaja..''Sungguh diri ini lelah.Selama ini aku tidak sedar yang Aiman akan bertanya juga suatu hari nanti.Dan hari itu sudah tiba.Aku kah yang bersalah bila tidak mampu menjadi seorang ibu yang sempurna?
 
     ''Nia..Kenapa ni..''Lantas aku berkalih lalu memeluk tubuh mama.Meminjam sedikit kekuatan.Sungguh aku lelah menghadapi takdir yang tersurat ini.  
 
     ''Mama..Aiman,dia..dia nak jumpa babanya..''Sesungguhnya airmata yang mengalir bagaikan tiada hentinya.Mungkinkah empangan ini sudah tidak mampu lagi menampung setelah hampir lima tahun lamanya aku pendam.Selama ini aku mampu lagi mengukir senyum tanpa setitis pun airmata yang tercalit di tubir mata ini.Walaupun selama ini segala kesusahan aku tanggung sendiri,tapi ia masih tidak mampu mematahkan segala semangat untuk aku membesarkan Aiman.
 
     Walaupun kerap kali aku di duga,aku masih mampu bertahan dengan karenah manusia yang bermacam-macam ragam tetapi aku masih lagi mampu mengalas takdir ini hanya kerana Aiman.Ya.Semua hanya kerana Aiman,yang menjadi pengubat segala duka ini.
Tapi kini,mengapa aku di duga lagi dengan keadaan ini.Bagaimana aku harus menjelaskan kepada dia,sesungguhnya aku tak mampu..
 
        ''Cuba cerita dengan mama..''Aku sudah tidak berdaya lagi.Terasa segala kekuatan yang aku pertahankan,lenyap sekelip mata mengenangkan Aiman.Tanpa segan silu lagi.aku mula melepaskan tangisan di bahu mama.
 
     ''Aiman nak papa dia..Nia tak tahu lagi nak buat apa..''Lantas ku ceritakan tentang karenah Aiman yang semakin menjadi-jadi.Mana baba?Kenapa baba Aiman tak ada kat sini?Dan bila aku khabarkan tentang ayahnya yang sudah pergi ke tempat yang sangat jauh,dimintanya pula untuk menghubungi ayahnya.Dan bila dia meminta seorang 'papa' yang boleh berada disisinya,sungguh aku terkedu.Aku tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menjelaskan semua ini kepada seorang anak yang baru berusia empat tahun.
 
     ''Sabar sayang..Mama faham.Mungkin dah tiba masanya Aiman tahu,hakikat yang babanya sudah lama pergi sayang..''Mama mengusap belakang ku perlahan.Mungkin ingin meminjamkan sedikit kekuatan untuk ku.
 
        Dan malam ini..Buat pertama kali aku merasa sangat penat.Sangat letih dengan hidup yang mulai hilang arah tujunya.Aku malah kewalahan dan hampir menyalahkan takdir yang tersurat.Sunguh,hampir saja aku rebah tersungkur tanpa ada sedikit pun sisa tenaga untuk ku berpaut menampung tubuh ini.

**********

     ''Senyum sikit sayang..''Aku mengucup pipi Aiman.Tahu dia masih merajuk dengan ku.Tapi apakan daya,dimana hendak ku rembat 'papa' untuknya.Semalam bertemankan airmata,Aiman meracau-racau memanggil 'baba'.Betapa pilu hati ini mendengarnya.
 
     ''Ayie..''Aku memanggilnya perlahan.Jelas tubir mata Aiman bakal banjir sedikit masa lagi.
 
     ''Sorry Ibu..Aiman dah buat ibu sedih..''Airmata ku turut mengalir melihat tangisannya.Aiman sayang..Aiman tak salah.Aku faham dengan keadaanya.Suatu ketika dulu aku juga sering bertanya kepada ayah dimana ibu.Sampaikan abang Adam sering memarahi diri ini kerana setiap kali aku bertanyakan soalan ini pada ayah,seringkali itu jugalah tubir mata ayah akan basah.
 
     ''Tak sayang..Dah laa..Jangan nangis-nangis ok.Nanti tak hensem da anak ibu ni.''Dan sekejap itu juga aku melihat senyuman kecil yang tersunging di bibir milik anak teruna ku apabila diusik begitu.Amboi anak ibu,memang pantang dipuji sikit.Sebijik dengan babanya.
 
     Senyuman itu sangat ku rindu.Senyuman itu juga diwarisi dari babanya.Betapa dari hari ke hari Aiman semakin meyerupai babanya.Nakalnya dia bila mengusik.Cengeng juga bila kehendaknya tidak dituruti.''Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan.''Begitulah Aiman yang menyerupai arwah Arshad.
 
     Ahh..Hati ini masih merindui dia walaupun setelah hampir lima tahun berlalu.Dan kerana ini juga,aku sangat payah untuk menerima kehadiran insan lain di dalam hidup ini.Bagi ku,cukuplah kenangan ku dengan Arshad suatu ketika dulu.Dan kini,masa depan ku bakal terlakar bersama anak teruna ku Aiman.

**********

     ''Puan..Wakil dari syarikat Suria Holding dah sampai.''Setiusaha ku,Ain sudah terpancul di depan pintu bilik ku.
 
     ''Ok..Kalau macam tu,kita gerak sekarang.''Sambil melangkah menuju ke bilik mesyuarat,Ain sempat memaklumkan segala tugas dan temujanji dengan client untuk hari ini.Argh..Kerja yang memang tak pernah habis.
 
     Kadang-kadang aku kasihan melihat Aiman yang agak terabai.Bukan aku sengaja meletakkan kerja ku di tempat teratas selepas Aiman.Tapi apa pilihan yang aku ada.Arshad sudah mengamanahkan segala urusan syarikat kepada ku.Mujur papa sentiasa ada menjadi tempat untuk aku merujuk segala macam perkara yang berkaitan.
 
     Penat.Namun semua ini aku lakukan demi kelurga kecil ku dan Aiman.Dan suatu hari nanti,semua ini bakal mejadi milik dia juga.Dan aku harus menjaga amanah ini sebaik-baiknya.

**********

     Aku rimas bila semua yang aku katakan tidak pernah diambil kira.Tidak pernah cuba untuk memahami situasi ku ini.Macam mana lagi harus ku jelaskan.Dia,manusia keras kepala yang paling menyampah aku pernah berurusan!
 
     ''Nur..Sampai bila nak elakkan diri dari saya ni?Kenapa mengelak bila saya nak jumpa?Kenapa tak pernah Nur nak bagi peluang untuk diri Kir dan diri Nur sendiri?Please..''Argghh!!Hampir saja aku gila andai berterusan begini.Tahukah dia yang aku benar-benar tidak ingin memberikan dia harapan?Tidakkah dia dapat menangkap dengan jelas setiap tindak-tanduk ku yang seringkali cuba mengelak dari menunaikan permintaannya.
 
