CERPEN

Monday 2 July 2012

Cerpen : Dia yang ku cinta


Aku hanya mampu mengeluh.Bukan sekali.Bukan juga sejak akhri-akhir ini.Cuma aku saja yang masih cuba untuk pekakkan telinga.Menidakkan semua itu.
''Aku tak fahamlah dengan kau ni Sab.Bukan aku sorang yang nampak tau..''Aku cuma mampu tersenyum.


''Selagi aku tak nampak dengan mata aku sendiri.Aku pilih untuk terus percayakan dia.''Hati sudah bertekad.Kadang-kadang orang boleh menabur fitnah.Dan aku kena bijak untuk menilai situasi.

''Nak bukti apa lagi.Kalau nak tunggu kau nampak sendiri alamatnya sampai ke sudah kau takkan tahu juga.Aku bukan nak buruk-burukkan dia orang Sab..Tapi dah banyak kali aku nampak.Selalu sangat berjumpa.Mesra pula tu!''Aku mengelengkan kepala.Anum pula yang melenting lebih-lebih.

''Aku bukan tak percayakan kamu Anum.Tapi bagi aku,itu perkara biasa.Mereka pun bukan orang lain.Sorang tu tunang aku.Sorang lagi adik aku.Aku tak nampak salahnya disitu.Lainlah dia orang buat something yang salah.Setakat keluar bersama tak salah rasanya.''Aku masih cuba untuk pertahankan orang-orang yang aku sayang.

Kadang-kadang aku sedar,aku ni bukanlah jenis sosial orangnya.Andai tiada yang penting,aku lebih rela melepak di rumah berbanding menghabiskan masa berjam-jam di luar.Dan Sakinah la yang selalu jadi mangsanya.Selalu menjadi penganti ku,menemuis Hisyam tunangan ku yang hampir setahun ini.Namun Hisyam cukup faham dengan sikap ku.Jadi ini tidak menjadi masalah buat kami.

''Kau boleh tolong aku tak Sab?Tolong celikkan mata kau tu sikit.Jangan nak pertahankan sesuatu yang aku rasa kau sendiri pun dah lama tahu!''Anum semakin tekad.Tekad untuk meyakinkan ku.

''Maaf Anum..Tapi aku akan cuba cari jawapanya sendiri.Andai jodoh aku bukan dengan Hisyam..Aku redah..''

''Begitu mudah kau beralah Sab?Kadang-kadang aku tak faham dengan kau ni.Betul ke kau ni cintakan Hisyam?Bercinta bertahun-tahun.Tapi gaya kau ni,macam kena paksa saja.''Aku tersenyum.

''Cinta?Kalau hati pandai merindu,cinta la kut.''Aku ketawa.Anum sudah mencerlangkan matanya.

''Kau ni..!''

''Aku main-main sajalah..Jangan risau..Aku ok.''
*******************************************
''Sab.I nak bawa Sakinah pergi tengok wayang..Boleh tak?''Aku hanya menanganggukkan kepala.

Tidak lama selepas itu,Sakinah ku lihat sudah bersiap-siap.Aik?Dah bbersiap,baru nak tanya aku?

''Kak..Kinah jalan dulu ya..Tapi,betul ke akak tak nak ikut?''Sakinah yang sudah di depan pintu menyoal sekali lagi.

''Kinah tahu kan..Bab tengok wayang ni akak tak gemar saja.''Aku tersenyum sekali lagi.

''Sab..I jalan dulu tau..Mak cik..Syam pergi dulu.''Emak hanya menganggukkan kepala.

Usai pemergian Hisyam dan Sakinah.Emak mulai berleter lagi.

''Kamu ni tunggul ke Sab?Kadang-kadang emak memang tak faham dengan kamu ni.''

''Tak apa lah mak..Kinah dengan Syam kan dah bagi tahu nak keluar.Siap minta izin dengan mak lagi.''Aku meneruskan pembacaan novel yang tergendala tadi.Masih dengan reaksi seperti tadi.

''Mak bukan apa.Emak tengok bukan main lagi rapat adik kamu tu dengan tunang kamu.Kamu tak cemburu ke?Lelaki ni kadang-kadang,kalau tak kena layanannya.Cepat betul berubah hati.''Aku tersengih.

