CERPEN

Tuesday 12 June 2012

cerpen : Mengusir Duka~END~ (Jangan bunuh cintaku 2)


~Atas permintaan semua.Sambungan cerpen,''Jangan bunuh cintaku''.Sepuluh jari saya susun atas semua kekurangan..Jemput baca semua..~
''Sayang..Hati-hati..''Aku agak cemas bila Alia berlari dengan sangat lincahnya.Budak-budak memang sangat lasak bila bermain.

''Ok umi..''Lalu tangan kecil itu melambaikan tangannya dengan wajah yang penuh ceria.
''Dah besar Alia tu kan..''Tanpa aku sedari,Zafrie sudah mengambil tempat di sebelah ku.
''Dari mana?''Senyuman aku lemparkan.
''Rumah..Lupa ke?I kan off hari ni..Mak kirim salam.''Aku hanya menganggukkan kepala.Menjawap salamnya di dalam hati saja.
Nampaknya aku harus akui,usia ku semakin meningkat.Daya ingatan juga semakin merosot.
Bila menyedari kehadiran Zafrie saja,dengan pantas Alia meluruh ke arah kami.Aku hanya mampu mengelengkan kepala.Manja benar dengan abinya.
''Asalamualaikum papa..''Dengan sekelip mata,Alia sudah berada di dalam pangkuannya.Aku gembira bila Alia begitu serasi dengan Zafrie.Ternyata ada keserasian antara mereka.
''Alia nakal tak sepanjang papa tak ada ni?Ada susahkan umi tak?''Dengan muka seriusnya,Alia terus mengelengkan kepalanya.
''Tak..Alia budak baik kan umi?''Aku tersenyum melihat gelagatnya.Comel sekali.
Tidak susah menjaga Alia.Apa saja yang aku katakan,tanpa banyak bertanya semuanya diurutkan saja.Mungkin keadaan yang memaksanya untuk menjadi lebih matang berbanding dengan usianya yang sebenar.
''Iya..Alia memang budak baik..''Aku mengusap kepalanya yang bertudung.Sejak kecil lagi ,dia sudah mula diterapkan untuk menjaga auratnya sendiri.
Dengan hidup sekarang,aku lebih gembira berbanding dulu.Terasa kekosongan dulu,kini terisi dengan insan-insan yang sangat mengambil berat dengan diri ini tanpa rasa tersisi lagi.
*****************************************************************
''You have to do it Sya..You tak boleh lengah-lengahkan macam tu saja..You masih muda.Jangan sia-siakan semua yang awak ada sekarang.Lagipun peluang you cerah,Sya''Aku mengeluh perlahan.Tidak tahu apa yang harus aku lakukan buat masa ini.
''I perlukan masa Zaf..''
''Tapi Sya..''
''Zaf..I rasa tak ada apa-apa lagi yang kita mampu lakukan.Jadi,untuk apa lagi semua tu?So now,I have to enjoy my life.Right?''
''Sya..You masih ada peluang.''
''Dan awak ada jawapan I Zaf..''
''Kalau bukan untuk I pun,please buat untuk Alia..''Langkah ku mati.
Ya..Aku terlupa sama sekali.Terlupa dengan kehadiran Alia.Penyeri hidup ku.
''You lupa Sya..You ada kami.Please Sya..''Zafrie melangkah menghampiri ku.
''I'm bengging you Sya..Demi Alia..''Alia..
''I tak tahu Zaf..Tapi I tak nak buang masa dengan semua ni..Banyak lagi benda yang I boleh buat dengan masa yang tinggal ni..''
''Tapi Sya..Peluang you masih cerah.masih terlalu awal untuk you mengalah!''
''I perlukan masa untuk berfikir Zaf..''Langkah ku atur pergi meninggalkan bilik serba putih yang terlalu banyak menyimpan rahsianya yang tersendiri.
Maafkan Sya,Zaf..Andai takdir ini sudah tersurat begini,Sya tak mampu mengubahnya.Andai waktu itu mampu Sya undurkan.Mungkin kita tak akan jadi macam ni.Dan mungkin masa itu tak akan berlalu begitu saja.
Langkah ku bawa pergi.Jauh dari dia.Jauh dari sebuah kenyataan yang ternyata mampu mengubah seluruh hidup ku.Mengubah haluan hidup,dan sekarang..Tibalah masanya untuk ku kembali lagi.
Mampukah aku berdepan dengan kisah silam sekali lagi?Kuatkah aku untuk menempuhi semua itu sekali lagi?Bagaimana pula dengan penerimaan mereka?Akan adakah harga sebuah kemaafan yang telah lama terbiar begitu saja?
Kini,rindu itu ternyata masih ada.Terlalu kuat untuk dilupakan begitu saja.Terlalu sukar untuk membuang mereka begitu saja.Dan setelah hampir tujuh tahun berlalu.Aku kini bakal kembali kepada kisah silam ku lagi.Kisah duka yang pernah tertulis di dalam lipatan hidup ini.
Namun demi sebuah kerinduan,demi sisa-sisa kasih sayang yang tinggal.Langkah ini ku bawa sekali lagi.
Demi sebuah kemaafan.Demi sebuah dendam.Aku perlu berdepan dengan kenyataan ini.Yang suatu masa dulu pernah membunuh ku.Pernah membuat ku hampir hilang kewarasan.Hampir tersungkur,tak berdaya.

************************************************************
''Kenapa kau balik lagi!Kan aku dah haramkan kaki kau melangkah walau setapak pun di rumah ini.Kalau dah hati busuk tu,kalau dah dasar muka tak malu tu begitulah perangainya!''langkah ku pegun,diam tak berkutik tanpa mampu mengeluarkan kata-kata untuk menangkis segala kata-kata kesat yang menuding kepada ku.
Namun demi sebuah kemaafan.Aku gagahkan diri untuk menerima semua itu.
''Mama..Sya balik sebab Sya rindukan keluarga Sya..''
''Kau bukan anak aku.Kau pembunuh.Aku tak ada anak pembunuh.''Jelas tubir mata mama bergenang dengan airmata yang cuba ditahan.
''Kenapa sejak dari dulu mama tak pernah beri Sya peluang untuk membela diri?Adilkah hukuman dijatuhkan tanpa usul periksa?Sedang penjenayah juga diberi peluang untuk membela diri.''
''Apa lagi!Setelah semua bukti tidak memihak.Patutnya kamu bersyukur Sya..Myra tak ambil tindakan atas tindakan kamu..''Mama tersandar lemah pada pagar besi yang memisahkan kami.
Macam mana Sya nak terangkan bila semuanya tak pernah nak bagi Sya peluang.Sya tak minta banyak ma..Sya cuma nak keluarga Sya..''
''Kamu pergi Sya..Dan mama juga nak pesan,jangan sesekali kau ganggu Rizman dan Myra lagi.Biarkan mereka bahagia..''
Aku terduduk bila mama masih dengan ketegasannya.Mempertahankan menantu kesayangannya yang telah 'mengantung tak bertali' anaknya sendiri.Lebih mempercayai orang lain berbanding darah dagingnya sendiri.
''Sya balik bukan nak rosakkan kebahagiaan sesiapa ma.Sya tak minta banyak,Sya cuma nak mama halalkan segala makan minum Sya..Halalkan air susu mama untuk anak derhaka mama ni..Sya tak minta banyak ma..''Dengan tenang.Dengan suara yang tertahan,terluah juga segalanya.
''Kenapa kau balik lagi Sya!Aku tak pernah mengharapkan kepulangan kau!Kau memang pembunuh.Kerana kau,anak derhaka..Papa kau mati!''Papa!Setelah kerinduan yang terlalu lama ku pendam.Rupanya terlalu mahal harga yang aku bayar..
''Mama..Sya tak tahu..''
''Kau memang anak derhaka.Kalau kau tak buat hal.Kalau kau jaga rumah tangga kau baik-baik,semua ni takkan terjadi.Ayah kau takkan mati!''
''Ampunkan Sya mama..Sya tak sengaja..Sya juga tak mahu semua tu terjadi.Sya sayangkan keluarga Sya..''Aku cuba memaut kaki mama yang terhalang oleh pagar besi.Namun cubaan ku tidak berjaya.Pantas saja mama menjarakkan diri.
''Kau berambus Sya..Jangan balik lagi..''Mama..Terlalu besarkah kesalahan yang Sya lakukan?Kenapa aku dihukum dengan dosa yang tak pernah aku lakukan.
''Sya pergi mama..Sya takkan kembali lagi.Sya cuma datang nak minta ampun..Sya sedar,Sya bukan anak yang baik.Sya cuma minta halalkan semuanya..Sya pergi ma..Dan kali ni..Sya takkan kembali lagi.Dan walau pun seribu kali hati ini meronta untuk kembali..Sya sendiri takkan pernah mampu mama..''Riak wajah mama terus berubah.Mungkin mama juga tidak menyangka sama sekali yang aku akan mengeluarkan kata-kata seperti ini.
Dengan langkah yang berat,kaki ini ku bawa jauh,jauh dari rumah yang pernah menjadi 'syurga' bagi ku.Tempat dimana semua kasih sayang itu tersimpan rapi,memenuhi segala ruang yang ada.Namun kini,mungkin aku takkan pernah bisa untuk merasainya lagi.
''Sya pergi ma..Dan Sya takkan mampu untuk kembali lagi.''Walau macam mana berat sekalipun,Sya tetap tak mampu mengubah takdir yang tersurat.

