CERPEN

Wednesday, 26 June 2013

Cerpen : Cik Selipar Jepun (Belum full lagi..)

''Cik..!''
Langkah sengaja aku percepatkan.Fuh!Rasa mengeletar kaki ini bila langkah sehabis daya aku gandakan kelajuannya.

''Cik Selipar Jepun!''Argghh!Lelaki ini.Geram betul.Kenapa beria sangat ni?
''Tunggu la..''Sekelip mata,pandangan ku terhalang.Tubuh yang tinggi lampai itu mendepakan tangan sambil menghalang langkah ku dengan badannya yang tinggi lampai.
''Tepi la..''Aku masih cuba bersabar.Kenapa dengan lelaki ini?Ini sudah kali ketiga dia mengejar ku.
''Bagilah saya peluang..''
''Encik..Sudah la.Saya dah tak larat nak hadap benda ni lagi.Payah sangat ke nak faham?''Tak faham betul!
''Apa yang payah sangat nak faham ni?Saya cuma nak kenal-kenal saja.Bukan nak buat apa-apa pun!''Aik,melawan!Ni nak kenal-kenal ka atau saja nak cari gaduh ni?Binggung jap.
''Siapa yang tak faham ni?Kalau suka sangat nak berkenalan dengan orang,pergilah tanya orang lain.Yang datang kacau hidup saya ni kenapa!''Debik karang.
''Suka hati saya la.''Boleh lagi dia senyum?Sabar saja la.
''Tahu pun.Kalau macam tu,suka hati saya punya pasal la kalau tak nak juga!''Aku balas balik.Terdiam orang tu.Baru padan dengan muka.
''Awak ni degil juga kan..''Huh.Baru tahu?
''Tapi saya suka..''Aku sudah terlopong.Biar betul orang ni?
''Nama saya Asyraf Wajdi..Sentiasa simpan nama tu dalam hati,Airis Nisrina..''Erk.Dia tahu!
Tak boleh jadi ni.

**************************************************

''Pia..!''Aku sudah terjerit nyaring melihat Sofea atau lebih best dengan panggilan Pia saja.
''Wehh..Sabarlah.Bagi aku masuk dulu.''Aku sudah tergelak.Kan dah kena marah.Siapa suruh,tak menyempat sungguh.
''Pia..''
''Bagi aku duduk dulu.Nak air..''Huh!Mengada sungguh kawan sorang ni.
Bagaikan bibik,aku ikut saja permintaan kawan tu.Karang aku nak story orang tu tak nak dengar pula.Haru sungguh.
''Ok..Story cepat..''
''Pia,kau tahu..''
''Takk..''His.
''Tadi kan,mamat tu datang lagi tau.''Pia sudah membulatkan matanya.
''Biar betul..''
''Tak la..Aku saja tipu kau.''Geram betul.
''Janganlah main-main..''
''Aku punyalah serius,kau boleh tanya lagi betul ke tak.Cuba bagi aku habiskan ayat dulu."Pia sudah tersenyum-senyum.Baru sedar yang dia sudah tergelojoh tadi.
''Ok..Story cepat..''
''Kau tahu mamat gila yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku.Yang tiba-tiba bagi aku gelaran ' Cik Selipar Jepun',tiba-tiba nak kenal dengan aku.Yang tiba-tiba nak tahu semau pasal aku.Yang tiba-tiba..''
''Brapa banyak tiba-tiba da..''Aku jeling Pia lagi.Biar mulut tu diam kejap.Asyik nak menyelit saja minah ni..
''Hehe..sorry..''Sambung cerita lagi.
''Hari ni,dia kejar aku dari office orang sampai bus stop.Siap main minta peluang dengan aku.Nak kenal aku kononnya.Huh!Macam nak bagi penyepak sebijik saja.Kau tahu.''Fuh.Lega gila bila dapat keluarkan semua perasaan yang haru-biru ni.Karang simpan sorang-sorang boleh jadi gila aku dibuatnya.
''Laa..Apa masalahnya?Mamat tu bukan main kacak,apa lagi yang kurang Rina..''Pia mengeleng-gelengkan kepala.Nak kata aku menolak tuah la tu.
''Masalahnya bukan dengan aku.Orang gila tu yang bermasalah.Aku dah cakap tak nak.Cukup la.Yang siap main kejar-kejar dengan aku tu apa kes?Aku malu tau tak.Dah la kat bus stop tu bukan main ramai lagi yang jadi penonton.Lepas mamat tu blah.Aku terus tahan teksi.Malu betul.Dan sebab dialah duit aku terpaksa melayang lagi!''Pia sudah tergelak-gelak.
''Haru sungguh.Yang kau anti sangat dengan orang tu kenapa?Kira dah cukup macho la tu..Tanya tuan badan sendiri,nak ajak orang tu kenal-kenal.''Amboi Pia..Siapa kawan siapa sekarang ni?
''Macho apa kalau dah sebijik macam orang nak cari gaduh.''Paksa orang,tinggi kan suara.Bukan macam ayat nak cari gaduh ke tu?Tak faham aku.
''Dah kau jual mahal sangat.Kalau aku pun pun mesti dah malu tahap gaban kalau dengar suara kau yang nyaring tu terjerit-jerit.Kira dia ni boleh tahan la nak hadap kau.Sesuai sangat la.Hahaha..''Dush!Macam kena sebijik da.
''Dah orang tu tak faham bahasa!''
''Rina..Kau bagi sajalah peluang kat orang tu.Kot-kot la jodoh kau.Ko pun single kan.Apa salahnya.''Eee..No way!Aku menjuihkan mulut.No..No..No!
''Pia..''Baru teringat..
''Apa?''Pia yang sedang elok bersandar aku tenung.Jangan-jangan..
''Kau ke yang bagi mamat tu tahu nama aku?''Pia terdiam.
''Dia tahu nama kau?''Angguk.
''Wow..''Pia kekaguman.Nak kena debik juga kawan ni karang.Boleh pula dibuat main benda-benda macam ni.
''Hahaha...''Pia sudah berjuaraian airmata.Yang ketawa terbahak-bahak sangat ni kenapa?Aku ada buat lawak ke?
''Pia..!''
''Mana ada..Tapi aku tabiklah dengan mamat tu.Mesti dia ni minat gila kat kau.Kalau tidak macam mana dia tahu nama kau,tempat kerja kau lagi.Kagum betul aku.''Erk.Jadi siapa ya?
''Betul ni?''
''Iya cik kak..Kalau aku bagitahu pun,apa yang aku dapat?Mamat hensem macam tu..Mmm..Baik aku rembat dulu-dulu..''Pia ketawa mengekek lagi.
"Rembat saja..''
''Betul ni?''Wha minah ni.Macam iya-iya saja.Biar betul?
''Cuak ja muka tu?''Erk.Pia ketaa lagi.Suka betul gelak kan orang.
''Mana ada..''Sambil pegang pipi.Iya ke?
''Hahaha...Aku gurau ja la.Tapi aku rasa kali ni jodoh kau kot.''
''Pia...!''Dia Pia sudah berlari meninggalkan ku.
Jodoh?Hurm..

****************************************************

P/S : Nanti kita sambung lgi..Tak ckup masa..Hehehe..Enjiy reading guys...
        macam selalu,do comment.Mana2 yang tak berkenan tu bgtau ya..thanks..

4 comments:

  1. tak sabar nak tunggu...^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cepat smbg . ada smbungan kan ? tak sabar nak baca .

    ReplyDelete