''Mak..Kalau ada jodoh..InsyaAllah..Tak ke mana juga kan..''Emak hanya mengelengkan kepala.

''Suka hati kamu la..Bukan tak ada yang menegur.Kalau jadi apa-apa nanti,kamu jangan nak salahkan orang lain pula.''

''Baiklah mak..Sab takkan salahkan sesiapa.''Aku beralah.
***********************************************
''Sayang..Ahad ni temankan Syam ya.Kita keluar cari barang,nak?Tapi kalau sayang tak dapat pergi,tolong pujuk Sakinah ya.I tak bolehlah keluar sorang-sorang,Tak biasa.''Aku sudah pelik.

Belum apa-apa lagi nama Sakinah sudah naik.Macam aku ini,dia hendak tak hendak saja.

''I belum cakap tak dapt pergi lagi kan?''Aku cuba berlembut.

''Kan selalu you tak dapat pergi.I saja tanya.Tapi kalau you dapat pergi,baguslah.''Tapi nadanya macam tiada semangat saja.Aku ka yang berprasangka lebih-lebih atau Hisyam sudah beralih-arah?




''Kak..Abang Hisyam tanya,akak confirm ke besok?Kalau tak Kinah pergi.''Badan sudah naik tegak.Aku belum cakap apa-apa,dia orang pula yang bagi aku pilihan.Hati mulai tidak sedap.

''Kinah tak ada hal ke?Izlan tak ajak ke?''Aku hairan bila nama Izlan sudah lama tidak kedengaran.Kalau dulu,setiap malam Sakinah akan bercerita apa saja tentang Izlan.

Izlan yang sweet.Izlan yang romantik.Izlan yang caring.Sampai aku pening.Pening hendak melayan setiap ceritanya.

''Kita dah putus..''Nadanya seperti biasa saja.Macam tak sedih pun?

''Pula..Kenapa?''

''Ala..Dah tak ada jodoh..Tak payah lah nak kecoh sangat!''Aku tergaman.Semudah itu?

''Jadi kak..Macam mana?''Sakinah seperti mendesak.Dia pula yang beria-iya.

''Kak rasa mungkin tak dapat  kut.Kinah dengan Syam sajalah yang pergi.''Aku akhirnya membuat keputusan.Entah kenapa,aku seperti terpanggil.Terpanggil untuk menyelidiki sejauh mana hubungan antara adik ku dan Hisyam sendiri.

''Ok..Kinah call abang jap.Nak bagi tahu..''Sakinah terus berlari menuju ke biliknya.Aku lihat dia seperti sangat teruja.

Dan kenapa dia yang perlu memaklumkan semua itu kepada Hisyam?Sedang aku sendiri boleh bagi tahu Hisyam.Lagipun aku lebih berhak.Aku kan tunang Hisyam.

'Kau masih ingat ke yang Hisyam tu tunag kau?'Aku terkedu.

Sejauh mana hubungan yang terjalin antara mereka?Kini,aku terpanggil untuk mengetahui semua ini.Tapi bukan melalui mereka.Baik.Aku akan bertindak.
****************************************************
Pagi itu,Sakinah sudah bersiap-siap.

Aku rasa,sudah tiba masanya aku aku bertindak.Anum sudah ku beri tahu awal-awal.Kami akan cuba mencari jawapannya hari ini.Dan hari ini,aku bakal bertemu jawapannya sebentar lagi.

''Kak..Nanti tolong bagi tahu mak ya..Kinah pergi dulu..''Aku sudah di depan pintu.

''Syam..You tak nak masuk dulu ke?Jumpa mak dulu.Aku cuba memancing.

''Kami dah lambat ni..Petang nanti ok..I gerak dulu..''Dan mereka,seperti sangat tergesa-gesa untuk meninggalkan ku.

Tidak lama mereka beredar.Aku yang sudah bersiap ala kadar,terus menukar baju kerana Tajul dan Anum sudah bersedia menunggu ku.Hari ini,aku ada misi.Misi untuk mencari kebenaran.

'Kenapa baru sekarang?'Aku terkedu.Mungkin sepatutnya aku harus lakukan semua ini dari dahulu.Bukan bila mereka semakin rapat.Apa yang aku perlu lakukan?Kalau benar mereka memang lebih dari biasa?Patutkah aku beralah?