     Ah..Dia ni memang 'kacang hantu'!Apa lagi bahasa yang harus aku gunakan?Bahasa melayu?Inggeris?Ke uganda,korea atau mana-mana bahasa yang memang tidak pernah aku pelajari!
 
     ''Encik Zaakir Ahmad!Dah berapa kali saya nak jelaskan.Cukuplah hubungan kita sebagai rakan perniagaan tidak melangkaui batas.Dan sekali lagi saya nak tegaskan,tolong jangan panggil saya Nur.Saya tak selesa.''Aku cukup tidak suka apabila ada orang lain selain ibu dan abah memanggil ku dengan panggilan Nur.Sedang Arshad sendiri pun tidak pernah memanggil ku dengan nama ini.
 
     ''Ok..Ok..Tapi please Dania,just lunch for today?Please..''Melihat wajahnya yang penuh mengharap,aku jadi tidak sampai hati.
 
     ''Saya betul-betul sibuk encik Zaakir!Tak nampak ni?Dengan dokumen yang bertimbun.''Aku cuba untuk bertegas.Kesabaran sikit teruij melihat karenahnya suka sangat memaksa.Namun setakat ini aku mampu menangkis lagi.
 
     ''Kalau bukan sebagai kawan pun,as client would be okey?Lunch with me pleases..''Dan wajahnya jelas sangat-sangat mengharap.
 
     Dan aku mengangguk lemah.Dengan hati yang tidak rela,aku turutkan juga kemahuannya untuk kali ini saja.
 
     Jelas di wajah Zaakir terukir senyuma kemenangan.Setelah sekian lama,baru kali ini aku beralah.Biarlah..Untuk kali ini saja.Bukan?


     Sambil memandu dengan tenang,aku perhatikan wajah anak teruna ku yang diam tidak berkutik sejak kami balik dari melawat pusara arwah babanya.Dan buat pertama kalinya,aku membuka kembali kisah ku dan Arshad suatu ketika dulu sehinggalah ke detik kelahirannya.Sedaya upaya aku cuba untuk mencari ayat yang mudah untuk Aiman agar dia faham cerita yang ingin ku sampaikan.
     ''Sayang ibu ni kenapa diam saja?''Aku cuba memancingnya untuk berbual.
Aku hampa bila Aiman hanya diam tanpa langsung menunjukkan sebarang reaksi.Ya,aku sedar.Aiman mungkin agak terkejut dengan semua ini.Memang salah ku.Sepatutnya aku didik dia untuk menerima hakikat ini lebih awal
 
     Dan kini Aiman hanya mendiamkan diri.Tapi aku sedar,sampai bila aku harus menjaga hatinya tanpa menerangkan keadaan sebenar?Walaupun baru berumur lima tahun,Aiman berhak untuk tahu perkara yang sebenarnya agar dia tidak keliru di masa akan datang.
 
     ''Ayie dah tak nak bercakap dengan ibu ke?Tak sayang ibu lagi?''Aku mencuba lagi.Untuk saat ini aku harus bersabar dengan karenah Aiman.Sekarang bukanlah saat yang sesuai untuk aku beremosi sedang emosi Aiman sendiri tidak stabil.
 
     ''Nak Mcd tak?''Dia hanya mengelengkan kepala.
 
     ''Aiman nak balik!''

     Sampai saja di rumah,Aiman terus meninggalkan ku tanpa berkata walau sepatah pun.Bimbang dengan perangainya yang tidak pernah-pernah begini aku menjadi semakin gusar.
 
     ''Kenapa dengan Aiman tu?''Kemunculan mama sedikit membuatkan aku tersentak.Terlalu ralit memerhatikan gelagat Aiman yang lain dari biasa.
 
     ''Entahlah ma..Sejak balik dari kubur tadi terus Aiman tak bersuara.Nia risau la ma..''Aku memang sangat risau dengan Aiman.Selalunya riuh saja suara kami bertingkah.Tapi kini,Aiman..
 
     ''Hurmm..''Lantas aku melabuhkan duduk di sofa berhampiran dengan mama.
 
     ''Tak baik mengeluh sayang..Mungkin Aiman masih terkejut lagi tu.Kejap lagi ok lah tu.''Mama mengosok bahu ku perlahan.Sedikit tenang.
 
     ''Ma...Nia rasa gagal menjadi seorang ibu yang baik untuk Aiman.Kalau la Nia didik Aiman untuk menerima kenyataan ni lebih awal mungkin Aiman tak akan jadi macam ni..''Aku lelah bila memikirkan sikap Aiman yang mulai menjadi pendiam.
 
     ''Jangan salahkan diri Nia..Anggaplah ini semua dugaan.Lagipun Aiman kan masih kecil lagi.Sebab tu Nia buat keputusan begitu kan?''Mama memaut tubuh ku kejap.Perasaan ku menjadi lebih tenang.
 
     ''Bagi Aiman masa ya..?''Aku mengangguk lagi.
 
     ''Nia.mama sebenarnya ada hal nak bincang.''
 
      ''Apa dia mama..''Aku agak berdebar menanti suara mama.
 
     ''Nia tak terfikir ke untuk mencari penganti Arshad?Dah lima tahun sayang..''Aku agak terkejut dengan soalan mama.
 
     ''Mama..Nia tak pernah terfikir pun tentang ini.Sekarang ni Nia cuma nak jaga Aiman..mama papa dan sampai bila-bila akan tetap macam tu.Abang tak ada pengantinya mama..''Sampai hati mama..Tidak sanggup rasanya untuk menduakan kasih yang aku semai sejak dahulu hanya untuk dia,Yang penting bagi ku sekarang ini adalah Aiman.Tapi mama..
 
     ''Nia..Mama cuma nak Nia mencari bahagia untuk diri sendiri.Sekurang-kurangnya Aiman merasa mempunyai papa sekali lagi.Mama kasihan tengok dia..''Aku tahu mama mahu aku mencari bahagia.Memberi Aiman kehidupan yang lebih sempurna.Tapi bagi ku,cukuplah begini,dan aku tidak perlukan apa-apa lagi selain keluarga kecil ku ini.
 
     Aku hanya mampu menundukkan wajah.Sayu dengan permintaan mama.Mampukah aku?Sungguh aku tidak sanggup menduakan kasih Arshad.Dia segala-segalanya untuk ku dan kini walaupun dia sudah tiada,cinta itu tetap untuk dia.
 
     ''Maafkan Nia ma..Buat masa ni,Nia cuma nak tumpuhkan sepenuh perhatian untuk membesarkan Aiman.Yang lain tu biarlah dulu.Kalau ada jodoh,Nia takkan tolak..''Dan setiap hari Nia berdoa,biarlah jodoh Nia dengan abang kekal hingga ke syurga ma..

