CERPEN

Wednesday 3 October 2012

Cerpen : Cinta buat dia (Part 1)


~20 tahun lalu..~


*Tadika Didik Mesra..*

''Nana..''Haicarl tersipu malu.Comelnya Nana ni.Mata dia macam mata anak patung Hanna.Bulat dan bersinar.

Sabrina hanya tersenyum comel.Namun dia masih tekun melakukan aktiviti mewarnanya.

''Nana..Kita suka awak.''Ujar Haicarl malu-malu.

''Kita pun suka awak.''Kedua-duanya ketawa saja.Tapi,faham ke budak-budak ni erti sebenar 'saya suka awak' tu?Haih..

''Nana..Nanti kita besar kita couple nak?''Haicarl merenung Nana yang masih tekun dengan buku warnanya.

''Ok..Tapi couple tu apa?''Nana sudah menghentikan aktiviti mewarnanya.Dahinya sudah berkerut-kerut.

''Tak tahu.Tapi Abang Adam kata,couple tu macam kita suka awak la..''Haicarl sendiri pun bingung.Tapi disebabkan Sabrina dah tanya,dia kenalah tunjuk teror juga.

''Oo..Oklah,nanti besar kita couple ya.''Haicarl tersenyum girang.

''Tapi..Lepas couple kan.Kita kena kahwin la..Kalau tak nak kahwin,tak boleh couple.''Entah mana dia dengar pun tak tahu.Haicarl sendiri suka cakap main belasah saja.

''Ok..Tapi kahwin tu apa?''Sabrina sudah teruja.Budak-budak,biasalah.Banyak benda dia nak tahu.Kan?

''Kahwin tu macam mama dan papa.Macam mak dengan ayah awak la..Kalau tak kahwin,abang Adam cakap,tak boleh tinggal sama-sama.Tapi sebab kita suka sangat kat Nana.Kita nak main hari-hari dengan Nana..Kita kenalah kahwin.''Sabrina diam sejenak.

''Oo..Patutlah kita duduk rumah asing-asing kan..Kalau kita kahwin sekarang,tak boleh ke?Sebab Adik Nana kecik lagi.Kita nak main dengan awak hari-hari la..''Sabrina menunjukkan wajah kelat.Sudahlah di rumah tu adik dia suka sangat menangis.Bising saja kerjanya.Bila ajak main saja,terus mak marah.Mak cakap,adik tak reti lagi.Berjalan pun masih jatuh.

''Betul juga..Nanti malam ni kita cakap dengan mama ya..''Haicarl dan Nana menyambung kembali tugas mewarna tadi bila cikgu Siti menegur mereka.

*****************************************

''Mama..Haicarl nak kahwin.''Mama Haicarl,Puan Ija sudah tersedak.Budak ni tahu ke makna kahwin tu?

''Kahwin?Haicarl nak kahwin dengan siapa?''Haicarl senyum malu-malu.Puan Ija sudah mengucap panjang bila anak terunanya yang baru berusia 6 tahun,sudah pandai cakap pasal kahwin.Haihh.

''Kita nak kahwin dengan Nana..''Ujar Haicarl malu-malu.

''Sayang..Haicarl tahu ke makna kahwin tu?''Puan Ija masih sabar melayan karenah Haicarl.Kalau di marah terus,takut merajuk pula.Baiklah guna cara berlembut.Lagi berkesan.Budak pun faham.

''Kahwin tu macam mama dengan papa laa..Boleh tinggal sama-sama.Lagipun rumah Nana jauhlah ma..Haicarl nak jumpa dengan Nana hari-hari.''Puan Ija tersenyum.

''Haicarl tahu dari mana?''Puan Ija bertanya lagi.

''Er..''Haicarl mengarukan kepalanya yang tidak gatal.''Hari tu,Carl dengar abang Adam nak kahwin.Bila Carl tanya,abang jawap macam tu la.''Adam,abang kembar Dania,jiran sebelah rupanya.