''Kau tengok sendiri Sab..''Aku hanya mampu memandag adegan suap-menyuap itu dari jauh.Dan hati ini.Terasa bagaikan dicucuk-cucuk.

Itu baru sikit.Tadi lagi dasyat.Siap berpegang tangan,berpeluk pinggang bagai.Aku dengan Hisyam sendiri pun tidak pernah semesra itu.

''Aku tak buta lagi Anum.Tapi aku tak sangka,mereka lebih mesra..''Berbanding aku dan Hisyam,kami seperti ada tembok.Tembok yang menghalang untuk ku melayani dia semesra ini.

''Kan aku dah cakap..Tapi syukurlah..Kau dah sedar.''Anum masih belum puas dengan ulasannya.

''Yang..''Tajul memberi amaran.Mungkin tidak mahu Anum meneruskan kata-katanya.Kata-kata yang bakal menyakiti hati ini.

Aku hanya mampu terdiam,melihat kemesraan dua insan yang begitu dekat dengan diri ini.Tak sangka,selama ini aku sudah ditipu.

'Bukan kau sendiri yang buka peluang untuk mereka?'Dan hati ini berkata-kata lagi.Menambahkan sakit yang mencengkam dada.

''Jom balik..''Aku sudah tidak sanggup lagi.

''Kau tak nak kumpul bukti ke?''Aku mengeluh.

''Cukuplah apa yang aku nampak sekarang ni.''Aku penat.Terasa hendak marah,rasanya memang salah ku sejak awal lagi.Tapi mereka tak sepatutnya ambil kesempatan di atas kepercayaan yang aku berikan.

''Tapi Sab..''

''Tak apa Num..Aku turun kat sini saja.''Pintu kereta sudah ku buka seluasnya.Tidak peduli dengan tegahan Anum.Tidak peduli lagi andai Hisyam dan Sakinah melihat aku saat ini juga.
*****************************************
Betullah telahan ku.Telefon yang tidak henti-henti berdering,sengaja aku matikan.Aku perlu tenangkan diri saat ini.

Aku tersentak bila 'dia' sudah melabuhkan duduk di samping ku.

''Cinta tu sakitkan Sab..''Aku diam.Membiarkan dia terus berkata-kata.

''Cinta yang aku rasa labih sakit Sab..Sebab cinta aku tak pernah berbalas.Bukan sejak setahun yang lalu.Tapi sudah hampir 10 tahun yang lalu..''Aku pandang wajahnya.

''Maafkan aku Carl..''Entah kenapa,mudah saja airmata ini mengalir.Mungkinkah ini balasan ku?Tidak pernah menghargai insan yang melebihkan segalanya buat ku berbanding dirinya.

''Aku maafkan kau,Sab.Sebab aku juga tak pernah membenci.Apa lagi untuk melupakan kau.Tapi aku sedar,cinta itu bukan untuk aku.Walau seribu kali kau terluka,dan walau berkali-kali juga aku cuba untuk mengubatinya.Kau takkan pernah pandang aku Sab.

Sebab aku tahu,cinta itu tak mampu untuk kita paksa.''Haicarl bersuara perlahan.Aku terkesan dengan nada suaranya yang begitu lirih.

''Carl..''

''Jangan kasihan kan aku Sab.Tapi kalau kau sudi cintakan aku,akulah orang yang paling gembira saat ini Sab..''Aku menangis lagi.Hati..Kenapa tak mampu menerima dia dalam hidup ini?Kenapa harus memilih?

''Beri aku masa Carl.Masa untuk aku didik hati ini lagi.Andai ada jodoh kita,aku janji dengan kau.Aku akan terima kau dalam hati ini.''Aku seperti memberi harapan padanya.Tapi aku rasa,dia lagi layak menerima cinta ini.Kerana aku tahu,dia lebih setia dalam bercinta.

Bila masa itu tiba.aku tak tahu.Tapi rasanya,perlahan-lahan mata ini terbuka melihat keikhlasannya dalam mencinta ku.Setia menunggu ku walau berkali aku menolaknya.

''Betul Sab..''Suaranya sudah kembali ceria.