************************************************************
''Umi..''Aku tersenyum.Dia permata hati ku.Si jantung hati ku.Menjadi pengubat dikala duka.Penghibu dikala gembira.
''Kenapa sayang umi ni tak tidur lagi?''Lantas tubuhnya ku sapa ke dalam pelukan.Anak dara ku yang sorang ni.Aku mengeleng perlahan.
''Saja tunggu umi..Dah lewat sangat ni.Tok dan opah pun dah masuk tidur..''Aku mengambil nafas panjang.Memang hari ini aku lewat dari biasa.
Dengan apa yang berlaku hari ini.Ternyata tubuh ini tidak mampu mengalas keperitan ini lagi.
''Umi nangis ya..''Lalu si kecil itu menyeka airmata ku perlahan dengan kedua telapak tangannya.
''Tak..Mata umi masuk habuk sayang..''Lalu dahinya ku kucup mesra.
Ya Allah..Bagaimana nasib Alia selepas ini.Tubuh kecil itu hanya diam sambil membalas dakapan ku dengan erat sekali.Seperti dia cukup memahami keperitan yang aku tanggung selama ini.
''Alia sayangkan umi..''Sekali lagi airmata ini tumpah.
''Umi juga sayangkan Alia.Sayang..''Lalu pelukan semakin dieratkan.

************************************************************
''Alia suka yang mana?''Anak kecil itu mengerutkan dahi sambil tangannya mengurut dagu.Lagaknya sangat serius.
''Dah buat keputusan nak yang mana satu?''Aku masih mahu mengujinya.
''Alia peninglah umi..Tak tahu nak pilih yang mana satu.Semua pun cantik-cantik.Mata Alia pun dah naik 'bling-bling'..''Bling-bling yang membawa maksud,Alia rambang mata.Semua pakaian di butik ini memang cantik-cantik belaka.
''Umi rasa mana satu yang sesuai dengan opah?''
''Umi rasa ambil yang warna biru ni sajalah ya?Ke Alia rasa warna hitam ni lagi cantik?''Seronok rasanya bila keluar membeli-belah dengan Alia.Dengan telatahnya yang mencuit hati,kadang-kandang kami akan bertelingkah menegakkan pendapat masing-masing.
''Ambil yang baru sajalah umi..Sesuai dengan kulit opah.''Lantas jubah berwarna biru itu menjadi pilihan kami.