**********

Aiman tidak selincah dulu.Sedaya-upaya aku cuba meluangkan masa dengannya.Cuba menceriakan dia dengan mengambil cuti balik ke kampung tapi Aiman masih begitu.Bimbang dengan keadaannya,lantas aku memutuskan untuk berjumpa doktor pakar kanak-kanak.
 
''Anak puan tak ada apa-apa.Cuma mungkin dia agak kesunyian?Puan ada cuba luangkan masa untuk dia tak?Jangan salah faham puan,saya cuma nak tahu punca kenapa anak puan boleh berubah sikap.''Aku hanya menganggukkan kepala.Faham dengan tugas yang dipikulnya.
 
''Memang saya agak sibuk kebelakangan ni.Tapi minggu lepas saya ada bawa dia balik kampung sebab saya tahu,dia sangat suka bila saya bawa dia balik kampung.Cuma kebelakangan ini dia agak diam.Saya tak tahu nak buat apa doktor.''Mengeluh lagi.Aiman..Ibu tak tahu apa salah ibu sayang.Dan di sudut bilik yang menempatkan pelbagai mainan,Aiman masih termenung dan melihat saja mainan yang ada tanpa sebarang reaksi ceria melihat mainan yang bermacam-macam itu.
 
''Boleh saya tahu kenapa Aiman boleh jadi macam tu?Maksud saya,keadaan yang membuatkan dia berubah?''
 
''Berubah?Saya tak pasti doktor.''Lantas aku teringat mengenai kejadian bulan lepas dimana aku membawa Aiman menyelami hakikat sebenar dengan membawanya melawat pusara arwah.Adakah itu puncanya?Oh Aiman..
 
''Mungkin sebab arwah papa dia..''Lantas aku terangkan serba-sedikit cerita sebenarnya yang ku kira membawa punca kepada perubahan Aiman.
 
''Puan..Emosi kanak-kanak ni sentiasa berubah.Ini dipengaruhi bukan saja dari kalangan ahli keluarga malah pengaruh luaran.Pernah tak dia ceritakan tentang apa-apa saja yang berkaitan papanya ataupun ada kehendak yang puan tidak tunaikan?Setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang menunjukkan mereka memberontak.
 
Ada beberapa cara yang kita boleh nilai disini.Ada sesetengah kanak-kanak menunjukkan mereka kecewa atau memberontak dengan melawan apa yang ibu bapa aturkan untuk dia.Tapi Aiman dia tidak begitu.Saya rasa dia cuba pendamkan kehendak yang tidak dapat ditunaikan.Mungkin sebab faktor sekeliling.Mungkin dia kecewa apabila melihat orang lain ada papa tetapi bagi Aiman dia tiada semua tu.''Aku terkedu sama sekali.Mungkinkah Aiman amat mengharapkan kehadiran 'papa' yang tidak mungkin ada untuk dia?
Baru aku sedar,selama ini sekurang-kurangnya abang adam ada untuk dia.Walaupun terpaksa berkongsi dengan Mira,dia masih mempunyai tempat untuk menumpang kasih.Aku mulai sedar,sejak abang adam berpindah ke Uk atas urusan kerja,Aiman tidak seceria dahulu.
''Terima kasih doktor.''Setelah serba-sedikit mendengar penerangan doktor Salwa tadi,aku sedar yang Aiman amat-amat memerlukan perhatian ku saat ini.

**********

''Kita nak kemana ibu?''Setelah sekian lama,akhirnya Aiman bersuara walaupun hanya beberapa patah.Tak apalah,janji Aiman sudah pandai berbual dengan ku.Jika kebelakangan ini,kemana saja aku bawa belum tentu dia akan bertanya.Nampaknya Aiman ada perubahan positif.
 
''Aiman rasa?''Aku cuba untuk memancing dia untuk berbual lebih panjang.
Melihat Aiman yang kembali diam,aku sedikit hampa.Tapi tidak apa.Sekurang-kurangnya untuk hari ini dia sudah pandai memulakan perbualan walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.

Sampai ke tempat yang dituju,kereta aku berhentikan di petak parking.Seperti biasa Aiman akan memaut jemari ku erat bila kami jalan beriringan.
 
''Sorry lambat.Dah lama tunggu?''Zaakir tersenyum menyambut kedatangan kami.
''Tak apa.I pun baru saja sampai.Hai Aiman..''Tapi reaksi Aiman agak mengecewakan.Mungkin dia belum biasa barangkali.Aku cuba meyedapkan hati.
 
Akhirnya dengan hati yang berat,aku menunaikan permintaan Zaakir untuk keluar bersama.Mungkin sudah tiba masanya aku memberi peluang kepada diri ku dan Aiman sekali lagi.
Walau bukan untuk diri-sendiri,tapi sekurang-kurangnya aku lakukan ini untuk Aiman.Biarlah aku beralah untuk kali ini.
 
Tidak sanggup rasanya untuk terus melihat Aiman yang bertukar menjadi pendiam.Mama dan papa nampaknya agak senang bila melihat aku akhirnya sudi menerima pelawaan Zaakir untuk kali ini.
 
Aku agak Hampa bila Aiman langsung tidak mengendahkan Zaakir yang cuba untuk mengambil hatinya.
 
''Aiman tak nak!''Aku tersentak bila tiba-tiba Aiman meninggikan suaranya begitu.Marah bila dipaksa melantunkan bola yang dibaling oleh Zaakir untuk dia.
 
''Aiman!''Aku agak malu dengan situasi ini.Tidak sepatutnya Aiman bersikap kurang ajar begitu walaupun dia tidak menyukainya.Aiman telah ku didik secukupnya untuk menghormati orang yang lebih tua.Tapi hari ini.
 
''Aiman dah cakap tak nak.Uncle ni yang suka paksa Aiman.''Aiman sudah teresak kecil.Dan tiba-tiba aku menjadi rasa sangat bersalah kerana mengherdiknya begitu.
 
''It's ok Dania..I yang paksa dia.Jangan marahkan Aiman.Dia cuma tak biasa saja..''Zaakir nampaknya agak sabar melayan Aiman.
 
''Dia tak pernah macam ni.I..I'm really sorry Kir.''Zaakir tersenyum manis,cuba mengusir rasa bersalah ku sebentar tadi.
 
''I tahu..Tak apa.Mungkin dia belum bersedia lagi.Mungkin dia tak biasa dengan saya lagi..''Aku serba salah.
 
''Aiman nak balik!''
''Kita pergi makan dulu?''Zaakir sudah mencangkung menghadap Aiman.Jelas di wajahaya yang dia bersungguh untuk mrngambil hati Aiman.

''Aiman tak nak.Aiman nak balik.Ibu?''Nampaknya Aiman tidak akan bertolak-ansur.

Setelah meminta maaf dengan kelakuan Aiman,aku meminta diri dengan Zaakir untuk beransur pulang.Nampaknya pertemuan ini agak singkat dengan perangai Aiman yang dingin.