''Pernah ke aku tipu?''Aku mulai geram.Saat ini,dia masih ragu kan aku?

''Kau tak ingat ke?Dulu kan kau pernah tipu aku.Masa kita umur enam tahun dulu.Kau cakap bila besar nanti kau nak couple dengan aku.Nak kahwin dengan aku.Tapi tengoklah,mamat tak setia tu juga yang kau terima.Janji kahwin dengan aku,tapi tunang dengan orang lain.''Erk?

''Kau ni!Tahu pun masa tu kita budak lagi.Mana boleh pegang janji macam tu!''Aku cuba pertahankan diri.

''Eh..Sebab janji kau tu laa sampai sekarang aku tak ada awek lagi.Sekali kau dah janji,aku pegang janji tu sampai akhir hayat aku Sab.''Dan aku sudah terlopong.Begitu sekali dia bertekad.

Haicarl yang tegas.Haicarl yang garang.Tapi macam Anum cakap,hanya aku sorang yang dapat jinakkan singa mengamuk ni.

''Ok..Ok.Kan aku kata yang aku akan cuba.''Aku jeling dia yang sudah tersengih.

''Aku pegang kata-kata kau Sab..''Dia begitu teruja.Dengan senyumannya yang manis.Dengan lekuk di pipi kirinya,menambahkan lagi ketampanan seraut wajahnya.

Aku mengambil nafas panjang.Perlahan-lahan melepaskannya.Aku rasa sudah bersedia.Bersedia untuk menghadapi semua ini.Aku sudah berdiri.

''Kau nak pergi mana..''Haicarl sudah cemas bila melihat aku menegakkan badan.

''Aku nak balik..''

''Ala..Baru aku nak feeling..''Aku sudah mencerun tajam.

''Aku nak tarik baliklah kata-kata aku tadi.''

''Ok..Ok.Balik la..Tapi janji,tetap janji k.''Dan dia sudah menghulurkan jari kelingkingnya.

Aku pandang wajah dia yang sangat serius.

''Kalau tak buat macam,aku takut kau mungkir janji lagi..''Dan dia sudah tersengih.

''Haiss!Kau ni macam-macamlah.''Tapi aku turutkan juga.Bila jari kelingking sudah bertaut,ada perasaan lain yang mulai menyusup.Menyentuh lembut hati ini.
*******************************************
Aku menapak perlahan.Kereta Hisyam masih setia di halaman rumah.Bukan itu saja.Juga kelihatan beberapa buah kereta lain.Seperti ada rombongan besar saja.Mungkin juga menunggu kepulangan ku.

Aku menarik nafas panjang.Mencari kekuatan untuk menghadapi.

''Sabrina..''Hisyam sudah meluruh mendapatkan ku.Tapi aku,cuma buat tidak peduli saja.

Bila saja kaki ini ku jejakkan ke dalam rumah,aku memberi salam.Ternyata ibu bapanya dan adik-beradiknya sudah sudah berada di ruang tamu kecil milik kami.

Aku sengaja meminta keluarganya untuk bertandang malam ini.Biarlah semuanya jelas.Aku sudah penat menghadapi semua ini.

''Ina..Kenapa ni?Mummy tak faham apa-apa..''Mummy Hisyam sudah berdiri mendapatkan ku.

''Sab..Dengar dulu penjelasan I..Kinah dengan i,tak mungkin ada apa-apa..''

''Syam..''Sakinah yang juga ada di ruang ini sudah gelabah.

''Tolong percayakan I..''Hisyam masih tidak berputus asa.

''I ada cakap apa-apa ke?Kenapa you gelabah sangat ni?''Aku masih mahu menguji.

''I..Err..I tahu.You mesti nampak i dengan Kinah kan..''Dia menjawap dengan yakinnya.

''Apa yang i nampak?''Aku masih mampu bertenang.Masih mahu bertarik-tali.Semua yang ada hanya mampu memandang saja.

''Er..Jadi,kalau you tak nampak.Kenapa you panggil family kita kumpul?You buat i cuak sayang..''Perut naik sebu bila Hisyam masih mahu mengelarkan ku dengan panggilan,sayang.

''Kalau i nak cepatkan tarikh pernikahan kita?''

Aku melirik Sakinah yang sudah cemas.Hisyam yang cuak.