''Umi..Lepas ni kita pergi makan KFC boleh?''Dengan wajah yang sengaja dicomelkan,Alia memujuk aku lagi.
''Alia nak makan sini atau take away?''Jam baru menunjukkan dua petang.Penat rasanya menghabiskan masa seharian ini bersama si kecil.Walau baru berumur 6 tahun.Namun dia lagi matang dari usia sebenar.
''Alia dah penat ni.Kita makan sini sajalah umi.Nanti kita tanya opah dengan tok nak makan apa.Boleh umi?''Kaki yang lenguh perlu aku rehatkan.Akhirnya kami membuat keputusan untuk melepaskan lelah di KFC saja.
Namun tidak ku duga.Rupanya kisah ini tidak berakhir di sini saja.Rupanya aku tidak mampu mengelak walau sudah berulang-kali aku mencuba.Bila masanya tiba,bila takdir sudah tersurat dan bila pertemuan yang tak terduga ini akhirnya berlangsung setelah hampir tujuh tahun berlalu.
Tujuh tahun yang sangat panjang dan berlalu begitu saja.Tujuh tahun tanpa penjelasan,tanpa pembelaan dan tanpa diberi peluang hak untuk bersuara walau sekalipun.
Jelas wajah pucat Myra dan wajah terkedu Rizman menyapa pandangan ku.
''I'm sorry uncle..Sorry aunty.Alia tak sengaja.''Wajah Alia yang jelas rasa bersalah ku amati dengan seribu rasa.
Ternyata pertembungan ini bakal melakar kisahnya yang tersendiri.Degupan jantung ku tidak senada.Mujur kudrat ku masih mampu menghadang tubuh ini dari terus terduduk,memperlihatkan kelemahan diri.
Aku takkan sekali-kali menunjukkan walau sekecil-kecil kelemahan pun di hadapan mereka ini.
''Jadi..Setelah sekian lama..Akhirnya you muncul juga..''Dengan wajah penuh sinis,Myra menyindir diri ini.Rizman hanya diam.Mungkin masih terkejut dengan pertemuan yang tidak dirancang ini.
''Jom Alia..''Tangan Alia ku paut erat.Ingin memulakan langkah namun..
''Anak you?Ops!Anak haram you dengan Zaf ya..''
''Stop it Myra!''Aku berang bila Myra nampaknya masih belum cukup puas menjatuhkan aku.Namun kali ini tertanya dia silap.Aku takkan biarkan dia mencaci diri ini sesuka hati dia lagi.
''Tak betul ke?Setahu I..You tak ada anak dengan Rizman..''Lalu tangannya naik mengusap perutnya yang sudah menboyot.
''Ini barulah anak Riz yang sah.Bukan macam anak haram you ni..''
''Kau!!''
''Umi..''Kelihatan mata Alia sudah berkaca-kaca.Mungkin agak gentar dengan situasi tegang ini.
''Jom sayang..Kita balik ya..''Lalu jemari Alia ku heret pergi meninggalkan pasangan 'bahagia' itu.Namun belum sempat kaki ku melangkah,sekali lagi hati ini bagaikan ditoreh-toreh tanpa belas kasihan.
''Ternyata I memang tak pernah silap kan Sya?Dan keputusan I tinggalkan you dulu memang keputusan yang terbaik pernah I buat!Tak sangka..Walaupun I dah gantung you tak bertali..You masih teruskan juga hubungan terlarang tu.Sampaikan anak haram ni wujub!''
Papp!!
Sebuah tamparan aku hadiahkan buat suami di pipi kirinya,yang suatu ketika dulu pernah ku belai mesra.Namun kini,semua itu tidak bermakna lagi.
''Jangan pernah hakimi aku tanpa usul periksa.Kalau diri sendiri pun masih terumbang-ambing.Jangan sesuka hati saja menuduh orang.Takut jadi fitnah pula.Dan jangan pernah kau gelar Alia anak yang haram.Dia bukan!!Dia adalah sesuci anugerah yang aku pernah ada.''Rizman nyata tergaman dengan kelantangan suara ku kali ini.
Mereka silap bila berfikir yang aku takkan mampu bangkit dari kesan luka semalam.Aku takkan pernah lemah lagi dalam menghadapi karenah dendam Myra yang masih tidak mampu terpadam walau dengan masa yang agak lama berlalu.
Kaki yang melangkah,terus ku bawa pergi tanpa menoleh walau untuk sekalipun.Bagi ku,dia adalah masa lalu yang seharusnya tidak patut kembali setelah semua kesakitan itu dia hadiahkan buat diri ini.
***************************************************************
''I ada terserempak dengan dia..''Aku bersuara perlahan.
''Maksud you,Riz..?''Tepat sekali tekaannya.Aku hanya mampu mengangguk lemah.
''Apa yang jadi?''Aku menarik nafas panjang.Wajah Zafrie yang tertanya-tanya aku pandang dengan penuh kekosongan.
''I tak sangka..Setelah bertahun-tahun berlalu,kenapa dia muncul lagi Zaf?I ingatkan,i cukup bersedia selama ni.Tapi..''Aku bersuara perlahan..
''Tell me Sya..Dia buat apa kat you!''Suaranya kian cemas.Untuk seketika,aku hanya mampu mendiamkan diri.Cuba mengingati kejadian yang menimpah diri beberapa hari lepas..
''Dia gelar Alia..''
''What Sya?''Zafrie kian mendesak.
''Dia cakap..Alia.Alia tu..Anak.Haram..''Sepatah-sepatah aku bersuara.Terasa perit untuk ku menuturkan sepatah kata yang benar-benar menguris hatiku saat ini.
Kenapa dia tak pernah berubah?Kenapa dia tak pernah melihat ku dari sudut pandangan yang berbeza?Selalu menilai diri ini berdasarkan pandangan mata kasar yang adakalanya sering membuatkan kita salah menilai?
''Rizman dah melampau Sya!Dia tak pernah tahu kisah sebenarnya.Tentang Alia..Tentang kita.''
''Sebab hati dia pernah terluka Zaf..Sebab hati dia pernah disakiti.Dan akulah yang bertanggungjawap sebenarnya..''Tanpa dapat menahan lagi,airmata ini gugur tanpa dapat ku seka lagi.
Selama bertahun-tahun,akhirnya aku harus akui kesilapan ku sendiri.Mungkin sebab aku sendiri tidak pernah cuba untuk meyakinkan dia bahawa cinta ini sesungguhnya hanya untuk dia.Dan Myra berjaya bila,aku sendiri yang memulakannya.Myra cuma mengambil kesempatan di atas semua yang berlaku.
''Sya..''
''Salah I,Zaf.Bila dari mula lagi I tak pernah cuba untuk berterus-terang,yang rasa cinta ini hanya untuk dia..''
''Sya..Jadi awak kena cari peluang.Betulkan semua kesilapan tu.Awak kena rebut peluang Sya.''Zafrie mengukir senyum.Cuba meyakinkn diri ini.
Namun aku sendiri tidak pasti.Masih adakah sisa cintanya buat ku?
''Tak Zaf..Lagipun dia dah ada Myra..Dan mereka bakal menerima 'orang baru' tak lama lagi.Aku tak nak jadi penyebab kepada keretakan rumah-tangga Rizman sekali lagi.Cukuplah dia pernah kecewa dengan aku dulu.''Itu tekad ku.Tidak mungkin aku tegah untuk merobek hati Rizman sekali lagi.Biarlah dia gembira dengan hidupnya.
****************************************************************
''Kau lagi.Kau memang tak pernah rasa serik kan Sya?''Myra tersenyum sinis.Tidak sangka pula pertemuan kali ini berlangsung di sini pula.Di kawasan hospital pula tu.
Tapi apa dia buat kat sini?Mungkin pemeriksaan kandungan.Tapi di mana Rizman?
''Hei!Aku tengah bercakap dengan kau ni!''Mujur kawasan tempat letak kereta agak lenggang.Jika tidak,memang memalukan bila terpekik-pekik di khalayak ramai macam ni.
''Kau nak apa lagi..Aku rasa semua yang kau nak,kau dah dapat kan?Jadi,aku rasa tak ada apa yang aku berhutang dengan kau lagi.Kau tu yang banyak berhutang dengan aku Myra!''Aku sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang.Kepala yang kian pening membuatkan pandangan ku agak berpinar.
''Kau!''Namun dia tersenyum lagi.Senyuman yang semakin sinis.
''Aku kasihan dengan kau ni Sya..Dah lah suami sendiri gantung tak bertali.Keluarga pula sanggup buang kau.''Aku cuba sabarkan hati yang semakin mendidih.Kalu tidak mengenangkan keadaanya yang sedang sarat,dan jika bukan kerana kami di tempat awam.Aku tidak akan sesekali memberi dia peluang untuk mencelah ku sekali lagi.
''Kenapa diam?Mesti kau dah tak ada apa-apa lagi untuk dipertahankan,kan?''
''Kau betul Myra..Aku memang dah tak ada apa-apa lagi.Tapi aku dah tak peduli dengan semua tu.Lagipun,aku tetap bahagia walau tanpa Rizman.Tanpa keluarga yang sepatutnya mempertahankan aku.Membela nasib ku,tapi itu dulu.Sekarang,walaupun tanpa mereka hidup aku tetap bahagia..''
''Sebab kau ada Zaf bukan!''Matanya mencerlang garang.Aku tahu,dia masih berdendam dengan kami.Tapi dia silap,aku dan Zafrie tidak pernah bersalah dengan sesiapa pun.
Memang Zafrie pernah menyimpan rasa cinta untuk diri ini.Tapi setelah aku tolak dengan cara baik,dia dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.Namun Myra,dia salah bila Zafrie lebih memilih ku berbanding dirinya.Dan hanya kerana itu,dia begitu berdendam dengan kami.
''Aku tak pernah menafikan itu Myra,tapi aku juga nak kau tahu.Aku dan Zaf bukan seperti apa yang kau sangka kan.Dia adalah sebaik-baik kawan yang aku ada.Seorang teman yang cukup memahami aku.Seorang teman yang sanggup bersusah-payah dengan aku.Tapi percayalah..Kami hanya berteman dan semua tu takkan pernah melebihi rasa sayang seorang teman pun.''Bersungguh aku menerangkan kepada Myra.Berharap,sengeketa ini akan berakhir setelah sekian lama.Dengam masa yang semakin singkat,aku harus memastikan agar semuanya jelas.
''Myra..Kau kenal aku kan?Aku takkan pernah sanggup untuk sakitkan kawan baik aku sendiri.Kenapa kita jadi macam ni Myra?''Aku cuba meraih tangannya.Namun belum sempat tangan kami bertaut,tertanya hati Myra sekeras kelikir.Masih belum mampu ku lembutkan seperti kerak nasi.
''Aku takkan pernah percayakan kau lagi Sya..Kau tahukan,betapa aku sayangkan Zafrie.Aku sanggup lakukan apa saja demi dia.Tapi,kenapa dia lebih memilih kau berbanding aku!
Kau tahukan,betapa selama ini aku hanya memandang dia.Mencintai dia.Tapi kenapa kau buat aku macam ni ha!Kenapa kau sanggup rampas dia dari aku!''Myra semakin meninggikan suaranya.
''Dan berkali juga aku jelaskan,aku dan Zaf tak pernah bersalah dengan sesiapa pun.Kau sepatutnya sedar,andai Zaf tidak memilih kau.Aku juga tidak akan sekali-kali bersama dengan dia.Sebab dalam hati ini,sudah ada seseorang yang berjaya bertaktah.Terlebih awal menyambut salam cintanya.''Sebaknya bila terpaksa bersengketa dengan kawan sendiri.Dan sekali lagi hati ini bagaikan dirobek bila mengingati masa lalu yang begitu manis terasa.Namun tidak pernah ku duga,manisnya bak madu.Hilang bila ditelan,manisnya hanya sekejap cuma.
''Aku tetap tak mampu maafkan kau Sya.Dan aku juga nak kau rasa,betapa peritnya bila cinta kita dikhinati.''Myra ketawa dengan lantangnya.Aku seperti sudah tidak mengenali dirinya lagi.
''Myra..''
''Kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa Sya..Aku tak pernah ada keluarga.Ibu kandung aku sendiri sanggup buang aku.Anak dia sendiri!Selama ini,aku cuma anak yatim yang menumpang teduh pada keluarga Zaf!Tapi dia,selama ini dia hanya memandang aku sebagai seorang adik sahaja.Dan aku tak nak macam tu.Aku nak lebih dari itu.Tapi dia,tak pernah nak fikirkan perasaan aku.
Selama ini,dalam hati dia cuma ada kau Sya.!Tak pernah walau sedetik pun,sebab bagi dia,kau lah segala-galanya buat dia.Cinta pertamanya.Dan aku benci bila kau juga tahu,aku juga cintakan Zaf.Tapi apa yang kau pernah buat untuk aku?Malah kau ada segala-galanya Sya.Ada keluarga sempurna yang sayangkan kau.Malah tanpa Zaf pun,kau masih ada seseorang yang begitu sayangkan kau.Cintakan kau!''
''Myra..''Aku tak sangka,Myra terlalu memedam semuanya sejak dari dulu lagi.
''Kau dengar Sya,aku nak kau tahu!Selama ni aku sangat cemburukan kan kau.Dan aku nak kau juga rasa,bagaimana rasanya dibuang keluarga kandung.Macam mana rasanya ditinggalkan orang yang kau sayang.Dan tak semua benda yang kau ada akan kekal Sya.Dan buktinya,aku berjaya merampas Rizman dari kau.''Aku sebak bila aku tidak pernah cuba untuk memahami Myra.Rupanya,apa yang ditanggungnya selama ini terlalu berat baginya.
Aku sedar,betapa sakitnya rasa bila ditinggalkan orang yang kita sayang,dibuang keluarga sendiri.Mujur aku masih punya tempat untuk bergantung.
''Maafkan aku Myra..''
''Aku takkan pernah maafkan kau Sya.Termasuk Zafrie!Dan aku betul-betul rasa bertuah bila tujuh tahun yang lalu.Kau sendiri yang memberi aku peluang untuk mengaburi mata Rizman.Memutar-belitkan kenyataan yang aku sendiri tak jangka akan memihak kepada ku.
Hasilnya,keluarga kandung kau sendiri membuang kau dari hidup mereka.Rizman datang menyerah pada ku.Tak sangka,tuhan pun nak beri aku peluang untuk membalas semuanya.Tak sangka,dengan kemalangan kecil yang kau tak sengajakan,memberi aku peluang bila kau sendiri tak mampu mengawalnya.''Myra tertawa sinis lagi.Membuat kemarahan ku yang tadinya sudah redah,kembali membara dengan ceritanya.Tak sangka,dia begitu pandai mengambil kesempatan.Begitu pantas menyambar peluang yang ada.
''Kau kejam Myra..Kau sangup buat aku macam ni.Sedangkan selama ini,aku terlalu sayang kau.Tapi tak sangka.Kau sanggup tikam aku dari belakang!''Ada rasa terkilan bila kelurga ku sendiri mengambil keputusan untuk membuang ku tanpa memberi aku peluang untuk membela diri.
''Kau layak dapat apa yang kau ada hari ni Sya!Dan aku akan pastikan semuanya takkan berakhir begitu saja.Aku akan pastikan,sampaikan kau sendiri rasa yang kau tak ingin teruskan hidup lagi..''Dan hati ini berdebar-debar lagi bila Myra sudah melangkah menghampiri ku.Apa lagi watak yang akan Myra lakonkan sebentar lagi.
''Aku akan pastikan.Buat seumur hidup ini,kau akan menyesal sebab pernah buat aku sakit dengan perbuatan kau..''
''Myra..!''Aku sudah kecut perut bils tiba-tiba dia yang ingin cuba menolak ku,tergelincir sehingga dia tersemban dengan perutnya ke lantai simen.
''Argghh!''
''Myra!!''Sekali lagi aku terkeju dengan kehadirannya.Rizman yang tiba-tiba.Adakah perkara tujuh tahun lalu bakal berulang lagi?
******************************************************************
''Umi..''Aku kenal suara itu.Namun kenapa suasananya terasa begitu gelap?
''Sya..You kena kuat..''Aku cuba untuk mencelikkan mata yang bagaikan digam.Namun ternyata semua usaha ku sia-sia sahaja.
''Sayang..Maafkan abang..''Suara ini..Argghh!Terasa kepala ku semakin sakit.Kepala ini bagaikan mahu meletup.Dan sakitnya tidak tertanggung lagi.