**********
Sedang kami ke tempat parking,aku terdengar suara bayi menangis agak nyaring.Pada mulanya aku tidak mengendahkan suara tangisan itu.Pada fikiran ku mungkin kepanasan atau apa-apa saja.Tapi semakin mendekati suara itu,jelas ku lihat seorang lelaki sedaya upaya untuk menenangkan bayi yang ku kira mungkin dalam lingkungan setahun.
 
Lelaki itu agak kelam-kabut dengan situasi ini.Seolang-olah dia tidak pernah atau jarang menguruskan bayinya.Sekejap dia menyuakan botol susu.Di letakkan bayikan bayi di dalam troli kembali.Tapi bayi tersebut masih galak menangis.Mana lagi dengan cuaca panas.
 
Tidak ingin menjadi seorang penyibuk,aku membawa Aiman melanjutkan langkah.Namun langkah ku terhenti apabila Aiman statik pada tempatnya dan dia memandang dengan penuh minat ke arah bapa dan bayi tadi.
 
''Ibu..''Wajah Aiman yang sangat-sangat mengharap.Aku tahu Aiman mungkin tidak sanggup melihat bayi itu berterusan menangis.
 
Akhirnya kaki kami hala menuju ke arah bayi tersebut.Mungkin aku boleh tolong tengokkan apa yang patut.
 
''Encik..Kenapa ni?Nak saya tolong?''Aku cuba memaniskan wajah.Nyata diwajahnya ada perasaan cuak,masih was-was dengan kahadiran kami yang tiba-tiba muncul barangkali.
 
''Err..Saya Dania,ini anak saya Aiman.Mungkin saya boleh tengokkan anak encik.''Dan bayi itu masih menangis.Aduhai..Kasihannya.
 
''Err..Saya tak tahu nak buat apa lagi.Lampin saya dah tukar.Tapi dia masih tak nak diam.Bagi susu pun dia tak mahu.''Nada suaranya kedengaran gusar.Mungkin sudah hilang idea untuk memujuk anaknya kembali.
 
''Err..Boleh saya..''Lantas bayi tersebut diserahkan kepada ku dengan teragak-agak.Tapi melihat bayinya yang masih menangis,dia serahkan juga.
     
''Boleh pasangkan Aircond?''Enjin dihidupkan.Pintu belakang kereta dibuka.
Baby gurl yang sangat comel.Aku tersenyum melihat wajah yang mulai reda tangisnya dan terkebil-kebil memandang ku.Lampin bakai buang yang dikapai bayi tersebut aku periksa.Terbalik rupanya.Macam manalah dia pakaikan sampai terbalik ni..Sepatutnya bahagian depan tu dia letak ke belakang pula.Aku mengeleng kepala perlahan.Dan aku periksa perutnya.Sah,perutnya sedikit kembung.Mungkin masuk angin.Badannya juga sedikit panas.
 
''Ada minyak angin?''Lantas minyak angin bertukar tangan.Aduhai..
 
''Untuk baby?''Wajahnya jelas kebinggungan.Takkanlah dia gunakan minyak angin cap kapak yang pedas untuk bayi yang masih sekecil ini?Kalau betul memang kasihanlah bayi ni.
 
''Er..Saya ada yang ni saja..''Aku mengeluh dengan sikapnya yang kurang bertanggungjawap.Macam manalah dia ni lepas jadi bapa orang!
 
Nasib baiklah minyak angin Aiman ini sentiasa ada di dalam beg tangan ku.Sentiasa ku bawa walau kemana saja sebagai langkah persediaan.
 
Minyak angin ku letak sedikit di telapak tangan dan mengosoknya sehingga panas,barulah ku sapu rata dari dada sampailah ke bawah perut.Mujurlah aku mempunyai pengalaman menguruskan Aiman.Boleh juga ku praktikkan untuk membantu orang,lagi-lagi seperti bapa yang macam ni.Dan hasilnya,baby comel ini diam dan susu botol yang aku suakan dilahapnya dengan sangat laju.Kasihannya,lapar susu barangkali.
 
Hai laa..Manalah ibu bayi ni.Takkan sanggup ditinggalkan dengan bapa yang langsung tidak pandai menguruskan bayi sekecil ini.
 
''Encik..Bayi ni sangat-sangat sensitif.Bila dia tak selesa,kena check lampin dia ok ke tak.Lepas tu pastikan perut baby tak masuk angin.Kadang-kadang bila dia lepas buang air kecil atau besar,bayi akan cepat lapar..
 
Dan kadang-kadang kalau baby masih nangis juga memang kena tengok juga perut dia kembung atau ada sebab lain yang buat baby tak selesa.''Ternyata dia agak tidak berpuas hati bila aku cuba memberikannya nasihat.Macam mana nak uruskan anak sendiri kalau macam ni.Baru ditegur muka sudah tegang semacam.
 
''Err..Dan anak encik ni nampaknya demam sikit.''Dia agak terkejut.
 
''Macam mana ni?Saya memang tak berapa pandai bab-bab menjaga anak kecil ni.''Bayi yang berada dipangkuan ku diambilnya lantas menciumnya dengan penuh kasih sayang.Aku jadi tersentuh dengan situasi ini.
 
''Cik..Boleh temankan saya jumpa doktor?Maksud saya,nanti kalau doktor tanya saya tak tahu nak jawap apa.''Sedikit simpati dengan situasinya.Tapi Aiman..
 
''Jom ibu,kita temankan adik ke klinik..''Aiman lebih cepat bertindak.
 
''Tapi..Ibu dia?''Takkan aku pula menyibuk sedangkan ibu dia sendiri lebih berhak.
 
''Ibu dia tak ada!''Tak ada?Erk..Aku serba salah.Tapi melihatkan wajahnya yang begitu mengharap,wajah baby gurl yang comel ini dan Aiman yang sudah bersinar-sinar.

''Er..Ok.Tapi kereta saya..''

''Nanti saya hantar awak.''Dan aku tidak harus pentingkan diri untuk saat ini.Kereta ku tinggalkan.

Kami pergi dengan menaiki kereta lelaki tersebut dan anaknya ku pangku sambil Aiman tidak sudah memegang erat tangan kecil itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.Sukanya dia..


''Awak pasti?Tak akan ada penyesalan?''Aku mengangguk yakin.Cukuplah selama ini.Mungkin sudah tiba masanya untuk ku melangkah ke depan.
 
''Kenapa?Awak dah ubah fikiran ke?''
 
''Takk!Dan saya yakin yang awak juga takkan kecewakan saya kan?''Nampaknya masing-masing sudah mampu menarik nafas lega.

**********

''Ibu..!Buku Aiman..''Nyaring suara Aiman memanggil ku.Terbantut sekejap kerja-kerja ku di dapur.Muncungnya sudah panjang sedepa.Aduhai anak teruna ku yang satu ini.Manjanya mengalahkan Aina yang baru berusia dua tahun lebih.
 