''Kalau macam tu,mummy ok saja.Dari menunggu setahun lagi,baiklah dipercepatkan.''Mummy Hisyam sudah teruja.

''Tapi..Syam..''Dia meramas tengkuknya perlahan.Tanda bila dia sudah tidak keruan.Semakin mengelabah.

''Daddy pun ok saja kalau semua tu dipercepatkan.Tak begitu cik Imah..Encik Syahran.''Daddy Hisyam juga seperti sudah sepakat.

''Baiklah..''Hisyam seperti terpaksa saja.

''Tapi..''Semua mulai memandang Sakinah yang gelisah.

''Kenapa dik..''Aku cuba berlembut sekali lagi.Walau ada rasa marah yang menular.Tapi semuanya salah aku sendiri.Membuka peluang kepada mereka untuk mengkhianati ku.Layakkah aku marah bila aku sendiri dengan lagak tunggul kayu,sentiasa beralasan bila Hisyam memerluhkan ku.Sentiasa menolak segalanya kepada Sakinah?


''Takkan cepat sangat.''Dia semakin gelisah.

''Kamu ni kenapa Kinah.Yang nak kahwin tu kakak kamu.Yang kamu gelisah macam kamu pula yang kena paksa kahwin!''Emah sudah mulai melenting.Ah..Mestilah Sakinah tidak suka.

Aku melihat wajah cuak Hisyam.Memberi syarat kepada Sakinah agar mendiamkan diri saja.Aku lihat Sakinah agak takut-takut bila mana pandangan Hisyam semakin tajam.
''Kinah..Cuba cerita dengan akak..''Aku cuba berlembut lagi.Cuba memancing dia agar berterus-terang saja.Padahal hati ini sudah cukup terhiris dengan sikapnya.

''Hisyam dengan Kinah..Kami..er..''

''Kinah!''Hisyam cuba menghalang.

''Cakap Kinah..Akak dengar.''Aku semakin bertegas.Mulai hilang sabar.

''Syam janji nak kahwin dengan Kinah..''

''Sakinah!''Emak sudah berdiri.Semua yang ada pada malam ini terkedu.Cuma aku yang tersenyum.Kerana akhirnya,semuanya sudah terbongkar.

''Syam!Apa yang Syam dah buat ni!''Mummy sudah melenting.Tangannya sudah naik memukul tubuh Hisyam yang sudah melutut di sisinya.

''Mummy..Syam minta ampun mummy..Syam janji tak buat lagi.Syam akan dengar cakap mummy.''Aku tersenyum sinis.

''Emak..Ayah..Rasanya Sab dah cuba jelaskan semuanya.Jadi,''Cincin yang mengikat kami.setahun yang lalu aku lucutkan.Aku mencapai tangan Sakinah dan meletakkan cincin itu di dalam telapak tangannya.

''Kinah dah besar..''Sakinah sudah meluruh,menangis di dalam dakapan ku.Tapi aku,tidak mampu membalasnya.Walaupun hati ini lega,tapi rasa sakit itu tak pernah dapat ku hilangkan begitu saja.

''Sab..I masih sayangkan you..''Hisyam nampaknya masih tidak berputus-asa.

''Sayang you tak membawa makna Syam..You sendiri yang musnahkan semuanya.I tahu i yang salah dalam hal ni.Jadi i rela berundur.Adik i lebih perlukan you..''Aku mengukir senyuman.Walau tidak semanis selalu,cukuplah untuk memberitahu yang aku mampu terima semua ini seadanya.

''Sab..Takkan semudah itu?''Hisyam agak tidak berpuas hati.Sakinah hanya tertunduk sejak tadi.Mungkin malu dengan situasi ini.

''You nak macam mana lagi?''Aku mulai mengeluh.Semakin tercabar dengan sikap Hisyam yang agak mendesak.

''I cuma nak tahu..Selama ini,you pernah tak cintakan I?''Aku mengeluh dalam.Semua mata sudah tunak memandang ku.

''Kalau i tak sayang..I takkan terima you sejak awal lagi..''Hisyam sudah terduduk.

Mata emak dan abah sudah merah.Mummy sudah tersedu-sedu di sisi daddy Hisyam.