''Betul la tu.Tapi sayang..Kahwin ni untuk orang besar sahaja.Haicarl dengan Nana kena tunggu dulu.Bila besar nanti,lepas habis belajar lepas tu dapat kerja baru boleh kahwin..''Haicarl kecewa.Ingatkan bolehlah kahwin masa ni juga.

''Oo..Sekarang tak boleh ya mama?''Puan Ija ketawa.

''Iya sayang.Tunggu bila besar nanti ya..''

Haicarl akhirnya mengangguk walaupun dia kurang faham.Kenapa kena tunggu besar.Kenapa tak sekarang saja?

*********************************

''Nana..Mama kita kata kan,bila besar baru boleh kahwin.''Haicarl tertunduk sayu.

''Mak Nana pun kata macam tu.''Tapi Haicarl sudah kecewa.

''Janganlah sedih awak..Nanti bila dah besar,kita kahwin la..''Sabrina cuba memujuk lagi.

''Janji tau..''Haicarl menghulurkan jari kelingkingnya.

''Kita janji laa.''Bila jari bertaut.Satu janji dilafazkan.

**************************************************

''Nana..''Sabrina menjeling tajam.Aku ketawa.

''Jangan panggil nama tu lagi!''Dia mengepal penumbuk yang sangat comel pada pandangan ku.Tangan perempuan,berapa besarlah sangat.Dengan tubuh dia yang kecil molek lagi.Haihh..

''Comel apa.''Aku masih belum puas untuk menyakat dia.Melihat dia ketawa.Melihat dia marah,semuanya menyenangkan aku saja.

''Ee..Kau ni kan!''Mata Sabrina jengilkan.Geram.

''Sakitlah.''Ok.Aku tarik balik kata-kata aku tadi.Kecil-kecil pun,sakit woah!Menyengat sungguh walaupun pun penumbuknya tak seberapa.Tapi sangat berbisa.Aku mengosok dada ku yang sengal.

Kalau tempat lain,tak adalah sakit macam ni.

''Padan muka!''Dia ketawa.

''Sab..''Aku terdiam.Pantang betul!

''Sab lupa ya..''Aku pandang wajah dia tajam.Seperti selalu,ada senyuman sinis dia lemparkan.Sabrina mulai serba-salah.

Ah..Benci betul dengan mangkuk ayun ni!Aku sudah mencebikkan bibir.Meluat bila Ilham seakan-akan menunjuk-nunjuk kepada ku dengan keakrabannya dengan Nana,pujaan hati aku ni.

''Sorry Am..Sab hampir terlupa.''Aku tercenggang.Takkanlah si Sabrina dengan mamat perasan bagus ni ada apa-apa?Aku yang hensem ni,dia nak campak kat mana?Aiseh,mulalah nak perasan.

''Sab..''Aku tidak suka bila Sabrina dan dia rapat.Entah kenapa,hati ini sakit semacam.Pantang betul!

''Sorry Carl..Aku gerak dulu.Cikgu Su dah tunggu..''Melihat mereka melangkah.Hati ini bagaikan disiat-siat.Haiss!Adakah aku sudah jatuh cinta?Erk?

***************************************************

''Pindah?Tapi kenapa?''Sabrina tertunduk sayu.

''Kan tak lama lagi exam akhir tahun.Tahun depan kita dah SPM.Tak boleh ke kau habiskan saja belajar kat sini sampai kita tamat SPM?''Aku tak tahu nak buat apa.Sesak hati ini bila Sabrina dan keluarganya akan berpindah.

''Aku dah cakap dengan mak.Tapi mak tak kasih.Tak apalah.Nanti kau datanglah jumpa aku nanti.Tak pun,nanti aku selalu datang lawat kau kat sini.''Sabrina memujuk lembut.

Aku tepuk dahi.Apa dia ingat,Sabah dengan Melaka ni dekat?Dah lah kena naik kapal terbang bagai.