''Kenapa ni?''Dengan mukanya yang masam,buku latihan yang sudah hilang muka depannya dihulurkan kepada ku.Aku tergeleng kecil.Sekali lagi?Nafas ku tarik panjang.
 
''Ni kenapa letak merata ni?Kan dah pesan selalu,buku tu jangan letak merata.''
 
''Lupaa..Tadi along letak kat atas tilam sekejap saja.Tapi tak sampai lima minit,adik dah koyakkan buku along ni.Tengok ibu,siap ada tandatangan adik lagi..''Aiman mencebik.Aku tergelak kecil.Aina si jantung hati ku selepas Aiman dan suamiku.Memang selalu mencari pasal dengan abangnya.Mentang-mentanglah Aiman selalu manjakan dia.
 
''Dah tu adik kat mana?''Bukan tadi dia tengah tidur ke?Sebelum ke dapur tadi,sempat aku jenguk dia di dalam bilik.
 
''Tu kat depan tv..Dengan papa.''Haih..Ni lagi sorang.Nak harapkan dia tengokkan si Aina pun payah.
Aku melenggang ke depan.Hendak juga melihat dengan mata sendiri.''Abang ni memang nak kenalah..''Sejak akhir-akhir ni memang aku semakin rajin membebel.Sensitif bukan main lagi.Sampaikan suamiku sendiri pun naik hairan.Tidak pernah-pernah aku begini katanya.Cengeng pun iya juga.Aku sendiri pun naik hairan dengan sikap ku kebelakangan ini.Kadang-kadang terlebih manja mengalahkan Aiman dengan Aina.
 
''Abang..!''Mulut sudah terlopong.Siapa yang tengokkan siapa ni?Hampir tersembur tawa ku melihat Aina yang tersengih-sengih sambil memegang botol bedak,ditabur lalu dicalitkan dengan hujung jari kesekitar muka papanya.Keadaan ruang tamu yang sudah tidak kelihatan rupanya membuatkan aku pening.Aduhai..Berapa kali nak kena kemas ni.
 
''Ibu..''Aina sudah berdiri mendapatkan ku sambil mendepakan tangannya meminta dukung.
 
''Sayang ibu..Kenapa comot sangat ni?Kacau papa yaa..''Aku mencubit pipi Aina yang tembam.Geram betul dengan pipi gebu tu.Wajahnya ku sapa dengan kucupan di pipinya.Aina sudah terkekeh ketawa.
 
''Bu..Papa ain bdak..''Aiman datang menyertai kami.
 
''Adik..Pandai ya cakap macam tu.Tu papa tengah tidur,adik yang main kan..''Aiman juga geram dengan pipi tembam adiknya.Aina merengek bila Aiman mencubit pipinya perlahan.
Ketawa ku dan Aiman bersatu.Dah terang lagi bersuluh,pandai pula dia kenakan papa dia yang sedang tidur lena.Mengalahkan si Aina pula suamiku ini.Alahai..
 
''Sayang..''Perlahan mata dicelikkan.Senyuman manis sudah tersunging menghiasi bibir yang mekar merah itu.
 
''Abang ni memang laa..Nia suruh tengok-tengokkan Aina sekejap pun tak boleh..''Mulut sudah mula membebel.Haih..Boleh semput kalau hari-hari macam ni.
 
''Sorry yang..Abang terlelap pula.''Masih tersenyum.Tahu sangat kalau dia senyum macam tu.Nak buat aku cairlah tu.Benci.
 
''Ni kenapa bedak bertabur ni?Aina buat yaa..?''Aina sudah bersembunyi di belakang tubuh ku.Aiman sudah menjungkitkan kening ke arah papanya.
 
''No papa..''Aina mengeleng kecil.Pandai lagi dia nak elak.Memanglah si kecil ni licik.
 
''Along nampak adik yang main pa..Tu muka papa tu..''Pecah tawa kami bila dia sudah memegang wajahnya yang bertepung.Hasil seni anak dara dia yang sorang ni.
 
''Oo..Mainkan papa ya..Jom seranggg..!''Bedak sudah bertukar tangan.Aku sudah membulatkan mata.Anak-beranak dah berpakat kenakan aku.
 
''Abangg..!''Semua terdiam bila aku sudah mencerunkan mata dengan pandangan yang tajam.Mana aci tiga lawan satu.
 
''Sorry yang..Jangan marah-marah sayang.Nanti cepat tua.''Ni bukan nak pujuk ni.Nak naikkan darah aku adalah!
 
''Along..Adik cepat pujuk mama.''Zaakir sudah memberi arahan.Padahal tadi dia juga yang beria-ria mulakan.
 
''Sorry ibu..''Serentak Aiman dan Aina bersuara.Tahu aura singa ku sudah mahu keluar.Tahu takut.
Botol bedak sudah bertukar tangan.Muncul idea menyakat tiga beranak ni.Mana aci aku saja yang kena.Dan..
 
''Ibuu...!''
 
''Sayangg..!''Serentak suara kami bergema memenuhi ruang tamu yang agak kecil namun padat dengan kasih sayang.Giliran aku pula tersenyum kemenangan apabila ketiga-tiganya sudah terpalit bedak.
 
Kami tertawa bahagia.Kerja-kerja ku di dapur kemana.Kemas ruang tamu juga kemana.Setelah penat dengan aktiviti 'berbedak' tadi,kami berbaring bertilamkan karpet di ruang tamu,berbantalkan paha Zaakir,sambil kepala ku diusap penuh kasih.Sementara anak-anak sudah mulai terlelap berbantalkan lengan ku di kiri dan kanan.
 
''Thanks sayang..''Dan sebuah kucupan hangat ku terima di dahi.Aku tersenyum bahagia
 
''Sepatutnya Nia yang kena ucapkan terima kasih untuk abang sebab sudi terima Nia.Sanggup bersabar dengan Aiman.Dan..''Cup!Aku terpana.Zaakir tertawa bahagia..
''Dah berapa kali abang cakap,jangan ungkit lagi kisah dulu.Abang yang bertuah sebab doa abang dah termakbul.Memiliki sayang,kehadiran Aiman dan Aina sudah cukup buat abang bahagia.Tak ada apa-apa lagi yang abang inginkan kecuali kebahagiaan keluarga kita.
 
Dan terima kasih kepada papa dan mama sebab sudi terima abang dan bagi peluang kepada abang untuk memenangi hati sayang dan Aiman..''Airmata ku jatuh,Terharu dengan pengakuan Zaakir yang bagitu tulus menerima ku.Sanggup bersabar dengan karenah Aiman.
 
''Nangis pula..Sayang ni memang laa.Kalau tak membebel mulalah menangis.Pening abang.''Aku ketawa mendengar dia mengomel.
 
''Laa..Tadi nangis,ketawa pula?''Zaakir mengeleng kecil.
 