''Umi..''Mata yang silau berulang-kali aku celikkan.
''Umi..Alia rindukan umi..''Bila saja mata ini mampu ku celikkan,wajah pertama yang menyapa pandangan mata ku adalah Alia.Permata hati ini.
''Al..Lia..''Tekak yang perit menyukarkan ku untuk bersuara.
''Alia..Papa nak periksa umi kejap ya..''
Dan aku hanya mampu memandang Zafrie sambil dia melakukan kerjanya.
''Sya..How are you?You tak boleh bergerak sangat.Kesan pembedahan tu masih baru.''Aku sudah terlopong.Pembedahan?
''Zaf..''Aku cuba meminta penjelasan.
''You tiba-tiba pengsan.Dan hari tu juga I jalankan pembedahan untuk you.Mujur tumor tu masih diperingkat awal Sya.Kalau masih tangguhkan lagi,peluang you akan semakin tipis..''Aku masih cuba mencerna segala maklumat yang Zaf cuba sampaikan.
''Sya..You dah selamat Sya.You dah bebas dari penyakit you..''Dan Alia terus memeluk ku, erat.
''Umi..Alia takut.Takut sangat bila umi tak bangun.Dah hampir seminggu umi tidur.Alia takut umi tak nak bangun lagi..''Dan tubuhnya aku usap perlahan.
Mujur semuanya sudah selamat.
''Thanks Zaf..''
''Naa..Ini dah memang tugas I selaku doktor Sya.Dan you patut bersyukur,semuanya berjalan dengan selamat.''Zafrie melempar senyum.Namun dapat ku rasa,senyuman terasa begitu hambar.
''Sya..''Dia menarik nafas panjang.
''Zaf..Kenapa?''Aku mulai tidak sedap hati..'
''Sya..Myra..''
''Anak mama..''Tiba-tiba wajah mama dan hampir seluruh ahli keluarga ku berkumpul di ruang ini.
''Mama..''Airmata tidak mampu tertahan lagi.Selama ini,apa yang aku impikan kini mejadi nyata.
''Mama minta maaf sayang.Kalaulah mama tahu..''Dan kedengaran bilik ini semakin sesak dengan sendu,tangisan yang bersahut-sahutan.
''Maafkan kak long Sya..''Dan kak long mengambil giliran untuk memeluk diri ini setelah sekian lama.
Aku pandang wajah Zaffrie dan Alia silih bergantu.Diikuti dengan wajah ahli keluarga ku yang lain.
Ada wajah suami kak long,Imran.Wajah adik bongsu ku,Aisyah dan dua orang lagi yang terasa asing pada pandangan ku.
''Ini Syira dan Omar..Anak kak long.''Aku terpegun.Terasa masa begitu cepat berlalu.Syira yang baru berumur 4 tahun waktu itu.Omar yang baru belajar merangkak sewaktu peritiwa silam itu berlalu.
''Dah besar semuanya..''Kami tergelak kecil.Lantas ku gamit Alia menghampiri.
''Alia..Salam dengan nenek sayang..''
''Kami dah tahu Sya..''Mama bersuara perlahan..
''Zafrie dah terangkan semuanya.Semua tentang kamu selama ini,dia dah ceritakan.Maafkan kami Sya..''Kak long mengenggam jemariku dengan erat.
''Sya dah tak kisah dengan semua tu mama,kak long..Semua.Yang lalu biarlah berlalu.Yang penting adalah masa kini.Sya tak nak dah ingat yang dulu-dulu tu.Yang penting Sya dapat keluarga lagi.''Dan suara tangisan kini bergema sekali lagi di ruangan kecil ini.
Menangisi kekhilafan yang pernah terjadi.Tiada siapa yang patut disalahkan lagi.Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi.
''Dan ada sesuatu yang Sya perlu tahu..''Nyata ada debaran yang melanda saat ini.
*********************************************************************
Sedang aku ralit memerhatikan ruang jendela yang langsirnya terselak luas.Tiba-tiba pintu bilik ku dikuak perlahan.Dan disebalik pintu itu,aku terkedu bila seraut wajah itu muncul lagi.
Tapi untuk apa?Untuk menyalahkan diri ini sekali lagi?
''Sya..''
''Kenapa kau datang.Tak perlu kau nak salahkan aku lagi.Iya,aku mengaku.Aku yang bersalah..''
''Tak sayang..''Aku terkedu.Untuk apa lagi dia kembali.Dan terasa hati ini bagaikan disiat-siat sekali lagi bila melihat dia muncul kembali di dalam hidup ku.
''Kau nak apa lagi Rizman..''Aku palingkan wajah dari memandang seraut wajah yang pernah menjadi penghias mimpi-mimpi indah ku.Pernah menjadi seseorang yang sangat-sangat penting di dalam hidup ku.
''Abang nak Sya.''Sekali lagi aku terkedu.
''Apa yang kau merepek ni!''Aku semakin cemas bila Rizman semakin menghampiri diri ni.
''Abang dah tahu semuanya.''Aku terdiam,lama.Rizman dah tahu semuanya?Segala-galanya.
Rizman sudah mengambil tempat di tepi katil ini.Dan aku sudah tidak keruan.Setelah begitu lama tidak bersua.Setelah apa yang pernah terjadi.Ternyata perasaan rindu itu masih ada.Dan dia masih lagi mampu mengetarkan hati yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dulu.
Ahh..Semuanya sudah berlalu.Tiada apa lagi yang tinggal.
''Maafkan abang Sya.Kalaulah abang tak buta selama ini.Kalaulah abang tak pernah silap menilai ketulusan hati isteri abang ini.Kita takkan jadi macam ni Sya..''
''Apa yang kau merepek ni Rizman.Kau tak nak maki aku lagi ke?Kan aku pernah cuba nak bunuh isteri kesayangan kau tu!Dan aku buat sekali lagi!''Aku hampir terjerit bila dia berubah seratus peratus.Bukan dulu aku ni hanya layak dimaki hamun ke?Kenapa bicaranya terasa begitu lembut?Tiada lagi nada marah pada kata-katanya.
''Abang dah tahu semuanya.''Dia tahu?
''Maksud you?''Terasa semuanya bagaikan mimpi.Takkan semudah itu?
''Abang ada masa tu,Sya.Abang dah dengar segala-galanya.''Arggh..Untuk apa lagi.Setelah hati ini terluka dengan sangat dalam.Tiba-tiba saja dia datanng untuk mengubati luka ini sedangkan dialah juga penyebabnya.
''Maafkan abang,sayang..Sebelum Myra menghembuskan nafas yang terakhir..Dia sempat meminta ampun.Dan dia juga berharap,Sya mampu maafkan dia..''
Myra..Airmata ku mengalir perlahan.Beginikah kesudahanya..