Aku nekad.Nekad untuk berterus-terang.Biar putih tulang,jangan putih mata.Dari dia kena kebas.Baiklah aku ikat dia awal-awal.Kan?

Aku menarik nafas panjang.Cuba mencari kekuatan untuk berterus-terang.Tapi,bila saja aku buka mulut,mesti tergagap.Hais!Aku tak boleh macam ni.Aku kan lelaki?Jadi,aku kena berani.Aku menganggukkan kepala,yakin.

''Sabrina..Aku.Aku..Emm..''Ah sudah.Kenapa payah sangat nak cakap ni?Cakap 'I love you' sudahlah!Aku mengutuk diri.

''Carl..Kau ok ke?''Bila Sabrina pandang aku yang masih tergagap-gagap,hati ini semakin kecut.

''Sab..aku..Aku..er..''Ades!Aku mula mengaru kepala yang tidak gatal.Huh!Payah betul.

''Kau ni kenapa?''Sabrina masih setia.Aku pandang padang sekolah yang sunyi.Mujur cuma ada beberapa orang pelajar sahaja yang ada.Itu pun masih bersantai-santai lewat petang ini.Baru habis latihan bola sepak.Samalah macam aku.

''Sab..I love you.''Aku pejam mata.

Satu saat..Dua saat..Tiga saat..

''Hahahaha..!''Sabrina sudah ketawa terbahak-bahak.Sikit lagi kalau boleh,mahu tergolek-golek minah ni ketawakan aku.Ya Allah.Malunya.

Heii..Geram betul!Boleh pula dia ketawa?Padahal aku dah hampir semput nak kumpul keberanian,nak buat pengakuan berani mati ni!

''Haicarl..Kau merepek apa petang-petang ni?''Aku membulatkan mata.Aku nampak tak cukup serius ke Sab?Mulalah hati ini sayu bagai.Haihh..Adakah cinta ini,bakal ditolak?

''Aku serius la..''Tapi suara macam mahu tidak mahu saja keluar.Aku malu.Benar-benar malu.

''Hahaha..Comelnya.Muka kau merah.''Sabrina.Sampai hati kau ketawakan aku.

''Aku tak main-main.''Bila saja aku buat muka serius,dia terus menghentikan tawanya.

''Tapi..Kau kan best friend aku..''Perbualan mulai jadi serius.

''Best friend tak semestinya kekal best friend kan?Semua orang pun bermula dari kawan..''Walaupun masih berdebar,melihat wajah dia yang serius,aku jadi lebih yakin.

''Tapi aku cuma anggap kau sebagai kawan ja..''Aku terkedu.Adakah cinta aku baru saja ditolak?Wuaahhhh..Nak nangis,tak boleh.Aku kan lelaki.

''Sabrina..''

''Sorry Carl..Aku..Aku..''Dan dia sudah berlari.Lari meninggalkan ini.Ahh..Aku buntu bila Sabrina begitu.

Apakah keputusan aku untuk berterus-terang adalah salah?Aku terduduk.Biar ada yang memandang aku pelik.Aku sudah tidak peduli.

Ah..Tiba-tiba ada satu rasa yang bertandang.Ya.Rasa menyesal sebab berterus-terang tentang perasaan ini.Melihat wajah dia yang berubah.Aku tahu.Dia tentu terkejut.Iyalah.Selama ini,kami sangat rapat.Tapi bila tiba-tiba aku meluahkan perasaan,mestilah dia tidak selasa.

Aku mulai menyalahkan diri.Dan sungguhlah.Hari itu,hari yang tak mungkin dapat aku lupakan.Sabrina,dia meninggalkan ku tanpa sebarang pesanan terakhir.Tanpa jejak.Tanpa sebarang kata putus.

Cinta ini,mengajar aku erti rindu,mengajar aku erti setia..Walau kini dia tidak lagi berada di sisi,akan ku jaga cinta ini sehingga ke pertemuan kami sekali lagi.