''Orang terharu laa..Abang ni..''Muncung yang baru 'tumbuh',tidak jadi bila Zaakir menghadiahkan kucupan sekali lagi.Aduhai..Pantang betul ada kesempatan.
 
''Papa..!''
 
''Ibu..!''Opss!Malu bila tertangkap dengan anak-anak.Anak-anak sudah menerpa menghangatkan kasih sayang yang sentiasa mekar..
 
Kini aku mampu menarik senyum bahagia.Empat tahun lalu segalanya merubah hidup ku.Aiman yang mengharapkan kehadiran papanya.Aku yang degil,tidak ingin melepaskan arwah Arshad dari hidup ku sehingga pintu hati ku tertutup tanpa ada kunci yang mampu membukanya.
 
Namun perancangan takdir itu manis,cukup indah.Kegigihan Zaakir yang kental.Kesanggupannya melayani segala karenah Aiman sehinggalah Aiman mampu menerima kehadirannya di dalam hidup kami.Namun satu yang aku terlupa,tingkap yang menghubungkan hati kami lupa ku tutup serapat-rapatnya.Sehinggakan aku sendiri tidak sedar betapa dia juga sudah mulai mendapat ruang di suatu tempat di sudut hatiku yang dulunya kosong ditinggalkan Arshad,kini mulai terisi dengan hadirannya.
 
Aku juga turut berterima kasih kepada papa dan mama yang begitu terbuka.Yang telah ku anggap seperti ibu dan ayah kandung ku sendiri.Betul kata Arshad.Dia bukan saja meninggalkan aku dengan zuriat kami,tetapi dia juga menghadiahkan aku dengan sebuah keluarga yang bahagia.
 
Kini,hidup ku cukup lengkap dengan kehadiran Zaakir,Aiman dan Aina.Papa dan mama yang sentiasa ada untuk ku.Tidak lupa juga keluarga Zaakir yang sangat terbuka menerima kahadiran ku dan Aiman.
 
Sesungguhnya bahagia ini tercipta kerana restu-NYA.Kerana izin-NYA dan kerana takdir-NYA..
Suatu ketika dulu aku pernah menyalahkan takdir.Tidak pernah pasrah dan redha dengan ketentuan-NYA..Selalu mempersoalkan belenggu takdir yang sentiasa menghantui ku.Mengambil pergi orang-orang kesayangan ku.Emak,ayah dan arwah Arshad.Tapi kini aku sedar..Semua yang berlaku ada hikmahnya.Dan kini hasilnya,aku cukup bahagia bersama dengan keluarga besar ku.

**********

4 tahun lalu..

''Awak belum cukup kenal saya Kir.Dan semua ini tak sepatutnya berlaku.Awak layak dapat yang lebih baik dari saya Kir..''Aku mengeluh berat.
 
Bila soal jodoh diutarakan,aku jadi tidak keruan.Nampaknya aku belum bersedia untuk melangkah ke depan walau untuk setapak.
 
Bagi ku,setapak itu walaupun hanya beberapa inci..Impaknya sangat besar dan bakal merubah seluruh perjalanan hidup ku dan juga Aiman.Dan aku masih belum cukup yakin bila Aiman juga seperti tidak serasi dengan dia.
 
Aku tahu Zaakir kecewa bila berulang kali aku menolak huluran salam cintanya.Namun semua ini bukan saja untuk ku,aku harus memikirkan Aiman juga.Dan nampaknya papa dan mama sudah berada di pihaknya.Pandainya dia ambil hati papa dan mama.Entah apa saja yang dia sogokkan sehingga papa dan mama begitu beria-ia memujuk ku menerima dirinya.
Argghh!!Berdosanya aku.Lagi-lagi aku berprasangka terhadapnya.
 
''Kalau saya nak orang lain Nia,saya tak akan tunggu awak.Saya tak akan buang masa saya hanya untuk mengejar awak.Tapi kenapa awak tak pernah faham Nia..Saya tak minta awak lupakan dia,cukuplah awak bagi sedikit ruang di hati awak untuk saya.Salah ke bila saya mencintai..''Nampak Zaakir begitu bersungguh.Masakan tidak,papa dan mama juga sudah merestui.Tinggal persetujuan ku dan Aiman lagi.
 
''Kita tak sepadan..Kita banyak perbezaan..Say''
 
''Kenapa nak cari persamaan sedangkan bila kita berbeza kita akan saling melengkapi?Kenapa nak cari kekurangan bila semua tu tak penting jika kita saling menutupi kekurangan masing-masing.Bukankah hidup itu saling melengkapi dan bukannya nak cari kelebihan sendiri dan mencari kekurangan orang lain?
 
Look at me Nia..''Dan mata kami bertaut.Cuba mencari sinar cinta di hati masing-masing..''Sampai bila awak nak lari dari kenyataan?Awak juga perlukan seseorang yang mampu untuk awak bersandar bila mana awak penat.Tempat untuk meluahkan segala masalah awak..Dan tempat awak untuk berkongsi bila saja awak gembira mahupun sedih.Hurm..?''
 
Airmata ku gugur juga akhirnya.Sesungguhnya selama ini aku bertindak kebal.Menjadi seseorang yang lain dari diri ku yang dulu.Seorang gadis yang dulunya cengeng.Kini berubah menjadi seorang wanita yang kalis airmata.Hanya untuk anak teruna ku.Dan kini,aku harus mengambil satu langkah,langkah yang sangat kecil namun impaknya sangat besar!
 
Dan bermula saat itu,bermacam-macam cara yang dia gunakan hanya untuk mendekati Aiman.
Aiman yang degil.Aiman yang cengeng.Aiman yang kuat merajuk akhirnya mampu dicairkan dan menerima kehadiran 'orang baru' di dalam hidup kami.Dan secara perlahan-lahan,pintu hati ini ku buka untuk menerima dia setelah sekian lama..
 
Akhirnya,setelah mendapat restu dari kedua-dua pihak.Kami akhirnya bakal disatukan..

**********

''Awak pasti?Tak akan ada penyesalan?''Aku mengangguk yakin.Cukuplah selama ini.Mungkin sudah tiba masanya untuk ku melangkah ke depan.
 
''Kenapa?Awak dah ubah fikiran ke?''
 
''Takk!Dan saya yakin yang awak juga takkan kecewakan saya kan?''Nampaknya masing-masing sudah mampu menarik nafas lega.

Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.Majlis yang sederhana,atas permintaan kami sendiri yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat kepada kami sahaja yang dijemput hadir.
 
Aiman antara yang paling ceria kerana akhirnya dia mendapat seorang 'papa' yang diidam-idamkan selama ini.
 
Tidak sangka Aiman yang menolak pada mulanya,kini bagaikan tidak mampu berenggang dengan 'papanya' lagi.Sungguh aku terharu dengan semua ini.

''Sayang..''Tiba-tiba terasa cubitan di pipi kanan ku.Aiman,Aina dan dia sudah terkekeh melihat reaksi ku yang terpinga-pinga.
 