''Myra,dia..?''

''Iya,Sya.Myra dah tak ada.Dan dia berikan ini untuk Sya..''Sepucuk sampuk berwarna biru,warna kegemarannya bertukar tangan.

''Myra..''Terasa ada kekosongan yang hadir.Terasa separuh dari jiwa ini hilang.Rupanya selama ini,walau sesakit mana pun sengketa ini berlangsung.Rasa sayang ku terhadap dia masih lagi mengunung.Tak pernah sirna.

Aku sudah tidak mempedulikan kepala yang kian memberat.Terasa ada kesakitan yang menyucuk di dalamnya.
''Riz..Myra..''Dan tanpa dapat aku melawan lagi,tubuh ini kaku di dalam pelukannya.Setelah sekian lama.Ada ketenangan yang datang.

''Syuuhh..Maafkan dia,sayang.Dan abang juga ingin memohon seribu kemaafan sebab tak pernah percayakan Sya selama ini..''

''Macam mana boleh jadi macam mana boleh jadi macam tu,Riz..?''

''Dia mengalami pendarahan Sya.Dan anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan.Keadaan kandungan Myra selama ni memang agak lemah.Walau di awal kandungan pun doktor dah sarankan dia gugurkan saja,tapi dia tetap berdegil.''Rizman semakin teresak.Aku tahu,sayangnya pada Myra tak mungkin akan hilang begitu saja.Setelah begitu lama,mustahil rasa sayang itu akan hilang dalam sekelip mata.
''Mungkin ini balasan abang,Sya.Yang tak pernah sekalipun,mencelikkan mata.Menilai dengan mata hati atas semua yang berlaku.''Rizman sudah teresak lagi.
Sayunya hati ini.Walau sekejam mana pun Myra,dia tetap pernah menjadi orang yang paling rapat kepada ku.Yang telah ku anggap seperti adik sendiri.Cuma keadaan yang memaksa kami begini.Terpaksa berdendam hanya kerana cinta yang tidak kesampaian.
Dan banyak hati yang terluka,terlalu banyak kesediahan yang beraja.Sehinggakan terlalu banyak masa yang telah dibajirkan begitu saja.
''Tolong beri abang peluang sekali lagi Sya.Berikan peluang untuk abang buktikan,menebus kembali masa kita yang pernah disia-siakan begitu saja.
Dan aku tidak tahu.Peluang itu masih ada,mahupun sudah hilang seiring dengan masa yang berlalu..

''Sya tak tahu.Walau sedalam mana pun kasih ini masih tersisa..Tapi perasaan sakit itu tetap ada,Riz.Sya tak tahu,Sya mampu untuk memaafkan awak begitu saja ataupun tidak..''Ah..Kerasnya hati ini bila pernah dilukai.Berkali-kali pula tu.

'Sya..Please..Demi Alia..''

Aku tergaman.Dia tahu.Semuanya atau?