''Sab minta maaf semua..Mungkin ini yang terbaik untuk kami.''Langkah ini ku bawa pergi.Membawa sekali hati yang luka.

Mungkin semuanya berpunca dari ku.Andai tidak ku beri mereka peluang sejak dari mula.Mungkin semua ini takkan terjadi.

Cinta itu memang rumit.Bila dia di depan mata,ada masanya kita takkan pernah menghargainya.Bila sudah kehilangan,baru aku tahu.Dalam hati ini tersemat nama dia yang ku cinta.Tapi kini,semuanya sudah mejadi kenangan.Dia kini sudah menjadi milik insan yang lebih tahu menghargainya.

Mungkin semuanya berpunca dari diri ini.Terlalu percaya.Sehinggakan aku sendiri dikhianati.Tapi salah tetap salah.Andai sejak mula peluang itu tidak ku berikan.Mungkin semua ini tak akan jadi Begini.Namun aku percaya pada takdir,yang Hisyam bukan milik ku.Jodoh itu bukan milik kami.

'Syam..Semoga Syam dan Kinah akan berbahagia.'

T.A.M.A.T!

~Cinta itu kadang-kadang rumit.Selagi kita tak kehilangan,selagi itu kita takkan pernah menghargainya.

Percaya itu tidak salah.Tapi jangan terlalu percaya hingga memakan diri-sendiri.

Namun saya percaya pada jodoh.Andai sudah jodoh..Tak akan ada yang mampu menghalangnya.Andai takdir sudah menetapkannya begitu,maka terima sajalah.

Ada orang,bercinta sekali sudah bertemu jodoh.Ada pula yang berkali-kali.
Kadang-kadang,sebelum kita bertemu dengan orang yang betul,kita akan ditemukan dengan orang yang salah dahulu supaya kita akan mampu menghargai seseorang bila saatnya sudah tiba.~KK Zen



P/S : Wuaarrgggh!Siap juga.Non-stop hampir 3 jam siapkan cerpen ni.Sudilah terima cerpen yang tidak seberapa ini.Tak tahu best ke tak.Cuma mencari kembali mood yang hilang.Hehe..Mood merapu di tengah2 malam..Jemput baca dan komen mana2 yang kurang ya..(Sambil menaip,sambil mendengar lagu)
(^_^)



10 comments:

  1. ermm,walaupun adik sendiri jgn bg rapat sgt dgn tunang or suami..takut diorg akn ada something d belakang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Falx cerebri..kadg2 yg depan mata tu,kita kena jaga.
      X boleh percaya 100% walaupun adik dgn tunang sendiri.tapi tu laa..slh dia juga,terlalu beri peluang sampai jadi mcm tu..thanks sudi komen..

      Delete
  2. kak smbg cite ni..best la..nk tau gak sab ngn sapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sambung?tak tahu lg hehe..tak ada idea la dik..tapi takpa,nnti kita tgk ya mcm mana..thank sudi komen..(^_^)

      Delete
  3. Maaf semua.bnyk typing error..nnti saya edit balik ya..
    Maaf atas kekurangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur farah amanina8 June 2014 at 00:20

      Habis tu sab dengan carl mcm mana? Tetiba nak tahu pulak. Hehe

      Delete
  4. Mmg sabar si Sab ni...Kalau realiti nya mmg masak adik dier ni..Tp betul komen2 diatas kerana ruang tu kita yang buka...So berhati2la...Tp dpt sambung Sab & Carl ni pon comel gak...Bayangkan Carl pegang janji Sab dr umur 6 tahun....Comel sangat...:)

    ReplyDelete
  5. Atty..sweet kan..saya ada kenalan mcm carl.setia betul..
    Nnti kita tgk mcm mana ya..hehe..thanks 4 komen..

    ReplyDelete
  6. Kk apa kata awak sambung cerita ni... rasa tak puas la... hehehe... sambung tau.. i vil be waiting for that,,.. then baru saya akan bagi komen,... now no comment....

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik..siap bersyarat lagi ya?Nak minta komen kena sambung pula?Hhehe..
      tak janji..Kalau ada mood,kalau idea mari..Mungkin saya sambung kot.Yang ni pun main belasah saja hehe..nnti kita tgk macam mana ya..

      Delete