''Mengelamun pula dia..''Aku tersengih.Terleka dengan kisah lalu yang cukup manis bila dikenang kembali.Ya Allah,jangan rampas keluarga ku dari hidup ini sekali lagi..
 
''Ingatkan siapa?''Aku membalas senyumannya.Cukup manis dan hanya untuk dia.
 
''Nia ingatkan abang..''Malu..Tapi sesungguhnya aku ingin dia tahu,bahawa aku memang sangat-sangat bahagia dengan dirinya.
 
''Depan mata pun masih ingatkan abang?''Dahinya sudah berkerut.Aku ketawa.
 
''Walaupun abang dekat..Jauh dari mata sekalipun,Nia sentiasa ingatkan abang.''Dia mengusap pipi ku penuh kasih.Menyalurkan rasa cinta melalui sentuhan ajaibnya.
 
Tiada bicara yang terungkap.Hanya dengan memandang dia saja,kasih ku tumpah sepenuhnya buat dia.Dan aku tahu,dia juga begitu.
 
''Ibu..Jam berapa nak gerak ni?''Aiman sudah berpeluk tubuh.Jika gayanya sudah begitu,maksudnya kena cepat-cepatlah bersiap.
 
Nampak gayanya Aiman sudah tidak sabar-sabar untuk bertandang ke rumah neneknya.Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan emak dan abah mentua ku yang ke 35 tahun.
 
''Kejap lagi kita gerak ya sayang..Jom naik atas.Aiman pergi mandi,ibu nak siapkan adik dulu..''Aiman mengangguk lantas membawa langkah ke dalam biliknya di tingkat bawah.
 
''Abang,Nia naik dulu..Nak siapkan Aina.Abang pun pergilah bersiap.''Tubuh Aina yang tembam ku raih ke dalam pelukan.
 
''Kejap lagi abang pergi ya sayang.Macam tak sihat badan laa..''Aku meraba dahinya.Biasa saja.
 
''Abang ok ke?''Aku memicit kepalanya perlahan.
 
''Abang ok..Nia siapkan Aina dulu.Kejap lagi abang datang.''

       
Sedang aku menyiapkan Aina..Tiba-tiba Aiman berteriak dari bilik ku.Bergegas aku dan Aina bila Aiman tidak sudah memanggil papanya bangun.
 
Ya Allah.Aku terkaku.Kejadian ini bagai di ulang tayang kembali seperti 9 tahun yang lalu..
Arshad yang tidak bergerak.Tiba-tiba rebah usai kami menyudahkan solat.Dan saat itu,semuanya telah merubah seluruh perjalanan hidup ku.
 
Dan kini Zaakir..Aku sudah tidak mampu bersuara,hanya mampu memandang jasad yang kaku tidak bergerak..
 
Sayup-sayup kedengaran suara Aiman dan Aina yang saling bertingkah memanggil ku dan Zaakir.

''Abang..''Tiba-tiba semuanya padam..

**********

Orang ramai serta saudara-mara yang membanjiri perkarangan rumah tadi,hampir kesemuanya sudah beransur pulang.Kini hanya tinggal kami sekeluarga.
 
Penat dengan kenduri yang baru saja berlangsung tadi.Aiman dan Aina masing-masing duduk menempel disebelah ku.Memeluk ku erat sehingga adakalanya aku terasa semput dengan gelagat dua beradik ini.
 
''Macam mana boleh jadi macam ni..Nia?Sampai tak senang hati abah dan mak kamu ni mendengarnya.''Aku tertunduk.Tidak tahu mahu mulakan dari mana.
 
''Papa tiba-tiba pengsan tuk.Bila Aiman panggil ibu,tiba-tiba ibu pun pengsan sama.''
Semua ketawa mendengar cerita Aiman sedang wajah ku sudah merona merah menahan pijar.Kemunculan Zaakir yang mungkin baru bangun dari tidur akhirnya mengambil tempat di sisi ku menyelamatkan keadaan.
 
''Pening lagi?''Aku bertanya,prihatin dengan keadaannya yang tidak berapa sihat.Dan dia hanya tersenyum manis sambil mengeleng kecil.
 
''Macam meriah saja?''Kepalanya sudah terlentok lemah di bahu ku.Mungkin peningnya belum hilang lagi.
 
''Anak kamu ni haa..Dia tengah cerita macam mana kamu boleh pengsan lepas tu Nia pula.''Sekali lagi ruang tamu yang luas itu bergema dengan suara usikan nakal mentertawakan kami.
Zaakir hanya mengukir senyum.Dia meraih tangan ku lalu jemari kami pun bertaut.Ada sinar bahagia di wajahnya.
''Tahniah lah ngah..Tak sangka,murah rezeki korang..''
 
''Thanks Long..Tak sangka pula Nia ni pregnant.Langsung tak ada tanda-tanda morning sick kalau nak dibandingkan sewaktu mengandung si Aina ni dulu.Sampai berumah-tangga di hospital kami dibuatnya.''Semua tergelak lagi.Sungguh,sewaktu mengandungkan Aina.Alahan yang aku alami sangatlah teruk.Sampaikan Zaakir sendiri sanggup ku usir keluar dari peraduan kami hanya kerana aku tidak tahan dengan bau minyak wanginya.
 
''Tu yang sampai dua-dua pitam tu..''Bergema lagi suara usikan menyakat aku dan Zaakir.
 
Tidak sangka pula aku mengandung lagi.Hampir tiga bulan pula tu.Patutlah semua kain ku ketat semacam.Ada juga yang menegur mengenai susuk tubuhku yang semakin berisi.Namun bagi ku semua itu biasa saja.Tidak sangka pula murah rezeki kami.
 
Tapi yang kasihannya Zaakir.Patutlah sejak kebelakangan ini dia selalu lemah tidak bermaya.Bila tercium bau asap sikit,mulalah dia pening semacam.Baru kini ku tahu,rupanya sebab pembawakan budak.
 
Tidak ku jangka pula kali ini dia yang terpaksa menanggung semua alahaan sedang dulu sewaktu mengandungkan Aina,alahan yang ku alami sangatlah teruk.
 
Mungkin sebab berkat doa suamiku yang ikhlas.Pernah dia suarakan dahulu.Andai begini teruklah alahan yang ku alami sewaktu mengandung,untuk bakal anak kami yang seterusnya.Dia berharap biarlah dia saja yang mengalami semua itu.Aku cuma bawa perut saja katakan.
 
''Tu tandanya..Sayang bini katakan..''Emak ambil giliran menggusik kami.Nampaknya dalam masa tidak sampai enam bulan lagi,kami bakal menerima kehadiran orang baru.Bukan satu,malah dua pulak tu.
 