''Abang dah tahu semuanya Sya.Dan selama ni abang betul-betul rasa bersalah.Membiarkan sayang membesarkan zuriat kita sendiri dengan bersusah-payah.Izinkan abang menebus kembali semua kesilapan abang..''Rizman kembali meraih jemari ku.Membiarkan tangan ini bertaut sekali lagi.

Aku menutup mata.Cuba mencari kekuatan.Mencari kembali kasih yang pernah hilang.

''Bukan Alia tu anak..Anak haram ke..?''Ahh..Rupanya hati ini tidak selembut mana.Tetap ada kesakitan yang sukar diusir pergi.Terbayang semuanya di depan mata.Selama ini dengan tanpa usul perksa dia menghukum ku.

Tanpa mendengar penjelasan ku.dia terus kepada menjatuhkan hukuman!Adilkah bagi diri ini?Dan setelah sekian lama,dia datang bagaikan semuanya semudah itu.
Bagaikan segala kesakitan yang pernah dia hadiahkan,bisa lenyap begitu saja.Dia tidak pernah tahu,walaupun luka itu bisa sembuh.Parutnya tetap meninggalkan kesan yang amat mendalam.

''Please Sya..Maafkan abang..Jangan cakap macam tu lagi.Abang tahu,abang silap.Bibir ni..''Rizman memegang bibirnya.''Terlalu lantang berbicara,sehingga mampu mengores hati orang yang yang abang sayang.Tapi..''Laju saja jemarinya mencapai jemari ku.

''Sya..Pukullah abang kalau dengan ini hati Sya akan lebih tenang!''Lalu dia membawa telapak tangan ini,menampar ke segenap wajahnya.

Namun pantas saja aku menghentikan tindakannya.Bukan ini caranya untuk ku mengubai luka ini..

''Tak semudah itu,Riz..Hati ini terasa tawar.Mungkin cinta itu masih ada.Cuma hati ini masih sakit,dan tak semudah itu Sya mampu lupakan semuanya begitu saja.

''Sya..''
''Please..Sya tak tahu.Dan tolong..Tolong pergi dari sini.Berikan Sya masa.Sya keliru.Sya tak tahu..''

''Sayang..!''

''Tolong Riz..''Aku berpaling dari memandang wajahnya lagi.Walau kasih ini masih ada buat dia.Namun kesan luka semalam terlalu dalam untuk dilupakan begitu saja.

''Kalau betul you masih sayangkan i..Tolong hormati keputusan i..''
''Abang pergi Sya..Tapi izinkan abang menyintai Sya dari jauh.Andai masih ada ruang untuk abang di hati ini.Abang sentiasa ada untuk Sya dan nak kita..''Rizman meraihku lama ke dalam pelukannya.Sebelum pergi,sempat dia menghadiarkan diri ini kucukpan di dahi.Terasa hangat kucupan itu,mengaimbau kembali kisah lalu.Seperti pertama kalinya dia mengucup dahi ini lama usai membatalkan air sembahyang.

Akhirnya dengan langkah yang berat,Rizman berlalu dari hidup ini.Dan rupanya,itulah kali terakhir ku melihat dia di depan ku lagi.
*************************************************************
Dua tahun kemudian..
''Sya..''Aku tersenyum senang melihat Zafrie datang sambil mendukung bayi kecil yang masih merah.
''Thanks Sya..''Matanya ku lihat berkaca.Mungkin terharu dengan semua ini.Akhirnya,setelah sekian lama.Zafrie menemui kebahagiannya sendiri.
''Tak ada apa laa..Tahniah Zaf..Rina..''Rina,isteri Zafrie yang juga merupakan doktor selamat melahirkan anak lelaki yang cukup sihat beberapa jam lalu.
''Terima kasih kak Sya..Kalau akak tak ada tadi,Rina pun dah tahu nak minta tolong siapa lagi..''Aku hanya tersenyum melihat gelagat ibu muda dan teman baik ku ini.
Ternyata.Seteleh sekian lama,Zafrie berjaya menemui kebahagiaannya sendiri.
''Sayang..''
''Umi..''Aku terus berpaling bila saja suara itu menyapa lembut ke pelupuk telinga ku.
''Abang..Alia.''Aku menyalami tangannya.Lalu Alia ku paut menghadiahkan ciuman di pipi sebelum menyapanya ke dalam pelukan.
''Tahniah Zaf..Rina.''Dan dua jejaka itu berpeluk erat.Andai dulu,kedua-duanya seperti kucing dan anjing saja.Pantang bersua,ada saja yang digaduhkan.
Syukur,kini semuanya sudah terlerai.Semua salah faham mampu diselesaikan.
''Sayang..Abang tak bawa kereta.Tadi pun Angah yang hantar.Jom kita gerak yang..''Setelah hampir sejam,kami meminta diri untuk beransur pulang.
''Kami balik dulu Zaf,Rina.Mak buyung ni kena bawa berehat juga.''
''Abang..!''Aku sudah menampar lembut tangannya yang sedang cuba memapah ku berdiri.
''Ok..Ok..Jom yang,kita balik ya..Rizman Junior ni pun kena rehat juga..''Dan semua sudah tergelak bila melihat muncung ku yang sudah panjang sedepa akibat diusik suami ku.
Tak sangka.Jodoh kami masih panjang.Setelah apa yang berlaku.Demi Alia,demi rasa cinta yang masih tersisa.Kami kembali bersatu.
Dan dengan peluang kedua ini,segalanya mejadi lebih indah.Dan kami sangat-sangat bahagia,lagi-lagi bila tidak kurang tiga bulan lagi,kami bakal menerima orang baru di dalam keluarga kami.
''Terima kasih.sayang.Terima kasih sebab sudi beri abang peluang kedua.Abang sangat-sangat bahagia dengan sayang..,dengan Alia dan bakal Rizman junior ni..''Lalu tangannya mengusap lembut perut yang sudah mulai kelihatan.
''Biarlah kisah dulu tu kita jadikan sebagai pengajaran.Agar semua itu tidak akan berulang sekali lagi.''Lama pandangan kami bertaut.Terasa diri ini kini mampu menarik nafas lega.Tiada lagi cerita duka.Hanya kisah indah yang bakal kami catatkan di dalam lipatan hidup kami.InsyaAllah..
''Umi..Abi..Sampai bila nak berdrama ni?Alia dah penat asyik tunggu dari tadi tapi tak juga bergerak.Nak balik ke tak ni?''Alia sudah bercekak pinggang.Amboi..Anak dara aku yang sorang ni.
''Alia ni abang tengok makin lama semakin ikut perangai sayang laa..Sebijik macam umi.''Rizman sudah tergelak-gelak.
''Ish!Abang ni..''Aku sudah mulai tarik muncung.
''Tengok tu..Sama kan..''Dia tertawa lagi lalu diikuti oleh aku dan Alia akhirnya.
Aku bahagia kini.Tiada lagi duka yang menghimpit jiwa.Tiada lagi kesedihan yang meratai jiwa.Segala-galanya sudah terusir pergi.Dan kini,semua duka itu telah terhapus pergi.
Untuk setiap doa ku,tidak lupa ku pinta agar kebahagiaan ini akan berkekalan dan sentiasa diberkati.Amin.

''Jom sayang..''Tangan yang dihulurkan,aku sambut dengan penuh rasa kasih.

''Alia pun nak pegang tangan juga..!''Kami tertawa lagi.Alia masih bercekak pinggang.Pandangannya juga cukup tidak puas hati.

''Alolo..Sini anak abi ni..''Lalu tangan Alia ditarik lalu kiri dan kanan tangannya kini berada di dalam genggaman tangan abi dan uminya.