''Sabrina..''Aku hanya mampu mengeluh.

*****************************************

Aku pegun.Langkah ini kaku.Terasa semuanya bagaikan mimpi.Tapi dia,muncul.Muncul setelah puas aku menanti.

Sabrina..Aku tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

''Carl..Haicarl?''Dan dia sudah berdiri di hadapan mata ku.Ini bukan mimpi.Tapi aku rasa bagaikan mimpi.

Bayangkan.Setelah hampir 10 tahun tidak bersua.Kini dia di sini.Sedang memandang diri ini sambil tersenyum.Dan senyuman itu tak mampu ku balas.Terasa otak ku tidak berfungsi.

''Hei..Lupa Sab ya?Ini Sabrina la..''Dia tertawa lagi.Ketawa yang cukup sopan.Sama seperti dulu.Sungguh,tiada yang lebih merdu melainkan tawa yang sangat jujur.Bukan dibuat-buat.

''Ya..Ya..Sabrina..''Dan lidah ini keluh lagi.Aduhai..

''Hei..Lama tak jumpa.Dah jadi gagap ya?''Ah..Dia ini,masih seperti dahulu.Suka menyakat ku.

''Kau tak pernah berubah..''Sabrina hanya ketawa manja.

''Memanglah..Ini Sabrina la.Takkan pernah berubah.Kau buat apa kat sini?''Dengan senyumannya yang manis.Sudah cukup buat hati ini berdetak kencang.Sungguh hati ini tidak mampu ku tenangkan.

''Aku saja jalan-jalan.Kau pula?''Dia memandang ke kiri sambil melambaikan tangannya.

''Mak..Sini.''Aku Nampak emaknya menuju ke arah kami.Aku melemparkan senyum.

''Apa khabar mak cik..''Aku menunduk menyalami tangannya.Ternyata dia agak terpinga-pinga dengan aksi ku.

''Lupa la tu.Mak..Ini Haicarl anak mak cik ija.''Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk mengiyakan.

''Ya Allah.Carl..Lama tak jumpa.Apa khabar emak kamu?''

''Sihat mak cik..''

''Mak cik dah lama tak jumpa dengan mak kamu.Apa kata hujung minggu ni bawa keluarga kamu datang rumah mak cik.Kita buat makan-makan sikit.''Aku melirik,melihat wajahnya.Nampaknya Sabrina hanya tersenyum senang.

Hati mula diserang perasaan indah.Setelah bertahun-tahun.Akhirnya di ku temui.Tapi aku tertanya-tanya.Adakah hatinya sudah terisi dengan insan lain?Adakah sejarah 10 tahun lalu akan berulang lagi?Aku buntu.Namun demi dia,aku ketepikan semua itu dahulu..Biarlah masa yang akan menentukan.Andai ada jodoh.Tak ke mana juga.Bukan?

Hati ini mulai mendapat keyakinan kembali.Dan Sabrina..Ku tunggu selama kasih ku bersambut..

Bersambung..

P/S : Wah..Dah lama tak update blog..sorry guys..Dengan lappy yg kena serang virus..Saya tak dapat nak buat apa2..Satu masalah bila semua cerpen yang dah siapa dan separuh siap,semuanya tidak dapat diselamatkan lagi..Hurmm..Sedihnya..Inilah padahnya bila tak buat backup kan..Jadi,moral of he story..Lain kali tak buat lagi dah hehe..Sepuluh jari saya susun ya..

5 comments:

  1. aduhai!sweet nye dek..semuge impian n cinta carl di permudah kn.n jodoh carl ngan sabrina dh tertulis di azali!teruja akak dek cpat2 sambung ye dek..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak norihan..Haicarl tgah usahalah tu..doakan Haicarl ya..huhu..thanks sbb sudi komen..

      Delete
  2. Replies
    1. thanks einaz hehe..nnti ada mada kita sambung ya..

      Delete