Terkejut juga semasa di klinik tadi doktor mengesahkan bahawa aku bakal melahirkan anak kembar.Sungguh aku tak jangka sama sekali.Nampaknya genetik keluarga ku yang beranak kembar menurun kepada ku.Sedang aku dan abang Adam sendiri merupakan kembar tak seiras.
 
Rindu dengan abang Adam.Bulan lepas baru kami berkesempatan bertemu kembali setelah hampir empat tahun tidak bersua.Sungguh aku menrindui dia.
 
Abah dan mak yang menghantar kami ke klinik pun terkejut dengan berita gembira itu.Masakan tidak.Hujan tiada,ribut tiada tiba-tiba suami isteri pengsan.Rupanya ada berita gembira pula yang menyusul.

**********

''Thanks sayang..Abang sangat-sangat bahagia dengan Nia.Tambah-tambah lagi,kita bakal menerima orang baru dalam keluarga kita sikit masa lagi.''Zaakir mengucup ubun-ubun ku usai solat.Doanya hari ini panjang dari biasa.
 
''Nia pun bahagia sangat bang.Tak sangka pula kan bang..Along dengan adik bakal dapat adik lagi.'Kami tertawa lagi.
 
Lucu pula bila mengingati yang aku dan dia dua-dua pengsan.Mesti Aiman dan Aina panik melihat ibu dan papanya tidak sedarkan diri.Mujur Aiman tangkas mendail telefon rumah atuknya untuk meminta bantuan.
 
Dan cerita sebenarnya tiada siapa yang tahu kenapa aku jadi begitu.Sungguh aku hampir rebah tersungkur mengenangkan nasib ku yang bakal ditinggal pergi.Sungguh aku tidak sanggup lagi menanggung sebuah kehilangan lagi setelah aku sudah terlanjur menyayangi dia.
 
Melihatkan keadaan Zaakir yang terbaring kaku umpama melihat arwah Arshad yang tiba-tiba tidak sedarkan diri,yang akhirnya pergi meninggalkan ku sementara Aiman masih di dalam kandungan.Sungguh menyesakkan jiwa.Mujur saja semua itu jauh menyimpang dari kisah duka ini.Andai tidak,aku tidak tahu bagaimana harus ku lalui sekali lagi.
 
''Maafkan abang sebab takutkan sayang..''Lantas tubuh ku disapa ke dalam pelukannya sekali lagi.
        
''Tak apa.Bukan salah abang pun..''Sebak menguasai diri.''Nia nak ucapkan terima kasih kepada abang sebab sudi terima Nia dan Aiman..Terima kasih kerana sudi hadir ke dalam hidup kami dah terima kasih juga sebab mencintai Nia..''Dalam sedu yang panjang,dapat juga aku luahkan semua yang terpendam di lubuk hati ini.
 
Aku ingin Zaakir sedar,betapa pentingnya dia di dalam hidup ku dan betapa dia memberiku satu pengalaman baru dalam menjalani rumah tangga yang cukup sempurna ini.Ditambah pula dengan anak-anak yang menjadi pengikat kasih antara kami.
 
''Abang pun nak ucapkan terima kasih dengan sayang..Terima kasih sebab sudi bagi abang peluang..Sudi memberi ruang di dalam hidup sayang dan terima kasih sebab sudi membalas cinta abang..''
 
Malam ini..Bersaksikan bulan dan bintang yang bersinar,walau apa pun rintangannya.Itu tiada apa-apa berbanding dengan nilai kasih ini yang akan kami jaga sehingga ke akhir hayat.Dan semoga jodoh ini tetap dirahmati dan diberkati sehingga ke syurga.Amin..

TAMAT

~Siapa yang tidak pernah diduga?Siapa yang tidak pernah kehilangan..Andai takdir sudah menetapkan begitu.Maka begitulah kesudahannya.Tapi ingat..Dugaan itu datang kerana dia ingin menguji sejauh mana kita mampu mengalas takdir yang tersurat.Dan bila mana dugaan itu hadir,hanya kerana kita mampu mengalasnya.
Berserah?Jangan sesekali.Usahakan sehingga berjaya.Berserah hanya bila kita pasrah dengan ketentuannya.Tetapi,jangan berserah hanya kerana kita pasrah kerana MENGALAH.~KK Zen

P/S : Mesti pening korang baca entry ni kan?Panjang bukan main lagi huhu..
apa2 pun,do komen..Semua kritikan anda,pencetus idea dan dorongan buat saya agar sentiasa cuba yang terbaik dan memperbaiki hasil penulisan saya...Thanks guys..Luv u all..Muaahh...!!Huhu..
 
                         *Buat yang fisrt time baca cerpen ni,sya pernah up dalam blog part by part..*





16 comments:

  1. kekadang indah sungguh percaturan hidup yang telah ALLAH anugerah kan wat kita....dalam sekelip mata diambil kembali bahgia yg d berikn wat kite di hadiah kan derita n diberi kan semula zat bahgia tu,malah lebih baik dari yang kita impi kn.segala dari mu pasti yg baik YA ALLAH.sebagai hamba syukur atas pape pun yg tertulis buat ku...best dek cerita u,ade teladan disebalik nye tuk kite wat iktibar....gud job to u my dear writer.tq

    ReplyDelete
  2. thanks Norihan..nak pggl akak ke adik ni?hehe..
    apa2 pun nak ucapkan trima kasih sbb sudi baca dan komen..
    Betul tu,kdg2 tuhan turunkan hujan sbb DIA nak hadiahkan pelangi..
    manusia ni jarang bersyukur dgn apa yg dia ada..Suka menyalahkan takdir..

    ReplyDelete
  3. kita baru sempat bce..
    huhuhu...sedih dan terharu...
    like berjuta2....heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks oren..
      suka dgn cerita awak juga.. (^_^)

      Delete
  4. sedihnya...hehe.. good job dear...

    thanx sbb follow blog kte.. da lama.xtau awk maih ikut ke x.. hehe..btw, jemputla bace buah tgn kte kt blog.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai atiput3..jumpa juga dgn blog ni kan?huhu..apa2 pun thanks juga sbb sudi sggah dan komen..bakal bertandang selalu huhu..thanks dear..

      Delete
  5. tapi kenyataan adakala sukar hendak kita terjemahkan dengan perasaan. itu hakikatnya kehidupan.

    ReplyDelete
  6. Saya fikir nia kawin dgn lelaki yg ada baby tu.. Mcm tergantung cerita nye.. Apa pun best..cerita yg menarik.

    ReplyDelete
  7. Best jalan ceritanya,membuai perasaan pembaca,

    ReplyDelete
  8. Hai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)

    ReplyDelete
  9. Hai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)

    ReplyDelete
  10. Hai silalah melawat blog saya...saya nak mintak pendapat anda semua tentang cerpen saya..ini kali pertama saya cuba buat cerpen :-)

    ReplyDelete
  11. Terbawa perasaan baca cerpen ni best cerpen akak

    ReplyDelete