''Yeah..''Dan langkah kami atur,satu-persatu meninggalkan ruang hospital.Arhh..Bahagia masih milik kami.

Pergilah duka,datanglah bahagia.Semoga kasih ini akan berkekalan hingga ke syurga..
TAMAT!
~Kita pernah terluka,namun kita juga pernah bahagia.Andai masih punya kesempatan,andai masih punya jalan untuk bahagia..Kenapa pilih untuk berdendam?Kenapa pilih untuk menderita sedangkan kita punya pilihan untuk bahagia.Hargai selagi punya waktu,jangan sampai ada penyesalan dikemudian hari.
Sentiasa bersikap jujur.Sentiasa memberi kepercayaan kepada pasangan masing-masing.Berbincang andai punya masalah.Bukan dengan cara memendamkan segalanya.Dalam cinta harus ada 'give and take'.Bukan hanya satu pihak saja yang beralah.Semuanya kena seimbang.Barulah saling melengkapi antara satu sama lain.Hidup pun aman damai dan tenteram.~kk zen
P/S : Wuaahh!Siap juga akhirnya..Sorry di atas semua kekurangan.Dah tak ada idea ni.Mana2 yg ada typing error tu sya minta maaf ya..versi belum edit ni.Janji nak up tgh mlm.Ni dah jam 2.04 am(13/6/12) baru siap hehe..nnti kan diedit bila ada masa nnti.Jemput baca dan komen semua.+ve atau -ve pun saya terima..Enjoy reading guys..(^_^)

44 comments:

  1. yayyy!! hepi ending!!tp kan kesian sya sbb semua org xpercayakan dia kan kecuali zaf jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sbb terlewat yaa..ni pun baru siap taip ni..masih pnas gitu hehe..wah..first komen hehe..ya..heppy ending.kadang2 kita terlupa,bila cuma nmpk slah org saja.salah sendiri?nasib baik ada zaf kan.
      ada juga pmberi smangat kat sya.thanks sbb sudi baca n komen annymous..

      Delete
  2. best..hepi ending :)

    ReplyDelete
  3. lagi bagus kalau siksa dulu perasaan Rizman tu...
    barulah fair, ni kalau terus baik macam cliche sangat
    #just my opinion

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..rasa nak buat blik ja haha..takpa.once sya ada masa,kita edit blik yaa..saya pun tak puas hati sebenarnya.tapi dsebabkan nak cepat sia,mana lagi idea yg kurang.Hati tak syok pula.terlalu bnyk kekurangan.apa2 pun thanks sbb sudi baca ya..hehe

      Delete
    2. hihi, yeay!!! menunggu versi edited, kalau cenggitu buat Sya kawen dengan Zaf la ( erk... saya jatuh cinta pada kebaikan Zaf, kehkehkeh )
      thanks for this story :)

      Delete
    3. klu cam tu..nnti kita buat cerita pasal zaf plak huhu..kita khwin kan dia dgn awak..nak??hehe

      Delete
    4. wahhh.... bling bling mata! haha, good luck in your writing
      Anon_Wawa

      Delete
    5. wah..terus bling2 ya..thanks wawa..nnti kita tgk cerita apa lg yg nak dsambung lepas ni k..

      Delete
  4. klu cik penulis buat Rizman ni tersiksa perasaan barulah thrill skit...xbest la bila buat sya dapat maafkn suami tak berhati perut mcm rizman.senang je bagi maaf.pastu klu tambah skit sya 'merajuk' pada family pon okey gak..biar sentap skit family dia.sbg balasan sebb percaya sangat dgn 'orang luar'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan?nak juga buat mcm tu.api nama pun cerpen.kenalah buat pendek2 hehe..
      nnti kk edit blik ya..bab2 nak buat konflik ni yg sya tak pandai sanagt hehe..akan diolah lg huhu...thanks yaa..(^_^)

      Delete
  5. betul2 seblm happy kena sedih dulu..T_T
    wawawawa..sedih2..
    nak belajar wt cite cedih dari kk zen la...
    *sambil tunduk kepala mohon ambik jadi anak murid*
    hehehehe...^_^
    peace no war..
    cite ni mmg best..berbintang2 oren bagi...hehehe
    ~adeh panjg lak komen maaf3..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. O-ren..nak kena edit blik ni hehe..
      saya sndiri pun tak puas hati juga.nak juga seksa si rizman tu smpi dia serik,tak buat lagi huahahaha..(ketawa jahat)
      sedih ke?mcm tak berapa nak menyentuh jiwa huhu..nak berguru?baiklah sama2 belajar sbb sya pun masih bnyk yg nak kena belajar ni hehe..sya ni kalau menulis main redah saja.main belasah.takpa..nnti kita rombak balik hehehe..
      peace no war gak..haha

      Delete
    2. snang je nak maafkn suami cmnie,buat la riz 2 sksa ckit yela dia lebih prcayakn org luar dri isteri dia yela dah buta dgn myra kn..

      Delete
    3. Cheknie..
      betul tu.Patutnya dera si Riz ni banyk2 kan?Hhehe..

      Delete
  6. bestt..tapi kan kite rasa rizman tu macam tak layak dimaafkan dgn sebegitu senang..jahat sangat perangai nyer..tak adil betul rasa nyer. huhu

    ReplyDelete
  7. wah..semua pakat tak nak sya trima rizman..hehe..tpi tak salah bg dia peluang kedua kan?hehe..apa2 pun thanks sbb sudi komen..

    ReplyDelete
  8. 7 thn berlalu tapi Sya masih mahu menerima Rizman,
    padahal Sya boleh meminta fasakh..
    memang betul kata didi; rizman tidak layak dimaafkan
    setelah apa yang dia buat pada Sya. Hidup dia mudah,
    Myra mati dia kembali kpd Sya yang memang rela diri
    dilukakan.

    Saya lebih suka Sya bersama Zafrie yg. bersusah payah
    menjaganya... jk nak kembali kepada Rizman pun biarlah
    Rizman bersusah payah mengambil hati Sya, tunjukkan yg
    dia betul2 insaf..

    Sori to say Cik Penulis, cerita ini kurang kesan di hati,
    tak terasa sedih sangat... kerana ending memang pun begitu
    untuk cerita2 melayu... but thx 2U kerana boleh menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sbb sudi tinggalkan tanda hehe..
      my bad klu citer ni mmg tak beri kesan pada awak..saya sndri pun tak puas hati ni hehe..

      berkenaan sya terima rizman..kadang2 cinta ni pelik.yg menyakitkan hati tu yg kita payah nak lupa..tak semua orang sempurna.kadang2 kita kena juga bg peluang kedua supaya dia akan berubah lebih baik berbanding dulu.Mungkin sya tak patut terima rizman begitu saja.Tapi setelah 7 tahun,kenapa perlu membazirkan masa lagi?klu ada jln untuk bahagia,kenapa perlu menyimpan dendam?

      pasal cerai tu..Dia pegang kata2 rizman yg akan tetap mengangtung dia tanpa tali.demi membuktikan yg dia tidak pernah curang,walau betapa teruk dia dilukai sekalipun..cuma rizman yg bertaktah dlm hati dia.walau dia bercerai sekalipun,kesan luka semalam takkan pernah mampu hilang dan hatinya terisi walau dgn kehadiran zafrie sekalipun.Namun,mungkin demi sisa cinta yg ada.dan jodoh yg masih panjang,maka saya putuskan,tak salah beri mereka peluang untuk membina rumah tangga mereka sekali lagi..

      ~waa..masuk part serius dah ni hahaha..sila komen..jangan malu2 yaa..~

      Delete
  9. cik penulis saya rasa jalan cerita dia mmg terbaik... sebab saya suka cerita di mana hero and heroinnya tidak bercerai... sebab dah banyak sangat cerita cerai sampai semua org ambil jalan mudah kalau gaduh sikit nak bercerai... but in this story it nvr happened so, i like it.... bukan semua masalah dapat diselesaikan dgn divorce... but saya terkilan bila Sya terima Riz cam tu je... kena lah buat si riz itu meroyan sikit baru ada trill.... hehehe.. panjang berjela saya komen,.. sorry kalau apa yang saya tulis menggores hati penulis... Queen.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik Queen hehe..
      tak lah..saya lg suka baca komen pnjang2 hehe..
      mana2 yg terkurang tu saya hulur sepuluh jari ya..mana2 yg trkurang di masa akan dtg sya akan cuba perbaiki..

      Delete
    2. Kak,apa kata cerpen ni kak Kk jadikan sebagai short story.. dalam 10 bab ke? best jugA kalau cam tu,.. Queen..

      Delete
    3. tak boring ke nnti?hehe..baiklah,akan dipertimbangkan.mgkin kita boleh olah cerpn ni supaya semua tahu sbb sebenar sya kembali kepada rizman kan?thanks Queen..klu ada idea boleh roger2 hehe..

      Delete
    4. Saya mmg banyak idea tapi bila saya bagi idea no use... saya dah serik.. hehehe.. kalau kak Kk nak pandangan saya, saya no hal punya...One thing yg saya boleh ckp setiap mausia ada buat kesalahan, so tak baik kita hukum dia coz masa silam,dia bila dia dah berubah kita kena bg peluang... Jangan ubah ye idea asal cerita ni, coz cerita ni dah okie but kena diperpanjangkan je...Biarlah Sya dgn Rizman,,, kalau benda cam ni berlaku dalam real life pun kita kena bertolak ansur.. setiap masalah ending dia bukan divorce.. Queen..

      Delete
    5. thanks Queen..betul tu.Tak semua masalah perlu diselesaikan dengan CERAI.Tapi ada juga sesetengah masalah,mungkin lebih baik diselesaikan melalui jalan macam ni.Maksudnya,cerai..
      Tapi untuk Sya dgn Riz..Rasanya boleh diselamatkan lagi hehe..

      Delete
    6. bak kata org medical ni still acute case bukan chronic case lago, so still boleh diselamatkan and saya suka hero garang2x cam coz tak suka hero romantik... hehehe

      Delete
    7. kan..kadang2 yg ala2 bad boy yg tu berkenan di hati hehe..nnti kita tgk..riz tu masuk karegori mana hehe

      Delete
    8. Rizman tu dh bkn tahap bad boy dh,tu dh tahap lelaki jahanam..menyampah aku..bodoh berkati2 menyakitkn hati..kesian sya..

      Delete
  10. geram betul la...
    sepatutnya x payah kembali kat rizman lelaki y betul2 bodoh...
    padan muka myra mati. rizman pun p mati dgn myra skali la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya hehe..
      nmpknya cerita ni.bkl bersambung lg..saya saja ke yg sokong rizman ni?hehe..cian dia tau..apa2 pun thanks sbb sudi drop komen..

      Delete
  11. ala..apsal ending dgn rizman gak...rizman tu didn't deserve perempuan sebaik sya..patutnya buatla ending ngn zaf or somebody else....huhuhu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti kita tgk mcm mana ya/cerita ni bersambung sebenarnya tpi tu la..since da format lappy ni..habis semua rangka2 tu hilang..thanks sbb sudi sggh.(^_^)

      Delete
  12. Best cerpen ni cuma perlu bagi sikit rizman tu pengajaran btw keep it up

    ReplyDelete
  13. padan muka mira tu la jahat sgat
    dah nak mati blh plk mntak maaf kat sya
    citer ni mmg best

    ReplyDelete
  14. terbaca cerita ni semasa sedang melayari bahtera blogger.com. Ada satu point saya nak beri pencerahan kepada penulis. Saya tak tahu jika penulis sedar atau tidak, tapi ingin saya tekankan bahawa watak Rizman sebenarnya telah melakukan Qazaf terhadap sang isteri. Qazaf ni bukan main-main, si isteri boleh buat tuntutan di mahkamah dan mahkamah boleh menuntut Rizman melakukan Li'an jika dia betul-betul yakin bahawa isterinya sudah berzina. Natijah Qazaf dan Lian ini sangat besar, sebab bukan saja automatik jatuh talak bain kubro (diharamkan rujuk dan berkahwin selama-lamanya, jangan harap nak pakai cina buta, memang dah cannot go) anak yang terhasil daripada hubungan suami isteri yang diragui nasabnya oleh si suami yang melakukan qazaf akan gugur hak nasabnya (tidak boleh dinasabkan pada si suami) minta penulis beri perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt, jgn kerana sayang seseorang kita ketepikan hal agama tambah tambah yg perempuan. At least qazaf n lian mampu mengembalikan martabat ank yg dikatakan haram tu. Masyarakat pon x boleh pandang serong sbb dpt pembelaan dari kaedah qazaf dan lian. Jgn lah sbb sayang nak mati kat suami sanggup biarkan martabat ank dipijak. Tapi realiti kehidupan yg selalu terjadi, wanita yg terinaya dipulangkan kembali kpd zat yg maha kuasa dgn keadaan yg mulia, setelah itu barulah dicampakkan kesedaran kpd penganiayaan. Natijahnya, ia mengingatkan manusia kpd cinta ilahi yg utama maka si suami dpt kembali ke pangkal jln agar layak bersama isterinya di syurga.

      * kepada author kalau boleh bagi ending yg mampu beri kesedaran kpd masyarakat sbb kita tau mind set masyarakat wanita sentiasa bersalah dan mesti sabar menempuh ujian. Namun hakikatnya wanita perlukan ilmu utk keluar dari derita dan mereka mampu mengusir duka itu. Saya sarankan author tunjukkan wanita itu kuat dan mampu hidup atas kaki sendiri barulah golongan janda x dipandang serong oleh masyarakat. Wanita yg kuat bkn yg mampu shj mampu sabar dari kezaliman suami tapi wanita yg mampu tinggalkan cinta lelaki tak guna utk meraih cinta Allah.

      *sorry lalu terbebel, saya suka ja penulisan author 😉cuma emosional sikit sbb cerpen dan novel mencorakkan minda masyarakat dah la kes penganiayaan terhadap isteri makin meningkat, yg isteri tu pulak sanggup ja berendam kan air mata sbbkan CINTA

      Delete
  15. best cerita ini tapi klu rizman terseksa dalam meraih kasih sya,lagi best baru puas hati

    ReplyDelete
  16. Sori..walaupun cerita ni dah lama tp nak komen jugak..cerita ni agak menarik tp part last tu terus turn off..nape ya penulis2 cerita suka nar buat watak suami dah letak isteri kat bawah tapak kaki tp end up isteri tu bole terima suami tu balik..x rasa suami tu kurang ajar ke ngata anak sendiri anak haram..tu belum lagi yg kena maki n curang dengan kawan sendiri..macam bodoh pun ada gak jantan ni, isteri sendiri yg dah kira kenal hati budi tu sbbnya ajak kahwin kan, bole tak percaya tp bole pulak percaya dengan perempuan lain..jenis lelaki gini mmg x sesuai nak jadikan seorang imam n seorang ayah tok anak2..

    ReplyDelete
  17. Suka baca cerpen kk zen.. setiap cerpen awak mesti ada moral of the story... 👍

    ReplyDelete
  18. Bagus banget. Sya baik banget kalau sja aku jadi aku sih bakalan balas dendam dulu sama Risman

    ReplyDelete